Anda di halaman 1dari 80

Eh!! BOS.. Apa dah terjadi pada kepala engkau???

Oh.. Tak ada apaapa la.. BENGANG AKU!! Kan hari ni kami kena present lagi!!

TEACHING SKILLS AND THE ORGANIZATION OF DATA 1. KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENGAJAR 2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR (KBKK) 3. PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (KBKK) 4. PEMIKIRAN KRITIS PERINGKAT TINGGI

BOSEH BIN SAGINA (807086) FADRICK MAJIUM (807177) WONG SUK JIN (807250)

ESSENTIAL TEACHING SKILLS (KEPENTINGAN KEMAHIRAN


MENGAJAR)

Ability to teach is not something that comes naturally to everyone, the skills required to plan, facilitate, and evaluate a teaching session are potentially attainable by all.

ESSENTIAL TEACHING SKILLS


1. Ciri-ciri guru 9. Soal jawab 2. Komunikasi

8. Ulasan dan penutup

Essential Teaching Skills

3. Organisasi

7. Memantau 6. Maklum balas

4. Penjajaran Pengajaran 5. Fokus

1. CIRI-CIRI GURU
1. Efikasi Mengajar Memberikan kesan serta dorongan yang positif kepada pelajar (Bruning et al, 1999) 2. Kesungguhan dan model Menjadi pencetus perasaan terhadap kepentingan dan bernilai sesuatu maklumat dalam pembelajaran (Good & Brophy, 1997) 3. Mengambil berat Perhubungan yang baik guru meningkatkan motivasi (Stipek, 1996) 4. Jangkaan Positif Memberikan jangkaan yang positif berkenaan tingkah laku masa depan, pencapaian akademik dan sikap pelajar (Good & Brophy, 1997)

2. KOMUNIKASI
Komunikasi yang jelas diklasifikasikan seperti berikut: i. Terminologi yang tepat - Menjelas dan mendefinisikan idea dengan tepat dan menghapuskan keraguan daripada persoalan pelajar ii. Penutup yang berkaitan - Pengajaran guru yang bertema dan mengarah kepada inti pembelajaran. iii. Peralihan isyarat - Komunikasi lisan yang jelas yang mana setiap idea yang berakhir akan ada idea baru iv. Penekanan - Memberi penekanan kepada informasi yang penting dalam pembelajaran melalui suara, gerak geri lisan atau pengulangan v. Bahasa dan Pengetahuan - Guru yang faham topik pembelajaran menggunakan bahasa yang terang, jelas dan penjelasan yang tersusun (Carlsen, 1987; Cruickshank, 1985)

3. ORGANISASI
Guru yang teratur dan tersusun mempunyai murid yang lebih banyak pembelajarannya (Bennett, 1987; Rutter et al., 1979) - Pengurusan masa yang efektif - Memaksimakan masa pengajaran dan pembelajaran - Penyediaan bahan (ke hadapan) yang teratur dan tersusun - Menyediakan awal pelajar sebelum mengajar sesuatu tajuk - Membina rutin

4. PENJAJARAN PENGAJARAN
- Merujuk kepada persamaan (perkaitan) di antara objektif dan aktiviti pembelajaran (Cohen, 1987) - Penjajaran pengajaran lebih canggih dan utama daripada apa yang dilihat

5. FOKUS
- Proses menarik perhatian serta mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran - Terdapat dalam dua bentuk: i. Sesi pengenalan (introductory) - Bentuk tindakan untuk menarik perhatian pelajar dan menyediakan ke arah sesi pembelajaran ii. Sesi rangsangan deria (sensory) - Bentuk rangsangan dalam bentuk paparan, gambar, LCD dan maklumat bertulis bagi menetapkan tumpuan pelajar.

6. MAKLUM BALAS
- Maklumat berkenaan tingkah laku semasa yang boleh digunakan untuk memperbaiki prestasi masa depan (Eggen & Kauchak, 1999) - Lima ciri maklum balas yang effektif: i. Segera ii. Spesefik iii. Menyediakan maklumat iv. Bergantung kepada pencapaian v. Mempunyai intonasi imosi yang positif

7. PEMANTAUAN
- Proses memantau pelajar secara lisan dan tidak lisan untuk tujuan eviden proses pembelajaran - Pemantauan dengan cepat ialah kebolehan bertindak secara flexible dan memberi respon kepada pelajar (OKeefe and Johnson, 1987) - Peka mengenal pasti tumpuan pelajar - Sensitif kepada gerak laku pelajar

8. ULASAN DAN PENUTUP


- Membuat ulasan pembelajaran terkini dan membentuk perkaitan antara pembelajaran terkini dengan yang akan datang. - Ulasan untuk menutup sesi pembelajaran - Memberi penekanan kepada point yang penting yang boleh terjadi dalam setu-setu aktiviti pembelajaran - Maklumat dan konsep yang akan dibawa oleh pelajar selepas tamat sesi pembelajaran

9. SOAL JAWAB
- Penyoalan adalah kemahiran yang sangat penting untuk guru untuk menggalakkan interaksi (Wang et al. 1993) - Guru yang mahir menyoal membantu pelajar melihat perhubungan antara idea pembelajaran dan membantu pelajar melihat bagaimana idea abstrak berkaitan dengan dunia sebenar (Brown, 1994; Eggen & Kauchak, 1999). - Terdapat empat kreteria penyoalan effektif: i. Frekuensi ii. Pembahagian setara iii. Keterusan iv. Masa menunggu

KESIMPULAN
Keberkesanan guru mencerminkan corak tindakan guru yang mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang. Asas kemahiran mengajar merupakan keupayaan yang diperlukan semua guru.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR (KBKK)

BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


Setiap orang berfikir dan berfikir merupakan fungsi semula jadi daripada manusia. Fikiranlah yang membezakan antara haiwan dan manusia. Oleh sebab semua orang berfikir dan berfikir itu berlaku secara biasa. Mengapakah kita mengajarkan kemahiran berfikir ?

MENGAPA MENGAJAR KBKK.?


* Kita harus memperbaiki cara berfikir. * Kita menjadi pemikir yang baik. * Berusaha berfikir lebih teliti. * Bertanggungjawab terhadap proses pemikiran kita. * Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik.

MENGAPA BERFIKIR SECARA KBKK


*Pemikiran yang baik dapat dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di sekolah. *Oleh sebab itu KBKK merupakan kemahiran penting dalam sistem pendidikan kita sekarang dan diajar secara sedar atau eksplisit.

KEPENTINGAN KBKK

MEREALISASI WAWASAN 2020 DAN HASRAT NEGARA.

Y.A.B Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia,sewaktu melancarkan Wawasan 2020, pada Februari 1991, menyatakan bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju,apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga kita. Yakni minda kita bukan apa yang ada di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan atau yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semula jadi. Untuk mencapai wawasan 2020 tersebut, segala usaha dalam pendidikan semestinya menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI. Setiap langkah yang diambil juga menggunakan sepenuh keupayaan minda manusia. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang bergantung kebijaksanaan atau kuasa minda yang dimiliki oleh rakyatnya sebagaimana kata Perdana Menteri Brazil, Luis Alberto Machado

The level of development a country is determined in considerable part, by the level of its peoples intelligence
- Kita berada dalam zaman ledakan teknologi dan maklumat. Zaman ini merupakan zaman persiangan ekonomi perindustrian yang hebat, yang memerlukan persaingan daya fikir yang bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM REFOMASI PENDIDIKANNYA 1994.

KBKK - Meningkatkan pencapaian akademik - Meningkatkan kualiti pemikiran. - Pelajar lebih yakin menghadapi cabaran yang dibawa oleh pelbagai situasi.

KERETA BIASA tukar

Kepada KERETA LUMBA

Merealisasi Wawasan 2020


Pada Januari 1994, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noor. Ketua Pengarah Pendidikan pada masa itu, telah mengumumkan bahawa pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada soalan-soalan peperiksaan yang bercorak analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran kritis dan kreatif.

Memupuk dan Mewujudkan Pemikiran yang baik dan berkesan


Jika kita merenung dan kita melihat sistem pendidikan kita kembali, sebenarnya kemahiran berfikir ini bukan merupakan satu perkara baru dalam sistem pendidikan kita. Sejak dahulu lagi sistem pendidikan kita memasukkan elemen berfikir dalam kurikulum sekolah, tetapi diajar implisit dan kadangkala proses pemikiran yang bijak jarang berlaku.

Sebagaimana kata Robert Swartz. Seorang pengasas KBKK Boston Amerika Syarikat ordinary thingking done well
Good thinking is essential in meeting the challenge of living in teknologically oriented mulcultural world. Berfikir dengan bijak dapat dipupuk dan diajar sekiranya prinsip-prinsip dilaksanakan. * Lebih banyak kemahiran berfikir diajarkan secara eksplisit.

PUPUK BUDAYA KBKK/ WUJUD FIKIRAN BAIK Lebih banyak pengajaran di bilik darjah disepadu dan disebatikan dengan suasana berfikir, lebih terbuka pemikiran pelajar dengan pemikiran yang baik.

Pemikiran yang baik dapat dilihat dari segi hasilnya.


1. 2. 3. 4. 5. 6. Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai Keputusan yang dihasilkan lebih bijak. Perkara yg dikaji dilihat dgn lebih mendalam. Ciptaan yang dihasilkan lebih kreatif. Segala kritikan yg dibuat lebih membina. Hasil yg dicipta adalah lebih berseni.

C. Mengamalkan budaya Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif.


- Kajian keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa hadapan memerlukan pemikiran yang tajam, lebih kritis, inovatif,imaginatif dan kreatif. - Semua pihak seharusnya melihat dan memainkan peranan yang penting terutama sekali guru sama ada yang sedang mengajar di sekolah atau yang masih dalam latihan.

KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan pelajar: 1. Mendapat latihan KBKK untuk buat keputusan dan menyelesaikan
2. 3. 4. 5. 6.

masalah. Mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktikal sama ada didalam atau diluar kelas, Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir secara terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan perkembangan intelek. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan kritikan.

KENAPA SILAP BERFIKIR ?


Mengikut Perkins dan Swartz (1990) Kesilapan-kesilapan utama yang sering kita lakukan semasa berfikir. * (i) Berfikir secara terburu *(ii) Fikiran yang sempit *(iii) Fikiran yang kabur *(iv) Fikiran yang bercelaru

i) Fikiran yang terburuburu.


Bertindak tergesa-gesa membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Tidak menggunakan masa yang cukup untuk bertindak.

(ii) Fikiran yang sempit.


Kelemahan ini berlaku apabila kita membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu dengan lebih luas. Tidak memberi pertimbangan yang wajar Tidak mencari makna yang tersirat. Tidak meneroka bukti nyata. Tidak meninjau pandangan orang lain. Tidak memilih alternatif-alternatif. Tidak mengkaji kemungkinankemungkinan.

(iii) Fikiran yang kabur


*Kesalahan berlaku akibat:
Idea yg kita samapikan tidak jelas. Tidak menepati objektif. Umpamanya.Tidak memperjelaskan konsep dgn lebih terperinci dengan memberi contoh atau tafsiran yang nyata.

Kelemahan ini berlaku kerana: Tidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan dengan cara sistematik. Idea disampaikan secara rawak. Tidak disusun mengikut urutan atau prinsip tertentu, dengan itu berlakulah pengulangan dan pertindihan idea tanpa arah dan tuju hala tertentu.

(iv) Fikiran yang bercelaru.

Mengelakkan Kesilapan Berfikir

Cara mengatasi Fikiran yang terburu-buru.


Aktiviti/Latihan. * Adakan aktiviti yg memberi peluang pelajar guna masa berfikir dgn teliti. * Latihan dan aktiviti membuat keputusan * Perbincanagan menjana idea/ pilihan. * Penggunaan pengurusan grafik yang sesuai agar keputusan teliti dapat dicapai..

Cara mengatasi Fikiran sempit


Adakan latihan dan aktiviti untuk meluaskan fikiran pelajar. i) Perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran sesuatu tajuk. ii) Latihan mengguna pengurusan grafik membanding dan membeza dsb.

Cara mengatasi Fikiran kabur.


Adakan latihan dan aktiviti untuk memperjelas sesuatu idea dalam penulisan. i) Latihan membuat definisi berdasakan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek. ii)Latihan menggunakan pengurusan grafik idea berpusat untuk membuat kerangka karangan.

Cara atasi fikiran yang bercelaru


Latihan menyusun idea secara sistematik dalam lisan dan penulisan. i) Latihan menyusun isi-isi penting ikut urutan. ii) Latihan menggunakan ayat topik dan ayat sokongan dalam karangan. iii)Latihan menggunakan pengurusan grafik idea dan carta alir

PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (KBKK)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KBKK


1. Cara penyampaian KBKK i. Secara Terpisah ii. Secara Penyebatian 2. Perancangan untuk mengajarkan KBKK i. Asas Perancangan untuk Kemahiran dan Pengetahuan ii. Asas Perancangan untuk Langkah-langkah Pengajaran 3. Aspek penting dalam pengajaran KBKK i. Refleksi dan Metakognitif ii. Pengurusan Lisan (PL) iii. Pengurusan Grafik (PG) iv. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KBKK

Secara Terpisah
Apakah yang dimaksudkan dengan Terpisah? Terpisah bermaksud:
KBKK diajarkan secara berasingan, tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran Contohnya: menggunakan contoh daripada kehidupan seharian sebagai tajuk perbincangan

Secara Penyebatian
Apakah yang dimaksudkan penyebatian? Penyebatian bermaksud: dengan

diajarkan secara terancang untuk KBKK dimasukkan ke dalam mata pelajaran, bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.

Jenis-jenis penyebatian
i. Penyebatian Penuh ii. Penyebatian Separa

PENYEBATIAN PENUH:
Penyebatian sepenuh bermaksud KBKK dapat disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal pasti Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut: 1. Pengenalan kepada isi mata pelajaran dan KBKK, 2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi mata pelajaran dan KBKK 3. Refleksi dan metakognitif, 4. Pengukuhan isi kandungan dan KBKK, 5. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.

PENYEBATIAN SEPARA:
KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup

Langkah-langkah pengajaran penyebatian separa


Langkah 1 @ Langkah 2 @ Langkah 3 @ Langkah 4 @ Langkah 5 dalam aplikasi @ Gabungan beberapa langkah di atas dalam pengukuhan dalam refleksi dan metakognitif dalam bahan dan aktiviti dalam pengenalan

PERANCANGAN UNTUK MENGAJARKAN KBKK


i. Asas Perancangan untuk Kemahiran dan Pengetahuan
Berasaskan Tajuk Pelajaran Berasaskan KBKK

i.

Asas Perancangan untuk Langkahlangkah Pengajaran


Memilih salah satu cara cadangan seperti dalam carta perancangan untuk penyebatian KBKK

PERANCANGAN UNTUK PENYEBATIAN KBKK


(a)

Atau

(b)

PENGAJARAN KBKK SECARA PENYEBATIAN

ASPEK PENTING DALAM PENGAJARAN KBKK


Refleksi dan Metakognitif
- Perkara yang ditekankan dalam strategi KBKK secara penyebatian ialah aspek refleksi dan metakognitif. Penting untuk melatih pemikiran menjadi lebih berkualiti Tiga peringkat: 1. Peringkat mengingat kembali 2. Peringkat menilai dan menganalisis 3. Peringkat membuat perancangan dan tindak susulan

Pengurusan Lisan (PL)


- Peringkat menggalakkan murid berfikir dengan sistematik dengan mengemukakan soalan-soalan rangsangan - Murid merespon dalam bentuk pertuturan atau ujaran. - Dua peringkat 1. Pengurusan Lisan Meningkatkan Kemahiran 2. Pengurusan Lisan Meningkatkan Refleksi dan Metakognitif

Pengurusan Grafik (PG) Memberikan penekanan terhadap panduan dalam bentuk lakaran, lambang, grafik dan penulisan. - Bentuk-bentuk grafik: 1. Bentuk Lakaran 2. Bentuk Borang

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KBKK


Bahan yang digunakan menarik dan sesuai dengan objektif pembelajaran Bentuk bahan adalah seperti: 1.Bahan Prosa 2.Bahan Puisi 3.Bahan Grafik

PEMIKIRAN KRITIS PERINGKAT TINGGI

Konsep Pemikiran Kritis Peringkat Tinggi. Memberikan penekanan aras berfikir lebih kompleks. Pelajar perlu membuat: Penaakulan, analisis, inferens, ramalan, generalisasi dsb. Dengan harapan kualiti berfikir pelajar lebih mantap dan mencabar

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PEMIKIRAN KRITIS PERINGKAT TINGGI


A. Membuat Ramalan i. Definisi Kemampuan minda membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu.

ii) Tujuan Kita meramal kerana kemahiran ini dapat membantu kita untuk: 1. Membuat tindakan yang sesuai dengan perkara yang akan berlaku. 2. Beriktihar mengikut kemampuan untuk mengelak peristiwa yang tidak diingini berlaku.

3. Membuat persediaan tertentu untuk mengalami peristiwa baru. 4. Mengelakkan diri daripada peristiwa buruk yang diramalkan berlaku. 5. Membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi. 6. Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi.

B. Mengusul Periksa Andaian Definisi -Keupayaan minda menyiasat sama ada andaian itu benar atau tidak benar berdasarkan bukti dan alasan yang sah. -Dalam kehidupan seharian kita selalu membuat andaian. Kadang-kadang andaian yang dibuat menyusahkan kita kerana kita kurang mengusul periksa andaian itu.

Tujuan
1.Menyatakan dan mengamalkan langkah-langkah mengusul periksa andaian. 2.Memeriksa sesuatu andaian yang dibuat sama ada andaian itu tepat atau tidak. 3.Membuat keputusan berdasarkan hasil yang telah diusul periksa dengan teliti.

C. Membuat Inferens
Definisi.

Kemampuan menggunakan minda untuk membuat kesimpulan be rdasarkan maklumat, bukti, petandapetanda dan pola-pola tertentu.

Sesuatu kesimpulan seharian kita sering membuat inferens. -Kita memeriksa data atau maklumat dan kemudian kita berikan sebayang mungkin mengapa keadaan itu berlaku. -Kesimpulan yang kita buat hasil daripada inferens kita itu seharusnya: mempunyai alasan dan bukti yang kukuh dan jitu bagi menyokong kebolehpercayaan dan kesahan inferens kita itu.

Inferens yang kita buat boleh berdasarkan.


1. Maklumat yang diperoleh secara tidak langsung atau tersirat. 2. Bukti dan pernyataan. 3. Masa dan tempat 4. Tindakan-tindakan yang lepas dan semasa. 5. Perlakuan-perlakuan 6. Tafsiran fantasi.

D. Mengesahkan Sumber Maklumat Dunia ini: - Penuh sumber maklumat. - Diperoleh di mana-mana. - Tetapi kadang-kadang kita bertanya diri dengan soalan berikut. a) Setakat manakah pengarang ini mempunyai peluang yang sewajarnya memperoleh maklumat dengan tepat.

* Setakat manakah pengarang ini mempunyai motif yang tersirat dalam menyediakan sumber ini, adakah setakat manakah motif yang mungkin bercangah dengan sumber itu tepat dan objektif. ? Bila tercetusnya perasaan ini, maka sumber itu perlu disahkan agar boleh dipercayai.

Definisi
Mengesahkan sumber maklumat bermakna menentukan sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Tujuan: 1. Menentukan ketepatan sesuatu. 2.Dapat kumpul maklumat dengan berkesan. 3.Meningkatkan kemahiran mengesahkan sumber maklumat

e. Membuat Generalisasi. i) Definisi *Keupayaan menggunakan minda untuk membuat kesimpulan am berdasarkan sampel dan maklumat yang konsisten. *Sampel atau maklumat yang terhad menyebabkan dapatan kita tidak tepat.

Sebagai contoh:- Bila kita lihat cemin tingkap sekolah semua pecah. Kita lantas berkata pelajar di situ nakal belaka. Kenyataan ini satu kesilapan. Kesilapan-kesilapan yang sering berlaku:1.Kita sering membuat generalisasi berdasarkan sampel yang kecil atau sedikit. 2.Kita tidak mengetahui sama ada sampel yang digunakan mewakili sesuatu kelompok atau tidak ?

Kita membuat generalisasi berdasarkan kelakuan dan tindak tanduk sekumpulan pelajar sahaja. Kita membuat generalisasi berdasarkan sampel yang Kecilatau sedikit . Kita membuat generalisasi yang kurang bijak.

Tujuan:Menguasai kemahiran generalisasi:1.Menggunakan sampel yang sesuai dengan objektif. 2.Memilih sampel yang dapat mewakili sesuatu kelompok benda atau manusia. 3.Membuat generalisasi dengan lebih tepat.

Langkah langkah Membuat Generalisasi 1.Kenal pasti generalisasi yang dicadang. 2.Teliti sampel yang boleh menyokong generalisasi 3.Tentukan sampel yang mencukupi. Pilih secara rawak. Untuk mewakili keseluruhan kelompok. 4.Kenal pasti sama ada generalisasi itu disokong atau tidak. Dan jika tidak, apakah maklumat tambahan yang diperlukan.

f) Mencari sebab dan Membuat Kesimpulan. i) Definisi:Keupayaan minda menganalisis dan menilai sebab-sebab bagi mencari kesimpulan yang tepat dan jitu.

Tujuan:1.Dapat buat kesimpulan terbaik kerana ambil kira semua faktor. 2.Dapat memberi hujah untuk meyakinkan orang lain. 3.Bentuk fikiran kritis dan analitis. 4.Membentuk fikiran terbuka dan tidak mengambil keputusan terburuburu.

KESIMPULAN
Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

Rujukan
Eggen,P.,& Kauchak, D. (1996). Strategies for teachers. Boston: Allyn & Bacon. Som Hj. Nor & Mohd. Dahlan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif - Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Som Hj. Nor & Mohd. Dahlan Ramli. (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif . Kuala Lumpur: Longman. Taba,H., Elkins D. (1966). Teaching strategies for the culturally disadvantaged. Chicago: Rand Mc Nally. Taba,H., Elkins D., et. al. (1999). The dynamic of education: a methodology of progressive educational thought. London: Routledge, an imprint of Taylor & Francis Book.

Anda mungkin juga menyukai