Anda di halaman 1dari 9

PERSATUAN

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh muridmurid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolahsekolah seluruh negara. Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah

Salah satu usaha pendidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

` ` ` `

Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Hobi dan rekreasi; Sukan dan permainan; Badan beruniform; atau Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masingmasing.

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan: a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan. b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari. c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama. d. Berkongsi sumber dan peralatan. e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

www.scribd.com/doc/3060126

Anda mungkin juga menyukai