Anda di halaman 1dari 12

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

PENGENALAN Lahirnya kehidupan kita pada hari ini adalah kesan dari sejarah yang terjadi pada masa dahulu. Sejarah amat penting didalam kehidupan kita sebagai manusia kerana ianya dapat membentuk keperibadian kita agar menjadi yang lebih baik. Melalui sejarah juga, terbentuklah negara kita yang maju dan aman damai ini. Secara tepatnya sejarah ialah peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau berdasarkan fakta-fakta yang telah diteliti dan dikaji oleh ahli sejarah. Bercerita tentang sejarah, ramai anak muda pada zaman sekarang tidak berapa mahir tentang sejarah negara kita Malaysia, begitu juga dengan pelajar-pelajar disekolah, mereka kurang berminat untuk mempelajari subjek sejarah kerana berasakan subjek itu membosankan dan terlalu sukar kerana banyak fakta-fakta yang perlu diingati. Pada hakikatnya manusialah yang mencipta sejarah dan sejarah itu telah dijadikan sebagai satu landasan didalam kehidupan manusia sebagai panduan dan tauladan, dalam erti kata lain sejarah digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan faktafakta dan bukti-bukti yang sahih lagi berguna bagi manusia dalam memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan yang akan datang menjadi lebih cerah, dengan demikian akan timbul sikap berwaspada didalam diri semua kelompok masyarakat kerana telah mempelajari sejarah, hal ini dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Apabila kita ingin mengkaji sejarah, tidak kiralah didalam apa bidang sekalipun, kita memerlukan pelbagai jenis bukti. Bukti-bukti itu pula boleh didapati daripada sumbersumber sejarah. Sumber dalam bidang sejarah merupakan elemen terpenting dalam menentukan kebenaran dan keesahan sesuatu fakta sejarah itu, ianya penting kerana sumber itu juga boleh dijadikan sebagai bukti dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku contohnya seperti tuntutan hak pewarisan, bukti dalam bidang perundangan dan sebagainya, maka disinilah ilmu sejarah dapat diaplikasikan didalam kehidupan manusia seharian. Sumber sejarah merujuk kepada sekumpulan bahan-bahan sejarah yang wujud hasil daripada peristiwa-peristiwa zaman lampau. Sumber sejarah juga boleh terdiri daripada sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti arkib, perpustakaan, muzium, pejabat-pejabat menyimpan rekod, istana ataupun di rumah orang perseorangan. Sumber-sumber itu pula boleh diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu sumber primer, sumber sekunder, sumber arkeologi dan sumber lisan. Sumber primer juga
Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

disebut first hand source merupakan punca utama untuk memahami sesuatu sejarah yang telah lepas. Sumber primer diperolehi daripada saksi-saksi dalam bentuk tulisan, catatan dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa. Bagi ahli sejarah, sumber primer berfungsi sebagai bahan bukti yang amat penting dan berguna dalam membina tafsiran dan hujah terhadap sesuatu peristiwa.Contoh sumber primer adalah seperti surat perjanjian asal, individu yang mengalami sendiri sesuatu peristiwa dan sebagainya. Sumber sekunder dalam kata lainsecond-hand sources pula merupakan sumber-sumber sejarah yang telah diproses, ditafsir dan dinilai oleh ahli-ahli sejarah berasaskan kepada bentuk sumber primer. Secara jelasnya sumber sekunder adalah hasil-hasil penyelidikan dan tulisan ahli sejarah yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan contohnya seperti penerbitan buku-buku, jurnal, rencana atau artikel diakhbar ataupun tesis. Sumber arkeologi pula adalah bukti-bukti tinggalan aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti tinggalan sisa-sisa makanan, pecahan tembikar dan lain-lain. Dan kategori yang terakhir sumber sejarah adalah sumber lisan yang diperoleh berdasarkan proses rakaman perbualan yang dibuat melalui temuramah yang telah dirancang dan direkodkan oleh penyelidik bersama dengan informan. Sumber arkeologi dan sumber lisan juga boleh diklasifikasikan didalam salah satu daripada sumber primer dan juga sumber sekunder.

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

1.1

KEFAHAMAN KEDUDUKAN SUMBER

Akhbar atau surat khabar adalah perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud berita atau dengan kata nama lain warta. Akhbar adalah salah satu tempat untuk kita mendapatkan pelbagai maklumat, samaada maklumat tentang isu semasa, peluang pekerjaan, sejarah, isu kesihatan, hiburan dan sebagainya. Didalam penyelidikan sejarah, akhbar adalah salah satu daripada sumber yang dirujuk oleh penyelidik. Ia juga dianggap sumber sokongan yang membantu penyelidik sejarah memahami lebih baik tentang tajuk penyelidikan yang dijalankan. Apabila kita membaca dan mencari maklumat didalam akhbarakhbar,lebih-lebih lagi apabila kita membaca tentang sejarah, pernahkah kita terfikir sejauh manakah kesahihan dan ketepatan berita tersebut sebagai sumber sejarah. Bagaimanakah kita hendak membezakan samaada berita-berita yang ditulis itu adalah sumber primer mahupun sumber sekunder. Kebanyakkan artikel didalam akhbar-akhbar pada hari ini seringkali mengeluarkan berita yang tidak berpandukan garis panduan dan tafsiran yang sebenarnya. Penulis ataupun wartawan yang menulis kadangkala mengikut emosi dan membuat ceritacerita sensasi untuk menarik perhatian pembaca membaca tulisan mereka. Sejauh manakah kita yakin dan percaya bahawa berita yang ditulis itu salah satu daripada sumber sejarah. Apabila kita hendak membuat perbandingan tulisan-tulisan diakhbar samaada ianya adalah sumber primer ataupun sumber sekunder,ketepatan mmahupun kesahihan, ianya hendaklah melalui proses kritikan. Proses kritikan ini pula terbahagi kepada dua iaitu kritikan luar yang merupakan usaha yang dilakukan oleh penyelidik untuk mengesan ketulenan atau kesahan sumber, dan kritikan dalam pula adalah proses pentafsiran ke atas isi-isi sumber yang telah disahkan ketulenannya pada peringkat kritikan luar. Terdapat lima proses tafsiran yang melibatkan tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran logik, tafsiran psikologikal dan tafsiran fakta. Tafsiran verbal memfokuskan kepada aspek bahasa yang digunakan, tafsiran teknikal pula mengenalpasti tujuan penulis dan bentuk-bentuk sumber yang tepat yang digunakan, tafsiran logik adalah proses mencantumkan fakta-fakta yang diperolehi berasaskan kepada pemikiran yang betul, tafsiran psikologikal adalah untuk memahami dan melihat aspek pemikiran seseorang penulis dan tafsiran fakta memerlukan penyelidik mencuba sebaik mungkin memahami makna dan kandungan sumber yang dikaji.

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

1.2

ANALISA PERBANDINGAN FAKTA

Untuk lebih memahami tentang perbandingan sumber primer dan juga sumber sekunder, dua artikel telah dipilih dari akhbar-akhbar tempatan. Artikel yang pertama adalah dari akhbar Berita Harian yang bertajuk Misteri Etnik: Keunikan Embhan dan Semban oleh penulis Azrul Affandi Sobry yang bertarikh 13/02/2011 untuk sumber primer dan artikel yang kedua adalah dari akhbar Sinar Harian yang bertajuk Berlaku Peristiwa Ganjil yang ditulis oleh Nor Azura Md Amin yang bertarikh 07/03/2011 untuk sumber sekunder. Setelah dianalisa dan ditafsir akan kedua-dua artikel, jadual 1.1 menunjukkan akan perbandingan dari segi kesahihan dan ketepatan Artikel 1 Sumber Primer Sumber diperolehi daripada saksi utama iaitu sumber lisan Tujuan penulis adalah untuk mengkaji asal usul kaum etnik. Mengalurkan peristiwa sejarah mengikut kronologi Penulis mengenal pasti lokasi dan simpanan sumber-sumber asli Memahami bahasa yang digunakan oleh kaum etnik tersebut Jadual 1.1: Perbandingan diantara Artikel 1 dan Artikel 2 Sebelum penulis melakukan penulisan tentang artikel yang pertama, penulis telah membuat persediaan dengan melakukan perancangan yang teliti dan rapi merangkumi persediaan, teknik-teknik pengumpulan bahan-bahan dan juga memproses rakaman. Penulis menulis artikel yang pertama bertujuan untuk menjalankan kajian sejarah melalui sumber lisan ini adalah untuk mengumpul dan memelihara fakta-fakta sejarah yang semakin hilang dan pupus, ianya dilakukan secara bersistematik dengan berasaskan kepada teknik-teknik yang betul, meliputi aspek temuramah dan pengumpulan, penyusunan, pemuliharaan, penyimpanan dan penerbitan. Semasa kaedah pengumpulan dilakukan, penulis akan menyediakan seberapa banyak soalan kepada informan untuk mendapatkan maklumat,
Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

Artikel 2 Sumber Sekunder Sumber diperolehi dari sumber yang tidak diketahui Tujuan penulis adalah untuk menceritakan semula sejarah destinasi pelancongan itu. Peristiwa sejarah tidak mengikut kronologi Sumber perlu disesuaikan dengan sumber primer. Sumber yang ditunjukkan telah mengalami perubahan. Bahasa yang mudah difahami.

