Anda di halaman 1dari 5

HADIS HADIS YANG MENGISYARAT KHILAFAH ABU BAKAR

Muhammad Hanief Awang Yahaya


www.darulkautsar.net
Perlantikan Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq diakui sebagai ijma pertama yang berlaku di kalangan
sahabat Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja baginda wafat. Ini merupakan bukti jelas yang
menunjukkan umat Islam pada waktu sepakat dan berlapang dada menerima Abu Bakar sebagai
ketua mereka yang mengatur dan mentadbir urusan dunia dan akhirat mereka. Tambahan pula,
padanya terdapat syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang menjadi ketua negara
apatah lagi beliau merupakan sahabat yang paling awal memeluk Islam.
Dalam tulisan yang ringkas ini akan dikemukakan beberapa buah hadis walaupun tidak secara
terang dan jelas tetapi mempunyai isyarat bahawa Rasulullah s.a.w. menamakan beliau sebagai
pengganti baginda.
Hadis Pertama




Al-Bukhari meriwayatkan daripada al-Qasim bin Muhammad katanya, Aishah berkata: Aduhai
sakitnya kepalaku. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Kalaulah berlaku begitu dalam keadaan
saya masih ada pasti saya akan beristighfar dan berdoa untukmu. Lalu Aishah menjawab:
Aduh lebih berat lagi penderitaanku. Demi Allah, saya rasa awak sukakan kematian saya, kalau
itu berlaku pada waktu petang awak akan berada bersama-sama dengan isteri-isterimu sebagai
pengantin. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Bahkan akulah yang lebih sakit kepala.
Sesungguhnya aku benar-benar mahu atau saya mahu menghantar seseorang kepada Abu

Bakar dan anaknya untuk saya memaklumkan supaya tidak ada orang yang mengatakan dan
tidak ada orang yang bercita-cita demikian. Kemudian saya berkata: Allah tidak mahu dan
orang-orang mu`min menolak atau Allah menolak dan orang-orang mu`min tidak mahu
(melainkan Abu Bakar).1[1]
Hadis Kedua


Dalam riwayat Muslim daripada Urwah daripada Aishah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda
kepada saya pada ketika sakitnya: Panggilkan Abu Bakar untuk saya dan saudaramu supaya
dapat saya tuliskan satu surat kerana saya takut ada orang yang bercita-cita dan ada orang
berkata bahawa si fulan lebih layak, tetapi Allah s.w.t. dan orang-orang mu`min tidak mahu
melainkan Abu Bakar.2[2]
Hadis Ketiga


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jubair bin Mutim kata, seorang wanita telah
datang menemui Rasulullah s.a.w. memintanya supaya datang semula menemuinya lalu dia pun
bertanya: Apa pandangan tuan jika saya datang dan dapati tuan tidak ada -seolah-olah dia
memaksudkan kawafatan-. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Sekiranya anda tidak mendapati
saya, datanglah menemui Abu Bakar.3[3]

1[1] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab al-Istikhlaf.


2[2] Sahih Muslim, Kitab Fada`il al-Sahabat, Bab Min Fada`il Abi Bakar, hadis no: 2387
3[3] Sahih al-Bukhari, Kitab Fada`il al-Sahabat, Sahih Muslim, Kitab Fada`il al-Sahabat, Bab Min Fada`il
Abi Bakar, hadis no: 2386

Hadis Keempat



Daripada Abu Bakrah bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. telah bertanya: Siapakah di antara
kamu yang bermimpi? Lalu seorang lelaki berkata: Saya bermimpi seolah-olah sebuah
timbangan turun dari langit lalu ditimbang anda dan Abu Bakar maka berat anda melebihi Abu
Bakar kemudian ditimbang pula Umar dan Abu Bakar lalu Abu Bakar lebih berat daripada Umar
kemudian ditimbang Umar dan Uthman lalu Umar lebih berat kemudian timbangan itu
diangkat. Perawi berkata: Rasulullah s.a.w. sedih dan berduka kerananya itu, yakni tidak suka.
Kemudian baginda bersabda: (tabirnya ialah) Khilafah kenabian kemudian Allah s.w.t.
memberikan kerajaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya.4[4]

Hadis Kelima
Rasulullah s.a.w. telah mendahulukan Abu Bakar untuk menjadi imam sehingga hari
kewafatannya.









Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Musa katanya, Rasulullah s.a.w. jatuh sakit
dan sakitnya itu bertambah kuat lalu baginda bersabda: Suruhlah Abu Bakar menjadi imam.

4[4] Sunan Abi Daud, Kitab al-Sunnah Bab al-Khulafa`, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Ru`ya.

Aishah berkata: Sesungguhnya Abu Bakar seorang yang lembut (mudah menangis), bila dia
berdiri di tempatmu tidak dapat mengimami orang ramai. Baginda bersabda: Suruhlah Abu
Bakar menjadi imam. Aishah mengulangi kata-katanya itu. Baginda bersabda lagi: Suruhlah
Abu Bakar menjadi imam. Kamu ini betul-betul seperti perempuan-perempuan zaman Nabi
Yusuf. Maka utusan datang menemui Abu Bakar lalu beliau mengimamkan orang ramai ketika
Rasulullah s.a.w. masih lagi ada.5[5]
Hadis Keenam


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, seorang yang sentiasa menemani dan berkhidmat kepada
Rasulullah s.a.w. katanya, sesungguhnya Abu Bakar mengimami mereka ketika Rasulullah
s.a.w. sakit yang membawa kepada kematiannya sehingga pada hari Khamis. Sedang mereka
berada dalam saf-saf, Rasulullah s.a.w. mengangkat tabir biliknya dan melihat ke arah kami
sambil berdiri, seolah-olah wajahnya itu seperti halaman al-Qur`an. Kemudian baginda
tersenyum ceria lalu kami hampir mahu keluar kerana gembira melihat Rasulullah s.a.w. Maka
Abu Bakar mengundurkan dirinya untuk sampai di saf dan menyangka bahawa Rasulullah s.a.w.
keluar

bersembahyang.

Lalu

Rasulullah

s.a.w.

mengisyaratkan

kepada

kami

supaya

menyempurnakan sembahyang dan baginda melabuhkan tirai dan pada hari yang sama beliau
wafat.6[6]

5[5] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Ahl al-Ilm Wa al-Fadhl Ahaqq Bi al-Imamah
6[6] Ibid.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3877