Anda di halaman 1dari 17

Menurut Mok Soon Sang (2001), teori pembelajaran Taksonomi Bloom adalah ilham daripada B.

S Bloom iaitu seorang ahli pendidik yang terkenal dalam bidang objektif pendidikan. Menurut kajian beliau, objektif-objektif pendidikan dibahagikan kepada enam jenis mengikut peringkat-peringkat kesukaran. Antaranya termasuklah Pengetahuan, Kefaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Taksonomi yang dihuraikan oleh Bloom adalah hampir serupa dengan apa yang dikemukakan oleh Gagne. Dilihat dalam pentaksiran pendidikan pula ianya seolah-olah diambil daripada apa yang dihuraikan dalam taksonomi Bloom. Secara lebih jelas, setiap langkah yang disyorkan dalam Taksonomi Bloom memberi makna yang amat penting bagi pengaplikasian dalam pentaksiran pendidikan. Contohnya dalam pentaksiran, ".....langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu" (Mokhtar Ismail,1995). Penyataan tersebut dapat direalisasi dengan adanya peringkat yang dijelaskan oleh Taksonomi Bloom yang mana setiap peringkat akan menjelaskan proses peralihan pengetahuan hingga sesuatu pentaksiran dapat dirumuskan.

Taksonomi merupakan pencapaian aras dalam tiga domain utama iaitu psikomotor, efektif, dan kognitif. Selepas pengajaran, seseorang guru akan dapat menilai dan membuat tindakan susulan sebaik sahaja habisnya sesi pengajaran. Melalui aras taksonomi ini maka pencapaian pelajar dapat disukat. Antara kepentingan taksonomi (urutan mengikut 6 aras utama) ialah; 1.Aras pengetahuan-mengingat semula perkara yang dipelajari tanpa berlaku perubahan (dari aspek sains & sejarah seperti melabelkan & menyatakan). 2.Aras kefahaman-memahami sesuatu bahan dalam penterjemahkan,penjelaskan dan menjangkakan kemungkinan. 3.Aras aplikasi-menggunakan pengetahuan abstrak utk menyelesaikan masalah yang konkrit (cth: menunjukkan cara). 4.Aras analisis-Menaakul sebab dan musebab,meleraikan sesuatu komunikasi kepada bahagian,menjelaskan organisasi sesuatu komunikasi (cerakinkan, asingkan & membahagikan). 5.Aras sintesis-membentuk sesuatu yang baharu. 6.Aras penilaian-membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu

Taksonomi memudahkan seseorang guru melakukan penilaian yang sistematik terhadap pencapaian pelajar setelah sesi pengajaran berlangsung. Melalui aras-aras tertentu taksonomi ini maka pencapaian pelajar dapat diketahui dengan lebih tepat. Menurut taksonomi yang yang perkenalkan oleh Bloom, terdapat 6 aras yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk mengetahui darjah penguasaan pelajar. Aras pengetahuan sesuai untuk soalan-soalan ringkas yang bertujuan menguji daya ingatan pelajar terhadap isipelajaran. Aras kefahaman adalah untuk menguji pemahaman pelajar tentang sesuatu bahan dalam penterjemahkan, penjelaskan dan jangkaan kemungkinan. Aras aplikasi adalah soalan berbentuk pengetahuan abstrak bagi menyelesaikan masalah yang konkrit

dengan menggunakan teori atau model yang telah dipelajari. Aras analisis memerlukan pelajar menaakul sesuatu perkara, meleraikan sesuatu komunikasi kepada bahagian, menjelaskan organisasi sesuatu komunikasi dan sebagainya. Aras sintesis pula menguji kreativiti pelajar dalam membentuk sesuatu gagasan yang baru. Ini hanya dapat dilakukan oleh pelajar yang betul-betul memahami idea asas yang dipelajari. Aras penilaian adalah soalan yang memerlukan pelajar membuat penilaian dan pertimbangan sendiri berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang sedia ada.

