Anda di halaman 1dari 7

HUMANISME

Menurut takrifnya, fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat kepada segala aktiviti. Manusia juga dianggap tuhan yang Maha Agong. Dialah (manusia) yang menentukan hukum-hakam yang wajib dipatuhi. Justeru, tuhan tidak berperanan langsung di muka bumi ciptaan-Nya sendiri. Majoriti manusia di dunia ini walaupun berlainan agama mempercayai adanya tuhan. Namun, berbeza halnya dengan humanisme yang tidak mempercayai tuhan sepenuhnya. Sejak kebelakangan mi, fahaman humanisme semakin merebak di kalangan penduduk dunia. Tumpuan golongan ini diberikan kepada golongan yang mudah terpengaruh seperti para remaja dan kanak-kanak yang belum dibentengi iman yang kuat. Kemunculan ideologi baru ini menyebabkan manusia semakin hari semakin terancarn dek lagaknya yang melekakan. Persoalan yang timbul sekarang ia bagaimanakah ideologi mi mampu memporak-perandakan masyarakat dunia yang dahulunya bersatu padu di bawah satu kepercayaan, iaitu kepercayaan akan adanya tuhan Persoalan ini akan dikupas satu-persatu dalam helaian-helaian berikutnya: a) Sifat fahaman humanisme Setiap fahaman yang diamalkan mestilah mempunyai prinsip-prinsip yang hams dipatuhi. Humanisme tidak terkecuali dalam konteks mi. Mereka mengamalkan dasar-dasar tertentu iaitu: 1. Percampuran bebas Berpegang kepada dasar tiada jurang dalam hak asasi dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan, mereka menganggap pergaulan bebas perlu digalakkan. Islam turut mengiktiraf hak yang sama antara lelaki dan perempuan. Sungguhpun begitu, mereka mempunyai tanggungjawab yang berbeza dan segi kemampuan dan fisiologi. Di samping itu, dari perspektif Islam juga pergaulan wanita dan lelaki adalah terbatas. Hal mi bertujuan menjaga mertabat dan kesucian Islam. 2. Halangan tabii Humanisme berusaha menghapuskan halangan-halangan tabii lelaki dan perempuan contohnya perasaan malu. Pada tanggapan mereka, sifat malu adalah yang negative dan diwarisi daripada pemikiran manusia purba. Asas tanggapan mereka adalah Manusia ialah sejenis haiwan, maka, ikutlah tabii haiwan, hapuskan perasaan itu, kata mereka. Sebaliknya, sifat malu sememangnya baik dan dianjurkan oleh Islam kerana menurut hadis Rasulullah s.a.w., Malu itu separuh daripada iman. Namun, manusia tidak seharusnya menyalahertikan sifat malu contohnya malu yang tidak bertempat seperti malu bertanya dan mempertahankan kebenaran. Konklusinya, tujuan utama golongan berfahaman humanisme memusnahkan sifat malu secara total supaya manusia melanggar syariat Allah.

