Anda di halaman 1dari 26

2.3.

1 Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori Ekologi (2004) ini mula dikemukakan oleh Eric Bronfenbrenner (1917). Teori ini merupakan salah satu teori yang memfokuskan kepada pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap tumbesaran seseorang kanak-kanak itu sehinggalah dewasa.

Terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi dari pelbagai pihak di dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner ini iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Setiap individu di muka bumi ini adalah berbeza antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai konteks sosial tersendiri sepanjang hayat mereka. Setiap sistem ini memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Mikrosistem merupakan suatu persekitaran di mana seseorang kanak-kanak meluangkan sebahagian besar masanya untuk berinteraksi secara langsung dengan keluarga, rakan sebaya, serta sesiapa sahaja yang berada di dalam rumah, sekolah dan di sekelilingnya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa seseorang individu itu tidak menjadi penerima pasif terhadap pengalaman persekitarannya. Hal ini adalah kerana individu akan berinteraksi secara timbal balik dengan orang lain dan juga menjadi pembina sesuatu situasi itu.

Mesosistem pula memfokuskan hubungan antara dua mikrosistem. Sebagai contoh, pengalaman bersama ahli sekolah dihubungkan dengan pengalaman di sekolah

(bersama guru dan rakan sebaya). Sama ada kita sedar atau tidak, pengalaman dalam sesebuah mikrosistem turut mempengaruhi pengalaman kita ddalam mikrosistem yang lain. Kita mengambil satu contoh mudah di mana pelajar yang mempunyai masalah keluarga, akan secara langsung sukar untuk mempunyai hubungan yang rapat denan gurunya.

Eksosistem merujuk

kepada suatu keadaan apabila persekitaran luar

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu walaupun peranan kanak-kanak itu adalah pasif. Dalam sistem ini, apa yang dilakukan oleh anggota-anggota dalam sistem ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Sebagao contoh, penganjuran sesuatu program kecemerlangan di sekolah oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan pihak sekolah akan mempengaruhi perkembangan murid-murid.

Kronosistem merupakan satu sistem di mana perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan sosiohistorikal dalam sesuatu zaman tertentu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dibesarkan dalam dunia tanpa sempadan kini mempunyai prestasi dan pemikiran yang berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lahir sebelum zaman ini.

3.0

Konsep Main

Main merupakan aktiviti utama kanak-kanak dan amat penting dalam perkembangan fizikal, emosi, sosial dan intelek seseorang kanak-kanak. Secara umumnya, main boleh didefinisinikan sebagai suatu aktiviti menyeronokkan dan juga bermotivasi intrinsik. Kanak-kanak dan orang dewasa mempunyai tanggapan yang amat berbeza mengenai main. Seseorang kanak-kanak yang sedang bermain sebenarnya juga sedang belajar dalam waktu yang sama.

Kita boleh mengelasifikasikan sesuatu aktiviti itu sebagai main berdasarkan beberapa ciri. Ciri yang pertama ialah main merupakan aktiviti yang membawa keseronokan dan tidak dilakukan dengan penuh tekanan. Sesuatu aktiviti yang menyeksa emosi dan fizikal seseorang itu tidak dikategorikan sebagai main. Main akan meninggalkan impak yang mendalam ke atas diri individu yang bermain itu apabila emosi mereka terangsang dan teruja. Oleh yang demikian, pembelajaran yang berlaku pasti memberi kesan yang positif kepada individu tersebut.

Ciri main yang kedua pula ialah tiada paksaan dalam bermain. Seseorang kanak-kanak itu boleh memilih untuk bermain permainan apa yang dikehendakinya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Main dalam keadaan terpaksa amat tidak disukai oleh kanak-kanak kerana sudah menjadi fitrah mereka tidak suka dipaksa. Fakta bahawa kanak-kanak tahu sendiri permainan yang sesuai mereka mainkan adalah benar melalui pembelajaran semula jadi yang berlak sejak peringkat bayi.

Selain itu, main turut mengkehendaki murid melibatkan diri mereka secara aktif. Dalam sesuatu proses bermain, murid perlu menggunakan kesemua deria mereka. Kanak-kanak yang terlibat secara langsung dalam bermain boleh mempelajari dan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam diri mereka. Sama ada secara langsung atau tidak, kanak-kanak turut belajar untuk berkomunikasi sesama mereka selain menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati dan saling membantu melalui aktivit main. Secara keseluruhannya, penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam main dapat memperbaiki emosi, kemahiran sosial, fizikal dan juga kognitif kanakkanak.

Main juga mempunyai ciri-ciri penerokaan di mana kanak-kanak akan meneroka alat permainan, tempat mereka bermain, hubungan dengan orang disekeliling dan turut melibatkan proses bermain itu sendiri. Dalam proses ini, setiap proses, resos dan rakan masing-masing mempunyai kelainan dan merupakan sesuatu yang baru. Kita boleh melihat proses penerokaan apabila kanak-kanak membuka dan memasang semula alat permainan. Dalam penerokaan bentuk, jenis bunyi, warna dan saiz pula, kita boleh melihat kanak-kanak meneroka sambil belajar semasa bermain alat-alat bunyian yang digantung pada buaian mereka.

3.1

Kepentingan Bermain

Main tidak seharusnya dilihat sebagai satu aktiviti yang sia-sia mahupun remeh kerana terdapat banyak kepentingan bermain sama ada kita sedar atau tidak. Main merupakan salah satu cara untuk mengembangkan potensi yang ada dalam diri kanak-kanak khususnya dalam aspek fizikal, sosioemosi dan kognitif.

Main

secara

umumnya

banyak

membantu

seseorang

kanak-kanak

itu

mengembangkan kemahiran bahasa dan kecekapan bersosial. Kemahiran berfikir kanak-kanak turut dirangsang semasa bermain kerana mereka banyak menggunakan kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.

Main juga merupakan salah satu cara yang positif untuk menenangkan diri dan beriadah bagi kanak-kanak terutamanya selepas menghabiskan separuh hari mereka di sekolah. Di sekolah, kanak-kanak banyak menggunakan aktiviti mental di dalam bilik dalam semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh yang demikian, main menjadi satu cara yang baik untuk beriadah dan merehatkan minda. Contohnya, ramai murid-murid sekolah yang gemar bermain bola sepak pada waktu petang sebagai salah satu cara mereka berekreasi sebelum kembali menjalankan aktiviti mental dengan menyiapkan kerja rumah pada waktu malamnya.

Melalui aktiviti main juga, kanak-kanak bebas mengeluarkan buah fikiran dan idea mereka yang tersendiri tanpa ada sekatan daripada sesiapa. Seseorang kanakkanak itu juga akan menjadikan main sebagai salah satu medium untuk melepaskan 8

emosi dan perasaan yang mereka pendam. Kanak-kanak seperti mana yang kita tahu bukanlah seorang pencerita yang hebat. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu untuk meluahkan perasaan dan isi hati mereka dengan kata. Oleh itu, main menjadi medium yang terbaik untuk berbuat demikian.

Selain itu, main bolehlah dikatakan sebagai salah satu platform untuk menyiapkan diri kanak-kanak untuk ke alam yang seterusnya iaitu alam dewasa. Pengalaman kanak-kanak semasa bermain main peranan mahupuna main imaginatif sedikit sebanyak membentuk kematangan dalam diri mereka. Jika kita perhatikan, kanak-kanak gemar bermain permainan yang membolehkan mereka memegang atau merasai sendiri watak sebagai orang dewasa. Mereka akan cenderung untuk meniru aksi dan perwatakan yang ada disekeliling mereka sama ada di rumah, sekolah mahupun yang mereka lihat di media massa. Sebagai contoh, kanak-kanak gemar memainkan peranan seorang guru yang sedang mengajar murid-muridnya. Hal ini adalah kerana mereka melalui situasi tersebut saban hari.

Selain di atas, kemahiran psikomotor kanak-kanak turut dibina semasa bermain. Kemahiran ini termasuklah kemahiran kemahiran motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan non-lokomotor. Kita juga dapat melihat dengan jelas bagaimana kemahiran fizikal kanak-kanak dilatih semasa bermain apabila kanakkanak menjalankan aktivit seperti berlari, melompat, menendang dan memanjat. Aktiviti seperti mewarna, melukis, menampal dan mencantum pula melatih kemahiran

manipulatif, koordinasi mata-tangan dan kemahiran motor halus untuk berfungsi dengan baik.

Penulis juga amat bersetuju dengan pendapat H. Spencer (1973) yang menyatakan bahawa tujuan utama main ialah melepaskan tenaga badan yang berlebihan. Selain itu, main juga mempunyai mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak kerana main merupakan salah satu cara bagi mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan yang haram dalam dunia khayalan (Signmund Freud, 1968).

Menurut Jean Piaget (1962) pula, main bertujuan untuk menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak selain memperkukuhkan pembelajaran yang baru diadakan dan dalam masa yang sama menjalankan pembelajaran yang baru dalam suasana yang relaks. Sementara itu, L. Vygotsky (1976) menyatakan bahawa main berfungsi untuk membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan serta menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung.

Jika kita melihat dari kaca mata dunia pendidikan pula, main merupakan salah satu kaedah ataupun teknik mengajar yang digunakan oleh murid-murid untuk melakukan aktiviti pura-pura di bawah keadaan terkawal. Dewasa ini, main telah menjadi salah satu aktiviti utama khususnya dalam P&P di peringkat prasekolah dan sekolah rendah berikutan aktiviti ini yang banyak membantu dalam pengembangan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial selain meningkatkan kemahiran yang baru

10

dipelajari. Dalam makalah Julia Dobson (1970) yang bertajuk Try One of My Games, beliau ada menyebut : Saya sendiri mendapati bahawa sesuatu permainan bahasa yang baik dan sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan latihan congak di bilik darjah, kerana ia membawakan keseronokan serta mengurangkan ketegangan di dalam keadaan pembelajaran bahasa, di samping juga mengukuhkan aktiviti pembelajaran tesebut.

4.0

Pengenalan Teori Pembelajaran

Cara murid mempelajari sesuatu kandungan mata pelajaran adalah bergantung kepada pendekatan pengajaran guru itu sendiri dalam bilik darjah. Secara umumnya, ahli-ahli psikologi telah mengadakan kajian mengenai bagaimana sesuatu pembelajaran berlaku dan mereka telah merumuskan teori pembelajaran kepada beberapa bahagian iaitu Teori Pembelajaran Sosial, Teori Pembelajaran Humanis, Teori Pembelajaran Konstruktivis, Teori Pembelajaran Behavioris dan Teori Pembelajaran Kognitif.

4.1

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori pembelajaran ini memberikan penekanan terhadap tingkah laku dan persekitaran. Ahli-ahli psikologi behavioral berpendapat bahawa pengalaman merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu. Tanpa kita sedari, proses pembelajaran merupakan proses yang kita lalui sejak dari hari pertama kita lahir ke muka bumi ini sehinggakan adalah sukar bagi kita untuk

11

membezakan

dianatara

pembelajaran

dan

tumbesaran

kerana

kedua-dua ini

mempunyai saling kaitan yang tinggi. Behaviorisme merupakan salah satu mazhab yang memfokuskan kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioral juga sepakat menyatakan bahawa kita boleh memerhatikan sesuatu benda yang wujud, berbeza dengan pemikiran yang tidak dapat dilihat tetapi hanya dapat diperhatikan melalui perlakuan manusia. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku seseorang, kita dapat menyimpulkan apakah yang sedang difikirkan oleh seseorang itu. Antara tokoh-tokoh behaviorisme tang terkenal ialah ahliahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson manakala ahli-ahli pelaziman operan yang terkemuka ialah Thorndike dan Skinner.

Skinner, Thorndike, Pavlov AHLI TEORIS FOKUS

Tinglah laku

Behavioris
KONSEP UTAMA
Ransangan,Gerak balas, Peneguhan, Pengukuhan, Modifikasi tingkah laku

IMPLIKASI GURU
Mementingkan pembelajaran kemahiran & sikap serta peneguhan

Rajah 2 : Teori Pembelajaran Behavioris secara umum.

12

4.2 Perkaitan Teori Pembelajaran Behaviorisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Dalam menghubungkaitkan teori pembelajaran dalam P&P, penulis memilih untuk memfokuskan tentang Teori Pelaziman Operan Skinner. B.F Skinner merupakan salah satu tokoh yang sependapat dengan Pavlov. Walaubagaimanapun, beliau

mengutarakan pendapat bahawa perlakuan seharusnya diperhatikan dalam satu tempoh masa yang lama dan sesuatu perlakuan yang kompleks itu bermula daripada perlakuan yang mudah.

KATEGORI TINGKAH LAKU MANUSIA

1. Tingkah Laku Responden

2. Tingkah Laku Operan

-tingkah laku tidak terlazim (gerak balas terhadap stimuli)

-bukan automatik/boleh dijangkakan/ tidak ada kewujudan dengan stimuli dahulu.

-Stimuli baru diguna bersama


stimuli lama sehingga stimuli baru mendapat gerak balas terlazim seperti yang dijangkakan. -gerak balas yang dihasilkan daripada diri sendiri (berdasarkan inisiatif sendiri)

Rajah 3 : Kategori Tingkah Laku Manusia

Dalam Teori Pelaziman Operan Skinner, terdapat lima proses utama iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

13

Peneguhan

positif

merupakan

ganjaran

yang

diberi

selepas

pelajar

menunjukkan pelakuan yang positif dan pelakuan itu setrusnya akan diulangi. Dalam bilik darjah, guru memberikan peneguhan positif sebagai salah satu untuk

memotivasikan murid dalam P&P khususnya. Sebagai contoh, jika seseorang murid iru mengemukan soalan dengan baik, maka guru itu akan memberikan kata-kata pujian dan semangat kepada murid tersebut. Oleh itu, murid tersebut sudah pasti akan mengemukakan lebih banyak soalan yang baik pada masa hadapan. Di sini kita dapat melihat bagaimana berlakunya peneguhan positif terhadap murid tersebut yang mana murid itu akan terdorong untuk melakukan kerja/tingkah laku yang lebih baik. Peneguhan seperti ini seharusnya diberikan dengan jelas dan secara sistematik. Selain itu, peneguhan positif seperti ini akan membantu mengeratkan hubungan murid-murid dengan guru kerana mereka akan berasa lebih selesa untuk menjalankan P&P bersama.

Peneguhan negatif pula merujuk kepada rangsangan spontan yang tidak menyenangkan/menyakitkan selepas sesuatu tingkah laku yang negaif ditunjukkan. Peneguhan ini dapat kita lihat dalam situasi dimana seorang guru memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Oleh itu, murid tersebut akan menyiapkan kerja sekolah seterusnya kerana tidak mahu peristiwa dimarahi guru berulang. Seseorang guru itu seharusnya memberi peneguhan seperti ini jika murid tidak bertindak mengikut arahan.

14

Sementara itu, dendaan pula merujuk kepada satu proses/tatacara yang bertujuan mengurangkan/melemahkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Justifikasinya, dendaan beerti kesan negatif bagi memininumkan kekerapan tingkah laku tersebut terjadi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid-murid kebiasaannya akan membuat bising di dalam kelas apabila guru sedikit alpa. Oleh itu, dendaan merupakan salah satu cara untuk mendorong murid berhenti daripada membuat bising dalam kelas.

Dendaan sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran. Dendaan persembahan lebih kepada dendaan yang menjurus kepada perubahan tingkah laku murid tersebut. Dendaan seperti ini biasanya menakutkan murid. Misalnya, jika seseorang murid membuat bising di dalam kelas, dendaan yang dikenakan kepadanya ialah berdiri di atas kerusi. Berbeza pula dengan dendaan penyingkiran yang lebih kepada penyingkiran rangsangan. Antaranya adalah seperti ibu bapa tidak membenarkan anak mereka menonton televisyen selama seminggu disebabkan markah kertas ujian bulanan menurun.

Cara Menjadikan Dendaan Lebih Efektif

(i) Dijalankan sebaik sahaja perlakuan tidak diingini ditunjukkan.

(ii) Pelaku kesalahan mestilah mengetahui kenapa dia menerima dendaan.

(iii) Dendaan perlulah bertujuan untuk mengubah kelakuan ke arah lebih baik (bukan balasan).

(iv) Dendaan perlu tekal (A terima 2 rotan, B juga terima 2 rotan)

Rajah 4 : Cara menjadikan dendaan lebih efektif.

15

Sudah menjadi lumrah dalam setiap P&P, ada aktiviti yang digemari murid dan ada juga yang sebaliknya. Justeru, guru bolehlah bertindak bijak di sini dengan mengamalkan prinsip Premack yang juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang mana guru boleh menyelitkan aktiviti yang menarik di dalam aktiviti yang kurang menarik supaya dapat menarik perhatian murid-murid . Tamsilnya, mengadakan satu aktivit bermain permainan computer dalam pembelajaran matematik.

Dalam pada itu, seseorang guru itu juga boleh mengaplikasikan teknik pelupusan kepada murid-muridnya yang mana bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Situasi deperti ini dapat di atasi jika peneguhan untuk perlakuan tersebut telah dapat dikesan, peneguhan itu sudah tidak diguna pakai dan guru mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menunggu hasil pelupusan kerana ianya mengambil masa yang lama.

Berdasarkan apa yang telah diterangkan sebelum ini, Teori Pelaziman Operan Skinner sememangnya teori yang amat sesuai untuk diaplikasikan oleh setiap guru di dalam bilik darjah semasa menjalankan P&P. Namun begitu, guru perlulah berhati-hati supaya tindakannya tidak disalahertikan oleh murid. Sebagai contoh, guru perlu berhatihati semasa memberikan peneguhan negatif kepada murid supaya mereka tidak menganggap ianya sebagai satu hukuman yang mana boleh melahirkan rasa dendam dalam diri mereka. Di samping itu, dalam pemberian ganjaran pula, haruslah bersesuaian dengan umur murid.Kadar ganjaran yang diberi perlulah mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.

16

Tuntasnya, setiap guru boleh mengaplikasikan teori ini di dalam bilik darjah bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmoni dan mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan dalam usaha untuk melahirkan murid yang benar-benar berkualiti.

4.3

Pendekatan untuk Diaplikasikan dalam P&P

Spertimana yang kita ketahui, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memfokuskan perkembangan individu secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pusat Perkembangan Kurikulum pula telah membekalkan kurikulum bagi setiap mata pelajaran. Dalam konteks ini, gurulah yang memikul tanggungjawab untuk menyampaikan pengajaran masing-masing termasuklah merancang, mengajar dan menilai. Oleh itu, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh guru bagi mencapai matlamat dalam satu-satu proses P&P itu.

Terdapat lima jenis pendekatan yang umumnya digunakan oleh para guru. Jadual di bawah menunjukkan jenis, strategi dan kaedah pendekatan tersebut. Jenis dan Prinsip Pendekatan Induktif Deduktif Integratif Eklektik Tematik Pemusatan Guru Pemusatan Murid Berasaskan Bahan Berasaskan Tugasan/Aktiviti Jenis dan Prinsip Strategi Kaedah dan Teknik Pengajaran Sumbangsaran Bercerita Perbincangan Demonstrasi Penyelesaian Masalah (Theory of Constraints) Jadual 1 : Jenis, strategi dan kaedah pendekatan 17

Dalam usaha mengaitkan pendekatan untuk diaplikasikan dalam P&P, penulis memilih untuk memfokuskan kepada pendekatan induktif yang mana pada kaca penulis merupakan salah satu pendekatan yang efektif untuk dijalankan oleh para guru.

Memetik kata-kata J.M Kierzek dan W.Gibson (1960) dalam buku Murid dan Alam Belajar (Noriati), mereka menyatakan bahawa pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada yang umum iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab/contoh dan kemudiannya ke arah sesuatu generalisasi. Pembelajaran dalam pendekatan ini dimulakan dengan guru memberikan beberapa contoh khusus tetapi berpegang pada prinsip yang sama. Dengan contoh yang diberi, murid dibimbing untuk memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang ada dalam contoh tersebut dan kemudiannyanya membuat generalisasi.

Sebagai contoh, dalam satu situasi P&P yang menggunakan pendekatan induktif, seseorang guru itu boleh memberikan beberapa contoh dan kemudiannya mengadakan aktiviti soal jawab supaya melatih murid untuk memerhati, mengkaji serta mengenal pasti fakta utama yang terdapat dalam contoh tersebut. Dalam pendekatan ini, guru hanya perlu membimbing murid untuk membuat kesimpulan tanpa perlu memberi sebarang penerangan mahupun huraian.

Kaedah induktif yang berpandukan pendekatan induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai subjek terutamanya

18

Matematik, Sains dan bahasa. Kedah inkuiri-penemuan merupakan salah satu kaedah dalam pendekatan induktif yang banyak digunapakai dalam pengajaran subjek Sains.

Contoh-contoh khusus

Memerhati dan mengkaji

Mentafsir dan membuat generalisasi

Ikan emas dan udang.

Bernafas melalui insang.

Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.

Rajah 5 : Proses P&P melalui kaedah induktif.

Dalam kaedah induktif ini, guru akan memberikan contoh-contoh yang khusus kepada murid-murid. Sebagai contoh, guru menyenaraikan beberapa jenis haiwan iaitu ikan emas dan udang. Kemudiannya, murid akan memerhati dan mengkaji akan setiap spesies haiwan tersebut dan mereka akan dapat mengenal pasti bahawa haiwan tersebut brnafas melalui insang. Selepas proses memerhati dan mengkaji, murid akan belajar untuk mentafsir dan membuat generalisasi. Di akhir pembelajaran, murid dapat menyimpulkan dan mebuat generalisasi bahawa sesetengah haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas.

19

4.4

Strategi untuk Diaplikasikan dalam P&P

Secara umumnya, strategi boleh dibahagikan kepada empat iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi berasaskan bahan dan strategi berasaskan tugas/aktiviti.

Dalam

memperkatakan

mengenai

strategi

ini,

penulis

memilih

strategi

pemusatan murid untuk dihuraikan dengan lebih lanjut bagi pengaplikasian di dalam bilik darjah kerana penulis berpendapat strategi ini antara strategi terbaik yang boleh diaplikasikan oleh para guru. Strategi ini adalah berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme yang mana guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing untuk murid mendapatkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari.

Dalam prinsip strategi pemusatan murid, penulis mendapati bahawa murid bukanlah bekas kosong kerana mereka mempunyai kerangka persepsi tersendiri. Setiap murid juga mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain kerana tahap dan cara pemikiran setiap individu adalah berbeza. Dalam prinsip ini juga, sesuatu pembelajaran dianggap sebagai proses yang aktif dan dinamik kerana sentiasa mengalami perubahan. Dalam pada itu, murid-murid akan lebih berdikari dan cepat belajar kerana murid membina makna tersendiri melalui percakapan, penulisan, bacaan dan refleksi bagi setiap apa yang mereka pelajari.

20

Salah satu satu daripada kaedah yang berasaskan strategi pemusatan murid ialah pusat pembelajaran di mana murid perlu menyiapkan tugasan secara individu atau kumpulan kecil. Dalam kumpulan kecil, kerusi disusun mengelilingi meja untuk melihat papan putih atau computer yang memaparkan masalah yang dilakukan secara handson. Dalam kaedah ini turut diselitkan aktiviti bermain iaitu semasa murid diminta untuk menyelesaikan msalah dalam kumpulan. Masalah yang dipaparkan di komputer kebiasaanya melibatkan permainan interaktif yang lebih menarik minat murid.

5.0

Persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Sama ada kita sedar atau tidak, skop bidang pendidikan semakin hari semakin luas. Guru pada masa kini tidak lagi hanya bertanggungjawab untuk mengajar, malah turut ditambah dengan pelbagai tugasan sampingan. Oleh yang demikian, guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan murid dapat belajar dalam persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif kerana gurulah yang menjadi penggerak utama dalam memastikan pencapaian murid-murid sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

5.1 i.

