Anda di halaman 1dari 8

MASA

BUTIRAN MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERHORMAT / YANG BERBAHAGIA .

CATATAN/TINDAKAN

8.00 PAGI

DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI; DAN YANG BERUSAHA ENCIK OSMAN BIN AULIAS, GURU PENOLONG KANAN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI. DIF-DIF KEHORMAT DAN HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN MAJLIS DIMULAI DENGAN LINTAS HORMAT PERBARISAN RUMAH-RUMAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN. DIMULAI DENGAN LINTAS HORMAT PASUKAN RUMAH , YANG DIKETUAI OLEH ADIK . PASUKAN RUMAH ..DIANGGOTAI SERAMAI ORANG MURID. DIIKUTI DENGAN PASUKAN RUMAH YANG DIKETUAI OLEH ADIK .. PASUKAN RUMAH MERAH DIANGGOTAI OLEH ORANG MURID. SETERUSNYA LINTAS HORMAT DARI PASUKAN RUMAH . PASUKAN RUMAH INI DIKETUAI OLEH ADIK .. DAN DIANGGOTAI SERAMAI ORANG MURID. DAN LINTAS HORMAT TERAKHIR OLEH PASUKAN RUMAH .. PASUKAN RUMAH .DIKETUAI OLEH ADIK DIANGGOTAI SERAMAI ORANG MURID.

DEMIKIANLAH TADI LINTAS HORMAT OLEH PASUKAN PASUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2011. HADIRIN YANG DIMULIAKAN MAJLIS DIMULAI DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PERAK DAN LAGU SEKOLAH. HADIRIN SEKALIAN DIMINTA UNTUK BERSAMA BERDIRI. DIPERSILAKAN. ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN, SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA, MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN, TIRAI DIBUKA MAJLIS BERMULA. ASSALAMUALAIKUM W.B.T , SALAM MESRA DAN SALAM 1 MALAYSIA.. YANG BERHORMAT/BERBAHAGIA ., YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI, YANG BERUSAHA ENCIK ALIAS BIN AUSMAN; GURU PENOLONG KANAN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI, PARA GURU, PARA IBU BAPA, SERTA PARA PELAJAR YANG DIHORMATI LAGI DISAYANGI SEKALIAN. SYUKUR ALHAMDULILLAH, SUKACITA DIKESEMPATAN INI BAGI PIHAK MAJLIS INGIN MENGUCAPKAN PENGHARGAAN, TERIMA KASIH, DAN SELAMAT DATANG KEPADA DIF-DIF KEHORMAT SERTA PARA HADIRIN SEKALIAN KE PEMBUKAAN RASMI

HARI SUKAN PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2011 DAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI. SESUNGGUHNYA DENGAN ADANYA KEJOHANAN INI DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KESUKANAN DI KALANGAN MURID SEIRING DENGAN MATLAMAT PENDIDIKAN SATU SUKAN, SATU MURID. SEMOGA MAJLIS INI MENDAPAT KEBERKATAN DAN KESEJAHTERAAN, MARILAH KITA MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN DARIPADA ALLAH S.W.T. MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN ALFADHIL USTAZ UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. ALFADHIL USTAZ SUKACITA DIPERSILAKAN. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ YANG TELAH MEMIMPIN BACAAN DOA SEBENTAR TADI. DIF-DIF KEHORMAT DAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS PADA PAGI INI DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA ENCIK.. GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUALUAN. YANG BERUSAHA DENGAN SEGALA SUKACITANYA DIPERSILAKAN. DEMIKIANLAH TADI UCAPAN ALU-ALUAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG BERUSAHA .. GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH. SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, KINI SAMPAILAH KITA KEPADA KEMUNCAK ACARA; UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI. UNTUK ITU, DENGAN SEGALA SUKACITANYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERHORMAT/YANG BERBAHAGIA . BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MENYEMPURNAKAN ACARA PERASMIAN KEJOHANAN. YANG BERHORMAT/YANG BERBAHAGIA DENGAN SEGALA SUKACITANYA DIPERSILAKAN. ************PERASMIAN TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENGANJUR********** * pelengkap kepada majlis perasmian ini, Yang Berbahagia/ Yang Berhormat . dengan sukacitanya dipersilakan untuk melepaskan belon perasmian. BEGITULAH TADI UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2011 YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERBAHAGIA/YANG BERHORMAT . MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH. DIF-DIF KEHORMAT DAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, ADALAH DIHARAPKAN MURID-MURID YANG MENGAMBIL BAHAGIAN AKAN

MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN DALAM KEJOHANAN INI DENGAN SEMANGAT KESUKANAN. BERIKUTNYA, LAFAZ IKRAR KEJOHANAN YANG AKAN DIKETUAI OLEH ADIK . SUKACITA DIPERSILAKAN. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA ADIK DAN SEMUA PASUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN. HADIRIN YANG DIRAHMATI SEKALIAN, BAGI MEMERIAHKAN ACARA PADA PAGI INI, MARI BERSAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN SILAT YANG AKAN DIJAYAKAN OLEH KUMPULAN . KUMPULAN INI DIANGGOTAI SERAMAI .. ORANG MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI DI BAWAH BIMBINGAN ENCIK . KITA SAKSIKAN BERSAMA.SUKACITA DIPERSILAKAN. BEGITULAH TADI PERSEMBAHAN SILAT OLEH PASUKAN .. MAJLIS MENGUCAPKAN SYABAS DAN RIBUAN TERIMA KASIH. 9.00 PAGI DIF-DIF KEHORMAT DAN HADIRIN SEKALIAN, DENGAN INI DIMAKLUMKAN KEJOHANAN SUKAN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI DIMULAKAN. ASSALAMUALAIKUM W.B.T YANG BERHORMAT/BERBAHAGIA .,

YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI, YANG BERUSAHA ENCIK ALIAS BIN AUSMAN; GURU PENOLONG KANAN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI, PARA GURU, PARA IBU BAPA, SERTA PARA PELAJAR YANG DIHORMATI LAGI DISAYANGI SEKALIAN. 11.30 PAGI SYUKUR ALHAMDULILLAH, KINI SAMPAILAH KITA KEPADA ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI. MAJLIS DENGAN INI SUKACITA MENJEMPUT YANG BERUSAHA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI UNTUK MEMPERSILAKAN DAN MENGIRINGI YANG BERHORMAT/YANG BERBAHAGIA UNTUK MENYEMPURNAKAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2011. YANG BERUSAHA DIPERSILAKAN. *keputusan dibacakan DAN SEKARANG DIUMUMKAN JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI BAGI TAHUN 2011. JOHAN KESELURUHAN DIMENANGI OLEH PASUKAN RUMAH . (penyampaian cendera kenangan) HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN, SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANGAN BERSEMPENA DENGAN

MAJLIS INI, DENGAN SEGALA SUKACITANYA DIPERSILAKAN, YANG BERUSAHA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERA KENANGAN KEPADA YANG BERBAHAGIA/ YANG BERHORMAT. YANG BERUSAHA SUKACITA DIPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA YANG TELAH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2011 SEBENTAR TADI. 12.00 DIF-DIF KEHORMAT DAN HADIRIN TENGAHARI SEKALIAN, DENGAN INI SEMPURNALAH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI. MELALUI KESEMPATAN INI, SUKACITA PIHAK MAJLIS SEKALI LAGI INGIN MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TERUTAMANYA KEPADA YANG BERBAHAGIA YANG TELAH SUDI HADIR MELAPANGKAN MASA MERASMIKAN MAJLIS DAN MENYAMPAIKAN HADIAH SEBENTAR TADI. PENGHARGAAN JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2011 INI. SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN RUMAH YANG BERJAYA MENJADI JOHAN KESELURUHAN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN.

DIUMUMKAN YANG BERBAHAGIA AKAN MENINGGALKAN MAJLIS.