P. 1
Contoh Teks Ucapan an

Contoh Teks Ucapan an

|Views: 5,403|Likes:
Dipublikasikan oleh aliffshamsul

More info:

Published by: aliffshamsul on Jul 06, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/17/2013

pdf

text

original

Contoh Teks Ucapan Perkahwinan Selamat datang kami ucapkan Rombongan pengantin perempuan yang diraikan Alhamdulillah selamat

dalam perjalanan Dengan tangan terbuka kami alu alukan Yang jauh kita dekatkan Yang dekat kita rapatkan Yang rapat kita satukan Yang dah bersatu biarlah berkekalan Yang dimuliakan, (senarai nama VIP dan tetamu) …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………… Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hadirin yang dihormati sekalian, Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya sekeluarga melaksanakan majlis perkahwinan anak saya …………………………………..dengan pasangannya ………………………………………. Untuk kesekian kalinya, saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan semua melapangkan masa ke majlis perkahwinan anak saya pada petang ini. Nyiur gading puncak mahligai Buat ketupat berisi inti Majlis yang dinanti sudahpun sampai Kehadiran tuan puan amat bererti Buat ketupat berisi inti Santapan puteri muda remaja Semoga majlis bertambah berseri Kita doakan hingga ke akhirnya

Pisang emas dibawa belayar. tiada kata secantik bahasa yang dapat saya katakan selain dari budi baik akan dikenang sampai ke mati.Hadirin yang dihormati sekalian. Sesungguhnya majlis yang begitu indah dan gilang gemilang ini pastinya tidak akan bermakna tanpa bantuan dan sokongan dari insan – insan teristimewa khususnya isteri saya dan keluarga saya yang sanggup bersusah payah agar majlis ini dapat dilaksanakn dengan jayanya. saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi menerima anak saya menjadi menjadi sebahagian daripada ahli keluarga baru tuan. Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam orang Banyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kepada semua yang penyumbang idea dan tenaga. Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Hadirin yang dihormati sekalian. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu merealisasikan majlis perkahwinan ini . Kepada rombongan pengantin lelaki/perempuan. Bauhulu kuih traditional Mangkuk timah penuh sarat Kalau dahulu tidak kenal Sekarang beramah semakin erat Kini anak kita telah disatukan Kini kita sudahpun berbesan Sekadar mengerat satu pertalian Semoga berkekalan ke akhir zaman Bagi kami keluarga di sini Terimalah dengan ikhlas anak kami Bimbinglah dia sebagai anak sendiri .

Moga moga segala usaha diberkati Sesungguhnya dengan rasa amat besar hati. Dengar ya. Kini izinkan saya menitipkan beberapa rangkap pantun khusus untuk kedua pasangan pengantin iaitu anankanda kami berdua. kami sekeluarga juga menerima kehadiran tuan dengan penuh rasa gembira dan penuh kesyukuran. ini pesanan dari ayah dan ibu. Hadirin yang dihormati. Amat garang datuk bentara Musuh melanggar habis dibenam Dulu seorang kini berdua Hidup bersama susah senang Tertunai sudah hajat kamu berdua Bermulalah alam berumah tangga Pahit dan maung akan kamu rasa Pandai pandailah kamu berdua menjaganya Ingatlah wahai pengantin lelaki Isteri adalah amanah ilahi Jangan diabai tanggungjawab diberi Jadilah kamu suami mithali Walaupun isteri cantik jelita Apalah ertinya tidak berbahasa Didiklah bimbinglah biar sempurna Kelak bahgia kamu berdua Feringgi melanggar Inderagiri Lalu dibedil oleh laksamana Suami ibarat kepala negeri Hendaklah adil lagi saksama Pergi berzanji di pekan pagoh Beli sekati ikan senohong Sudah berjanji bersetia tegoh Jangan dimungkiri bercakap bohong Dalam gelap durian gugur Dikumpul dapat berpikul-pikul Kalau tersilap boleh ditegur Jangan pula dipukul-pukul .

tingkah laku mahupun layanan yang membuatkan para hadirin merasa kurang selesa. ayah ingatkan Berkasih sayang sesama insan Jangan cepat menjadi bosan Wahai anakanda berdua. tuturkata. Sesungguhnya segala kelemahan dan kekhilafan itu datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik itu. Jika ada kesilapan kami Kami menyusun sepuluh jari Janganlah disimpan di dalam hati . Dikesempatan ini juga.t. saya dan ahli keluarga ingin memohon beribu kemaafan andaikata sepanjang majlis ini berlangsung.Kepada ister jangan pula lupa Kini kamu sudah berpunya Taatlah kamu pada suami tercinta Jangan sesekali kamu cuba menderhaka Makan dan pakai mesti kamu jaga Banyak bersabar jangan cepat kecewa Jangan bertindak tanpa iusul periksa Banyak cerita hanya fitnah belaka Perkara kecil jangan diperbesarkan Bumi yang mana tak ditimpa hujan Banyak bersabar dan selalu memaafkan Rumahtangga akan kekal aman Malam hari memasang damar Menangkap ikan di tepi titi Suami isteri mesti bersabar Kekal rukun damai dihati Dengarlah ini ayah berpesan Anak menantu. segalanya dari Allah s.w. terdapat ketidaksempurnaan dari segi bahasa. Kedua orang tua jangan dilupai Ingatlah segala lelah mereka selama ini Wang dan pangkat tidak bererti Jika hati mereka kamu sakiti Hadirin yang dihormati sekalian.

Kami doakan agar selamat pulang nanti Dijauhkan Allah segala aral yang menanti Jangan gopoh biar berhati-hati Panjang umur kita jumpa lagi Sekian.Semua itu kelemahan kami. terima kasih .

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->