Pengurusan Rutin Bilik Darjah Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod

Untuk pengetahuan semua, rekod-rekod murid yang disimpan oleh guru adalah amat penting kerana ianya mengandungi kesemua butuiran lengkap mengenai kemajuan murid dalam semua aspek perkembangan potensi termasuklah dalam aspek intelek,

21

rohani, jasmani dan sosial. Seseorang guru itu akan lebih dekat dan mendalami diri seseorang muridnya melalui pentafsiran yang dibuat. Sekaligus, guru dapat merancang pengajaran dengan lebih efektif untuk memperkembangkan potensi mereka dan dalam masa yan sama membolehkan mereka belajar dalam keadaan yang tenang dan harmoni.

ii.

Penyediaan dan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

Rutin bilik darjah bermaksud aktiviti pengurusan bilik darjah yang perlu dijalankan setiap hari di sekolah. Antara tugas yang berkaitan dengan pengurusan fizikal ini ialah penyusunan kerusi meja murid, sudut bacaan dan kebersihan bilik darjah. Setiap guru haruslah sedar bahawa pengurusan fizikal bilik darjah banyak mempengaruhi muridmurid dari segi emosi dan rohani supaya mereka dapat belajar dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur.

5.2

Iklim Bilik Darjah yang Baik

Bilik darjah merupakan salah satu tempat berlakunya proses sosialisasi di mana berlaku interaksi dan aktiviti antara guru dengan murid. Iklim bilik darjah yang baik membolehkan proses interaksi sesama murid dan murid dengan guru berlangsung dalam keadaan yang mesra dan terbuka. Iklim bilik darjah yang terbuka merupakan iklim yang dikenali sebagai demokratik yang mana membantu sekolah mencapai aspirasi dan dalam masa yang sama membentuk murid yang berdedikasi, ramah, mesra kreatif dan bermotivasi tinggi.

22

Sifat saling menghormati antara guru dengan murid merupakan salah satu ciri iklim bilik darjah yang kondusif. Penulis berasa amat yakin bahawa sifat seperti ini adalah amat perlu bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan. Jika murid tidak menghormati guru ataupun sebaliknya, proses P&P yang dijalankan tidak dapat mencapai matlamatnya kerana tidak wujud persefahaman dalam proses penyampaian ilmu tersebut. Guru perlulah menghormati murid dan menunjukkan contoh yang baik jika guru mahu dihormati oleh murid. Murid juga perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kerana dalam Islam sendiri amat dituntut untuk menghormati guru.

Selanjutnya, murid yang dengan sukarela menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang ditetapkan akan secara langsung mewujudkan persekitaran yang kondusif. Murid yang ingin maju ke hadapan seharusnya menerima dan mematuhi setiap peraturan kerana mereka perlu sedar bahawa setiap peraturan mempunyai kebaikan untuk diri mereka sendiri. Dalam hal ini guru perlu memainkan peranan dengan efektif bagi menerangkan kepada murid-murid rasionalnya sesebuah peraturan itu

dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, guru dan murid perlu mempunyai perasaan kekitaan sebagai sebuah keluarga bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menyenangkan. Bayangkan jika dalam sesebuah kelas itu terdiri daripada sbuah keluarga. Pasti keadaannya lebih mesra dan mengembirakan. Keadaan seperti inilah yang perlu diwujudkan oleh setiap guru. Pendekatan yang bijak harus dipilih oleh para guru bagi mendekati murid-murid.

23

5.3

Komitmen Guru

Guru

merupakan individu yang

paling tepat

dalam mewujudkan

iklim

pembelajaran yang kondusif dan efektif melalui komitmen tinggi yang ditunjukkan terhadap sekolah . Jika kita lihat di sekolah, guru menjadi tulang belakang kerana guru memainkan peranan sebagai juruteknik yang bertanggungjawab terhadap core business sekolah iaitu pembelajaran murid melalui pengajaran dan bimbingan Guru yang mempunyai tahap disiplin kendiri yang tinggi serta sifat ingin melakukan kebaikan kepada orang lain akan sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak murid-murid.

24

6.0

Rumusan

Setiap guru semestinya mahu yang terbaik untuk murid-muridnya. Oleh itu, seseorang guru itu perlulah mengusai setiap teori pembelajaran, pendekatan dan strategi yang berkenaan supaya apa yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah berjaya dikuasai oleh murid-murid. Belajar sambil bermain merupakan salah satu cara yang menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu proses P&P. Selain itu, guru juga perlu berperanan dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa dalam usaha unutk menarik minat murid. Persekitaran yang kondusif turut mempengaruhi emosi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana persekitaran yang selesa boleh mempengaruhi murid untuk lebih aktif dan cergas.

25

REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha untuk mencari maklumat yang bersesuaian. Namun, dengan berkat kesabaran dan kegigihan yang ada, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Kekangan masa merupakan antara halangan yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan ini. Hal ini adalah kerana saya mendapat banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam waktu yang singkat. Kebanyakan tugasan pula perlu dihantar pada waktu yang sama sama ada tugasan individu mahupun berkumpulan. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkannya tugasan ini dengan jayanya.

Sejujurnya, sebaik mendapat soalan tugasan ini, saya agak keliru apabila melihat soalan ini. Hal ini adalah kerana sebahagian daripada kehendak soalan ini belum saya pelajari di dalam kelas. Namun begitu, saya merasakan ini adalah tanggungjawab saya sendiri untuk mendalami tajuk tersebut iaitu pendekatan dan strategi. Oleh itu, atas inisiatif diri sendiri dan rakan-rakan, kami sama-sam mengadakan perbincangan mengenai kehendak soalan ini.

Akhirnya, saya dapat mula untuk merangka isi kehendak soalan dengan bantuan dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing kami. Saya mengadakan banyak sesi perbincangan bersama rakan dan pensyarah yang berkenaan supaya tidak lari dari kehendak soalan. Akhirnya, selepas beberapa kali memperbaiki hasil kerja saya,

26

pensyarah pembimbing berpuas hati dan ini merupakan hasil kerja terbaik yang mampu saya lakukan.

Di samping itu, tugasan ini memerlukan saya menggunakan kemahiran menulis dengan baik. Pengolahan bagi menghuraikan setiap isi dan pencarian bukti yang sahih bagi mengukuhkan lagi isi yang disampaikan benar-benar suatu perkara yang mencabar bagi saya. Di sini juga saya telah belajar bagaimana membuat penulisan yang betul sekiranya hendak memetik petikan dari buku ataupun pendapat tokoh-tokoh. Di samping itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif agar penyampaian isi dapat disampaikan dengan jelas dan menarik.

Kesimpulannya,

tugasan ini banyak membantu saya terutama dalam teori

pembelajaran, pendekatan dan strategi yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah kelak apabila bergelar seorang guru di kemudian hari. Akhir kata, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu adalah dari saya sendiri. Diharapkan penghasilan kerja kursus saya ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan bermanfaat kepada pihak tertentu serta dapat memenuhi kriteria pemarkahan dan juga dapat memuaskan hati semua pihak. Sekian.

27

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng. (1997). Siri Diploma Perguruan Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin. (1993). Siri Pendidikan Longman Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

M.D. Hamzah. (1970). Emosi dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28

Shahabuddin Hashim, Dr. Rozihani & Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. ( ________, _______ ). Modul Pendekatan dan Pedagogi.

http://www.scribd.com/doc/13950813/Modul-Pendekatan-Dan-Pedagogi. Dilayari pada 15 Ogos 2010.

________,

2009).

Konsep

dan

Kepentingan

Main.

http://mabjip.blogspot.com/2009/06/konsep-main.html . Dilayari pada 17 Ogos 2010.

Saifuddin,

(2009).

Peranan

Pendidik

di

Dalam

Kelas.

http://www.scribd.com/doc/14269856/peranan-pendidik-di-dalam-kelas . Dilayari pada 17 Ogos 2010.

29

Anda mungkin juga menyukai