Anda di halaman 1dari 25

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Dato Razali Ismail


Institut Gemilang Pelajar Cemerlang

FATIN `IZZATI BINTI HUSSIN PAKRI


901210-03-5446 PPISMP SEMESTER 1, PSV/ BI/ BM (2009)

NAMA PENSYARAH: TUAN HJ. IDRIS SALLEH

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (m/s 1452)


Halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara), dan comel (bentuk badan). Karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan, kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah. Orang yang mempunyai kebolehan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa. Berseni: mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni. Kesenian: perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

BUKU PENDIDIKAN SENI (cetakan pertama 1987)


Naluri asasi manusia sentiasa mengarah kepada keselamatan dan kesenangan. Sementara agama pula berfungsi untuk mewujudkan keselamatan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Sosial, ekonomi, politik, pengetahuan dan kemahiran teknik berfungsi untuk keselamatan jasmaniah manusia di dunia. Untuk mendapatkan kesenangan/ kegembiraan di dunia, manusia menikmatinya melalui kesenian. Penyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan- Emerson. Mendorong seseorang mengeluarkan fikiran dan perasaan. Dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif.

ARTTALK (fourth edition), Rosalind Ragans


Artwork: the visual expression of an idea or experience created with skill. Visual art is more than paintings hanging on a wall. Visual art includes drawing, printmaking, sculpture, architecture, photography, film-making, crafts, graphic arts, industrial and commercial design, video, and computer arts.

BUKU MODERN PAINTER (1888), John Ruskin


Seni adalah bahasa visual yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi.

WEB: DEFINISI SENI


Perkataan "seni" amat selalu dihubungkan dengan perkataan "halus", "indah", "murni', "menarik", "cantik". "Seni" juga selalu dihubungkan dengan perkataan "luar biasa, "abstrak", "melampaui jangkauan fikir", "ajaib", "ghaib". Semuanya ini berhubung secara intim dengan kewujudannya sendiri yang berkaitan dan berhubungan dengan material, mental dan spiritual (kebendaan, pemikiran dan kerohanian). Maka justeru itu, seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman, keintelektualan, kebijaksanaan dan kerohanian manusia.

WEB: DEFINISI SENI


Dari hasil seni ini maka timbul kesan dari segi materialnya, mentalnya dan juga spiritualnya. Adapun kesan-kesan ini pula tidak sama antara seorang audien dengan audien yang lain, bergantung pula dengan tingkat pengalaman, keintelektualan, kerohanian, minat dan penglibatan seseorang. Tidak sama aprisiasi dari seorang peminat dengan seorang seniman, malah tidak akan sama aprisiasi dari seorang seniman dengan seniman yang lain tentang seni.

BUKU PENDIDIKAN SENI (cetakan pertama 1987)


Idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan berbagai-bagai kemahiran tangan, yang merupakan adunan pengalaman murid dari apa yang pernah dipelajarinya. Pemikiran, perbuatan, dan penilaian yang original. Pelukispelukis, ahli-ahli filosuf, saintis-saintis, pendidik-pendidik adalah merupakan orang-orang yang memiliki sifat-sifat mencipta dengan menggunakan keupayaan kreatifnya yang sensitif terhadap alam sekeliling.

BUKU PENDIDIKAN SENI (cetakan pertama 1987)


Inggerisnya ART EDUCATION ialah istilah baharu menggantikan LUKISAN dan PERTUKANGAN TANGAN di sekolah-sekolah. Di negara-negara Barat seperti di England dan United States telah pun menukarkan istilah Art and Craft itu kepada ART EDUCATION. Di Maktab-maktab Perguruan di Malaysia, istilah Art and Craft telah juga ditukarkan kepada istilah Pendidikan Seni sejak tahun 70-an. Daripada dua perkataan yang disatukan itu PENDIDIKAN dan SENI, terdapat dua konsep makna iaitu PENDIDIKAN atau Inggerisnya Education, dan konsep SENI iaitu Art. Istilah yang paling wajar disebut ialah ART AND DESIGN EDUCATION.

