Anda di halaman 1dari 22

PJM 3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR

PERTUMBUHAN, KEMATANGAN, PEMBELAJARAN MOTOR PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRANATAL

KONSEP PERTUMBUHAN

 Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu.  Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:  (i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia)  (ii) Penambahan saiz sel (hipertropi)  (iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)

 Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras.

 Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.

 Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks.

 Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.

 Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran.

KONSEP KEMATANGAN

 Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang.  Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ, memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.  Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.

 Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya.

 Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk sepenuhnya.

 Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat lewat kanakkanak dan remaja.

 Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang secara biologikal.

 Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan.

KONSEP PEMBELAJARAN MOTOR


SCHMIDT & LEE (2005) SIFAT UTAMA PEMBELAJARAN MOTOR Proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan berkemahiran Tidak boleh diperhatikan secara langsung kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman. Menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.

Berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung

 Oleh itu, pembelajaran motor didefinisikan sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal.  Menurut Malina (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.  Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRENATAL


PERINGKAT PERTUMBUHAN PRENATAL PERTUMBUHAN JANIN AKTIVITI MOTOR JANIN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT JANIN

PERINGKAT PERTUMBUHAN PRENATAL


 Terdiri daripada tiga peringkat yang nyata iaitu:

1.

Persenyawaan ovum (zigot)


 Merangkumi 2 minggu selepas persenyawaan  Tempoh pembahagian sel yang pesat  Semasa sel-sel membahagi, satu gumpalan sel yang berbentuk buah beri terhasil dan ini dikenali sebagai morula.  Semasa minggu kedua, selepas persenyawaan, blastosit akan menempel di dinding uterus dan beberapa lapisan sel kelihatan dengan jelas.  Lapisan yang paling penting akan membentuk embrio manakala lapisan lain adalah berfungsi untuk pemakanan embrio yang sedang membesar, pembentukan plasenta dan tali pusat.

2. Embrio
 Tempoh bermula dengan pembentukan embrio dan terdiri daripada minggu kedua ke minggu kelapan.  Tempoh ini adalah masa di mana pertumbuhan dan pembahagian sel yang pesat berlaku.  Pada peringkat ini, pembahagian sel-sel akan membentuk tisu, organ dan sistem.

3. Fetus
 Tempoh bermula dari minggu kesembilan sehingga minggu keempat puluh.  Peringkat ini merangkumi pertumbuhan saiz dan jisim yang pesat, perubahan bentuk dan perkembangan fungsi-fungsi di dalam tisu, organ dan sistem.

PERTUMBUHAN JANIN
 Bercirikan kepada pertumbuhan dan penambahan saiz badan, kadar

pertumbuhan dan komposisi badan.

1.

Saiz badan
 Keluk pertumbuhan janin adalah berbentuk S atau sigmoid iaitu keluk

yang menggambarkan perubahan berat badan.

2.

Kadar Pertumbuhan
 Pada usia 2 bulan, janin lazimnya mempunyai kepala yang lebih besar

berbanding saiz badan keseluruhannya, dan mempunyai anggota badan yang kecil dan pendek. Pertumbuhan pesat berlaku di

bahagian pinggang dan anggota-anggota yang lain apabila mencapai peringkat pertengahan kehamilan.

 Perubahan ini akan berterusan sehinggalah kepala janin, badan dan

anggota-anggota lain berkembang mengikut kadar pertumbuhan yang sepatutnya.

3. Komposisi badan
 Walaupun berat dan panjang badan adalah petunjuk utama di dalam pertumbuhan janin, berat badan adalah lebih diutamakan.  Kadar kandungan air di dalam badan akan berkurangan apabila berat janin semakin bertambah.  Kadar kandungan lemak akan meningkat apabila berat janin meningkat kepada 1500g.

AKTIVITI MOTOR JANIN

 Denyutan jantung boleh dikesan dalam tempoh 4 minggu selepas persenyawaan.  Dalam tempoh 5 6 minggu, pergerakan di bahagian atas tulang belakang boleh dikesan dengan alat ultrabunyi.  Pergerakan lengan dan kaki boleh dikesan dalam tempoh 8 9 minggu.  Perubahan otot-saraf adalah berbeza mengikut umur.  Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu akan mempunyai otot-saraf yang berbeza berbanding janin yang dilahirkan selepas 25 26 minggu.  Pantulan asas, tonus otot, tindak balas, dan tingkah laku deria motor akan berubah secara ketara kerana tempoh kelahiran yang berbeza.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT JANIN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


         Jenis baka (genotaip) Jantina Status sosioekonomi (tempat tinggal, persekitaran) Berat semasa ibu mengandung Bentuk badan ibu Berat badan yang diperolehi semasa hamil Status pemakanan Tabiat merokok atau meminum alkohol Tabiat senaman

 Lelaki pada lazimnya lebih berat daripada perempuan. Bayi pertama yang dilahirkan pada lazimnya lebih ringan berbanding kelahiran seterusnya. Bayi sulung dikenali sebagai primaparous manakala yang seterusnya dikenali sebagai multiparous.

GLOSARI
ISTILAH Morula Blastocyst MAKSUD an embryo at an early stage of embryonic development The blastocyst is a structure formed in the early embryogenesis of mammals, after the formation of the morula A woman who has given birth to only one child Having given birth two or more times The cells of the body with the exception of the reproductive cells Consisting of or containing a cell or cells Located between or among cells Sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel. Producing internal secretions that are transported around the body by the bloodstream

Primiparous Multiparous Somatic Cellular Intercellular Enzim

Endocrine

RUJUKAN

1. http://paragon-ipda.blogspot.com/2010/11/pjm-3105growth-and-motor-learning.html 2. http://ipdaburn.blogspot.com/2010/09/pjm3105pembelajaran-motor.html

Anda mungkin juga menyukai