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

rakaman temuramah akan dilakukan dan proses menterjemahkan isi kandungan rakaman akan dilakukan secara berhati-hati kerana kadangkala maklumat-maklumat yang diberi oleh informan itu berterabur, penulis perlu menyusun semula maklumat-maklumat yang telah diberi untuk mengelakkan kesilapan fakta. Apabila penulis membuat tafsiran verbal penulis memerlukan terjemahan kerana bahasa yang disampaikan oleh informan ada yang tidak difahami, proses ini perlu dibuat dengan berhati-hati untuk tidak membuatkan fakta-fakta. Tujuan penulis yang mahu mengkaji perkembangan dari segi kemudahan asas dan teknologi serta pendidikan tentang kaum tersebut serta kewujudan Kampung Rejoi juga adalah salah satu dari tafsiran teknikal yang dibuat. Dari segi tafsiran psikologinya pula penulis mengkaji mengapa kaum Embhan berpindah randah dari satu penempatan ke satu penempatan yang lain. Penulis akan mencantum fakta-fakta yang diperolehi berdasarkan pemikiran yang logik, membuat hujahan-hujahan yang rasional serta mengalurkan peristiwa-peristiwa mengikut kronologi sejarah, dengan ini artikel ini dapat mempengaruhi pemikiran, keyakinan, kepercayaan dan emosi masyarakat juga pembaca. Pada artikel yang kedua pula tiada sumber-sumber yang tertentu yang penulis telah ambil sebelum menulis artikel tersebut. Berkemungkinan fakta-fakta yang diambil adalah dari buku-buku atau majalah yang ada menyatakan mengenai pembukaan kolam air panas itu. Jika dilihat dari gambar-gambar yang ditunjukkan didalam artikel tersebut, sumber-sumber sejarah itu telah diubah. Apabila membuat tafsiran verbal, penulis tidak menghadapi masalah tentang bahasa yang digunakan kerana bahasa yang digunakan mudah difahami. Penulis bertujuan untuk menceritakan semula tentang sejarah destinasi pelancongan tersebut. Mengikut psikologi dan logiknya apabila penulis menulis tentang asal usul sejarah Kolam Air Panas Gersik, ianya seolah-olah seperti cerita rekaan kerana penulis tidak menyatakan sumber rujukan daripada mana dia memperolehi maklumat itu dan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh penulis seperti tidak menunjukkan adanya fakta-fakta sejarah, ini akan membuatkan para penyelidik pada masa akan datang sukar untuk mempercayai maklumatmaklumat yang terkandung didalam artikel ini. Penulis tidak berjaya membangkitkan emosi dan mempengaruhi pemikiran masyarakat kerana penulis tidak berjaya mencantumkan faktafakta dengan benar. 1.3 TAHAP KEBENARAN SEJARAH

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

Artikel pertama mempunyai tahap kebenaran sejarah yang tinggi kerana artikel itu ditulis sendiri oleh orang yang mengkaji sumber-sumber sejarah tersebut. Penulis telah memilih untuk menggunakan sumber lisan sebagai kaedah pengumpulan data, ini adalah kerana sumber lisan merupakan satu kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah yang masih belum lagi dikaji dan dirakam semula. Pada fikirannya, dizaman abad ke 20 ini sumber-sumber lisan patutlah ditulis dan dibukukan bagi mengelakkan pupus dan hilangnya kesan-kesan serta sumber-sumber sejarah yang terdahulu. Sumber lisan diperoleh berdasarkan proses rakaman perbualan yang dibuat melalui temuramah yang telah dirancang dan direkodkan. Sebab-sebab mengapa ianya mempunyai tahap kebenaran yang tinggi adalah kerana ianya diperolehi dari informan yang betul-betul mengalami peristiwa tersebut yang masih boleh mengingati segala apa yang berlaku dan masih mampu bercerita dengan jelas tentang perkara perkara yang berlaku pada masa lalu. Selain itu sumber dari artikel pertama juga memperlihatkan bahan sumber bukan artifaknyer masih seperti asal yang belum diubah lagi. Bukti seperti gambargambar yang ditunjukkan juga memperlihatkan akan kebenaran dan ketepatan fakta yang ditulis oleh penulis, kesukaran dan kesusahan penulis untuk mencari sumber yang memakan masa berhari-hari dan berjam-jam untuk sampai ketempat yang dituju, maklumat tentang sumber itu juga jarang diterbitkan. Penulis mengambil pendekatan menggunakan sumber lisan untuk melakukan penyelidikan, kerana sumber lisan dilihat sebagai satu sumber yang harus diterima bulat-bulat dan dipercayai kesasihannya kerana ianya suatu sumber yang mutlak dan tidak dapat dipertikaikan lagi melalui kritikan, samaada melalui kritikan luar dan kritikan dalam. Seperti yang dapat dilihat didalam artikel yang pertama itu, informan akan menceritakan bagaimana dia serta lima orang rakannya sepakat mendirikan kampung yang diberi nama Kampung Rejoi. Oleh kerana penulis telah melakukan persediaan yang rapi tentang penyediaan soalan-soalan untuk ditanya kepada informan, informan memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab soalan dan memberikan maklumat. Semasa dalam perjalanan untuk menuju ke Kampung Rejoi itu, penulis juga berjaya menemukan barangbarang lama iaitu tinggalan bekas tembikar lama yang pecah yang boleh dijadikan bukti bahawa sememangnya ada penduduk yang telah menghuni disitu lebih 20 tahun dulu. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan merentasi hutan tebal itu untuk menuju kedestinasi yang dituju, penulis dapati banyak tinggalan sejarah antaranya pokok-pokok yang ditanam masyarakat awal. Informasi-informasi yang diberikan oleh informan serta gambar-gambar
Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

yang diambil oleh rakan penulis seperti gambar tenggorak yang masih disimpan yang menjadi bukti peristiwa tercetusnya perang potong kepala ratusan tahun dulu secara tidak langsung menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang mungkin belum atau tidak diceritakan didalam mana-mana karya sejarah lagi. Jangka waktu yang panjang serta kesukaran dan masalah-masalah yang dihadapi oleh penulis ketika mendapatkan bahanbahan didalam penyelidikannya menyebabkan sumber dari artikel yang pertama juga menjadi sumber primer dan mempunyai tahap kebenaran sejarah yang tinggi. Di dalam artikel ini, penulis telah melakukan tafsiran-tafsiran juga kritikan-kritikan untuk melihat sejauh mana tahap kebenaran dan kesahihan peristiwa yang diselidiki.

1.4

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

Apabila mengkaji sumber-sumber sejarah lebih-lebih lagi apabila kita merujuk akhbar sebagai sumber sejarah, terdapat beberapa masalah yang perlu kita hadapi. Walaupun sumber itu dikatakan berkemungkinan mempunyai kebenaran serta kesahihan, tetapi jika kandungannya diragui ketepatan serta kerasionalannya, maka sumber itu tidak wajar dijadikan sebagai sumber sejarah. Agak sukar untuk kita mengklasifikasikan dan mencari kesahihan dan ketepatan sumber-sumber didalam akhbar-akhbar. Akhbar seringkali dikategorikan sebagai sumber sekunder kerana ianya seringkali diragui keaslian berita yang diterbitkan. Beberapa masalah yang telah dikenal pasti apabila merujuk akhbar ialah:I. III. I. Sumber dipersoalkan II. Tidak boleh dikawal Terlalu bergantung Sumber dipersoalkan Sumber sekunder adalah satu sumber yang sering kali dipersoalkan dari segi kualiti dan sifat pensejarahannya. Bilangan sumber yang banyak dihasilkan dalam bentuk penulisan sejarah menyebabkan sumber ini menjadi pilihan dikalangan penyelidik sejarah. Ianya adalah kerana sumber ini mudah diperolehi sama ada di kedai-kedai buku, diperpustakaan dan yang terbaru sekali iaitu melalui teknologi IT, internet. Di internet, internet merupakan salah satu dari akhbar didalam talian, sumber amat mudah diperolehi, kita hanya perlu mempunyai kata kunci dan mencari di lama web google atau sebagainya. Sikap sebegini akan menyebabkan hasil penyelidikan tidak akan dapat memberikan fakta-fakta baru yang tepat. II. Tidak boleh dikawal Penggunaan sumber akhbar yang tidak terkawal juga akan menyebabkan berlakunya proses gunting dan lekat sesuatu sumber sejarah. Sebab itu kadangkala kita membaca cara penulisan yang sama sedangkan penulisnya adalah orang yang berlainan. Perkara ini berlaku kerana penyelidik tidak melakukan penyelidikan secara jujur, sebaliknya fakta tersebut diambil secara terus dan dimasukkan didalam penulisan. Keadaan sebegini akan mengakibatkan fakta yang dikemukakan tidak ditafsir seperti mana yang terdapat dalam sumber sekunder yang terdahulu.

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

III.

Terlalu bergantung

Apabila kita terlalu bergantung kepada apa sahaja yang ada di akhbar, kita akan mengemukakan fakta-fakta yang tidak tepat, ini kerana kita tidak melakukan proses tafsiran sepertimana yang telah dilakukan keatas sumber tersebut. Ini kerana kita beranggapan bahawa sumber tersebut telah melalui proses kritikan dan tafsiran, tanpa kita sedari bahawa kemungkinan terdapat kesilapan dalam proses yang dilakukan dahulu. Kadangkala juga sumber sejarah seperti yang terdapat diakhbar mengandungi sikap berat sebelah, prejudis, persepsi yang selektif dan memori serta tinjauan yang terhad, ianya terjadi akibat dari perubahan masa dan terdedah kepada pengaruh luar, maka penulis akan memanipulasikan dokumen yang ditulis sebagai cermin persekitaran mereka. Oleh itu kita sebagai pembaca dan juga mungkin sebagai penyelidik perlulah berhati-hati semasa membuat rujukan di akhbar-akhbar, kerana bukan semua sumber yang kita rujuk memberikan faktafakta yang tepat.

KESIMPULAN

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

10

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

Sejarah bukanlah hanya sekadar kumpulan bahan-bahan sejarah lama semata-mata, setiap apa yang diselidiki mahupun ditulis semula, isi kandungannya perlulah dikaji, dinilai dan diberi pengamatan yang kritis kerana ianya akan menjadi panduan bagi generasi akan datang. Setiap apa yang kita baca mestilah dikritik dan ditafsir bagi mencari kesahihan dan ketepatan sumber. Apabila kita membaca sesuatu berita mestilah ada perasaan ingin tahu tentang faktafakta yang ditulis, soalan-soalan seperti apa, dimana, bagaimana, bila dan siapa perlulah ada bagi mencari kebenaran berita tersebut. Berfikir secara psikologi dan logik akan berita-berita yang dibaca. Segala bukti-bukti yang benar perlulah dikeluarkan oleh penyampai sumber bagi membuktikan akan kebenaran sesuatu peristiwa yang berlaku. Jika bukti-bukti sebenar disimpan dan disorok, maka sejarah tidak dapat dibuktikan. Para penyelidik ataupun sejarawan perlulah melakukan penyelidikan dengan sebenar-benarnya kerana sekiranya terdapat suatu pembohongan dikalangan penyampai sumber maka sumber yang diberi itu adalah palsu dan ini akan mengakibatkan sejarah tidak dapat dikaji dengan betul. Kesannya adalah kepada generasi akan datang yang berkemungkinan akan mendapat maklumat sejarah yang palsu. Oleh kerana itulah setiap sumber sejarah samada sumber primer mahupun sumber sekunder perlu dikaji dengan teliti. Dengan erti kata lain sebenarnya sejarah pada masa lampau tidak akan berulang walau sedetik pun, walaupun ada yang mengatakan sejarah pasti berulang, tetapi sejarah yang terdahulu jika dikaji dengan teliti pasti lengkap dengan masa dan tarikhnya, dan jika berlakunya sejarah ataupun peristiwa yang sama, pastinya tempat, masa dan kronologi penceritaannya berbeza.

2525 patah perkataan APENDIKS

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

11

ABHX1103 Aplikasi Sejarah

Semester Januari 2011

RUJUKAN 1) 2) 3) Definisi Sejarah(2007).[Online]. Available:http://lpsa.wordpress.com/2007/11/14/definisi-sejarah/. [2011, March 05] Mengapa Mengkaji Sejarah Menerusi Sumber Primer (n.d). [Online]. Available:http://ujid.tripod.com/history/primer.html. [2011, March 01] Rozeman Abu Hassan. (2010). Applied History. Selangor: OUM

Tugasan oleh: Mazrina Bte Jamaludin

12