Anda di halaman 1dari 1

BEZA MELAYU & SINGAPURA

Bezanya bumiputera atau masyarakat Melayu di Malaysia dengan Melayu Singapura adalah di Malaysia orang Melayu bebas tubuhkan parti politiknya sendiri tetapi di Singapura tidak boleh sama sekali. Di Singapura, meraka yang berbamgsa Melayu hanya memegang jawatan rendah dan tidak penting walaupun berkelulusan baik. Kebanyakan meraka bekerja sebagai jaga,tukang buka pintu hotel atautukang kebun. Kalau aada pun yang bekerja baik sedikit dengan ker ajaan hanya sebagai kerani at au guru sekolah sahaja. Begitu juga dalam pasukan beruniform. Orang Melayu hanya diperingkat pangkat rendah sahaja dan tidak diberikan peranan penting dalam tentera atau polis. Terlalu sedikit orang Melayu Singapura berjawatan tinggi baik dalam sector kerajaan atau swasta. Pernah saya terdengar keluhan orang Melayu Singapura bahawa mereka ini seolah-olah tinggal di dalam sangkar emas. Tidak perlu ditafsirkan maksudnya. Benar kenyataan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kita belajar daripada kesilapan lalu. Bangsa Melayu jangan sampai hilang segala -galanya baru hendak sedar. Kedudukan Melayu di Singapura perlu dijadikan iktibar. Jika Melayu Malaysia tidak bersatu dan selalu bercakar sesame sendiri dikhuatiri kita akan kehila ngan kuasa. Apabila hilang segala -galanya, jangan salahkan orang lain kecuali diri sendiri. Waktu itu menangis mata air darah sekalipun tidak dapat kembalikan kuasa. Sejarah mengajar kita kejatuhan empayar Melaka pada 1511 ke tangan Portugis disebabkan perpecahan dan sikap berpuak -puak orang Melayu pada masa itu. Sejak Melaka jatuh, negeri -negeri lain di Tanah Melayu ini menyusul tanduk kepada penjajah dan diperlakukan seperti bola. Mereka tukarkan pemilikan negeri sesuka hati di antara Portugis, Beland a, Inggeris dan Sepanyol. Pada masa itu, orang Melayu tertindas dan tidak diperdulikan. Malah ada yang dijadikan seperti hamba. Kita dijajah hampir 500 tahun ulang tuhun dan pada 31 Ogos ini genaplah 500 tahun Melaka jatuh ketangan penjajah pada 1511. Kini, kita sudah merdeka dan mendapat balik hak-hak kita yang selama ini yang telah diambil. Diharap orang melayu sedar bahawa jika terjajah sekali lagi kemungkinan segala kuasa dilenyapkan dan untuk kembali atau bangun semasa di masa itu sudah mustahil.

Anda mungkin juga menyukai