b) Penggunaan istilah yang mengelirukan Istilah yang digunakan adalah seperti berikut: Unisek, istilah ini dipopularkan menerusi kedai rambut. Kedai rambut yang dimaksudkan ialah unisek saloon iaitu tempat untuk lelaki wanita menggunting rambut. Apabila ia berterusan berlaku, maka, fesyen atau style rambut ditukar sehingga lelaki digalakkan berambut panjang bertocang dan memakai subang. Manakala, wanita pula berambut pendek 2. Bagi menggalakkan manusia mengikut fahaman humanisme, mereka memperalatkan penyanyi dan bintang filem untuk menjadi teladan atau model bagi remaja. Istilah yang digunakan bagi pelakon ialah bintang. Penggunaan istilah bintang bertujuan memberi gambaran yang baik kepada pelakon yang direstui ataupun tidak direstui oleh Islam. Pelakon, khusus yang bertaraf antarabangsa kebanyakkannya mempunyai sifat-sifat yang dilarang oleh syariat-syariat Islam. Umpamanya, tidak menutup aurat, bergaul bebas dan berzina, minum arak, merokok, dan berakhlak buruk. 3. Istilah Gay digunakan untuk kumpulan lelaki yang melakukan hubungan sejenis (homoseksual) yang amat dilarang dalam hukum Islam. Berbeza pula dengan fahaman humanisme gay bermaksud insan peramah, liberal senang bercampur iaitu orang yang berakhlak baik. 4. Istilah chairman. Istilah ini lazimnya digunakan untuk individu mempengerusikan sesuatu majlis. Namun, penggunaan istilah ini dibantah oleh gerakan pembebasan (emansipasi) yang diketuai oleh wanita secular moden kerana dianggap memperkecilkan peranan wanita menunjukkan sifat chauvinisme (iaitu berat sebelah / condong kepada hak lelaki). Oleh itu, gerakan pembebasan wanita menukarkannya kepada chairperson. Ini termasuklah mereka yang cuba menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kepada gerakan pembebasan wanita contohnya sister in islam di Malaysia 5. Istilah he. Mereka membantah penggunaan he bagi menggantikan nama tuhan dengan menimbulkan persoalan Mengapa tuhan dia sebagai lelaki? Hakikatnya, tuhan tidak menyerupai lelaki maupun wanita. Menurut perspektif Islam, Allah tidak menyerupai sebarang makhluk ciptaan-Nya. Manusia hanya boleh memikirkan kewujudan . tetapi dilarang mernikirkan zat-Nya kerana pemikiran manusia sangat terbatas. Bukan itu sahaja, mereka turut mempersoalkan mengapa dipilih dan kalangan lelaki. Islam mempunyai jawapan yang jelas Buktinya, Rasul pernah disiksa dan dihina oleh manusia jahil dalam usaha menyebarkan seruan Islam. Rasul juga terpaksa berperang memenangi musuh-musuh Allah. Jika rasul seorang wanita, adakah sanggup dia menggalas ujian-ujian mi ? Jawapan ikh!asnya sudah tentu tidak kerana wanita dihiasi dengan jiwa yang sensitive, fizikal yang lemah, dan paling menariknya ialah wanita dilahirkan untuk dilindungi oleh kaum Adam. Kesimpulannya, walaupun berjuta-juta persoalan dan ketidakpuasan hati diutarakan, gerakan Emansipasi wanita sosialis di barat sebenarnya tidak mempercayai kewujudan Allah dan rasul-Nya. c. Pertukaran Peranan Lelaki dan Perempuan

