Anda di halaman 1dari 44

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

940/1

STPM 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB NEGERI PERAK

SEJARAH
Kertas 1 Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 Masa : Tiga Jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak Disediakan Oleh : En. Rasman bin Samsudin, Ketua Panitia Sejarah (STPM) , SMKDARY

STPM 940/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

BAHAGIAN A 1. 2. Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar. Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke 15 Masehi. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun awal. Bincangkan di Eropah. faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme

3. 4.

5.

6.

7.

Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di India.

8.

BAHAGIAN B

9.

Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Huraikan perkembangan sistem mata wang sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah. pada zaman Khulafa al-Rasyidin

10.

11.

12.

13.

Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

14.

15.

16.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

BAHAGIAN A SOALAN 1 Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir PENGENALAN:[3 markah] 1. 2. Definisi organisasi sosial - lapisan masyarakat merujuk kepada organisasi sosial. Latar belakang Tamadun Mesir

ISI: PERANAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DI MESIR [7 isi X 3 markah = 21 markah] 1. Raja Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial masyarakat Mesir. Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat Merupakan sumber kekuatan Berkuasa mutlak - bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan ketua hakim negara. Segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh raja akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai tinggi. Raja merupakan lambang maat (kebenaran @ keadilan) Keluarga Diraja Putera-putera raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan akan diberi pendidikan semasa kanak-kanak lagi. Seorang guru dilantik untuk mengajar mereka pelbagai mata pelajaran Apabila meningkat dewasa, putera raja akan diberikan latihan dalam bidang ketenteraan Lazimnya, putera raja akan mengambil bahagian dalam ekspedisi ketenteraan yang dipimpin oleh bapa mereka. Putera raja akan dikahwinkan sewaktu masih kanak-kanak lagi. Biasanya mereka dikahwinkan dengan adik kandung @ sepupu untuk mengekalkan kesucian keturunan. Golongan Bangsawan/ Pegawai Tinggi Raja dibantu oleh sekumpulan pegawai tinggi. Kebanyakan pegawai tinggi dilantik drpd kalangan anggota keluarga raja @ saudara-maranya Dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga diraja memiliki kewibawaan untuk memerintah. Wazir Dalam bidang kehakiman, wazir membantu raja untuk mengendalikan keskes di peringkat wilayah. Tugas-tugas wazir adalah; awasi kerja-kerja membina dan membaiki terusan bagi pengairan menjalankan banci ternakan dan sumber-sumber negara merekod banjir Sungai Nil menyediakan buruh paksa mengumpulkan cukai awasi ekspedisi diraja, bengkel-bengkel dan projek pembinaan memeriksa angkatan tentera sebagai penyambut duta-duta mengumpulkan ufti dari luar negara.
SMK DARY 2010

2.

3.

4.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

5.

Pendeta @ Paderi Firaun adalah ketua pendeta @ paderi. Pendeta mempunyai tugas dalam bidang keagamaan. Mereka juga mempunyai pengaruh dalam bidang politik khususnya dalam soal perlantikan raja. Menguruskan pemilihan pengganti raja dan upacara perlantikan raja baru. Anggota Tentera Ramai rakyat biasa terutamanya golongan petani, artisan dan kumpulan professional sederhana telah menyertai tentera. Hal ini kerana jawatan dalam tentera membolehkan seseorang yang tidak mempunyai pendidikan meningkatkan status dan taraf hidup mereka. Tentera juga merupakan satu kumpulan yang penting dalam struktur sosial masyarakat Mesir. Pembantu Raja Golongan ini terdiri daripada serf yang bekerja dalam pertanian dan seluruh kelas buruh. Golongan ini terdiri daripada pekerja-pekerja lombong emas, tembaga, pekerja-pekerja kuari dan pekerja binaan, golongan membuat barangbarang tembikar dan pengangkut air. Tugas utama mereka adalah membina candi-candi diraja. Mereka bekerja hampir sepanjang tahun. Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli. Pekerja-pekerja juga diberikan sayur-sayuran, ikan, kayu api, ubat-ubatan dan pakaian. Pada hari kebesaran, raja akan berikan barang mewah seperti garam, wain dan bir kepada mereka. Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk selesaikan masalah mereka. Petani Merupakan golongan rakyat biasa yang hidup dlm keadaan tertindas. Mereka terikat kepada tuan tanah. Apabila tanah dijual, petani akan menjadi hak milik tuan tanah yang baru. Petani yg berkhidmat di tanah raja menikmati sedikit kebebasan. Pada musim banjir, mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalm pembinaan candi. Menjelang pemerintahan kerajaan baru, para petani menikmati kebebasan sepenuhnya. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan diberikan kepada tiap keluarga. Tanah-tanah tersebut tidak boleh dipindah milik. Oleh itu kedudukan mereka terjamin dan mereka bekerja di tanah sendiri. Hamba Mereka tidak mempunyai kebebasan

6.

7.

8.

9.

KESIMPULAN [1 markah] Struktur sosial dalam tamadun Mesir sangat kompleks dan agak tersusun menjadikan Mesir sebuah tamadun yang hebat ketika itu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 2 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin. Pengenalan: 1. Latar belakang Shih Huang Ti Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam. Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Sistem pemerintahan beraja China Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama. Latar belakang empayar Chin.

2.

3.

Isi : [ 7 isi X 3 markah = 21 markah ] Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan beraja oleh Shih Huang Ti: 1. Menjalankan sistem pemerintahan berpusat Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik Menghapuskan sistem feudal Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah. Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya. Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Memperkenalkan scholar system Melalui sistem ini, kerajaan melalui bidang pendidikan akan melatih sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya yang akan mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi. Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja. Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan yang dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Dengan demikian, pegawai kerajaan dan kakitangan awam yang dilantik akan dapat dipastikan mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Ini sekali gus dapat mengukuhkan kuasa maharaja dan empayarnya mempunyai birokrasi yang cekap.

2.

3.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

4.

Mewujudkan tiga pentadbiran utama Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant. Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana. Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan , merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal tentera-tentera raja. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah @ provinsi Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) Menghapuskan kuasa golongan bangsawan untuk memerintah wilayah. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya bagi menggantikan golongan bangsawan sistem feudal. Pemerintahan wilayah ini dikawal terus oleh pusat pemerintahan maharaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah daripada membentuk kerajaan dan akhirnya mencabar dan mengalahkan kerajaan pusat sebagaimana yang sering berlaku dalam sistem feudal. (Dalam sistem feudal pemerintah bangsawan di wilayah mempunyai kuasa yang besar untuk memerintah. Mereka boleh membuat keputusan sendiri dan boleh membentuk angkatan tentera sendiri. Sering terjadi apabila pusat (maharaja) lemah, maharaja akan terpaksa meminta pertolongan pemerintah bangsawan ini. Dalam keadaan tertentu maharaja sendiri akan diserang dan dikalahkan oleh golongan bangsawan ini).

5.

6.

Melantik pemerhati/perisik di wilayah Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati/perisik dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah. Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya. Dengan demikian, musuh-musuh kerajaan dapat dihapuskan. Dasar pengawalan ke atas rakyat dengan undang-undang Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang ketat dan kejam. Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undangundang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya. Sarjana-sarjana berfahaman Confucius yang ingkar dihukum bunuh. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan. Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.
SMK DARY 2010

7.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

8.

Memperkukuhkan sistem pertahanan daripada serangan luar Pemerintah China mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya daripada puak nomad Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Shih Huang Ti telah menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh. Di samping itu, Shih Huang Ti memperbesar dan memperkuat pasukan tentera.

Kesimpulan: 1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. 2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal. 3. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas. Perhatian : Markah maksimum Pendahuluan + Kesimpulan adalah sebanyak 4 markah sama ada 3 +1 @ 2+2 @ sebaliknya.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 3 Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar. A. Pendahuluan [ 3 markah] 1. 2. Tamadun Rom yang muncul selepas kejatuhan Yunani berjaya membentuk empayar yang luas kerana mempunyai pasukan tentera yang kuat. Organisasi ketenteraan Rom jelas ketara dalam aspek matlamat ketenteraan, dasar ketenteraan, taktik peperangan, organisasi tentera, penyusunan tentera dan peralatan perang. Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa sahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan disempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas apabila Rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom juga menggunakan kapal laut. Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti, pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar serta lumba kuda. Gimnasium dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa.

3.

4.

B. Isi: Sistem ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Klasik [5 isi X 4 markah = 20 markah] 1. Matlamat Ketenteraan Pada zaman empayar, peperangan bertujuan meluaskan kekuasaan politik ke benua Asia, Afrika dan Eropah. Bertujuan untuk menguasai kegiatan ekonomi.Rom berjaya menguasai kegiatan perdagangan setelah menawan wilayah-wilayah di sekitar laut Mediterranean. Dasar Ketenteraan Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak dihargai. Peperangan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kematian manusia. Taktik Peperangan Taktik yang digunakan oleh tentera Rom adalah melakukan kekejaman terhadap musuh untuk meninggalkan kesan psikologi atau menimbulkan perasaan takut atau bimbang dalam kalangan musuh. Mereka juga mendirikan kem-kem tentera bagi menghadapi tentera musuh. Organisasi Ketenteraan Organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur dalam tamadun Rom, tentera disusun berdasarkan sistem sub seksyen maniples. Tentera dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya dapat bergerak bebas di medan peperangan. Tentera dalam kumpulan maniples dikenali sebagai Legion yang terdiri daripada 4000 hingga 6000 askar. Legion diketuai oleh Legatus dan dibantu oleh pegawai yang dikenali sebagai Tribuni.

2.

3.

4.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Askar terdiri daripada tentera infantri yang dibayar gaji tinggi serta dilengkapi senjata seperti lembing.

5.

Penyusunan Tentera Sistem Phalanx telah diperbaiki dengan meningkatkan bilangan askar kepada 16 orang sebaris. Pada zaman Augustus, Praetorian Guard diwujudkan untuk menghadapi serangan orang Gasar di kawasan sempadan. Peralatan Peperangan Peralatan yang digunakan ialah lembing, pedang, perisai, tombak dan kuda.

6.

C. Kesimpulan [ 2 markah] 1. Tamadun Rom mempunyai sistem ketenteraan yang tersusun. 2. Organisasi ketenteraan yang mantap membantu orang Rom membina empayar yang kuat.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 4 Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke15. A. PENGENALAN ( 3 markah ) 1. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Tradisional berasaskan kepada aktiviti berasaskan aktiviti pertanian yang berasaskan pertanian sara diri terdiri daripada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan. 2. Masyarakat juga terlibat dalam kegiatan perlombongan dan mengumpulkan hasil hutan yang dijadikan sebagai barang pertukaran untuk mendapatkan barangbarang keperluan. 3. Menjelang abad pertama Masihi, berlaku perkembangan pesat dalam perdagangan dan muncul politi-politi perdagangan. B. ISI-ISI ( 7 isi x 3 m = 21 markah ) Aktiviti-aktiviti ekonomi di Alam Melayu. 1. Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian Kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung pada aktiviti pertanian untuk tujuan sara diri, iaitu menghasilkan pelbagai bahan makanan untuk kegunaan sendiri. Kegiatan pertanian terdiri daipada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu dan mengumpulkan hasil hutan. Penanaman utama ialah tanaman padi kerana merupakan makanan penting di Nusantara. Tanaman lain ialah ubi keladi,sagu dan ubi kayu . 2. Kegiatan mengumpul hasil hutan. Tanah Melayu kaya dengan hasil-hasil hutan seperti kayu wangi, kayu gaharu, kapur barus dan, rotan. Hasil hutan dibawa ke pusat pengumpulan seperti Kuala Selinsing dan diedarkan ke pelabuhan-pelabuhan kecil. 3. Kegiatan mengumpul hasil laut. Kepulauan Melayu kaya dengan hasil laut seperti siput, kerang, dan tiram mutiara. Hasil laut seperti kura-kura, siput kowri, akar bahar, dan tripang mendapat pasaran yang luas di China. Kulit siput kowri digunakan sebagai mata wang manakala akar bahar dan tripang digunakan sebagai perencah sup dan untuk tujuan perubatan. Aktiviti mengumpul hasil laut turut melibatkan orang laut yang mempunyai kemahiran menyelam dan berenang untuk memungut kerang, tiram dan bunga karang. 4. Kegiatan perlombongan. Merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Kepulauan Melayu. Hasil galian seperti besi dan emas terdapat di kawasan seperti Delta Sungai Sarawak. Semenanjung Tanah Melayu pula kaya dengan besi, emas dan bijih timah. Kegiatan perlombongan dimonopoli oleh pembesar Melayu. 5. Aktiviti Perdagangan. Kedudukan geografi Kepulauan Melayu yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China menyebabkan aktiviti perdagangan berkembangan pesat.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Perkembangan perdagangan menyebabkan muncul beberapa politi perdagangan di Alam Melayu. Contohnya, Tun Sun, Chih Tu, Tan Ma Ling, Tiyumah, Lang-ya-hsui, dan Kalah. Sumber bertulis China mengandungi maklumat tentang barang-barang yang didagang di pelabuhan-pelabuhan tersebut. Barang yang didagangkan : i. Lang-ya-hsui - gading gajah, tanduk badak, sumbu, gaharu, kapur barus. ii. Tan-ma-ling - madu labah, kapur barus, gading gajah, kayu gaharu. iii. Kalah kayu alges, kayu cendana, gading gajah dan ebony.

