Anda di halaman 1dari 50

PENDAHULUAN

Perniagaan yang ingin saya jalankan ialah perniagaan keropok lekor.Walaupun terdapat banyak syarikat yang menjalankan perniagaan ini di Malaysia tetapi sebahagian besar tidak mengeksportkannya ke luar negara.Mereka hanya tertumpu di dalam negara.Hampir kesemuanya membuat jenis produk yang sama,tetapi masih terdapat banyak kekurangan pada produk itu.Oleh sebab itulah,banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha yang ingin menjalankan perniagaan ini. Pemilihan nama syarikat yang baik akan boleh membantu kejayaan sesebuah syarikat.Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pelanggan untuk mencuba produk yang di pasarkan.Begitu juga bagi pengusaha yang ingin memulakan perniagaan ini.Nama biasanya dikaitkan dengan jenis produk atau bahan yang digunakan seperti Sari Crackers Sdn. Bhd.,di mana ia menunjukkan gambaran sesuatu perniagaan itu.Oleh itu,saya memilih Fish Crackers Marketing sebagai nama perniagaan saya.Pemilihan nama yang komersial adalah faktor untuk perkembangan sesebuah perniagaan.Lokasi perniagaan saya adalah di tengah-tengah pusat bandaraya iaitu di Selangor. Tarikh untuk mula beroperasi adalah saya telah menjangkakan pada awal Januari 2012.Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini adalah salah satu sebabnya kerana keropok lekor ini mendapat permintaan yang sangat tinggi.Secara amnya,masyarakat gemar memakan keropok lekor ini dan kewujudannya telah diketahui oleh masyarakat di luar negara juga.Namun,di Malaysia kurang memasarkan ke luar negara.Ia juga sukar didapati di negerinegeri lain.Kebanyakannya,perniagaan ini banyak di jalankan di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja.Walaupun terdapat pengusaha keropok yang berpengalaman,tetapi mereka masih menghasilkan keropok yang kurang berkualiti.Antara contohnya,keropok itu tidak tahan lama.Selain itu,antara sebab lain bagi memulakan perniagaan ini adalah kerana kos permulaannya yang agak berpatutan .Ini amat bersesuaian bagi saya yang baru hendak berjinakjinak dalam bidang ini.Selain itu,bahan-bahan dan peralatan amat mudah untuk didapati.Sumber ikan juga boleh diperolehi di negeri Pantai Timur.Tambahan lagi,perniagaan ini berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat kerana majoritinya masyarakat gemar akan makanan ini.Jadi,ini adalah salah satu peluang keemasan bagi saya untuk memulakan perniagaan ini.
1

TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


Rancangan Perniagaan (RP) merupakan satu pelan induk yang menunjukkan langkah yang akan diambil untuk memulakan dan memajukan perniagaan.Antara tujuan rancangan perniagaan adalah sebagai garis panduan untuk mengurus perniagaan.Rancangan perniagaan ini menghuraikan segala langkah-langkah yang akan diambil oleh usahawan serta memberi garis panduan tentang langkah tersebut dilaksanakan.Ia juga merupakan satu pelan yang mesti diikuti oleh semua anggota dalam sesebuah organisasi. Selain itu,tujuannya juga adalah untuk menilai dan mengkaji prestasi perniagaan di mana rancangan perniagaan ini membolehkan penilaian dibuat tentang kejayaan atau kegagalan sesuatu projek.Ia juga dapat membantu usahawan mengetahui kekuatan,kelemahan dan potensi perniagaan yang diceburi. Disamping itu,tujuannya yang lain adalah dimana ia memudahkan kawalan.Apabila sesuatu aktiviti perniagaan telah dirancang mengikut jadual tertentu,kawalan lebih mudah dilakukan.Kawalan yang teratur dan cekap akan menjadikan perniagaan lebih lancar dan tersusun.Selain itu,ia juga boleh memberi keyakinan kepada pihak luar.Rancangan perniagaan ini juga berfungsi untuk menyakin dan mendapatkan kepercayaan oleh semua pihak yang mempunyai kepentingan seperti bank,pemiutang dan pelabur.Perancangan yang rapi dapat meyakinkan pihak tersebut tentang kejayaan perniagaan itu supaya terus memberi sokongan. Tujuan lain juga adalah memaksimumkan sumber untuk meningkatkan produktiviti.Sumber organisasi seperti wang,modal,mesin,dan manusia boleh digunakan secara optimum supaya setiap sumber dapat memberi sumbangan yang maksimum kepada organisasi.Faktor lain juga rancangan perniagaan ini dibuat juga adalah untuk memohon pembiayaan kewangan seperti MARA.Selain itu,ia amat bermanfaat untuk dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan oleh seseorang usahawan. Usahawan dapat merancang perlaksanaan projek baru sebelum memulakannya.Usahawan juga dapat merancang sesuatu projek itu dengan lebih sistematik.Oleh itu,penyediaan rancangan

perniagaan yang berkesan dan baik adalah faktor kejayaan sesuatu perniagaan itu disamping dapat memaksimumkan keuntungan dalam syarikatnya.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Perniagaan FISH CRACKERS MARKETING terletak di tengah-tengah pusat bandaraya iaitu perniagaan ini beralamat 1150E-13,Blok 1/B,Bandar Tasik Puteri,48020,Rawang Selangor.Perniagaan ini berbentuk syarikat berhad. Perniagaan Fish Crackers Marketing ini telah menjalankan aktiviti perniagaan menjual keropok lekor.Jumlah modal yang diperuntukan untuk memulakan perniagaan ini ialah sebanyak RM250 000.Modal yang diperolehi ini juga hasil daripada sumber pembiayaan kewangan daripada MARA. Bank yang terlibat dalam aktiviti perniagaan ini ialah Bumiputera-Commerce Bank Berhad.

BUTIR-BUTIR PERIBADI
NAMA PENUH NO/KP TARIKH LAHIR UMUR JANTINA TARAF PERKAHWINAN ALAMAT :Nurul Hafizah Bte Mohd Hasim :890305-14-5202 :5 Mac 1989 :22 Tahun :Perempuan :Bujang :2404,Jln. 18/61 Taman Sri Serdang,Selangor Darul Ehsan, 43400 Selangor. TARAF PENDIDIKAN PENGALAMAN BEKERJA :Ijazah Keusahawanan :3 Tahun Pembantu Pemasaran di sebuah kilang PEKERJAAN SEKARANG KEMAHIRAN KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI :Kursus Keusahawanan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan JAWATAN NO TELEFON NO FAX :Pengurus Syarikat :017-3788502 :Ahli Perniagaan :Menguruskan barangan untuk di eksport

:304-0809101

RINGKASAN EKSEKUTIF
Tujuan saya menjalankan aktiviti perniagaan ini adalah untuk mencapai sasaran keuntungan sebanyak 18% dalam jangka masa setahun.Saya yakin boleh mencapai sasaran itu kerana ia sesuai dengan tahap permintaan yang tinggi terhadap produk itu.Saya juga akan mengeksportkan produk itu terhadap pasaran luar negara agar dapat meningkatkan lagi keuntungan. Walaupun perniagaan ini kelihatan mudah,produk itu akan mengalami kekurangan jika silap langkah atau kurang mahir untuk mengendalikannya.Kesannya,ia akan mengurangkan pengeluaran produk itu.Oleh itu,definisi perniagaan saya adalah di mana kemahiran yang saya ada dapat disalurkan ke dalam perniagaan saya ini agar perniagaan saya bertambah maju.Selain itu,kemahiran komunikasi dan jaringan dengan pihak luar yang baik juga adalah faktor utama untuk memasarkan produk.Produk yang akan saya keluarkan mempunyai kelebihannya yang tersendiri di mana saya akan hasilkan keropok lekor yang kurang kolesterol.Jangka masa keropok itu juga agak lama kerana saya telah menjumpai satu petua untuk mengekalkan kualiti produk itu.Saya juga akan menghasilkan keropok lekor yang lembut dan rangup di mana amat sukar bagi pelanggan untuk menjumpai koropok lekor seperti itu pada zaman sekarang ini kerana para pengusaha akan melebihkan tepung berbanding dengan ikan ketika menghasilkan keropok itu. Ketika saya bekerja dengan sebuah syarikat menjual keropok lekor ini,saya telah belajar bagaimana untuk membuat keropok lekor ini,selain itu,saya juga mempunyai pengalaman untuk memasarkannya di setiap kedai-kedai.Apa yang dapat saya belajar dari bekerja di situ adalah erti sikap putus asa.Majikan saya selalu mengingatkan saya supaya jangan sesekali mempunyai sikap putus asa itu kerana kejayaan yang ingin dicapai tidak datang bergolek,tanpa usaha dan kerja keras,kita tidak akan peroleh kejayaan.Kualiti produk yang dihasilkan telah membuatkan keropok lekornya terkenal di merata tempat. Oleh itu,pandangan menyeluruh atas segala kejayaan lepas yang pernah dicapai boleh membantu meningkatkan imej perniagaan saya.

Selain itu,sumber kewangan untuk membolehkan perniagaan beroperasi bergantung kepada pinjaman bagi melicinkan perniagaan,membuat penyelidikan pemasaran dan promosi.Usaha gigih akan menjamin kejayaan ini memandangkan tempahan yang banyak daripada pelanggan. Fish Crackers Marketing juga akan meningkatkan pertumbuhan perniagaannya iaitu meningkatkan kualiti produk keropok lekor itu untuk mencapai target pasaran.Peluang untuk menceburi bidang perniagaan ini terbuka luas kerana citarasa penduduk sekarang gemar memakan keropok lekor ini.Persaingan untuk menjual produk makanan ini masih sengit dan analisis persaingan yang dibuat mendapati Fish Crackers Marketing menjadi rebutan pelanggan kerana telah mnghasilkan produk yang berlainan syer pasaran yang lebih besar mampu diperolehi kerana pesaing utama kurang mempunyai imej dan kekuatan seperti yang dijangkakan oleh sasaran pasaran .

ANALISIS INDUSTRI

Analisis kekuatan dan kelemahan pesaing

Ciri-Ciri Pilihan Produk Syer Pasaran Kualiti Produk Pembungkusan Promosi dan Iklan Harga Saluran Agihan Staff dan Pekerja Teknik dan Peralatan Kemampuan Pengeluaran Lokasi Imej Jumlah

Keropok lekor Kampung Losong 2 3 3 2 2 3 3 3 3 3 3 2 32

ASP Masyhur Enterprise 2 1 3 3 2 2 3 3 2 2 3 2 28

Saris Crackers Enterprise 3 2 3 2 2 3 3 3 3 2 3 2 31

Skala:

1:Lemah 2:Sederhana 3:Baik

Jadual menunjukkan dalam industri keropok lekor yang saya ceburi ini mempunyai 3 pesaing utama iaitu Keropok Lekor Kampung Losong,ASP Masyhur Enterprise,Saris Crackers Enterprise.Antara ketiga-tiga pesaing utama itu ialah Keropok Lekor Kampung Losong menjadi pemimpin industri kerana perniagaan ini mendapat skala yang paling tinggi. Antara sebab perniagaan ini mendapat skala yang paling tinggi ialah perniagaan ini mendapat syer pasaran yang tertinggi.Perniagaan ini telah lama bertapak sejak 15 tahun dulu lagi.Jadi,seluruh masyarakat telah mengenali dan menggemari produknya.Selain itu,secara keseluruhannya,kesemua pesaing mempunyai kualiti produk yang sangat baik.Mereka telah mengutamakan faktor-faktor penyediaan yang berkesan agar kualiti produk itu terjamin.

Keropok Lekor Kampung Losong ini telah mengeluarkan produk dengan harga yang berpatutan.Selain keenakan dan keaslian produknya telah membuat pelanggan tidak putus-putus membeli barangannya tambahan dengan harga yang berpatutan.Selain itu,perniagaan ini mempunyai saluran agihan yang cepat.Permintaan pelanggan dapat diagihkan dengan cara sistematik.Tambahan lagi,perniagaan ini mempunyai skala yang paling tinggi kerana mereka mempunyai staff dan pekerja yang berkemahiran tinggi.Sebelum mengambilnya bekerja,pemilik perniagaan itu telah mengadakan latihan dan bimbingan kepada para pekerjanya agar dapat memberikan komitmen yang baik. Tambahan lagi,perniagaan ini juga mempunyai peralatan membuat keropok lekor yang canggih.Peralatan yang moden dan canggih dapat mengeluarkan produk yang berkuantiti banyak di samping dapat menjimatkan masa.Pemilik perniagaan ini juga telah mendapat teknik tradisional untuk membuat keropok lekor ini.Sebab itulah produk yang dihasilkan mendapat permintaan yang tinggi.Oleh demikian,faktor itulah telah membuatkan perniagaan ini mempunyai kemampuan pengeluaran yang berskala besar. Faktor lain juga,perniagaan ini terletak ditengah-tengah bandaraya.Jadi,pelanggan mudah ke tempat untuk membeli produk itu.Pemilihan lokasi yang strategik dapat meningkatkan mutu penjualan sesuatu produk itu.

Manakala,perniagaan yang mendapat skala yang lemah ialah perniagaan ASP Masyhur Enterprise di mana perniagaan ini mendapat syer pasaran yang terendah.Dari segi pemilihan produk,perniagaan ini mendapat skala yang sederhana kerana produk yang dihasilkan sangat terhad.Selain itu,promosi dan pengiklanan tidak terlalu menyeluruh.Kesannya pelanggan tidak berapa terdedah kepada produk itu. Tambahan lagi,harga yang dipasarkan terlalu tinggi.Keuntungan yang mereka perolehi terlalu banyak.Disamping itu,teknik dan peralatan mereka juga mendapat skala yang sederhana dimana peralatan mereka tidak terlalu canggih.Jadi,sesuatu produk yang dihasilkan memakan masa yang agak lama serta kos yang tinggi.Mereka tidak mempunyai rancangan pengurusan yang sistematik.Kelemahan ini telah membuatkan perniagaan ini mendapat skala yang terendah berbanding dengan perniagaan lain.

10

SEBELUM KEMASUKAN PERNIAGAAN FISH CRACKERS MARKETING DALAM INDUSTRI KEROPOK LEKOR. KEROPOK LEKOR KAMPUNG LOSONG SARI'S CRACKERS ENTERPRISE ASP MASYHUR ENTERPRISE

20%

50%

30%

Carta pai di atas menunjukkan Keropok Lekor Kampung Losong mendapat syer pasaran yang tinggi iaitu sebanyak 50% dan sekaligus menjadi yang tertinggi daripada perniagaan lain,manakala perniagaan ASP Masyhur Enterprise mendapat syer pasaran yang lemah berbanding dengan perniagaan Saris Crackers Enterprise di mana perniagaan ini telah mendapat syer pasaran sebanyak 20% manakala perniagaan Saris Crackers Enterprise melebihi sedikit iaitu sebanyak 30%.

11

SYER PASARAN SELEPAS KEMASUKAN PERNIAGAAN FISH CRACKERS MARKETING KE DALAM INDUSTRI KEROPOK LEKOR. KEROPOK LEKOR KAMPUNG LOSONG FISH CRACKER'S MARKETING SARI'S CRACKER'S ENTERPRISE ASP MASYHUR ENTERPRISE

12% 40% 23%

25%

Carta pai di atas menunjukkan kedudukan perniagaan-perniagaan selepas kemasukan perniagaan Fish Crackers Marketing ke dalam industri keropok lekor ini.Seperti biasanya,Keropok Lekor Kampung Losong mendapat syer pasaran yang tertinggi iaitu sebanyak 40% berbanding dengan perniagaan lain.Manakala perniagaan Saris Crackers Enterprise melebihi perniagaan Fish Crackers Marketing dengan mendapat syer pasaran sebanyak 25%.Tetapi perniagaan Fish Crackers Marketing telah mendahului perniagaan ASP Masyhur Enterprise di mana perniagaan ini telah mendapat peratus sebanyak 23% berbanding dengan perniagaan ASP Masyhur Enterprise yang mendapat syer terendah sebanyak 12%.

12

SYER PASARAN SELEPAS KEMASUKAN PERNIAGAAN FISH CRACKERS MARKETING KE DALAM INDUSTRI KEROPOK LEKOR DI PASARAN LUAR NEGARA

Sales
KEROPOK LEKOR KAMPUNG LOSONG SARI'S CRACKER'S ENTERPRISE FISH CRACKER'S MARKETING FISH SAUSAGES KEROPOK LEKOR ASP MASYHUR ENTERPRISE

13

TINGKAT JUALAN

JENIS PRODUK 1 batang bersaiz besar 1 batang bersaiz kecil 1 paket (kecil)/25 batang 1 paket(nipis)/50 batang 1 batang bersaiz besar/20 batang

PEMBORONG (PUKAL) RM2.50 RM1.30 RM5.00 RM4.00 RM48.00

PELANGGAN RM2.70 RM1.50 RM5.20 RM4.20 RM50.00

EKSPORT RM3.50 RM2.30 RM6.00 RM5.00 RM52.00

14

PENGIRAAN JUALAN DALAM SETAHUN

JENIS PRODUK 1 batang bersaiz besar

PEMBORONG 20000 unit/bulan RM2.50 =RM50000 12 =RM600000/setahun

PELANGGAN 20000 unit/bulan RM2.70 =RM54000 12 =RM648000/setahun 25000 unit/bulan RM1.50 =RM37500 12 =RM450000/setahun 15000 paket/bulan RM5.20 =RM78000 12 =RM936000/setahun 17000 paket/bulan RM4.20 =RM71400 12 =RM856800/setahun 500 unit/bulan RM50.00 =RM25000 12

EKSPORT 21000 unit/bulan RM3.50 =RM73500 12 =RM882000/setahun 26000 unit/bulan RM2.30 =RM59800 12 =RM717600/setahun 10000 paket/bulan RM6.00 =RM60000 12 =RM720000/setahun 15000 paket/bulan RM5.00 =RM75000 12 =RM900000/setahun 800 unit/bulan RM52.00 =RM41600 12 =RM499200/setahun

1 batang bersaiz kecil

21000 unit/bulan RM1.30 =RM27300 12 =RM327600/setahun

1 paket(kecil)/25 batang

15000 paket/bulan RM5.00 =RM75000 12 =RM900000/setahun 12000 paket/bulan RM4.00 =RM48000 12 =RM576000/setahun

1 paket(nipis)/50 batang

1 batang besar/20 batang

2000 paket/bulan RM48.00 =RM96000 12

=RM1152000/setahun =RM300000/setahun

15

PRODUK TANDINGAN
Kelebihan produk kami ialah kami telah mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 iaitu dimana keropok mestilah mengandungi komponen berasaskan ikan yang digaul dengan tepung kanji.Kami menghasilkan keropok yang mempunyai isi ikan laut yang segar.Ini boleh membuatkan rasanya lebih enak dan lebih asli.Selain itu,produk yang dihasilkan mengandungi isi ikan yang banyak kerana ikan mempunyai sumber protein yang tinggi.Tidak kurang juga,keropok lekor yang dihasilkan mempunyai lebihan campuran sagu.Ini kerana apabila keropok lekor sudah lama digoreng,ia tidak mudah liat.Jadi,keropok itu akan tetap rasa sedap walaupun sudah lama digoreng. Kelebihan produk kami yang lain pula ialah kami telah mencampurkan sedikit lada hitam ke dalam ramuan itu.Ia bertujuan untuk menambahkan lagi keenakan keropok itu.Ia juga boleh dimakan terus tanpa dengan kuah pencicah,ini kerana campuran lada hitam itu telah membuatkan keropok lekor itu berasa pedas.Lada hitam juga ialah sejenis rempah yang boleh mengurangkan rasa hanyir.Jadi,tidak jadi masalah bagi kami yang menggunakan isi ikan yang banyak kerana rasa hanyir itu boleh dikurangkan dengan adanya serbuk lada hitam ini. Kami juga mementingkan kualiti keropok itu.Setelah selesai mengadun bahan,keropok itu akan dikukus.Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang baik.Kebiasaan peniaga,mereka menggunakan kaedah merebus kerana masa yang diambil untuk merebus tidak terlalu lama berbanding kaedah mengukus.Keropok yang direbus tidak mempunyai jangka hayat yang lama.Ini dapat dibuktikan oleh pemimpin industri keropok lekor,iaitu Perniagaan Keropok Lekor Kampung Losong,dimana perniagaan ini menggunakan kaedah merebus. Kebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus,namun aspek pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki.Begitu juga dengan pemimpin industri keropok lekor,perniagaannya juga mendapat skala yang sederhana bagi aspek pembungkusan. Dalam pemasaran,aspek pembungkusan produk adalah merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian.Malah,aspek pembungkusan(Packaging) ini dianggap sebagai P yang ke-5 dalam Marketing Mix selepas 4P(Product,Price,Place & Promotion) yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran.Kami telah mengutarakan strategi pemasaran iaitu SENI
16

MENJUAL PRODUK.Ini bermaksud usahawan berpeluang untuk melakukan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang hendak dipasarkan.Disini,kami telah menggunakan mesin pateri (TEW IMPULSE SEALER) yang canggih agar pembungkusan berada dalam keadaan yang baik.

17

Harga sesuatu produk ialah nilai yang ditawarkan kepada pelanggan.Kami telah mensasarkan produk kami kepada pemborong,pelanggan dan di eksport.Kami telah menetapkan harga seperti keropok lekor yang bersaiz besar berharga RM2.50 ini kepada pemborong kerana mereka membeli secara pukal dan kami meningkatkan harga sedikit kepada para pelanggan dan eksport.Keropok lekor bersaiz kecil pula,kami telah menjualnya dengan harga RM1.30 kepada pemborong manakala yang dalam paket pula,harganya RM5.00 yang mengandungi 25 batang.Keropok lekor yang jenis nipis pula,kami telah menetapkan harga sebanyak RM4.00 yang mengandungi 50 batang serta saiz besar yang mengandungi 20 batang,kami telah menjualnya dengan harga RM48.00. Namun,ada beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa menetapkan harga produk.Antara yang utamanya ialah faktor pesaing.Dalam industri penjualan keropok lekor ini,didapati Keropok Lekor Kampung Losong telah menawarkan harga yang berpatutan.Oleh kerana itulah,perniagaannya berkembang maju sehinggakan menjadi pemimpin industri.Oleh itu,Fish Crackers Marketing telah merancang perancangan yang strategik bagi mencapai sasaran pasaran. Fish Crackers Marketing telah menetapkan harga yang lebih rendah dari pesaing yang sedia ada bagi meningkatkan penjualannya. Selain itu,faktor yang lain pula ialah pengaruh persepsi pelanggan.Dalam konteks ini Fish Crackers Marketing telah menjual produk yang digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira usia muda mahupun tua.Jadi,kami telah menetapkan harga yang berpatutan sesuai dengan kemampuan para pelanggan. . Fish Crackers Marketing juga terletak di tengah-tengah pusat bandaraya,oleh itu tahap permintaan di bandar lebih tinggi berbanding di luar bandar. Secara keseluruhannya,harga yang dianggap sesuai ialah harga yang berada antara keduadua keadaan yang melampau iaitu tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.Harga yang sesuai ialah harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan keluaran yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka seperti yang telah dilakukan oleh perniagaan kami.

18

DESKRIPSI PERNIAGAAN

JENIS PRODUK 1 batang bersaiz besar 1 batang bersaiz kecil 1 paket (kecil)/25 batang 1 paket(nipis)/50 batang 1 batang bersaiz besar/20 batang

PEMBORONG (PUKAL) RM2.50 RM1.30 RM5.00 RM4.00 RM48.00

PELANGGAN RM2.70 RM1.50 RM5.20 RM4.20 RM50.00

EKSPORT RM3.50 RM2.30 RM6.00 RM5.00 RM52.00

19

JENIS PRODUK 1 batang bersaiz besar

PEMBORONG 20000 unit/bulan RM2.50 =RM50000 12 =RM600000/setahun

PELANGGAN 20000 unit/bulan RM2.70 =RM54000 12 =RM648000/setahun 25000 unit/bulan RM1.50 =RM37500 12 =RM450000/setahun 15000 paket/bulan RM5.20 =RM78000 12 =RM936000/setahun 17000 paket/bulan RM4.20 =RM71400 12 =RM856800/setahun 500 unit/bulan RM50.00 =RM25000 12

EKSPORT 21000 unit/bulan RM3.50 =RM73500 12 =RM882000/setahun 26000 unit/bulan RM2.30 =RM59800 12 =RM717600/setahun 10000 paket/bulan RM6.00 =RM60000 12 =RM720000/setahun 15000 paket/bulan RM5.00 =RM75000 12 =RM900000/setahun 800 unit/bulan RM52.00 =RM41600 12 =RM499200/setahun

1 batang bersaiz kecil

21000 unit/bulan RM1.30 =RM27300 12 =RM327600/setahun

1 paket(kecil)/25 batang

15000 paket/bulan RM5.00 =RM75000 12 =RM900000/setahun 12000 paket/bulan RM4.00 =RM48000 12 =RM576000/setahun

1 paket(nipis)/50 batang

1 batang besar/20 batang

2000 paket/bulan RM48.00 =RM96000 12

=RM1152000/setahun =RM300000/setahun

Setiap produk yang dihasilkan mempunyai pelbagai aspek yang perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan yang diusahakan berjalan lancar.Pelbagai strategi yang perlu disusun agar segala aktiviti pengeluaran dapat dilakukan dengan baik.Cara penyimpanan produk perlu dibuat dengan lebih efisien agar ketahanan dan mutu serta kualiti produk tersebut dapat dijamin secara berterusan. Produk yang kami keluarkan mengandungi penerangan tentang bahan-bahan yang dikeluarkan,berat produk itu,cara-cara untuk menggunakannya,serta kami meletakkan logo

20

halal.Kesemua ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang kegunaan produk itu selain untuk meningkatkan mutu penjualan produk itu. Kami juga mengambil langkah tegas tentang Sistem Pemastian Kualiti dalam Pengendalian Pemprosesan dan Penyediaan keropok.Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah seperti keracunan makanan. Perniagaan kami juga telah menerapkan sistem HACCP dalam industri keropok lekor.HACCP atau Hazard Analysis and Critical Control Point diistilahkan sebagai bahaya titik kawalan genting dalam pemprosesan makanan.Titik kawalan ialah bahan,tempat,amalan atau proses jika tidak dikawal dan diawasi dengan betul akan membawa kepada pencemaran makanan.Ia merupakan langkah-langkah pencegahan dalam setiap pemprosesan makanan dan bukannya analisis pada produk akhir. Kami juga mengambil berat tentang aspek pembungkusan.Pembungkusan yang tidak baik akan memberi pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran seperti gas oksigen,wap air,kotoran,mikrob dan cahaya yang berlebihan.Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau,berkulat,tengik,busuk dan hilang khasiat pemakanannya.

21

RANCANGAN OPERASI/PENGELUARAN
Produk Perniagaan Fish Crackers Marketing merupakan perniagaan yang menjalankan perniagaan keropok lekor.Terdapat pelbagai jenis produk yang dikeluarkan oleh perniagaan kami adalah antaranya kami menjual keropok lekor secara pukal.Kebiasaannya,penjualan secara pukal ini kami mensasarkannya kepada para pemborong.Oleh kerana pemborong membelinya dengan kuantiti yang banyak,jadi kami telah menawarkan harga yang rendah.Manakala penjualan secara eksport pula kami meletakkan harga yang agak tinggi berbanding dengan harga yang kami tawarkan kepada pelanggan dan pemborong.Secara keseluruhannya,keropok bersaiz kecil telah menjadi sasaran kepada pelanggan.Manakala keropok yang dijual dalam bentuk pukal kurang mendapat sambutan kerana kebiasaannya penjualan secara pukal ini hanya dibeli oleh pemborong. Keropok lekor yang dihasilkan telah dicampurkan dengan sedikit serbuk lada hitam untuk menambahkan rasa pedas.Ini merupakan kelainan yang ada pada produk kami.Jadual dibawah menunjukkan anggaran tempoh masa untuk keluarkan produk ini. PRODUK 1 batang bersaiz besar 1 batang bersaiz kecil 1 paket(kecil)/25 batang 1 paket(nipis)/50 batang 1 batang 5 5 400
22

TEMPOH MASA/HARI 5 5 5

PEMBORONG PELANGGAN 5 4000 =20000 unit 5 4200 =21000 unit 5 3000 =15000 unit 5 4000 =20000 unit 5 5000 =25000 unit 5 3000 =15000 unit 5 3400 =17000 unit 5 100

EKSPORT 5 4200 =21000 unit 5 5200 =26000 unit 5 2000 =10000 unit 5 3000 =15000 unit 5 160

JUMLAH 61000 unit 72000 unit 40000 unit

5 2400 =12000 unit

44000 unit

3300

besar/20 batang

=2000 unit

=500 unit

=800 unit

Kesimpulannya keropok lekor yang bersaiz kecil mendapat sambutan yang menggalakkan.Manakala keropok lekor yang bersaiz besar yang dijual secara pukal iaitu mempunyai 20 batang di dalam pembungkusannya dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit.

23

Proses operasi Untuk melakukan proses ini,pada awalnya merupakan angkutan masuk ikan segar setelah pesanan dibuat terlebih dahulu.Sumber ikan boleh didapati dari pemborong-pemborong ikan.Kemudian,pemeriksaan telah dibuat terhadap kualiti ikan itu.Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran ikan serta jenis ikan yang digunakan. Selain itu,proses seterusnya ialah proses membuang tulang ikan dan menghancurkan isi ikan.Kaedah ini dilakukan supaya tidak terdapat tulang ikan pada keropok lekor itu.Kemudian proses menyukat bahan-bahan dilakukan selepas proses membuang dan menghancurkan isi ikan dilakukan.Antara bahan-bahan yang digunakan selain isi ikan ialah sagu,lada hitam,garam,gula.Kesemua bahan ini diadun dengan menggunakan mesin penggaul(mixer) sehingga sebati.Adunan yang sebati dapat diketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh. Semasa proses menggaul,langkah yang sama seterusnya ialah memasukkan serbuk perisa lada hitam ke dalam adunan itu.Kemudian,proses membentuk dan membungkus dijalankan.Adunan pada mulanya dibentuk ketulan berbentuk silinder.Ia dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki termasuk menggunakan mesin pemotong keropok untuk dibentukkan dalam bentuk keping. Selepas keropok lekor dipotong dan dibentuk mengikut kepingan-kepingan yang ditetapkan,keropok itu akan dibungkus.Plastik ini dipateri dengan menggunakan mesin pateri(Tew Impulse Sealer).Pembungkusan adalah faktor yang penting dalam mengawal kualiti produk. Pembungkusan yang tidak baik akan menyebabkan keropok menjadi lemau,berkulat,tengik,busuk dan hilang khasiat pemakanannya. Langkah seterusnya pula ialah proses mengangkut ke stor.Keropok yang telah dibungkus perlu disusun dengan rapi supaya tidak dikenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengakibatkan kerosakan pada keropok seperti patah,pecah dan sebagainya.Keropok itu juga perlu diletakkan di tempat penyimpanan sejuk beku untuk menjaga kualitinya sebelum di eksport dan dipasarkan kepada pelanggan.

24

CARTA ALIRAN PROSES . Angkutan masuk ikan segar setelah pesanan dibuat terlebih dahulu

Pemeriksaan dibuat terhadap kualiti ikan

Proses membuang tulang ikan dan menghancurkan isi ikan

Menyukat,menggaul dan mengadun bahan-bahan

Menambah perisa lada hitam

Proses membentuk dan membungkus

Mengangkut ke stor

Menyimpan di tempat sejuk beku

25

CARTA ALIRAN PROSES(EKSPORT)

Menyimpan di tempat sejuk beku

Mengedar kepada pemborong dan kepada peruncit

Pembungkusan untuk di eksport ke pasaran luar

Berurusan dengan pihak kastam.

26

OPERASI PENGELUARAN JENIS MODEL MESIN GAUL TEPUNG MESIN MENGUKUS HARGA SEUNIT RM900 10 unit =RM9 000 RM1 2000 10 unit =RM12 000  KEGUNAAN DAN KAPASITI  Menggaul tepung untuk membuat keropok Digunakan untuk mengukus keropok mengikut masa yang telah ditetapkan MESIN MEMOTONG RM1 190 10 unit =RM11 900 Digunakan untuk memotong nipis keropok disamping membentukkannya di dalam kepingan MESIN MEMBUNGKUS MESIN PATERI(Tew Impulse Sealer) PETI PEMBEKUAN KUALI LESUNG PISAU PENAPIS BESIN SARUNG TANGAN RM800 10 unit =RM8 000 RM1 000 5 unit =RM5 000 RM1 900 10 unit =RM19 000 RM200 8 unit =RM1 600 RM56 20 unit =RM1 120 RM7.90 30 unit =RM237 RM25 20 unit =RM500 RM36 10 unit =RM360 RM5.90 40 unit   Pengasingan ikan mengikut jenis Untuk mengelakkan daripada   Memotong bahagian-bahagian ikan yang tidak digunakan Menapis tepung      Membungkus keropok yang telah disiapkan Memateri plastik pembungkusan Menempatkan keropok lekor untuk proses pembekuan Menempatkan keropok lekor yang sudah dikukus Menumbuk halus isi ikan

27

=RM236 SARUNG KEPALA APRON KASUT GETAH RM3.20 40 unit =RM128 RM10 40 unit =RM400 RM15 30 pasang =RM450   

kekotoran Menutup kepala Dipakai semasa aktiviti penghasilan keropok lekor Menjaga kebersihan

28

Susun atur peralatan dalam kilang

29

Petunjuk : Tandas: Bilik suis operasi mesin: Stor penyimpanan Pejabat kilang: Surau: dan sejuk beku:

Bilik proses bahan mentah:

Susun atur mesin Pengeluaran:

30

BAHAN MENTAH BAHAN MENTAH IKAN TEPUNG SAGU MINYAK MASAK LADA HITAM SAGU GARAM BAWANG PUTIH SERBUK PERASA AIR AIS GULA HARGA SEUNIT/KG RM5.00/kg RM4.50/ kg RM2.50/kg RM20/kg RM3.50/kg RM1.40/kg RM2.30/kg RM10/kg RM2.00/kg RM2.10/kg JUMLAH RM5.00 80 kg =RM400 RM4.50 50 kg =RM225 RM2.50 70 kg =RM175 RM20 30 kg =RM600 RM3.50 50 kg =RM175 RM1.40 20 kg =RM28 RM2.30 20 kg =RM46 RM10 20 kg =RM200 RM2.00 50 kg =RM100 RM2.10 40 kg =RM84

31

SUMBER TENAGA MANUSIA

JAWATAN PENGURUS PENGELUARAN

SPESIFIKASI TUGAS  Memastikan perkhidmatan berada pada tahap kualiti yang memuaskan.  Menguruskan tugas dengan baik dan memuaskan hati pelanggan.  Merancang aktiviti operasi mengikut jadual yang ditentukan.  Memastikan bahan yang diperlukan mencukupi

PENOLONG PENGURUS PENGELUARAN

 Membantu pengurus pengeluaran dalam memastikan perkhidmatan berada pada tahap kualiti yang baik  Membantu menyediakan dan merancang aktiviti operasi mengikut jadual yang ditetapkan

PENYELIA OPERASI JURUTEKNIK

 Untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar  Mengawal dan memantau penyelenggaraan mesin supaya mesin dalam aktiviti pengeluaran sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat

OPERATOR PENGELUARAN

 Melakukan aktiviti pengeluaran yang telah ditetapkan

32

IMBUHAN GAJI Jawatan Bilangan Gaji pekerja Pengurus pengeluaran Penolong pengurus pengeluaran Penyelia operasi Juruteknik Operator pengeluaran JUMLAH 34 8 100 40 300 972 4 836 405 2 015 65 511 8 20 1 500 850 12 000 17 000 180 102 1 440 2 040 75 42.5 600 850 14 040 38 250 4 1 850 7 400 222 888 92.5 370 8 658 1 1 900 1 900 228 228 95 95 2 223 1 pokok 2 000 Jumlah KWSP gaji pokok 2 000 240 (12%) Jumlah PERKESO Jumlah KWSP (12%) 240 100 (5%) PERKESO (5%) 100 2 340 Jumlah

ANGGARAN PERBELANJAAN PENGELUARAN BILANGAN 1 BUTIR Kos overhead  Bil elektrik  Bil air 2 3 Aset tetap Perbelanjaan bulanan  Gaji  KWSP  PERKESO 4 Bahan mentah y y y y RM40 300 RM4 836 RM2 015 RM2 033 y y RM4 000 RM3 500 y RM64 900 KOS SEBULAN (RM) KOS SEKALI (RM)

33

SASARAN PASARAN

Setiap manusia gemar memakan keropok lekor.Tidak kira lapisan masyarakat dari segi budaya,agama ataupun bangsa.Ramai yang meminatinya.Saya telah membuka perniagaan ini di tempat yang strategik,iaitu di tengah-tengah pusat bandaraya.Jadi,kemungkinan tahap permintaan sangat tinggi berbanding dengan membuka perniagaan di luar bandar.Seperti mana yang kita tahu,bahawa permintaan keropok lekor di Malaysia,Singapura dan Indonesia agak tinggi berbanding dengan negara lain.Ini terjadi kerana mereka tidak biasa ataupun tidak pernah menemui makanan tradisional seperti ini.Jadi,tidak mustahil bagi saya,tahap permintaan keropok lekor di pasaran luar negara agak sedikit berbanding pasaran di dalam negeri. Bagi faktor umur pula,masyarakat yang menggemari keropok lekor ini ialah dari usia remaja hinggalah ke dewasa.Kanak-kanak kurang meminati makanan ini kerana mereka lebih terdorong untuk memakan makanan ringan atau makanan yang manis.Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan sesuai dengan profil pelanggan yang kaya dan sederhana ini.Mereka mampu membelinya.

RAMALAN JUALAN
BULAN JUALAN (RM) DALAM NEGERI Januari Februari Mac April Mei Jun 50 000 80 000 100 000 90 000 140 000 130 000 32 000 40 000 48 000 72 000 56 000 64 000
34

JUALAN (RM) LUAR NEGERI

SYER PASARAN DALAM NEGERI 5% 8% 10% 9% 14% 13% LUAR NEGERI 4% 5% 6% 9% 7% 8%

Julai Ogos September Oktober November Disember JUMLAH

200 000 190 000 210 000 150 000 200 000 230 000 1 770 000

72 000 64 000 144 000 112 000 120 000 160 000 984 000

20% 19% 21% 15% 20% 23%

9% 8% 18% 14% 15% 20%

Potensi pasaran industri dalam negeri adalah sebanyak 1 000 000/sebulan,manakala pasaran industri di luar negeri adalah 800 000/sebulan.Syer pasaran meningkat pada bulan September kerana pada bulan ini merupakan musim perayaan bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat melayu,bulan Ramadan atau bulan puasa merupakan bulan yang memberikan banyak keuntungan.Masyarakat mengambil kesempatan untuk berniaga kecilkecilan di bazaar semasa bulan puasa.Jadi,tahap permintaan keropok lekor tinggi pada sekitar bulan September.

RAMALAN JUALAN PADA 2012-2014 TAHUN 2012 2013 2014 JUALAN DALAM NEGERI 1 770 000 1 800 000 2 000 000 JUALAN LUAR NEGERI 984 000 990 000 1 000 000

35

STRATEGI PRODUK

Produk merupakan aset yang penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan.Untuk merancang strategi produk,perhatian perlu diberikan kepada cirri reka bentuk.Dalam reka bentuk,saiz dan bentuk produk perlu menarik dan mudah untuk dibawa atau dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.Kami telah mengasingkan jenis produk kami mengikut saiznya dan dipekkan mengikut kesesuaian.Pembungkusan yang rapi dan dipateri dengan mesin pateri (Tew Impulse Sealer) adalah amat sesuai untuk produk makanan kami.Ini kerana dapat mengelakkan makanan itu daripada dimasuki serangga serta mengelakkannya daripada habuk dan sebagainya.Kami amat menitikberatkan aspek pembungkusan ini agar produk kami berada dalam keadaan bersih,selamat dimakan dan berkualiti sampai kepada pengguna. Dari aspek khidmat lepas jualan pula,kami menawarkan khidmat penghantaran percuma terus ke rumah pelanggan sekiranya mereka membeli lebih daripada promosi yang kami tetapkan.Dengan cara ini,dapat mendorong pengguna untuk menggunakan produk kami sekaligus meningkatkan penjualan kami. Strategi seperti di atas amat penting dalam meningkatkan kepuasan pelanggan dan juga merupakan jambatan untuk usahawan menempa kejayaan di masa akan datang.