PENTAKSIRAN/PENGUKURAN : - Merupakan suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda,perkara atau keadaan.Oleh itu dalam kontext ini ia adalah proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.Nilai kuantitatif dinyatakan dalam unit angka yang tetap. - Tujuannya ialah membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. - Kegunaannya ialah untuk pengelasan,pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang bersesuaian dengannya dan untuk penyelidikan. - Bentuk pengukurannya adalah dengan menjalankan sesuatu ujian secara bertulis dengan memberikan markah dan gred. - Proses pelaksanaan terbahagi kepada dua cara iaitu proses pengujian dan merekod markah/gred

Pentaksiran Pentaksiran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Alat pentaksiran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pentaksiran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Tujuan pentaksiran dapat dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut: 1. Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh. 2. Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh.

3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.

4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Dari segi pentadbiran, fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut: 1. Bagi mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan. 2. Bagi mendapatkan maklumat untuk bimbingan. 3. Bagi mendapatkan maklumat tentang kecekapan guru. 4. Bagi mendapatakn maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profail yang kemudiannya dibekalkan sebagai maklum balas kepada pelajar serta ibu bapa.

Soalan-soalan sains

Antara yang berikut, amalan yang manakah baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup di alam ini?

rakyat diizinkan untuk memburu haiwan liar untuk mendatangkan hsail ekonomi. mengekalan hutan tropika untuk aktiviti rekreasi. mebenarkan penebangan hutan secara bebas . tuba dibenarkan untuk menangkap ikan di sungai-sungai dan tasik.

Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan...........

i. ruang

ii. pasangan iii. cahaya matahari iv. udara

ii dan iii sahaja i , ii dan iii sahaja i dan iii sahaja ii, iii dan iv sahaja

PADI - BELALANG- KATAK- ULAR - BURUNG PIPIT

Dalam siratan makanan di atas , haiwan manakah yang menjadi punca persiangan dalam habitatnya?

ular belalang katak burung pipit Antara haiwan-haiwan berikut, yang manakah telah mengalami kepupusan?

badak dan panda. badak, harimau putih, panda dan dinasor. harimau putih dan dinasor. harimau putih, badak dan panda.

Mengapa harimau diburu?

untuk mendapatkan kulitnya. untuk mendapatkan dagingnya. untuk dijadikan binatang tontonan di sarkas. untuk mendapatkan kukunya.

Mengapa haiwan perlu bersaing? Aapakh keperluan yang menyebabkan haiwan-haiwan bersaing?

cahaya matahari dan udara segar. tempat tingal yang selesa dan kasih sayang dari manusia. makanan, air, pasangan dan tempat tinggal. udara dan tempat tinggal.

Antara berikut, yang manakah akan berlaku kepada anak-anak pokok yang gagal dalam persaingan bagi mendapat cahaya matahari?

Akar akan tumbuh lebih banyak bagi mendapatkan makanan yang lebih banyak. Daun akan layu dan tidak bermaya. Daun akan menghijau untuk melawan persaingan. Anak pokok akan mati kerana tidak dapat membuat makanan sendiri.

Tumbuhan berbatang lembut memanjat tumbuhan lain untuk mendapatkan ..........

udara cahaya matahari garam mineral air

Pilih pernyataan yang benar mengenai persaingan.

i. Persaingan dapat mengekalkan keseimbangan alam. ii Organisma yang kalah dalam persaingan akan pupus. iii. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan ruang. iv. Persaingan sangat merugikan.

i, ii, iii dan iv sahaja i, ii dan iii sahaja ii dan iii sahaja i dan ii sahaja

Apakah nama saintifik bagi kawasan semulajadi bagi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama?

habitat. lubuk

tapak semaian. Hutan

Manusia berkebolehan mereka cipta pelbagai alat berteknologi yang baru. Apakah faedah keistimewaan ini kepada manusia sendiri?

i mencipta senjata yang canggih untuk bersaing di sesama sendiri. ii. mengatasi masalah had keupayaan manusia semasa melakukan kerja yang sukar. iii. manusia dapat mengolah alam ini sewenang-wenangnya. iv. meningkatkan keselesaan hidup manusia.

i dan ii sahaja. ii sahaja ii dan iv sahaja ii, iii dan iv sahaja.

Manusia adalah makhluk yang istimewa kerana ..........

manusia dapat melakukan apa sahaja. manusia dapat berfikir dengan waras. manusia menpunyai otak yang lebih maju. manusia dapat bersaing.

Apakah tujuan utama penubuhan Taman Negara?

mengekalkan tempat semulajadi bagi pelbagai haiwan liar. menggalakkkan penebangan hutan. menyediakan suatu tempat untuk memburu haiwan liar di taman itu. meningkat hasil hutan

1. Apakah kebaikan yang diperolehi hasil dari persaingan?

A. dapat meningkatkan populasi haiwan disesuatu habitat. B.haiwan yang gagal bersaing akan melarikan diri. haiwan dalam hutan akan melarikan diri ke tempat lain yang kurang persaingan. Menghasilkan baka-baka anak yang berkualiti dan kesimbangan alam dapat dikekalkan.

Bunga Raflesia ialah bunga yang terbesar di dunia tetapi kebelakangan ini, bunga jenis ini diancam kepupusan. Ini berlaku kerana ..........

pemusnahan habitatnya. kudupnya selalu dipungut oleh manusia. dimakan oleh haiwan lain. wabak penyakit.

Aktiviti manusia yang menyebabkan kepupusan PENYU ialah.....

pengambilan telurnya secara berlebihan.

menangkap haiwan itu untuk buat pameran. pemburuan untuk dagingnya. memerangkap haiwan itu untuk kulitnya

Mengapa badak sumbu diburu oleh manusia?

untuk mendapatkan telurnya. untuk mendapatkan kulitnya. untuk mendapatkan sumbunya. untuk dijadi biantang perhiasan di rumah.

Penebangan hutan akan menyebabkan.........

i. banjir mudah berlaku. ii. tempat tinggal hidupan musnah. iii. suhu di bumi meningkat. iv. pembiakan haiwan bertambah.

i, ii dan iii sahaja. ii dan iii sahaja i dan ii sahaja. semua di atas.

Haiwan yang hampir pupus akibat diburu oleh manusia untuk mendapatkan telurnya ialah .......

penyu belimbing ikan paus ayam hutan burung enggan

ALAM FIZIKAL Kelajuan dua buah objek boleh dibandingkan dengan .....

i. mengukur jarak pergerakan mereka dalam satu jangka masa tertentu. ii. melihat objek yang berlepas dahulu dari tempat permulaan. iii. memperhatikan arah pergerakan mereka. iv. mencatatkan masa diambil untuk melalui satu jarak yang ditetapkan.

i dan iv

iii dan iv ii dan iii i dan ii

Bagaimana pergerakan bola dapat dihentikan?

aoabila menendang searah dengan arah gerakan bola. apabila penjaga gol menangkap gerakan bola. mengurangkan sudut tendangan bola. mengurangkan kekuatan semasa tendangan bola.

Adik menangis di bilik air kerana terjatuh. Ini kerana ..........

daya geseran menghentikan geseran pergerakan adik anda. air mengurangkan daya geseran di antara tapak kasut dengan lantai. day tarikan menolak adik sehingga jatuh. daya tarikan graviti sangat kutrang di bilik air.

Semua diantara yang berikut mempunyai kelajuan kecuali ........

burung sedang terbang. rumah atas bukit. air di sungai. layang-layang yang diterbangkan oleh adik.

KERETA P - jarak dilalui 45 meter - masa diambil 5 saat KERETA Q - jarak dilalui 35 meter - masa diambil 5 saat. KERETA R - jarak dilalui 60 meter - masa diambil 5 saat.

KERETA S - jarak dilalui 15 meter - masa diambil 5 saat. Berdasarkan jadual di atas, kereta yang bergerak paling laju ialah ...........

R P S Q

Masa diambil oleh Hisham untuk berlari sejauh 500 meter ialah 50 saat. Kirakan kelajuan lariannya..

25 meter per saat. 10 meter per saat. 50 meter per saat. 5 meter per saat.

Laju = X / Y Apakah X dan Y?

X = Jarak Y = Daya X = masa Y = jarak X = jarak

Y = Masa X = Daya Y = masa

Yang manakah di antara ialah keburukan geseran?

mencegah kita dari jatuh semasa berjalan. membolehkan kepingan-kepingan kayu dipakukan bersama. Menyebabkan permukaan haus. Membolehkan kereta berhenti.

Antara yang berikut, kereta yang manakah bergerak paling laju?

Kereta D bergerak sejauh 110 km dalam masa sejam. kereta C bergerak sejauh 60 Km dalam masa sejam. Kereta A bergerak sejauh 80 km dalam masa sejam. Kereta B bergerak sejauh 120 km dalam masa sejam.

Diberi masa untuk Leong dan sazali berlari sejauh 100 meter ialah 10 saat dan 15 saat. Pilih pernyataan yang tidak benar.

Leong berlari lebih laju daripada sazali. Jarak yang dilalui oleh Leong adalah lebih daripada sazali. kelajuan Leong ialah 10 meter se saat.

Kelajuan Sazali ialah kurang daripada 10 meter se saat.

Keadaan yang berikut menggalakkan pertumbuhan kulat dan bakteria, kecuali ......

suhu panas sederhana. kehadiran bahan makanan. cahaya yang terang. Lembap

Datuk mengorek sebuah lubang untuk menanam plastik dan botol yang lama. Cara pelupusan yang digunakan oleh datuk kurang baik kerana ..........

mengakibatkan pencemaran tanah. meyebabkan lalat membiak. mengakibatkan banjir kilat. bahan buangan ini tidak mudah reput.

Makanan yang diawet dengan kaedah penjerukan dan pengasinan mengalami perubahan dari segi ....

i. saiz ii rasa iii warna iv. zat makanan

semua di atas. ii, iii dan iv sahaja ii dan iii sahaja i dan iv sahaja

Ikan-ikan pernah didapati mati di persisiran pantai. Apakah kemungkinan punca kematian mereka itu?

i. kandungan oksigen dalam air yang tinggi. ii. persaingan untuk mencari makanan. iii. pencemaran air akibat sisa kumbahan. iv. tumpahan minyak.

i, iii dan iv sahaja. iii dan iv sahaja ii dan iii sahaja. i dan ii sahaja.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?

memproses bahan logam dan tin. menggunakan semula bahan-bahan lama memisahkan bahan mengikut jenis.

menghasilkan bahan baru daripada bahan yang telah digunakan.

faedah-faedah yang diperolehi daripada aktiviti mengitar semula ialah ...

i. mengurangkan bahan buangan. ii. menggalakkan bahan buangan. iii. menjimatkan bahan mentah. iv. mengurangkan pencemaran.

i, iii dan iv sahaja i dan ii sahaja iii dan iv sahaja i, ii, iii dan iv sahaja.

Apakah keburukan menggunakan kaedah pengeringan dengan cahaya matahari?

lipas dapat bertelur pada bahan makanan yang diawet. Setengah vitamin dirosakkan oleh cahaya matahari. penggunaan garam yang berlebihan akan menyebabkan sakit jantung. Vitamin D diperoleh terlalu banyak apabila dijemur terlalu lama.

Telur itik dibasuh dan dimasukkan ke dalam botol yang berisi larutan garam yang pekat.

Kaedah pengawetan di atas dipanggil ....

pengasinan pembotolan. penjerukan pengeringan