6. Kegiatan sebagai pusat pengumpulan. Pusat pengumpulan muncul pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi di Semenanjung Tanah Melayu. Pusat pengumpulan berkembang kerana kedudukan yang strategik di tengah- tengah laluan perdagangan antarabangsa. Terletak di tepi pantai dan sungai-sungai di kawasan pedalaman. Turut menjadi pusat persinggahan dan pusat menjual barang-barang tempatan. Contohnya: Sungai Lang, Klang, Batu Buruk ( bijih timah dan emas ), Pulau Tioman ( kayu gaharu, kapur barus, sarang burung dan kelapa. 7. Kegiatan sebagai pusat pembekalan. Merupakan pusat-pusat yang mengeluarkan dan membekalkan barangan tempatan kepada pusat-pusat pengumpulan. Terletak di kawasan pantai atau kawasan sungai di pedalaman. Contoh : Lembah Langat di Jenderam Hilir merupakan pusat pembekal bagi mengumpulkan bijih timah dari kawasan pedalaman. 8. Kegiatan sebagai pelabuhan entrepot Merupakan pusat perdagangan yang muncul selepas abad pertama Masihi. Terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timur-barat dan mempunyai kemudahan pelabuhan yang lengkap seperti gudang, rumah penginapan, bekalan air minuman , tempat membaiki kapal dan lain-lain. Tempat mengumpulkan pelbagai barang dagangan dari Arab, India, Sri Langka, dan China . Seterusnya barangan akan diniagakan dan dihantar oleh pedagang melalui pelabuhan entrepot ke tempat yang memerlukan barangan tersebut. C. KESIMPULAN ( 1 markah ) Selepas abad pertama Masihi, aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat. Kepesatan perdagangan ini nanti membawa kepada kemunculan empayar. Kekuatan dalam bidang ekonomi telah melahirkan empayar yang kuat di Alam Melayu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 5 Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun awal. PENGENALAN [ 3 markah] 1. Latar belakang tamadun awal: lokasi dan masa (Mesopotamia, Mesir, China, India, Rom dan Yunani) 2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha membentuk keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai kesempurnaan jasmani dan rohani. Pendidikan berkembang kerana pertambahan penduduk. 3. Pusat-pusat pendidikan meliputi tempat ibadat, istana,rumah guru,sekolah,kolej dan universiti. Organisasi dan pelaksanaan pendidikan adalah berbeza mengikut tamadun China,Mesir,India, China danYunani. 4. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi menjadi matlamat utama pendidikan tamadun awal seperti aspek birokrasi, pentabiran, ketenteraaan, kemanusiaan, agama dan keintelektualan. ISI : Matlamat pendidikan dalam tamadun awal [ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Membentuk Birokrasi a. China- melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan dan mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan dalam pendidikan di China yang bertujuan menjalin hubungan persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China. b. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuan melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggunggjawab. 2. Faktor Ketenteraan a. Sparta untuk melahirkan warganegara yang sedia berkorban untuk Negara kota.Mereka dilatih menjadi tentera dengan latihan yang ketat. b. Pada keseluruhannya, pendidikan di Sparta berkisar kepada ketenteraan kerana golongan Peer yang minoriti sentiasa menghadapi serangan daripada golongan Helot. 3. Faktor Kemanusiaan c. Athens melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelektual. Masyarakat yang cemerlang dapat menyumbang kepada diri dan negara. Pelajar diajar menunggang kuda, bermain panah dan berenang untuk jasmani. d. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar untuk berpidato, menghafal retorik (hasil sastera), membaca, menulis supaya bijak berbicara.Mereka juga diajar muzik untuk keseimbangan emosi.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

4. Faktor Keintelektualan a. China, Rom, Athens sangat menghormati golongan intelektual. b. Yunani menekankan falsafah. Mereka mengganggap manusia sebagai haiwan yg rasional dan manusia dibahagikan kepada tubuh dan minda. Jadi, pendidikan adalah penting utk mengimbangi kedua-dua perkara tadi. Dasar dan matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut negara kotaYunani. c. Di Athens, kemudahan pendidikan dikendalikan oleh golongan Sophis. Matlamatnya ialah melahirkan warganegara yang boleh memberi mewujudkan hubungan yang lebih erat antara warganegara 5. Melahirkan golongan profesionalisme a. Rom menekankan aplikasi ilmu yang praktikal melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan,bangunan dan jalan. Oleh itu Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya. b. Mesopotamia-melatih jurutulis (scribes) yang bertujuan menjalankan pentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang-ladang yang dimiliki oleh rumah berhala dan istana. Dari segi pentadbiran dan ketenteraan, jurutulis dikehendaki menghasilkan surat perjanjian, urusan surat menyurat,mengikuti rombongan ketenteraan dan menyenaraikan banduan serta harta rampasan perang. c. Mesir melahirkan golongan professional yang bekerja sebagai setiausaha/kerani dalam ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan. 6. Faktor Keagamaan a. Mesopotamia dan Mesir melahirkan golongan pendeta/paderi. India melahirkan golongan sami dan pemimpin agama. Penekanan pendidikan di India juga adalah untuk menyediakan manusia ke arah menghadapi kehidupan selepas mati. Kedatangan orang Aryan ke India telah membawa kepada kemunculan sistem kasta dan kelas. b. Jadi matlamat pendidikan juga turut berubah iaitu memelihara dan memperkukuhkan sistem kasta. Akibatnya, pendidikan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut kasta supaya dapat mendalami pengetahuan tentang profesion kasta mereka. 7. Faktor Semangat Patriotisme a. Rom-melahirkan rakyat yang setia kepada negara. Empayar Yunani, Rom, India dan China adalah hasil daripada pendidikan yang berjaya menanam semangat patriotisme di kalangan rakyat dan tenteranya.

C. Penutup [ 2 markah] 1. Terdapat banyak matlamat pendidikan tamadun awal seperti untuk tujuan agama, jurutulis, kemanusiaan, patriotisme, untuk diri sendiri, kesejahteraan masyarakat dan keagungan Negara. 2. Golongan jurutulis yang terhasil dari sistem pendidikan membantu pemerintah menyimpan rekod pentadbiran, perdagangan, keagamaan serta harta kuil atau rumah berhala di samping menyimpan rekod tentang kekayaan di ladang-ladang yang dimiliki oleh rumah berhala atau istana.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 6 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah. PENDAHULUAN (3 markah) 1. Maksud sekularisme: Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari segala urusan kehidupan manusia. 2. Tujuan pemikiran sekularisme: Bertujuan untuk menjadi lebih terbuka dalam persekitaran ke arah perubahan pemikiran pada zaman Renaisans. 3. Antara tokoh sekularisme di Eropah ialah:- John Locke - Niccolo Machiavelli - Francis Bacon

ISI (5 isi X 4 markah) 1. Perkembangan zaman Renaisans

Kemunculan gerakan Renaisans pada abad ke-15 dengan gagasan humanisme, individulisme dan rasionalisme telah menyebabkan berlaku perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini yang memfokuskan pemisahan aspek keduniaan dan kebendaan daripada fahaman agama telah mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah. 2. Fahaman humanisme, individualisme dan realisme

Sekularisme juga dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme dan realisme. Fahaman ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan akal fikiran, budi pekerti, dan keintelektualan dalam mengatasi perkara yang berkaitan dengan keduniaan. Kehendak manusia perlu diutamakan. Manusia mempunyai keupayaan untuk menentukan kehidupan masa depan dan tidak boleh menerima sahaja nasib malang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Pemikir liberal seperti John Locke, Rousseau dan Thomas More menekankan supaya sikap, moral, kaedah pendidikan, kerajaan dan agama harus dianalisis secara rasional.

3.

Kemunculan idea dan pemikiran baru dalam agama Kristian

Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentang ajaran Kristian. Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, John Calvin dan Giordano Bruno. Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasa gereja terutama berkaitan dengan peranan manusia. Ajaran Protestan mengetepikan Canon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaan yang menjadi asas kepada sekularisme. 4. Sistem Pendidikan

Perubahan sistem pendidikan di Eropah pada zaman Renaisans telah mempengaruhi perkembangan sekularisme. Pada abad ke-14 dan 15, bandar-bandar utama seperti Padua, Venice, Rom dan Naples telah memperkenal ilmu baru yang bersifat humanisme seperti:
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

5.

guru terdiri daripada orang biasa dan bukan klegi orientasi kepada ilmu praktis dengan penumpuan kepada ilmu sains kurikulum sekolah dan universiti bebas daripada gereja pendidikan terbuka kepada semua rakyat

Perkembangan sistem ekonomi baru

Perkembangan sekularisme juga didorong oleh perubahan sistem ekonomi di Eropah daripada ekonomi feudal kepada sistem ekonomi bebas yang mementingkan kekayaan. Gerakan reformasi juga dapat mengurangkan kekuasaan gereja dalan bidang ekonomi. Fahaman Calvinisme telah berjaya mengetepikan Common Law dengan membenarkan riba dan mengumpulkan kekayaan. Fahaman ini memberi peluang kepada golongan kapitalis mengemukakan teknik kewangan baru yang bebas daripada kawalan gereja dan peraturan lama. 6. Kemunculan falsafah politik baru

Pada zaman kemuncak pertengahan, muncul beberapa tokoh falsafah politik baru (1050 -1250 M) seperti Marsilo Padua, Nicholo Machiavelli dan John Locke. Marsilo Padua dalam bukunya Defensor Pacis menekankan hak menggubal undangundang dan memerintah diberi kepada pihak kerajaan pusat. Pihak gereja tidak harus melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran Negara. Ini menjadi asas kepada kemunculan sekularisme. Nicholo Machiavelli memberi idea kepada penubuhan negara bangsa apabila raja dapat mengatasi golongan bangsawan feudal, mengekalkan kuasa dan menguasai kekayaan (sekularisme).

KESIMPULAN (2 markah) 1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada kehidupan selepas mati. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementing aspek kebendaan dan kekayaan.

2.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 7 Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15 Masehi. PENGENALAN: 1. Konsep penjelajahan dan penerokaan. 2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran 3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis. ISI : 7 isi x 3 Markah = 21 Markah A . Faktor ekonomi memang salah satu faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang mempengaruhi. 1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan. Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme. Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

2. Memerlukan Barangan dari Timur


Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal . Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat keuntungan yang besar Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama. Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap . Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

B. Faktor-faktor lain 3. Faktor Geografi


Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan . Kedudukan yang terdedah kepada Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan . Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur.

4. Faktor Politik - Keadaan politik yang Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal

Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan . Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia.
SMK DARY 2010

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

5. Faktor Pemerintah - Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)


Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib . Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang berminat untuk sertai ekspedisi pelayaran . Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira . Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang menguntungkan . Menjelang 1460 M, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

6. Faktor agama - Galakan Paus


Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia. Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah

7. Faktor Teknologi - Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran


Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut Penemuan-penemuan baru seperti : o carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean o kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran o astrolab untuk tentukan longtitud o reka bentuk kapal Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Faktor Luaran Cerita-cerita Mengenai Dunia Luar


Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema . Catatan daripada tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan baru . Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN: 1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M.. 2. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh Portugis melalui perdagangan dengan Timur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur untuk meluaskan tanah jajahaan di Timur.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 8 Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di India. PENDAHULUAN: (3 markah) 1. Maksud Kesenian indah, halus, lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan menerangkan sesuatu. Dalam bahasa Inggeris disebut art yang berasal daripada bahasa Yunani yang membawa makna kecekapan dan kebolehan. Kesenian juga berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran, cara atau kaedah. Kesenian meliputi satu bidang yang luas antaranya ialah kesusasteraan, muzik, seni ukir, seni lukis dan seni bina. 2. Tamadun India terbentuk di kawasan Sungai Indus dan merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Perkembangan pesat perdagangan, perbandaran dan faktor-faktor lain yang telah memajukan tamadun ini dalam pelbagai bidang termasuk kesenian. ISI: Pengaruh Agama Dan Kepercayaan Ke Atas Perkembangan Kesenian Tamadun India (4 Isi X 5 Markah) 1. Seni Ukir Seperti tamadun lain, seni ukir India adalah bermotifkan agama, mitologi dan mewakili falsafah politik zaman-zaman tertentu. Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua dan kuil Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti gangsa dan tembaga Patung-patung terracotta yang pelbagai bentuk termasuk patung-patung lelaki dan perempuan digunakan sebagai objek pemujaan Seni ukir juga merupakan satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam upacara keagamaan Ianya digunakan sebagai tempat pemujaan dan tempat mengadakan perayaan keagamaan. Contohnya kuil di Ellora yang dibina daripada batubatu besar. Perkembangan awal kesenian bercorak keagamaan di India adalah hasil daripada penyebaran agama Buddha. Asoka adalah pemerintah Maurya yang beragama Buddha teragung dan merupakan penaung dalam bidang kesenian. Contoh yang dapat dilihat ialah Tugu Edik Asoka, tiang junjung dan patungpatung di Sarnath kekal hingga sekarang. 2. Kesusasteraan Kesusasteraan Vedik adalah kesusasteraan yang tertua dan dianggap suci, Veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan merupakan asas budaya agama Hindu. Kesesasteraan Vedik dibahagikan kepada empat iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Samhita adalah koleksi mazmur, mantera dan doa bagi menjalankan upacara korban. Brahmana merupakan himpunan prosa mengenai panduan menjalankan upacara-upacara pemujaan Ranyaka dan Upanishad merupakan tafsiran falsafah mengenai tuhan, manusia dan dunia.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan penting Hasil sastera India dapat dilihat seperti syair, nyanyian dan bentuk cerita Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu Kesusasteraan Sanskrit dan kesusasteraan Tamil Kesusasteraan sanskrit terbahagi kepada sastera vedik , epik dan sekular Kesusasteraan Tamil terbahagi kesusasteraan sangam , epik , etika dan bhakti Semua hasil sastera membincangkan agama Hindu , Buddha dan Jainisme Sastera adalah lambang kemegahan masyarakat Hindu seluruh dunia Karya buku veda dan epik seperti Ramayana dan Mahabharata menjadi ikutan hingga kini

3. Seni Bina Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim. Agama-agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddha dan Islam. Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang Rumah-rumah kediaman dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi dan bekalan air. Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yang lurus, longkang dan terusan Tempat mandi awam The Great Bath menunjukkan kemahiran tinggi dalam seni bina. The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang , 7 meter lebar dan 2.4 dalam - kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di sekelilingnya. Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora. Kuil Mahapallipuram kuil termasyhur di India Seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 sm. Sami-sami Buddha mengasaskan Vihara yakni komuniti keagamaan untuk menyebarkan pengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata. Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi dan penyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi, image hauses dan chapter houses. Lambang kemegahan terdiri daripada Golongan pemerintah (raja dan bangsawan dan yang diperintah (rakyat). Sebagai contoh pembinaan Stupa iaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan para alim pada zaman vedik. Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahan peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontonan.Contoh stupa yang terkenal di Sanchi, Barhut, Sarnath dan Amarawati. Kuil-kuil Jaina pada Zaman Jainisme didirikan dengan memotong batu-batu di lereng bukit. Kuil yang terkenal ialah Kailasanatha di Ellora. Orang Jaina membina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri beratus-ratus rumah berhala kecil. Keunikan seni bina Hindu pula dilihat pada pembinaan kuil. Antara kuil Hindu yang melambangkan keunikan seni bina Hindu ialah Kuil Rajarana dan Lingaraja di Bhubaneshwar, Kuil Sasbahu di Gwalior, Kuil Kandariya dan Mahadewa di Khajuraho dan Kuil Suria di Konarak.