Penukaran peranan (change role) antara lelaki dan perempuan mi bertujuan menggalakkan pergaulan bebas. Illumasi ! Fahaman mi menyatakan idea bahawa wanita yang berharga ialah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerja mi diberi nilai dalam bentuk gaji, kenamaan ataupun pengisytiharan. Mereka suka tegaskan wanita di dapur rumah tidak memberi sebarang nilai kepada masyarakat. Sebaliknya, Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada wanita sebagai ibu. Penyatuan hijab yang dianjurkan oleh syariat antara muhrim dan bukan muhrim bertujuan pergaulan bebas dibatasi. Mereka membuat tanggapan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam zanian purba. Tanggapan mi adalah sesuai dengan teori Evolusi Darwin yang nienyatakan bahawa manusia adalah keturunan haiwan. Justeru, mereka mengutarakan bahawa perkahwinan adalah satu jenis perhambaan bagi wanita. illuminasi mempunyai agenda sulit untuk mengurangkan penduduk dunia kononnya atas alasan wang dan makanan tidak mencukupi bagi menampung jumlah penduduk dunia yang kian bertambah. Justera mereka cuba memperkecilkan peranan ibubapa sebagai pendidik generasi yang sihat dan bcrakhlak. Lenin, seorang ketua komunis Yahudi di Rusia pernah berkata, Remaja yang tidak berakhlak adalah remaja yang terbaik bagi gerakan revolusi. Adakah kenyataan mi boleh dipraktikkan ? Tepuk dada tanyalah keimanan anda. Berdasarkan kenyataan artikel yang dikeluarkan pada November 1998, dunia tidak mengalami kesempitan wang mahupun kekurangan tempat tinggal. Buktinya, banyak tempat yang masih belum mencapai tahap penduduk maksimum. Contohnya, Siberia, Kanada, Amerika Utara, Monggolia, Kalimantan, Borneo dan Australia. Kebanyakkan penduduk di kawasan tersebut dikenalpasti mendiami penempatan di persisiran pantai. Kurniaan Allah melimpah-luah disebabkan revolusi industri yang menyebabkan krisis ekonomi. Bukan itu sahaja, sistem pengagihan politik dan kewangan antarabangsa diselewengkan dan dimonopoli oleh kuasa kewangan Illuminasi. Sifat tamak yang menguasai diri menyebabkan berlakunya krisis ekonomi. Fikirlah, mengapa kita harus akur dengan setiap tutur kata mereka sedangkan setiap tindak tanduk mereka adalah hipokrit semata-mata. d. Gerakan Pembebasan Wanita Istilah pembebasan di sini bermaksud (pada awalnya) membebaskan daripada kezaliman khasnya dan kongkongan peraturan-peraturan agama oleh institusi gereja kerajaan Rome. Gerakan pembebasan wanita lahir di Amerika dan Eropah. Kebanyakkan diketuai oleh bangsa Yahudi atau mereka : berfahaman sosialisme (marxisme) seperti Betty Freden (1921), Germoine Creer - (1971), Gloria Sternans dan Siwone de Bearoir (1908-1985). Gerakan mi lebih menumpukan perhatian kepada kesalahan yang sangat merbahaya. Di sini jelas bahawa gerakan mi digunakan oleh gerakan illuminasi bagi tujuan batil. Gerakan Pembebasan Wanita kebanyakkannya bertujuan membebaskan diri daripada nilai agama. Kini, mereka masih menyokong gerakan homoseks dan lesbian atas dasar hak asasi manusia. Mere menganggap bahawa perkahwinan adalah adat resam masyarakat Zaman Tatkala wanita digunakan sebagai komoditi untuk menarik perhatian dalam kebanyakkan iklan di seluruh dunia, gerakan wanita sedunia membisu dan tiada alternatif diambil untuk mengatasinya. Adakah isu ini sahaja yang tidak mereka endahkan? Tidak ! Satu juta ibu tunggal terhasil akibat penceraian di Amerika Syarikat, wanita tersebut di zalimi kerana ramai di kalangan mereka terpaksa mencari nafkah din

sendiri dan juga anak-anak. Dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Gerakan Pembebasan Wanita di Amerika Syarikat menentang sistem perkahwinan poligami, seorang ibu tunggal bankit menyokong sistem perkahwinan poligami dengan berkata, Saya rela menjadi isteri yang ke sebelas kerana sekurang-kurangnya ada seorang lelaki bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan saya pada siang dan malam. Renungilah makna kata-kata wanita ini! Kes rogol telah meningkat ke angka 821 kes setiap hari (1974) di Amerika Syarikat. Pada setiap 26 minit, seorang akan dibunuh tanpa hak (1974). Situasi sebegini adalah contoh situasi yang paling digeruni oleh ibu tunggal. Oleh itu . pelbagai pendekatan digunakan untuk mengelakkan bencana rogal, perompakan dan lain-lain lagi. Langkah lain yang turut diambil ialah meletakkan kasut di pintu rumah dan juga meletakkan dummy di sebelah pemandu apabila ibu tunggal memandu pada waktu malam. Pihak Illuminasi memandang isu kezaliman ke atas wanita bukannya berlandaskan perasaan belas kasihan ikhlas tetapi sebagai peluang menjayakan rancangan mereka untuk merugi semua pihak. e) Kaunseling Berkelompok

Kaunseling berkelompok (group counseling) di adakan dengan mencampurkan peserta lelaki dan perempuan berjumlah tujuh hingga lapan orang dan ducuk dalam satu bulatan. Setiap orang menceritakan masalah masing-masing dan mendedahkan sebarang kesulitan yang dihadapi. Seorang pengawal akan mengawasi sepanjang berlangsungnya sessi mi. Mereka tegaskan bahawa kaunseling berkelompok mi bertujuan mengadakan perbincangan bersama-sa bagi mengatasi setiap masalah yang timbul. Namun rancangan yang tersirat ialah mereka mahu menghilangkan perasaan malu ! . Jika kita teliti kaedah yang diamalkan mi, pastinya kita ketahui kaedah tersebut sama sekali tictak berlandaskan garis panduan syariat Islam. Buktinya, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. Kedua, masalah peribadi adalah bersifat sulit dan individu terbabit seharusnya berhati-hati sebelum mendedahkannya kepada individuindividu yang tidak dikenali untuk menghindarkannya daripada menjadi buah mulut. Mereka juga mengadakan sejenis permainan yang menarik sewaktu kaunseling mi dijalankan. Dalam permainan mi, peserta-peserta dicampurkan, diikat, ditutup mata dan di arah merasa orang yang terdekat. Permainan sebegini kononnya dapat menimbulkan jalinan kemesraan. Situasi sebegini tidak penn diperjelaskan lagi kerana sudah jelas kesalahannya. f) Pendidikan Seks

Pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada 1940 dengan mengemukakan panduanpanduan bagi pendidikan moral. Namun, bermula pada tahun 1956, banyak kaedah pendidikan mencerobohi garis panduan tersebut. Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan secular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curang juga disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstui undang-undang negara untuk memenuhi kemahuan seks. Menurut nilainilai pluralistik, mereka menganggap bahawa seks diluar nikah dibenarkan kerana kita perlu menghormati semua pendapat. Natijahnya, kes-kes penyakit kelamin di kalangan remaja telah meningkat kepada jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain di barat, iaitu 24000 pada 1964 bagi remaja 15-19 tahun. Kes bunuh diri juga telah meningkat di Sweden. Kenyataan mi dikeluarkan oleh Americas Sex Education Furor hasil tulisan N. Brodian.

Di Amerika, ada institusi yang menganjurkan pendidikan seks bernama SIECUS Sex Information and Education Council of The United States. Asas pendidikan mereka adalah Jika seseorang itu mempunyai maklumat yang cukup berkenaan seks, dia akan lebih berjaga-jaga dan tidak menyalahgunakannya. Menurut mereka lagi seperti memberi malumat kepada seseorang berkenaan penggunaan senjata, jika dia tahu dia akan lebih berhati-hati dan tidak menyalahgunakan senjata api tersebut.

Perbincangan seperti mi tidak kena pada tempatnya kerana perk penting di sini ialah sikap tenaga pengajar, kanak-kanak yang mener maklumat, dan buku-buku rujukan yang mereka gunakan. Jika tenaga pengajar bersifat secular, curang, atheis, atau agnostic, dia akan memberi maklumat secara secular. Tambahan pula, golongan remaja belum mempunyai akhlak mantap, mereka mudah dipengarhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Pendidikan seks boleh disalahgunakan khasnya jika organisasi menganjurkannya tidak mengiktiraf adanya tuhan yang Esa, adanya rasul dan adanya hari kiamat ! Jika sistem yang menganjurkan pendidikan seks berdasarkan ideologi sekularisme, lama-kelamaan pendidikan seks itu akan menuju kepada konsep menghormati semua perkara berkaitan pendidikan seks. Ekoran, kesan program pendidikan mi boleh dikaji di kalangan remaja di Amerika Syarikat dan di Sweden masa kini. Penyakit-penyakit masyarat seperti dadah, AIDS, penyakit kelamin, seks bebas dan keruntuhan institusi kekeluargaan sedang menjadi-jadi di tempat-tempat berkenaan. Kita mengambil iktibar daripada kesalahan-kesalahan mereka sebelum kita terjerat dalam perangkap yang sama. Dalam pengajian perundangan Islam, di dalam kitab fiqah dalam bab pertama pendidikan seks yang berpaksikan tauhid. Dalam menyentuh aspek perkahwinan, ia membahaskan batas-batas pergaulan, percampuran antara lelaki dan perempuan. Inilab model pendidikan seks paling selamat dan sebarang penyelewengan. Masalahnya ialah ramai remaja Islam tidak didedahkan kepada ajaran-ajaran Islam yang mencukupi. Pada masa yang sama, penyimpangan dalam bentuk ideologi dan intelektual menyerang dengan bertubi-tubi untuk memberi impak negatif kepada perlakuan remaja. Demikianlah antara penyelewengan-penyelewengan yang didalangi golongan berfahaman humanisme. Walaupun tampak indah lahiriahnya, namun ia hanya bersifat sementara dan penuh dengan penyelewengan di sebaliknya. Oleh itu berpaksilah kepada ajaran yang sebenarnya yang meliputi kebahagia di dunia dan akhirat iaitu agama Islam yang hakiki. Ingatlah, ajaran Islam diturunkan oleh Allah adalah ajaran yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang sempurna

