Anda di halaman 1dari 3

13 hb November 2009

25 Zulqaedah 1430H

Dari Abdullah bin Umar, katanya, Umar bin al-Khattab bersedekah kuda fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun , sebelum itu dia pergi menemui Nabi Muhammad SAW meminta nasihat Baginda. Nabi SAW bersabda kepadanya: Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Orang yang paling hebat dan kuat adalah orang yang bersedekah, tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa

adanya unsur untuk menunjuk-nunjuk atau keinginan untuk diketahui oleh orang lain. disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita atau yang boleh dilakukan. Apa lagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan. Menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh Rasulullah Ini

SAW di dalam sebuah hadis sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Orang-orang tua kita telah mencipta simpulan bahsa dari hal ini iaitu buruk siku. Menjadikan bernilai Tuhan ibadah di sisi

orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluknya yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al-Isra, ayat 27) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara keduadua cara (boros dan bakhil) itu. (Surah al-Furqan, ayat 67) Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkanny a dengan sehabishabisnya, kerana akibatnya akan tinggal engkau dengan keadaan yang tercela serta kering

Kaedah sedekah yang mesti diperhatikan supaya sifat pemurah menjadi bernilai di sisi Allah. Mesti dilaksanakan atas dasar ikhlas kerana Allah. Jika ia dilakukan atas dasar riak dan sumah, maka tidak ada keberkatan Allah padanya. Tidak membawa kebaikan dan keberkatan, malah mendatangkan seksa dan laknat bagi pelakunya. Tidak berlebih-lebih dan mesti mengikut bentuk yang dilakukan oleh Salafus Soleh. Jangan sampai melampaui batas hingga tergolong kepada pemborosan, sebab Allah berfirman bermaksud: Sesungguhnya

keputusan. (Surah al-Isra, ayat 29) Diberi kepada orang yang memerlukan. Selalu kita dengar orang yang pemurah berinfak, tetapi malangnya infak itu mereka beri kepada orang kaya, bukan orang miskin yang memerlukannya. Pemurah seperti itu bukan pada tempatnya. Sungguhpun demikian, Islam tidak melarang pemberian sesuatu kepada orang yang kaya tetapi mestilah diberikan atas dasar Hibbah dan hadiah. Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai