Anda di halaman 1dari 5

PENYELENGGARAAN PERALATAN/RADAS MAKMAL SAINS

Peralatan atau radas makmal sains yang sering digunakan memerlukan penyelenggaraan yang teratur supaya boleh berfungsi dengan baik semasa melakukan eksperimen seterusnya memberikan keputusan yang lebih tepat pada eksperimen berkenaan. Kerosakan pada peralatan atau radas bukan sahaja menjadikan alatan itu tidak boleh digunakan malah mungkin mengundang kemudaratan kepada penggunanya. makmal sains. berkesan. Inilah salah satu punca kemalangan yang sering berlaku dalam Tambahan lagi, penyelenggaraan yang bersistematik akan

mengelakkan pembaziran dan dapat merancang penggunaan peruntukan secara

Penyelenggaraan secara terancang

Penyelenggaraan

secara

terancang

bermaksud

pemeriksaan

dan

penyelenggaraan dilakukan secara teratur dan kebiasaannya dilakukan sekali atau dua kali dalam setahun sama ada oleh kakitangan makmal ataupun firma pakar. Penyelenggaraan adalah lebih baik dilakukan oleh pihak yang pakar iaitu dengan mempersetujui servis peralatan dalam kontrak bersama syarikat pengeluar atau pembekal. Hal ini kerana, pihak mereka semestinya mempunyai peralatan untuk pengujian, penetapan dan penentukuran yang jika dilakukan sendiri memerlukan kos yang mahal untuk membeli alatan berkenaan. Semasa penyelenggaraan dilakukan oleh pihak jurutera syarikat, kakitangan makmal perlu ada bersama untuk mengelakkan sebarang bahaya dan kemalangan yang tidak disengajakan. Selain itu, kakitangan makmal boleh menyelia jurutera berkenaan untuk melihat tahap perkhidmatan yang diberikan supaya pembayaran yang bakal dilakukan bertetapan dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kakitangan

makmal

juga

perlu

bertanggungjawab

melakukan

penyelenggaraan terhadap peralatan atau radas makmal.

Kerja-kerja seperti

menggantikan bateri dan lampu dalam peralatan, peralasan rutin peralatan pencucian peralatan daripada habuk dan debu dan lain-lain tidak memerlukan perkhidmatan pihak pakar. Peralatan untuk menimbang misalnya perlu peralasan rutin kerana segala ralat yang berlaku akan menyebabkan keputusan yang salah diperolehi dan kebiasaannya ralat ini tidak disedari oleh pengguna. Selain itu, penunu Bunsen hendaklah sentiasa dalam keadaan sempurna dan berfungsi. Jika didapati getah penyambung sudah keras, kembang atau bocor, maka kakitangan makmal perlulah menggantikannya dengan kadar segera. Oleh itu, kakitangan makmal yang ingin melakukan penyelenggaraan hendaklah memiliki kepakaran yang tertentu. Mereka perlu memeriksa peralatan dan melakukan pembaikan dengan segera supaya kejituan, kebolehpercayaan dan keselamatan peralatan meningkat kerana sudah diketahui umum bahawa peralatan atau radas dalam makmal sentiasa menjadi punca kepada kemalangan dan kemudaratan. Penyelenggaraan juga berkaitan dengan mencuci dan membersih peralatan dan radas dalam makmal. Tugas-tugas mencuci dan membersih memerlukan jadual secara berkala supaya peralatan dan radas berada dalam kedaan bersih dan dapat berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan. Sebelum menyimpan peralatan dan radas ditempat yang telah ditentukan, peralatan dipastikan bersih daripada sebarang kekotoran hasil daripada ujikaji yang dilakukan oleh pengguna. Ini demi memastikan kekotoran yang melekat tidak mengganggu perjalanan ujikaji seterusnya. Selain itu, peralatan yang jarang digunakan turut diperiksa supaya tiada habuk-habuk melekat pada peralatan tersebut. Ini demi menjaga ketahanan peralatan berkenaan. Penyelenggaraan secara terancang juga memerlukan buku rekod peralatan yang seharusnya menjadi tanggungjawab kakitangan makmal. Kakitangan makmal perlu menyediakan rekod peralatan atau radas yang dirosakkan, telah rosak dan bilangan yang rosak serta bertanggungjawab dalam pengambilan dan penyimpanan peralatan dan bahan kimia di tempat sepatutnya selepas digunakan. Tujuan perekodan supaya penyelenggaraan boleh dilakukan secara teratur dan sempurna. Penyelia makmal juga dapat melakukan tindakan yang sewajarnya dengan

kekurangan peralatan atau radas tertentu dalam makmal. Faktor-faktor keselamatan juga dapat ditingkatkan. Hasil daripada pemeriksaan terhadap pelbagai perkara yang dilakukan akan memberi pengetahuan terhadap barangan rosak dan pakai habis dalam makmal. Hal ini penting untuk melakukan penggantian peralatan supaya stok peralatan mencukupi untuk sepanjang tahun. Penggantian peralatan boleh dilakukan dengan pelbagai cara pembelian. Di antaranya ialah melalui pembelian terus daripada pembekal, sebut harga dan melalui tender. Kesimpulannya, peralatan atau radas perlu diselenggara supaya mereka berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat.

Buku rekod penyediaan peralatan/radas

Buku rekod ini diperlukan sebagai satu jenis bahan bukti bagi penggunaan segala peralatan dan radas dalam makmal sekolah. Kebiasaannya, borang pesanan persediaan peralatan dan radas akan dikemukakan tiga hari sebelum tarikh diperlukan supaya pembantu makmal dapat memastikan keperluan yang disediakan dalam keadaan baik serta selamat digunakan. mencukupi. Rekod-rekod penyediaan peralatan ini digunakan pembantu makmal untuk membuat pengiraan stok dan penyelenggaraan peralatan supaya peralatan berada dalam keadaan baik walaupun kerap digunakan. Ketua panitia juga akan menyelia keadaan peralatan dan radas melalui rekod ini. Kekerapan penggunaan peralatan akan dinilai oleh Ketua panitia untuk urusan pembelian dan pelupusan peralatan atau radas. Berpandukan rekod tersebut, pembantu makmal akan memastikan bilangan peralatan yang dipulangkan

Buku rekod kerosakan peralatan

Apabila berlaku kerosakan kepada peralatan dan radas seperti pecah, kebocoran penunu Bunsen dan lain-lain semasa melakukan ujikaji, kesemua kerosakan ini akan direkodkan dalam buku rekod kerosakan peralatan. Kerosakan yang direkodkan amatlah berguna dalam mengemaskini stok tahunan makmal. Hal ini penting dalam urusan hapus kira dan penyediaan anggaran belanjawan tahunan peralatan dan radas makmal oleh panitia Sains.

Penyimpanan bahan atau radas

Penyimpanan bahan-bahan kimia adalah sangat penting kerana bahan kimia ini kebiasaannya berbahaya kepada manusia dan persekitaran. Bahan-bahan kimia seperti organik dan tak organik perlu diasingkan daripada peralatan dan radas lain kerana sifat-sifatnya seperti mudah menghakis, mudah terbakar dan beracun. Tarikh penerimaan setiap botol bahan kimia juga perlu ditulis dengan terang supaya penggunaannya adalah sebelum tarikh luput yang dinyatakan di botol berkenaan. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran dan menjaga keselamatan pengguna. Bahan kimia baru kebiasaannya diletakkan di bahan belakang daripada stok sedia ada supaya stok itu digunakan dahulu. Selain itu, semua botol bahan kimia akan dilabelkan dan disusun mengikut abjad dalam almari kerana apabila disimpan di rak, botol ini mudah dihingapi habuk. Bagi bahan kimia organik, pengudaraan yang baik diperlukan dan penggunaan api amatlah dilarang. Terdapat pelbagai jenis lagi bahan kimia yang memerlukan tempat penyimpanan yang betul kerana penyelenggaraan bahan kimia yang berkesan dapat menjamin keselamatan bahan kimia dan makmal secara keseluruhannya.

Bahan kaca juga memerlukan cara penyimpanan yang betul misalnya bahan kaca akan disimpan mengikut saiz dan jenis. Bagi alatan yang mahal akan disimpan dalam kotak dan bungkusan yang asal. Manakala bahan plastik sentiasa dijauhkan daripada punca panas dan alatan berat. Item-item kecil seperti mancil akan disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil. Model-model besar akan diletakkan di meja-meja khusus dan ditutup dengan plastik untuk menjamin ketahanan model tersebut.

Pelupusan bahan sisa

Proses penyelenggaraan peralatan dan bahan perlu mengambil kira tentang pelupusan bahan sisa kerana jika bahan sisa ini dibuang dalam tempat yang tidak sepatutnya, kerosakan peralatan dalam makmal akan berlaku seperti kebocoran sinki kebuk wasap, keretakan radas kaca serta kebakaran. Bahan-bahan yang tidak larut dalam air akan dikumpulkan dalam botol dan dilabelkan dengan jelas manakala bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus dalam sistem saliran dengan air yang banyak. Selain itu, bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang terus dengan sampah-sampah yang lain manakala kaca perlu diasingkan.

Ahmad Saat, Mohd. Zubir Mat Jafri (1993). Pengelolaan dan Pengurusan Makmal. Pulau Pinang : Unit Percetakan Pusat, Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai