Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI PERKHEMAHAN

Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi bagi berteduh dan bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkhamehan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layar. Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan yang sangat menyeronokkan d alam Pengakap. Hal ini sedemikian kerana dalam perkhemahan ahli ahli Pengakap dapat hidup dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta dikelilingi oleh pohon pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang un tuk mendekati binatang dan haiwan hutan. Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk menjelajah ke tempat yang baharu. Terdapat banyak lagi manfaat dan fa edah yang boleh diperolehi melalui perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai