Anda di halaman 1dari 13

From:

Allen Wan Asim

Pengenalan
y Bahasa melayu telah lama bertapak di kepulauan melayu dan juga kawasan sekitarnya. y Secara umumnya, bahasa Melayu yang dituturkan di

Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. y Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7

y Antara batu bersurat yang dijumpai ialah Batu

Bersurat Kedudukan Bukit (683 M) di Palembang, Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) di Palembang, Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) di Pulau Bangka, Palembang dan Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) di Palembang. y Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi iaitu Batu Bersurat Gandasuli (832 M) di Gandasuli, Jawa Tengah,

y Sebuah batu bersurat yang dijumpai di

Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi, Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya dan Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. y Bahasa Melayu amat berkait rapat dengan penutur kepada bahasa tersebut iaitu orang Melayu. Oleh itu, untuk mengkaji asal-usul bahasa Melayu perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu ialah asal-usul bangsa Melayu.

Terdapat dua tempat asal usul Bahasa Melayu: (a) Kawasan Asia Tenggara (b) Kawasan Nusantara

(a) Kawasa Asia Tengah


y Menurut kajian orang Melayu dikatakan berasal

dari bahagian selatan China iaitu Indo-China, pantai timur China selatan iaitu Champa dan Kampuchea. y Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke selatan, iaitu Nusantera dilakukan secara berkelompok. Hal ini, menyebabkan penurunnya kelompok Melayu

y . Teori Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von

Heine Geldern (Austria) menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. y Gelombang pertama dikenali sebagai MelayuProto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi. Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.

y Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang MelayuProto seperti orang-orang Jakun, Negrito, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. y Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini manakala orang-orang Melayu-Proto merupakan orang Asli. y Golongan Melayu-Deutro telah menurunkan orang Melayu Moden. Mereka telah membina pertempatan di pesisiran pantai dan menetap disitu. Senario ini, membuktikan bahawa golongan Melayu-Deutro mempunyai peradaban yang lebih tinggi berbanding golongan Melayu-Proto. y Mereka mempuniyai kemahiran-kemahiran yang tinggi seperti dalam bidang perlayaran. Walaubagaimanapun, pendapat yang mengatakan orang Melayu berasal dari selatan China amat meragukan disebabkan tiada tarikh yang dan bukti yang kukuh.

(b) Kawasana Nusantara


y Dalam hal ini, orang Melayu tidak datang dari mana-

mana dan mereka adalah orang tempatan. Seorang sarjana Inggeris bernama J Crawfurd, membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumetera, Jawa, Klimantan dan kawasan Polinesia. y Beliau berpendapat bahasa yang tersebar di Nusantara berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (Bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Sumetera ( Bahasa Melayu). y Bahasa Melayu dan bahasa Jawa ialah induk bahasabahasa serumpun yang terdapat di Nusantara. y Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaaan yang tinggi di dalam abad kesembilan belas.
y

y Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaaan yang tinggi di dalam abad kesembilan belas. y Beliau membuat kesimpulan bahawa: 1. orang Melayu tidak berasal dari mana-mana. Mereka adalah induk yang menyabar ke tempat-tempat lain. 2. bahasa Jawa adalah bahasa tertua dan bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain

y Marsden, W. pula di dalam kajiannya mendapati

bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa pulau yang terdapat di lautan Pasifik), Malanesia, Nusantera dan Mikronesia. y Induk kepada bahasa ini ialah Austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa-bahasa tersebut. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa

y Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang

termasuk dalam rumpun bahasa Nusantara adalah serumpun dengan rumpun-rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia menunjukkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. y Penyebaran hanya berlaku di bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan Asia (kawasan Nusantara) dan tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

SEKIAN TERIMA KASIH


PPISMP BM AMBILAN JULAI 2008

Anda mungkin juga menyukai