36

STRATEGI PROMOSI

Strategi promosi yang kami buat adalah melalui promosi jualan dan melalui iklan.Promosi jualan menawarkan insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan sesuatu produk atau perkhidmatan.Kunci utama pertumbuhan promosi jualan adalah disebabkan oleh peningkatan persaingan dan pengurangan perbezaan antara produk.Penurunan keberkesanan pengiklanan juga menyebabkan banyak syarikat menggunakan promosi jualan.Tujuan utama promosi jualan adalah untuk mendapatkan pelanggan jangka pendek.Walaubagaimanapun,terdapat juga promosi jualan yang bertujuan untuk membina perhubungan dengan pelanggan.Antara promosi jualan yang kami pilih ialah jenis promosi pelanggan.Kami menggunakan kaedah penggunaan sampel untuk membenarkan pengguna mencuba produk kami.Kami akan menyediakan keropok lekor yang sudah digoreng dan mengagihkan kepada para pelanggan untuk mencubanya.Sekiranya mereka berminat,mereka boleh membelinya terus digerai yang kami buka. Selain itu,promosi melalui iklan telah kami lakukan.Pengiklanan adalah merujuk kepada sebarang bentuk persembahan bukan peribadi berbayar dan yang mempromosikan idea,produk,atau perkhidmatan dimana penajanya dapat dikenal pasti.Banyak objektif komunikasi dan jualan yang boleh dibentuk untuk pengiklanan.Objektif pengiklanan boleh diklasifikasikan mengikut tujuannya sama ada untuk memberi maklumat memujuk atau mengingatkan.Disini kami memilih iklan secara memujuk dimana para pekerja kami akan memujuk pengguna untuk membeli dengan menerangkan dan memberitahu tentang kelebihan produk kami.Iklan memujuk ini menjadi penting apabila pesaingan menjadi semakin sengit.

37

STRATEGI HARGA
Harga yang rendah akan menarik pelanggan untuk mencuba produk kami.Harga untuk produk kami memang berpatutan dan kami sentiasa mengamalkan konsep mesra pelanggan untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk kami.Kami juga membenarkan pelanggan untuk menawarkan dengan harga yang munasabah bertujuan untuk membeli secara banyak.Pelanggan yang setia juga akan diberikan diskaun dan kami juga akan memberikan produk percuma kepada mereka.

JENIS PRODUK 1 batang bersaiz besar 1 batang bersaiz kecil 1 paket (kecil)/25 batang 1 paket(nipis)/50 batang 1 batang bersaiz besar/20 batang

PEMBORONG (PUKAL) RM2.50 RM1.30 RM5.00 RM4.00 RM48.00

PELANGGAN RM2.70 RM1.50 RM5.20 RM4.20 RM50.00

EKSPORT RM3.50 RM2.30 RM6.00 RM5.00 RM52.00

38

STRATEGI AGIHAN
Agihan ialah satu cara untuk mengagihkan produk daripada pengeluar kepada pengguna akhir.Kami mempunyai saluran agihan yang cekap agar dapat menyampaikan produk kepada pengguna sasaran.Antara saluran yang kami pilih untuk perniagaan kami ialah seperti

Pengeluar Pengeluar Pengeluar

pengguna pemborong eksport penguna

Saluran agihan kami yang pertama ialah daripada pengeluar terus ke pengguna.Kami menjual keropok lekor itu di dalam kilang dan pengguna boleh datang ke kilang kami dan terus membelinya.Selain itu,saluran agihan kami yang kedua pula ialah daripada pengeluar kepada pemborong dan terus kepada pengguna.Pemborong ialah orang tengah yang membeli barang secara pukal dan pada harga yang rendah yang telah kami tawarkan kepada mereka.Setelah mereka memperolehinya,mereka pula akan menjual terus kepada pengguna.Akhir sekali,saluran agihan kami yang terakhir ialah daripada pengeluar terus kepada eksport.Keropok lekor yang telah kami siap sejuk bekukan,akan di susun di dalam lori dan membawanya untuk di eksport melalui pemeriksaan kastam.

39

SUMBER TENAGA MANUSIA

JAWATAN PENGURUS PEMASARAN

SPESIFIKASI TUGAS  Cari pasaran untuk produk  Jadi ketua kepada pekerja bawahan di bahagian tenaga manusia  Memastikan kualiti perkhidmatan pada tahap yang baik  Membuat promosi untuk meningkatkan jualan perkhidmatan  Meluluskan setiap promosi yang dijalankan

PENOLONG PENGURUS PEMASARAN

 Membantu pengarah pemasaran  Mencari peluang mengembangkan pasaran  Mengagihkan tugas kepada promoter dan perunding pengiklanan  Membuat jadual kerja

PROMOTER

 Melayan pelanggan  Menerangkan perkhidmatan pengiklanan  Memberi maklumat tentang perkhidmatan

PEMANDU

 Menghantar produk keropok lekor kepada pemborong  Memastikan produk di hantar dan tiba tepat pada waktu.

40

IMBUHAN GAJI

Jawatan

Bilangan Gaji pekerja pokok 2 000 1 900

Jumlah Gaji pokok 2 000 1 900

KWSP 12% 240 228

Jumlah KWSP 240 228

PERKESO Jumlah 5% 100 95 PERKESO 100 95

Jumlah

Pengurus pemasaran Penolong pengurus pemasaran Promoter Pemandu JUMLAH

1 1

2 340 2 223

20 15 37

900 860 5 660

18 000 12 900 34 800

108 103.20 679.20

2 160 1 548 4 176

45 43 283

900 645 1 740

21 060 15 093 40 716

ANGGARAN PERBELANJAAN PEMASARAN


Bil 1 2 3 Pengangkutan Promosi Perbelanjaan bulanan  Gaji  KWSP  PERKESO 4 5 6 Belanja kos  Petrol Belanja pembungkusan Lain lain perbelanjaan  Insurans kenderaan  Cukai jalan
41

BUTIR

KOS SEBULAN(RM)

KOS SEKALI(RM) y RM60 000

RM 1 000 RM34 800 RM4 176 RM1 740 RM2 300 RM 1 500 RM 2 000 RM 400

y y y

y y

y y

PENGENALAN

FISH CRACKERS MARKETING ialah merupakan nama perniagaan keropok lekor kami.Dan perniagaan kami beroperasi di tengah-tengah pusat bandaraya Selangor yang beralamat, 1150E-13,Blok 1/B, Bandar Tasik Puteri,48020,Rawang,Selangor. Lokasi perniagaan kami terletak di tepi jalan.Ini memudahkan pengguna melihat sekaligus datang untuk membelinya.Kami juga telah meletakkan papan tanda yang tertulis nama perniagaan kami iaitu FISH CRACKERS MARKETING .Jenis bangunannya berbentuk seperti rumah.Kami menyewanya pada setiap bulan untuk dijadikan kilang pemprosesan produk kami.Bangunan itu amat selesa kerana ianya tidak terlalu kecil,ianya amat sesuai untuk kami meletakkan mesin-mesin pengoperasian.Kami memilih bangunan itu kerana ianya lengkap dengan kemudahan seperti bekalan air,elektrik,telefon dan dibelakangnya terdapat tempat khas untuk membuang sisa-sisa sampah.Keluasan tanahnya amat luas sesuai untuk kami meletakkan lori kami.

MATLAMAT DAN STRATEGI ORGANISASI


Matlamat utama bagi perniagaan kami ialah meningkatkan jumlah jualan produk kami iaitu keropok lekor seperti yang disasarkan.Walaupun agak rumit untuk menjalankan semua ini,pihak kami yakin,dengan daya usaha,kerjasama serta strategi yang mantap,matlamat tersebut akan tercapai dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah keuntungan bagi perniagaan kami. Manakala strategi yang digunakan ialah kami akan membuka beberapa cawangan di negeri lain seperti di Melaka,Johor,Pahang untuk mengembangkan perniagaan ini.Kami juga akan menambah bilangan tenaga pekerja bagi melicinkan proses pengoperasian serta pengeluaran agar produk itu dapat disiapkan dengan segera.Kami juga akan memantapkan sistem
42

pemastian kualiti dalam pengendalian pemprosesan dan penyediaan keropok lekor agar keropok lekor yang dihasilkan bersih dan selamat daripada pencemaran.Pihak kami juga akan menambah keluasan kilang kami agar segala aktiviti pengoperasian dapat dilaksanakan dengan selesa.

STRUKTUR DAN PERANCANGAN ORGANISASI

Perancangan organisasi amat penting untuk memastikan objektif dan matlamat yang kami sasarkan tercapai.Kami yakin,perniagaan kami boleh berkembang maju kerana adanya kekuatan dari segi pentadbiran. Pengurus pentadbiran kami telah mempunyai pengalaman bekerja selama lebih daripada 10 tahun di sebuah syarikat teknologi yang terkenal.Penghargaan yang telah diterimanya dulu menguatkan lagi struktur organisasi kami yang sistematik.Sikapnya yang mengutamakan masa telah membuatkan segala proses pengoperasian berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan.Pengagihan tugas dan kerja untuk pekerja bawahan amat teratur hingga membuatkan segala aktiviti pengeluaran dapat dikawal oleh pekerja.Tambahan lagi dengan sikapnya yang ramah mesra telah membuatkan semua pekerja senang bekerja dengannya.Semangat kerjasama yang dapat ditonjolkan boleh membuatkan perniagaan ini akan berkembang maju.

43

CARTA ORGANISASI MENYELURUH

Pengurus Besar Nurul Hafizah

Pengurus Pentadbiran Mohd Asyraf

Pengurus Pengeluaran Nurul Syakirah

Pengurus Pemasaran Mohd Hairul Izek

Pengurus Kewangan Maslinda

Penolong Pengurus Pentadbiran

Penolong Pengurus Pengeluaran

Penolong Pengurus Pemasaran

Penolong Pengurus Kewangan

Kerani

Penyelia Operasi

Promoter

Akauntan

Juruteknik

Juruteknik

Pemandu Kerani kewangan

Pekerja Am Rendah

Operator Pengeluaran

44

SUMBER TENAGA MANUSIA


JAWATAN PENGURUS PENTADBIRAN SPESIFIKASI TUGAS  Mengurus kebajikan pekerja  Menguruskan hal-hal pentadbiran  Membuat jadual waktu kerja/tugasan  Melantik dan melatih pekerja  Menilai prestasi pekerja PENOLONG PENGURUS PENTADBIRAN  Membantu pengurus pentadbiran  Membantu menyediakan jadual tugasan  Membantu menguruskan hal-hal pentadbiran KERANI PENTADBIRAN  Melaksanakan urusan mengemas pejabat  Menjawab panggilan telefon  Mengambil pesanan  Membantu mengurus perniagaan  Mencatat minit mesyuarat  Urusan surat menyurat JURUTEKNIK  Memantau aktiviti pengorganisasian  Membetulkan segala kerosakan di bahagian pejabat PEKERJA AM RENDAH  Menerima segala laporan atau aduan kerosakan  Membantu kerani pentadbiran dalam urusan surat menyurat

45

IMBUHAN GAJI

Jawatan

Bilangan Gaji pekerja pokok 2 000 1 800

Jumlah gaji pokok 2 000 1 800

KWSP (12%) 240 216

Jumlah KWSP (12%) 240 216

PERKESO Jumlah (5%) 100 90 PERKESO (5%) 100 90

Jumlah

Pengurus pentadbiran Penolong pengurus pentadbiran Kerani pentadbiran Juruteknik Pekerja am rendah JUMLAH

1 1

2 340 2 106

2 3 3

1 300 1 000 900

2 600 3 000 2 700

156 120 108

312 360 324

65 50 45

130 150 135

3 042 3 510 3 159

10

7 000

12 100

840

1 452

350

605

14 157

46

KEPERLUAN PEJABAT
SENARAI PERALATAN Sofa Meja Mesin Photostat Papan putih Komputer Kerusi Televisyen Mesin faks Telefon Kipas Pendingin hawa Stapler Ubat stapler Mesin scan Mesin punchcard Penebuk lubang Stamp pad Sampul surat besar Sampul surat kecil A4 Blind Bunga hiasan Alas meja Pen Pensil Kalkulator 1 3 1 2 2 3 1 1 1 2 2 3 2 1 1 2 1 2 3 2 2 2 3 1 1 2 KUANTITI HARGA SEUNIT(RM) 600 100 400 50 1 500 50 700 500 60 250 1 300 3.50 10.90 600 700 15.90 10.90 7.90/paket 2.90/paket 9.90 150/keping 15 7.90 10/kotak 8/kotak 29 600 300 400 100 3 000 150 700 500 60 500 2 600 10.50 21.80 600 700 31.80 10.90 15.80 8.70 19.80 300 30 23.70 10 8 58 JUMLAH

47

ANGGARAN PERBELANJAAN PENTADBIRAN

BIL 1 Kos overhead

BUTIR

KOS SEBULAN (RM)

KOS SETAHUN (RM)

 Bil telefon  Bil elektrik 2 Perbelanjaan bulanan  Gaji  KWSP  PERKESO 3 4 Aset tetap Kelengkapan

y y

RM 2 300 RM 2 500 RM 12 100 RM 1 452 RM 605 y RM 10 208

y y y

RM 191

48

49

50