4. Seni Lukis Berkembang sejak zaman lampau khususnya pada dinding, rumah, istana, kuil dan candi-candi. Dihasilkan oleh golongan kelas menengah dan pelukis-pelukis profesional Lukisan yang tertua ditemui di Gua Jogimara di pergunungan Ramgarh bertarikh abad pertama atau kedua SM.
SMK DARY 2010

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta yang mengisahkan tentang peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Buddha. Bidang seni lukis juga berkembang semasa pemerintahan Moghul di India

5. Seni Muzik Terbahagi kepada tradisi muzik utara dan selatan India Menjelang zaman vedik lagu-lagu suci kitab veda dinyanyikan dalam upacaraupacara pengorbanan. Semasa menyanyikan lagu ini penekanan diberikan kepada sebutan dan intonasi. Lagu-lagu Rig veda dinyanyikan dalam tiga nada yang berbeza iaitu udatta, anudatta dan svarita. Sejak zaman awal lagi, muzik Hindu berkaitan dengan kepercayaan keagamaan, upacara-upacara rutual dan persembahan Istana. Dengan demikian, muzik India bercorak keagamaan dan sekular. Muzik bercorak keagamaan ialah dikenali sebagai Marga dan muzik sekular dikenali sebagai Desi. Epik-epik agung seperti Ramayana, Mahabharata dan Badgavadgita dipengaruhi unsur muzik

KESIMPULAN: (2 markah) 1. Pencapaian senibina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara. 2. Walau bagaimanapun kemajuan senibina tamadun awal telah mengalami banyak kemerosotan dan runtuh tetapi ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

BAHAGIAN B SOALAN 9 Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. PENDAHULUAN: ( 3 Markah ) 1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.

2.

3.

ISI: Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah ) 1. Peranan Golongan Muhajirin Peranan di Makkah : a. Menerima dan mempertahankan agama Islam Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad. Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan dakwah secara terbuka. Ramai yang datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy.

b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental. Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, penyiksaan dan pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar bin Yassir yang mati dibunuh dan penyiksaan yang sangat teruk ke atas Bilal bin Rabah di mana badannya dicucuh dengan besi panas dan dadanya ditindih dengan batu besar. c. Sanggup berkorban nyawa dan harta Golongan Muhajirin yang kaya banyak menyumbangkan harta benda dalam membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang mereka lakukan ialah membeli hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf. Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula dengan rela hati membenarkan rumahnya digunakan sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad. Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan. Mereka juga sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya : Saidina Ali telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah di mana Saidina Ali tahu risiko beliau akan dibunuh. Sementara Saidina Abu Bakar pula adalah sahabat setia yang sentiasa menemani Nabi Muhammad dan sanggup bersusah payah sewaktu peristiwa Hijrah .

d. Menjalankan usaha dakwah Sahabat-sahabat Nabi golongan Muhajirin turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkiah. Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam, Saidina Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam. Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.

e. Berhijrah ke Madinah Golongan Muhajirin sanggup berhijrah ke Makkah dan meninggalkan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut arahan Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata merupakan satu pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah. Mereka sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda, kaum keluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya : Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya. Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Peranan di Madinah a. Membantu menyebarkan agama Islam Golongan Muhajirin merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya: Selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus sahabat bernama Musab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Musab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar . Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang dari golongan Ansar dapat menjalankan kegiatan dakwah dengan bebas dan berjaya mendaulatkan kerajaan Islam di Kota Madinah. Umat Islam berjaya mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Kota Makkah. b. Mengukuhkan ketenteraan Islam Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.

2.

Peranan Golongan Ansar Peranan di Makkah a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam keadaan di mana majoriti orang-orang Quraisy Makkah menentangnya dengan hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah. Mereka mengiktiraf dan bersetuju melantik Nabi Muhammad menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 berjaya merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah. Golongan Ansar menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para sahabat Muhajirin telah disambut dengan begitu meriah.

Peranan di Madinah a. Membantu menyebarkan agama Islam Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan. Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.
SMK DARY 2010

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.

b. Membantu golongan Muhajirin Golongan Ansar sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang dari Makkah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang dengan hati yang sangat terbuka. Golongan Ansar telah dipersaudarakan atas dasar iman dan Islam dengan golongan Muhajirin. Hasilnya telah mewujudkan ikatan yang sangat kuat melebihi hubungan persaudaraan ikatan darah keturunan. Mereka menyumbangkan pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin.

c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti dalam pentadbiran dan semasa menghadapi peperangan . Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka sebagai tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.

KESIMPULAN:( 1 Markah ) 1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.

2.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 10 Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin. PENDAHULUAN ( 3 markah ) 1. Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin 2. Konsep dan ciri-ciri kepimpinan Khalifah. 3. Syura dan baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah. ISI: Konsep Syura Dalam Proses Pelantikan Khalifah Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin ( 4 x 5markah =20 markah )

1. Pemilihan Khalifah pertama secara baiah atau sumpah setia merupakan perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di Balai Bani Saadah, perbincangan berhemah serta penerimaan masyarakat Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. Malah perlantikan baginda turut dibaiah oleh masyarakat Madinah. 2. Pemilihan secara wasiat dilakukan sebelum kewafatan Khalifah Abu Bakar. Ia hanya merupakan cadangan atas pertimbangan Khalifah Abu Bakar. Dalam pemilihan khalifah kedua ini kriteria pemilihan khalifah diutamakan berdasarkan ketokohan, kebolehan, berhikmah, bijaksana, taqwa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam al-Quran. Walaupun ini adalah wasiat, tetapi perlantikan Umar al-Khattab tetap melalui dan mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah memberi baiah atau taat setia kepadanya. Pemilihan dan perlantikan ini bukan berasaskan keturunan atau warisan tetapi tetap dalam kategori syura.

3. Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Jawatan Kuasa Perlantikan Khalifah. Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan Khalifah sebelum beliau wafat bertujuan mencari pengganti khalifah ketiga. Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman b Auf sebagai ketua dan ahli majlis yang lain. Jawatan kuasa ini telah menemu ramah setiap calon dan mendapatkan pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat sebarang pemilihan dan perlantikan. Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.

4. Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam : nilai demokrasi apatah lagi tiada pemilihan. Justeru itu perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a.dianggap tidak demokratik malah penduduk Syam dan suku Bani Umayyah memang menentang perlantikan ini. Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar kerana negara tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Justeru itu pemilihan dan perlantikan Khalifah Ali memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut. Malah baginda juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.

Kesimpulan ( 2 markah ) 1. Perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara. 2. Namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap perlantikan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 11 Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Pendahuluan (3 markah) 1. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi Ghazwah peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepada pertempuran. Sariyyah peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah iaitu sebanyak 47 sariyyah. 2. Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada kepimpinan tentera Islam. 3. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan. 4. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati di kalangan kabilah Arab. Memiliki sifat-sifat terpuji dan menjadi contoh kepada seluruh umat di dunia. Baginda dikagumi oleh kawan dan lawan. Nabi Muhammad s.a.w berperanan sebagai Rasulullah s.a.w dan juga sebagai ketua Negara sebagaimana termaktub di dalam Piagam Madinah. Rasulullah adalah juga merupakan seorang negarawan ulung melalui kepimpinan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang sangat berjaya.

Isi (7 isi X 3 markah) Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan 1. Menjadi contoh kepimpinan yang terbaik Nabi Muhammad telah memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid. Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh. Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidak secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat keputusan. 2. Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji Tidak bersikap zalim terhadap musuh sama ada hidup atau mati. Bersikap adil terhadap musuh seperti berpegang teguh dengan perjanjian. Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek bin Auf menyerah diri. Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuhmusuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

3. Bersikap terbuka dan sentiasa berbincang dengan para sahabat @ orang bawahan Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat sahabat-sahabat dan tidak menggunakan kuasa secara mutlak. Dalam Perang Khandak Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah. Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undangundang tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

4. Mengamalkan etika tidak mengejar musuh yang lari Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan peperangan menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan. Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang. Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam. Contoh : Dalam Perang Taif tentera Islam membiarkan musuh lari meninggalkan medan perang. 5. Mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi selaras sebagai seorang pemimpin Asas kepimpinan bertitik tolak daripada kepimpinan Nabi Muhammad sebagai seorang Nabi dan Rasul yang mempunyai sifat bijaksana. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan. Antaranya Rasulullah menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau alsaf. Contoh dalam Perang Badar Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera. Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah dalam Perang Khandak( Ahzab ).

6. Seorang panglima perang yang memegang konsep keadilan terhadap makhluk Diamalkan tanpa mengira pihak kawan ataupun lawan. Contoh : Dalam Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan perang setelah diminta oleh penduduk Taif. Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan perang kepada tentera Islam. Contoh: Pengagihan harta rampasan perang dalam Perang Badar dan Perang Uhud diagihkan kepada semua tentera yang terlibat. 7. Seorang yang bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan Tentera Islam menguasai takungan air dalam peperangan Badar tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana terlalu dahaga. Menggunakan taktik menunggu seperti dalam perang Badar. Musuh diserang setelah mereka menyerang. Penyusunan barisan tentera Islam seperti dalam perang Uhud. Pasukan pemanah ditempatkan di atas bukit di mana mereka mudah mengalahkan tentera musuh. Taktik bertahan perang Uhud dan Khandak Taktik menggali parit perang Khandak. Tentera Islam bertahan dalaam kota Madinah dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

8. Ketua yang menanamkan kefahaman tentang konsep jihad. Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang: Untuk meninggikan syiar Islam Menghormati peraturan-peraturan peperangan Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang berani Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan. Contoh: perang Ahzab. 9. Pengurusan jenis tentera dalam Islam Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324 orang (atau 313 orang). Nabi Muhammad membentuk tentera Islam yang terdiri daripada tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang dalam perang Tabuk.

Kesimpulan (1 markah) 1. Kepimpinan Rasulullah sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda. 2. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t. 3. Kesannya, tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi peperangan mereka .

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 12 Huraikan perkembangan sistem mata wang sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah. PENGENALAN: (3 markah) Konsep mata wang dalam ekonomi Islam 1. Secara umumnya wang merupakan benda yang dipersetujui oleh masyarakat sebagai alat perantaraan untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan. 2. Setiap wang mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa, mudah disimpan tanpa mengurangkan nilainya, tahan lama, jumlahnya terhad dan bahan itu mempunyai mutu atau nilai yang sama. 3. Logam-logam seperti emas dan perak merupakan bahan penting dalam menentukan nilai setiap mata wang yang digunakan. 4. Wang emas dan perak telah digunakan oleh kebanyakan negara sejak 2500 tahun yang lalu iaitu sejak abad ke-7 SM kerana mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti tidak mudah rosak, nilai yang stabil dengan jumlah yang terhad. 5. Dalam tamadun Islam , penggunaan mata wang sudah bermula sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi, dengan mengambil model mata wang dinar emas Rom Timur (Byzantine) dan dirham perak Parsi sebagai mata wang yang sah. 6. Nabi Muhammad S.A.W. telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana dapat memenuhi tuntutan syarak. 7. Selaras dengan perkembangan tamadun Islam, maka pada zaman Khulafa alRasyidin wujudlah mata wang Islam yang mempunyai identiti dan bebas dari kongkongan mata wang lain. ISI : Perkembangan sistem mata wang dalam ekonomi Islam (5 isi X 4 markah) 1. Permulaan penggunaan mata wang Islam. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, sistem mata wang Islam mula digunakan dengan peniruan daripada mata wang Rom dan Parsi. Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah. 2. Penetapan piawaian untuk model mata wang Islam. Khalifah Umar al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yang masih berteraskan dinar emas dan dirham perak. Piawaian mata wang ini diselaraskan kepada berat emas dan perak yang tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak bersamaan dengan 7 dinar emas, dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas, manakala 1 dirham seberat 3 gram perak. Emas yang digunakan ialah 91.7 peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis pusat 23mm, manakala dirham pula ialah 25 mm. Kedua-dua mata wang ini mempunyai gambar Kaabah dan dua kalimah syahadah di setiap muka depan dan belakangnya. 3. Pembaharuan dalam mata wang Islam. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telah diperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi. Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana kualiti dan piawaian yang masih belum tetap. pada zaman Khulafa al-Rasyidin

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah. Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifah telah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama kalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir, Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M. Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti di Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq). Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkan kalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan figura haiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timur dan dirham Parsi. Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan Gabenor Mesir Abdul Aziz bin Marwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak. 5. Penyelarasan percetakan mata wang Islam ketika zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah. Pada zaman Khalifah al-Mamun (813 M 833 M), percetakan mata wang Islam telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini mata wang dicetak disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan lain-lain, untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak. Setiap mata wang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai nama khalifah yang memerintah. 6. Pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan. Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan. Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran menggunakan mata wang emas. Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan dan perniagaan dibuat menerusi mata wang emas. Ini bermakna pada zaman kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari segi penggunaan mata wang emas di seluruh pemerintahan Islam. Kesimpulan: (2 markah) 1. Penggunaan mata wang dalam ekonomi Islam telah mendorong perkembangan ekonomi Islam dan telah memudahkan sistem perdagangan dilaksanakan secara berkesan. 2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai proses evolusi , bermula dengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya mata wang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya. 3. Mata wang Islam amat berperanan dalam aktiviti perdagangan, pertukaran barangan, alat untuk membayar cukai dan zakat, pertukaran mas kahwin, dan pembayaran gaji.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 13 Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi. PENGENALAN (3 markah) 1. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu. 2. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utama di Nusantara. 3. Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan terancang. 4. Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di Balee. 5. Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi tugas bahasa, iaitu fiqh, usuluddin dan tasawuf. 6. Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat: Pendidikan dasar madrasah Pendidikan menengah rangkang Pendidikan tinggi di Ballee Kumpulan beberapa Rangkang Ballee melahirkan dayah Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim dan Bait Mushadah.

ISI : Perkembangan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Pada Abad Ke-17 Masihi (5 isi X 4 markah = 20 markah) 1. Madrasah atau Meunasah Merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di setiap kampung. Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan belajar perkara-perkara asas dalam Islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fekah, ibadat dan akhlak. Para pelajar juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan dike (zikir) atau seulaweut (salawat) pada setiap malam Jumaat. Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailal al-Muhtadin. Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita. 2. Masjid Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam. Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama. Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid Baiturahman. 3. Rangkang Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah. Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama. Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir. Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam. Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah. Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab. Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan. Ilmu umum turut diajar seperti Geografi, Sejarah dan Matematik.

4. Dayah Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia atau Madrasah Aliyah. Hampir setiap daerah nanggore (negeri) terdapat dayah. Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang. Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yang menjadi pendakwah Islam di Nusantara. Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitabkitab dari Arab. Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan sebagainya dengan menurut syariat Islam. Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik. Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, Fiqh, Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali (hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik, Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya. Menurut Beaulieu (pengembara Perancis) yang pernah mengunjungi Acheh pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran Islam yang berkembang sejak sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu. 5. Balai Setia Hukama dan Balai Setia Ulama Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama. Balai Setia Hukama - tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan. Balai Setia Ulama menguruskan maslah-masalah yang berkaitan dengn pendidikan. 6. Balai Jamaah Himpunan Ulama Merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-tukar pandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat pengembangan ilmu pengetahuan. 7. Jamiah/Universiti Baiturahman Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut ilmu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Terdapat 17 dar (fakulti) seperti FAkulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lainlain lagi. Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juga negara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah (1607 1636), terdapat sebanyak 44 orang guru besar di Jamiah Baiturahman (A.Hasjmy).

KESIMPULAN (2 markah) 1. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dll. 2. Kesannya telah membantu menghebatkan perkembangan Islam di Nusantara.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 14 Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam. PENGENALAN 1. Latar belakang kemunculan mazhab Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam. Kemunculan Mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran Mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif. 2. Aliran-aliran mazhab yang penting Antara Mazhab yang muncul . Khawarij, Syiah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli AlSunnah Wa Al-Jamaah. Isi: Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kemunculan Pelbagai Mazhab Dalam Islam (5 isi X 4 markah) 1. Faktor Kemunculan pelbagai Mazhab a. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan mereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinash yang tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu semakin ketara. b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik di kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan mazhab Syiah. c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah alMamum, al-Mutazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya falsafah Yunani yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidah Islam. d. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan umat Ioslam Walau bagaimanapun semangat Assabiyah timbul semula ketika perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan di anatara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim. e. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

f.

Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya pemikiran falsafah di kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah.

g. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapakah yang lebih berhak menjadi khalifah h. Ayat-ayat Mustyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga tahap kafir mengkafirkan antara satu sama lain.

C.Kesimpulan (2 markah) 1. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya. 2. Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi baharu mengenai isu-isu agama. 3. Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan. 4. Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan dikalangan umat Islam.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 15 SKEMA A

Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam. (A) Pendahuluan: (3 Markah ) Menurut Kamus Dewan, penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidik . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan, usaha dan sebagainya untuk meneroka. Dalam bahasa Arab, penjelajahan disebut sebagai al-Rihlah; iaitu bergerak atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa puak Norseman (orang Viking dari Norway) adalah orang Eropah terawal merentasi Laut Atlantik dan menemui Benua Amerika melalui sekurang-kurangnya lima pelayaran pada sekitar tahun 1000 Masihi. Dalam tamadun Islam pula, penjelajahan umat Islam bermula seawal abad ke 7 Masihi apabila agama Islam mula disebarkan di kota Makkah. Selepas itu, Barat banyak mempelajari selok-belok pelayaran dan penerokaan daripada tamadun Islam yang berjaya melakukannya hampir ke seluruh dunia. Menjelang abad ke-15 Masihi, dominasi pelayar-pelayar Islam telah dipecahkan oleh penerokaan dan penjelajahan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis dan Sepanyol. Seterusnya diikuti pula oleh Belanda, Inggeris dan Peranchis.

(B) Isi-isi: (5 isi X 4 markah = 20 markah) Persamaan Objektif: 1. Perdagangan: Tamadun Barat Merupakan pendorong utama P&P kuasa-kuasa Barat. Masyarakat Eropah sangat berminat dengan rempah-ratus, ubat-ubatan, kain sutera, tembikar, kain linen, kraf tangan dan teh yang dihasilkan dari timur. Sehingga abad ke-15 Masihi, perdagangan ini dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam yang menjualnya di pelabuhan-pelabuhan di Itali. Selepas penguasaan Constantinople oleh Turki Uthmaniyah (1453 Masihi), pedagang-pedagang Barat terpaksa mencari sendiri jalan laut ke timur untuk memperoleh barangan tersebut. Usaha-usaha P&P dipelopori oleh negara Portugal yang berjaya memecahkan monopoli pedagang Islam di timur. Tamadun Islam Objektif perdagangan memang merupakan faktor berlakunya P&P orang-orang Islam sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Baginda menjelajah hingga ke Syam kerana berniaga. Pada zaman Khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan perdagangan laut antara barat dengan timur. Mereka telah menjalin hubungan perdagangan dengan pedagang-pedagang Eropah di Laut Meditteranean dan pedagang-pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

2. Penyebaran Agama: Tamadun Barat Penjelajahan dan penerokaan Barat juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah. Para mubaligh Kristian dan pedagang-pedagang ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika. Perang Salib yang berlaku antara abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi merupakan perang suci (holy war) bagi orangorang Kristian di Barat. Mereka berazam untuk meneruskan peperangan menentang orang-orang Islam di timur. Di samping itu, mereka juga berhasrat menyebarkan tamadun dan kebudayaan Barat yang dianggap lebih superior kepada masyarakat lain di luar Eropah. Tamadun Islam Objektif P&P Islam juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk menyebarkan dakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Di antara mereka ialah; Sheikh Abdul Aziz yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik, Jawa. 3. Menambah Ilmu Pengetahuan: Tamadun Barat Perang Salib telah memberi peluang kepada bangsa Eropah untuk menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains, perubatan, astronomi,geografi dan matematik daripada dunia Islam. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran baru yang tercetus pada zaman Renaissance di Eropah. Semangat inkuiri yang tinggi dalam kalangan masyarakat Eropah telah mendorong mereka meneroka kawasan-kawasan baru untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pelayaran, astronomi, geografi dan teknologi perkapalan. Mereka juga mendapat galakkan dan bantuan daripada pemerintah. Tamadun Islam P&P yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan. Orang Islam dapat mempelajari ilmu-ilmu daripada tamadun lain seperti India, Itali dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan intelektual Islam.

Perbezaan objektif: 4. Meluaskan Wilayah: Tamadun Barat Mulai abad ke-16 Masihi, raja-raja negara bangsa di Eropah bersaing untuk menambah kekayaan, kekuasaan dan kemegahan melalui penaklukan koloni-koloni baru di Afrika, Asia dan Amerika. Kawasan-kawasan ini dijajah untuk menguasai bahan mentah (galian dan hasil pertanian), mencari sumber tenaga buruh (hamba abdi) dan sebagai tapak pangkalan perdagangan.. Ia didorong oleh perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan dasar merkantilisme yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kekuasaan dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Tamadun Islam Berbeza dengan objektif pemimpin negara Islam. Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam untuk memerangi penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah Rom dan Parsi terhadap rakyat di wilayah taklukan mereka.Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan dan Walid bin Abdul Malik, seluruh Afrika Utara, Semenanjung Iberia (Andalus) dan India Utara dikuasai oleh Islam. Pada zaman Turki Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai Constantinople daripada penguasaan Rom dan menjadikannya pusat perdagangan dan kebudayaan Islam yang terkenal. 5. Dorongan Agama: Tamadun Barat Walau pun ada usaha-usaha daripada pemimpin Barat dan mubaligh menyebarkan agama Kristian ke negara-negara lain, tidak terdapat bukti yang mengaitkannya dengan tuntutan atau dorongan agama. Institusi gereja lebih bersifat mengongkong pemikiran masyarakat Eropah dan ditentang oleh masyarakat Barat menjelang abad ke-16 Masihi. Tamadun Islam Sebaliknya bagi orang-orang Islam pula, usaha penerokaan dan penjelajahan juga dituntut oleh agama. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang mendorong umat Islam keluar melakukan penjelajahan dan penerokaan seperti firman Allah dalam beberapa surah; contohnya surah al-Jumuah:ayat 9, surah al-Mukmin: ayat 82 dan surah al-Haj:ayat 46.

(C) Kesimpulan: (2 markah) Kesimpulannya, memang terdapat persamaan dan perbezaan objektif antara tamadun Barat dan tamadun Islam. Dapat dirumuskan bahawa objektif penerokaan dan penjelajahan Barat lebih berpaksikan 3G iaitu, gold, gospel and glory. Sementara P&P tamadun Islam pula lebih menekankan aspek-aspek pembebasan, peningkatan ilmu dan penyebaran Islam kepada semua manusia.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SKEMA B Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam. ATAU Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat. A. Pengenalan Definisi penjelajahan dan penerokaan. 1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai. 2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam 3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat B. Isi-isi penting : Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M) 1. Penyebaran Agama Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam. Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar menjelajah ke benua Afrika dan Asia. 2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain. Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan barat.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

3. Kegiatan Perdagangan Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda, kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2 H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan Asia Timur. Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur. Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur. 4. Perluasan kuasa dan Pengaruh. Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China, India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut Merah. Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu, orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut. 5. Memenuhi perasaan ingin tahu Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno 6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan. Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan. Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini. 7. Menambah keimanan dan ketaqwaan Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi. Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam. Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf melihat peninggalan kaum Thamud dan Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah. Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini. 9. Dorongan al-Quran Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran. Contohnya Firman Allah yang bertmaksud Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah swt. menjadikannya sekali lagi. Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja. C. Kesimpulan (2M) Apa-apa sahaja yang berkaitan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 16 Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom. PENGENALAN (3 markah) 1. Keseniaan berasal dari perkataan Latin yang bermaksud kemahiran, cara atau kaedah. 2. Dalam konteks tamadun awal, hasilan manusia yang halus dan indah dalam segala bentuk perdagangan dan profesion dapat juga diistilahkan sebagai kesenian. 3. Konsep seni bina. a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan yang indah sesuai maksud dan tujuan. b. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik . 4. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani. 5. Seni bina Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni semakin berkembang bermula zaman Khalifah Umar al Khattab.

ISI: Perbandingan Ciri Seni Bina Islam Dengan Seni Bina Rom. (5 ISI X 4 markah) 1. Tujuan Seni bina Islam menitik beratkan keseimbangan pembangunan Aqidah,syarak dan akhlak.Penekanannya kepada fungsinya,iaitu untuk pembangunan insaniah (rohani, jasmani dan aqidah). Dan bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan . Oleh itu ,senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan menitik beratkan aspek kegunaan. Seni bina Rom bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada Maharaja, dan kemegahan Ciri-ciri bangunan dan hiasan ukirannya melambangkan kejayaan dan dan kehebatan Maharaja. Ini menyebabkan maharaja-maharaja yang memerintah Rom berusaha membina bangunan yang besar.Bangunan Colosseum melambangkan kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M), akueduk, teater, sarkas, jalan deretan tiang dan forum. 2 Kegunaan Seni bina Islam mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina masjid ,institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunan awam yang lain diselaraskan dengan fungsinya.Sebagai contoh seni bina mesjid juga mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan pusat pengajian. Senibina Rom juga menekankan aspek unilitarian(untuk kegunaan awam) dengan membina bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.
SMK DARY 2010

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi penonton seramai 50,000 orang. Seni bina awam seperti,kolam mandi (dibina pada zaman Maharaja Caracalla) yang dilengkapi dengan tembok, bekalan air, perpustakaan , taman, bilik untuk mengurut, bilik bersenam dan bilik menukar pakaian.

3. Keselesaan Seni bina Islam menekankan ruang dalam bangunan yang selesa .Mesjid dibina mempunyai ruang untuk kemasukan cahaya dan penudaraan untuk keselesaan beribadah, bahkan seni bina Islam memisahkan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan keselesaan. Sementara itu seni bina rumah kediaman,mempunyai ruang bersifat persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita Seni bina Rom Bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan. Kebanyakan bangunannya besar dan luas.Komplek Colosseum 150,000 orang penonton untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda. 4. Struktur binaan Seni bina Islam ialah bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk masa yang lama. Masjidmasjid yang dibina di zaman Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi tinggi dan daapat bertahan ribuan tahun.Bahan binaan seperti batu-bata dan besi. Seni bina Rom Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan menggunakan batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct. 5. Kekemasan bangunan. Seni bina Islam di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan untuk memperlihatkan nilai estatika . Pembinaan mesjid dizaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan kemasan yang berharga . Masjid Umawi telah dihiasi dengan tiang marmar dan lampu yang hiasan menarik. Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa dengan hiasan batu permata kuning dan hijau.Jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan jubin yang berkilat dan berwarna warni digunakan untuk menghiasi mihrab,dinding masjid dan bumbung istana. Senibina Rom sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan mozek. Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah diperkenalkan dengan hiasan mozek, lapis dinding daripada batu marmar , lantai yang bercorak serta struktur kubah yang dapat berdiri sendiri ,
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

sehinggakan keunikan bangunan ini terletak pada pembukaan di puncaknya yang dikenali sebagai Occulus.

6. Reka bentuk Seni bina Islam Melambangkan ketaatan kepada Allah. Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan dengan kerohanian. Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara. Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung Bulan sabit dan bintang menjadi lambing kesenian Islam di puncak masjid dan istana Seni bina Rom Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia. Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar. Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh tiang 7. Hiasan tulisan dan Ukiran Seni bina Islam Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan dengan akidah dan akhlak islam. Tulisan khat dan corak awan larat(kaligrafi) menjadi motif ukiran yang terkenal , kerana ianya mencerminkan kesabaran, ketekunan dan ketuhanan. Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah Seni bina Rom Bangunan dihiasi dengan ukiran portrait dan ukiran timbul Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan dan pintu gerbang dihiasi dengan ukiran timbul portrait yang menggambarkan kemenangan dan pencapaian Rom. Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The Temple In Jurusalem.

KESIMPULAN (2 markah) 1. Kedua-dua tamadun mempunyai perbezaan yang jelas dalam motif dan pelaksanaan seni binanya. Tamadun Rom lebih kepada keindahan dan kemegahan sebaliknya dalam Tamadun Islam selain menekankan kepada keindahan ia juga menitik beratkan soal ketuhanan.

SELAMAT BERJAYA. TERUS USAHA TANPA JEMU. INAGATAN : BACA SKEMA INI DENGAN TELITI. TETAPI INGAT, INI SOALAN RAMALAN.

BUKAN

http://sejarahstpm.blogspot.com/

SMK DARY 2010

Anda mungkin juga menyukai