KESAN-KESAN KEPERCAYAAN

HUMANISME Kepercayaan humanisme boleh menimbulkan pelbagai masalah kerana pada dasarnya kepercayaan mi menafikan tentang kewujudan tuhan. Mereka seperti tiada pegangan hidup menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara yang benar dan salah. Seterusnya menyumbangkan pelbagai masalah yang Iebih serius terutamanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan agama yang ditetapkan. Maka timbullah pelbagai masalah seperti pembuangan bayi. Konsep humanisme yang menekankan kehidupan di dunia juga menyebabkan mereka yang mengamalkan kepercayaan mi lebih mementingkan kekuasaan sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Padahal ianya sudah jelas bahawa mereka hanya membazirkan wang, tenaga dan masa berjuang di jalan yang memang sudah nyata terpesong daripada ajaran yang sebenar. Kepercayaan humanisme juga menyebabkan timbulnya pelbagai gejala yang tidak sihat dan rnengakibatkan maksiat, zina dan perkara-perkara yang diharamkan semakin berleluasa tanpa dapat dibendung lagi. Seterusnya ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit AIDS dan siflis. Pengamalan kepercayaan mi yang rnelampau boleh mernbuatkan masyarakat lebih mementingkan din sendiri menyebabkan masyarakat menjadi mundur. Cara-Cara Mengatasi:Sesuatu kejadian pasti ada hikmatnya dan manusia disuruh melakukan amalan kebaikan dan rneninggalkan Iarangannya. Namun jika dikaji bilangan masyarakat yang te!ah terpesong akidahnya, kita dapat lihat sendiri berapa ramai masyarakat kita yang telah terpesong jauh dan sudut islam inikan pula mereka yang tinggal di negara barat. Mereka terlalu taksub kepada kepercayaan tersebut tanpa berfikir apakah implikasi terhadap jiwa mereka. Jika ia tidak dibendung dan sekarang, kita yakin kepercayaan tersebut akan dapat merebak dan menular di negara ini. Kita berkeyakinan bahawa tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, pasti ada jalan penyelesaian. Justeru itu pemimpin memainkan peranan utama untuk mengembling tenaga rakyat untuk membenteras kegiatan tersebut daripada berleluasa. Rakyat pula harus berganding bahu serta bekerjasama dalam satu ukhwah agar ia dapat direalisasikan. Secara amnya pegangan ugama yang kuat adalah benteng segala kerosakkan yang melanda. Justeru itu ibubapa dan guru harus menitikberatkan didikan agama yang cukup kuat untuk anak-anak dan pelajar. kebayakan semua ajaran agama mahukan penganutnya bersifat baik, berhati mulia dan ikhlas melakukan amal kebaikan. Jadi dari situ kita pupukjiwa anak-anak dengan didikan agama yang mantap dan teguh. Selain itu kita jangan mudah terpedaya dengan dakyah yang diputarbelitkan seseorang. Kita seharusnya meneliti dan bertanya kepada orang yang bidang agama. Tidak salah kiranya kita bertanya kerana ia merupakan kebaikan untuk din kita. Bukan pepatah me!ayu ada mengatakan malu bertanya sesat jalan ia boleh jadikan pepatah tersebut sebagai pedoman hidup. Seharusnya kita terburu-buru dalam menurut hawa nafsu, ingatlah bahawa manusia yang dikawal oleh nafsu akan rosakkan akhlaknya.

Dan itu ingatlah bahawa masih ada harapan untuk mereka yang dalam kesesatan kembali ke pangkal jalan. Di situ barulah kita bertindak dengan memberikan motivasi dan dorongan agar masalah tersebut dapat diatasi. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa, dalam menyelesaikan masalah ini semua pihak harus memberi komitmen yang tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri. Sekiranya sifat ini dipunyai oleh segenap masyarakat pasti masalah ini dapat dibendung dan dibanteras serta merta. Bulatnya air

Anda mungkin juga menyukai