WEB: PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH (NOTA)


Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

WEB: PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH (NOTA)


Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Teori Mimesis:
Teori-teori ini berpijak pada pemikiran bahawa seni adalah suatu usaha untuk menciptakan tiruan alam. Kata mimesis berasal dari kata Yunani di mana teori ini pertama kali dicetuskan oleh Plato. Terjemahan yang tepat dari kata mimesis agak sukar dicari, kerana bagi Plato mimesis ini tidak saja berlaku untuk senirupa melainkan juga berlaku untuk seni musik, drama dan sebagainya. Teori mimesis ini amat penting dalam tinjauan seni kerana setelah zaman Yunani konsep ini dihidupkan kembali dalam seni Renaissance dan sampai sekarang masih cukup berpengaruh.

Teori Instrumental:
Teori-teori ini berpijak pada pemikiran bahawa seni mempunyai tujuan tertentu dan bahawa fungsi dan aktiviti seni sangat menentukan dalam suatu karya seni. Misalnya fungsi-fungsi edukatif, fungsi-fungsi propaganda, religius dan sebagainya. Cabang lain dari teori ini adalah seni sebagai sarana penyampaian perasaan, emosi dan sebagainya.

Teori Formalistis:
Teori-teori ini merupakan reaksi terhadap kedua teori di atas kerana menganggap bahawa keduanya tidak memberikan standard penilaian estetis. Mereka berpendapat bahwa elemen-elemen bentuk pada suatu karya seni juga memancarkan nilai-nilai estetis.

Teori-teori abad 20:


Teori-teori yang lebih praktis dan menitik beratkan pada kritik dan apresiasi. Seni adalah suatu tindakan kreatif, ia adalah suatu realiti yang diciptakan dan harus mampu memberikan kesempatan dan kemampuan untuk penghayatan estetis.

Herbert Read: Setiap teori seni harus dimulai dengan anggapan bahawa manusia memberikan reaksi terhadap bentuk, masa dan permukaan dari benda-benda yang dilihatnya, dan bahawa komposisi dan penataan unsur-unsur tersebut menimbulkan rasa senang pada diri manusia. Kemampuan untuk menangkap komposisi dan penataan yang menyenangkan ini dimungkinkan kerana manusia memiliki rasa keindahan (a sense of beauty).

Leo Tolstoy: Keindahan ialah sesuatu yang dapat mendatangkan rasa menyenangkan bila dilihat (visual).

Alexander Baumgarten: Keindahan itu sebagai kesatuan yang merupakan susunan yang teratur dari bahagian-bahagian yang mempunyai hubungan erat satu sama lain dan keseluruhan. Alexander Baumgarten (1714-1762) dianggap sebagai pelopor ilmu aesthetica, kerana dia yang pertamatama mengangkat estetika sebagai ilmu yang khusus. Estetika berasal dari kata Aesthesis yang bererti perasaan, pencerapan dan persepsi.

Sulzer (1720-1777): Mengatakan yang dapat dikatakan indah ialah yang mengandungi kebaikan. Tujuan hidup adalah kemakmuran dan kesejahteraan dalam kehidupan sosial. Ini didapati dengan mendidik perasaan moral, di mana seni adalah sebagai pendukungnya. Menurut Sulzer keindahan adalah yang merangsang dan mendidik perasaan.

Wickelmann (1717-1767): Hukum dan tujuan semua seni ialah keindahan semata.
Keindahan bentuk Keindahan idea, terekspresi dalam posisi figur dalam seni plastis. Keindahan ekspresi, ini dapat tercapai apabila terdapat kedua keindahan tersebut sebelumnya.

Beza seni dan keindahan: Seni berkaitan benda atau karya-karya sedangkan keindahan berkaitan masalah nilai.

Hausman: Pendidikan Seni ialah mengenai mengajar orang supaya memahami dan menguasai akan imej-imej tampak (visual images) dan rupa bentuk (forms) yang dikatakan seni itu. John Dewey: Pendidikan itu suatu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Konsep yang dibawa oleh Dewey ini mempengaruhi Pendidikan Seni. Creativity merupakan aspek yang paling ditekan dalam Pendidikan Seni. Penulisan pakar pendidik seni seperti Margaret Mathias, Bell Boss, Florence Cane, Victor De Amico, Dick Field menyatakan bahawa kanakkanak memangnya mempunyai sifat-sifat kreatif yang subur dan sekiranya sifat kreatif ini diperkembangkan dengan subur, nescaya sifat ini dapat digunakan bukan sahaja di bidang Pendidikan Seni malah di lapangan lain jua.

Victor Lowenfeld: Creativity is an instinct which we primarily use to solve and express life and work problems. Creativity is the ability to explore and investigate a drive without which man cannot exist.