Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENDAHULUAN
Anugerah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa adalah anak-anak. Dalam
kehidupan, anak-anak menjadi sumber inspirasi kepada keluarga. Anak-anak juga
menjadi amanah kepada ibu bapa untuk memberi pendidikan khususnya pendidikan
agama dan ilmu dunia. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga mereka dengan baik
menjadikan mereka insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab. Melalui pendidikan yang penuh kasih sayang dari ibu
bapa dapat melahirkan anak-anak yang bijak akal budinya dan seterusnya akan
membalas jasa ibu bapanya dikemudian hari. Ungkapan yang mudah melalui
pernyataan kasih sayang kepada anak-anak adalah hadiah yang paling bernilai kepada
kehidupannya. Selain itu, melalui perbuatan juga anak-anak akan dapat menilai
pengorbanan kasih sayang ibubapa terhadapmereka. Melalui niat yang ikhlas segala-
galanya akan terpancar kearah membina akal budi anak-anak sekalian.
PENGENALAN
Akhlak boleh ditafsirkan sebagai budi pekerti dan sifat-sifat mulia. Setiap
orang hendaklah mempunyai akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia kerana
dengan mempunyai budi pekerti tersebut manusia akan dapat hidup dengan aman dan
bahagia dan sudah semestinya kebahagiaan perlu dimiliki oleh semua orang kerana
keadaan itu adalah fitrah manusia itu sendiri. Rangkaian di antara iman, ilmu, akhlak
dan amal mestilah ada pada semua manusia kerana keempat-empat perkara tersebut
saling berkaitan di antara satu sama lain. Akhlak amat penting kerana Rasulullah
s.a.w. sendiri telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Hal ini
telah dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w.:

Terjemahan: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia." (Riwayat Bukhari).
Berdasarkan hal ini, jelaslah bahawa ketinggian ilmu tidak memadai kerana
terdapat ramai orang yang berilmu tetapi akhlaknya rendah. Begitu juga dengan
iman dan amal. Keempat-empat perkara ini mesti digabungkan dan hendaklah
mempunyai nilai kualiti yang tinggi.
Akhlak merupakan salah satu ajaran asas agama Islam sehingga Rasulullah
s.a.w. pernah mendefinisikan agama itu dengan akhlak yang baik. Hal ini dijelaskan
dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya
Rasulullah, apakah agama itu?" Beliau menjawab: "Agama adalah akhlak
yang baik." (Riwayat Bukhari).
Begitu juga apabila kita meneliti melalui sebuah hadis, Rasulullah s.a.w.
menjadikan baik buruknya akhlak seseorang sebagai ukuran kualiti keimanannya:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya." (Riwayat Tirmidzi).

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar.
Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil
sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan
mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

Al Quran menjelaskan bahawa peranan mendidik anak terletak pertama-tamanya di
atas bahu seorang bapa manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya.
Ini dinukilkan di dalam surah Luqman,ayat 13:
f. XBC f =1)N ..
= P N MV BB) F .f
AMBb 1 T
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
Yang besar".
Disini Luqman sebagai seorang bapa, telah memulakan mendidik anaknya dengan
memperkenalkannya kepada Allah swt, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya
Luqman ( mewakili kaum bapa) mengajarkan anaknya tentang bahaya syirik dan
menasihatkan anaknya tentang beberapa tatacara akhlak yang mulia.
.KONSEP AKHLAK
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan
juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh
dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau
tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman
sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau
tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan
tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika
sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan
orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang
diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik
menurut pandangan mereka.

Islam merangkumi aqidah, dan syariat mengandungi roh akhlak. Islam tanpa akhlak
seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda
Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain
daripada akhlak yang mulia."
IBUBAPA MEMBENTUK GENERASI BERBUDI DAN BERAKHLAK
Ibu bapa adalah pendidik yang terbaik dan paling dekat dengan hati dan jiwa anak-
anak. Didiklah anak-anak berfikiran positif, terbuka dan cemerlang. Bentuklah anak-
anak dengan segala budi luhur, pekerti mulia, sopan santun dan tingkah laku yang baik
serta berpesanlah kepada mereka supaya amalan yang baik itu diamalkan disekolah.
Ada pendapat mengatakan, apabila orang tua tidak mampu menjaga anaknya, negara
menghadapi kesulitan menjaga anak itu dijalanan. Sewaktu anak masih muda, didik
dan ajar mereka dengan kebaikan dan kejayaan. Apabila besar mereka akan menjadi
orang yang baik dan berjaya. Dalam hal ini, tokoh penyair inggeris, William
Shakespeare menjelaskan seorang ayah yang bijaksana mengetahui siapa anak
kandungnya dari segi perangai dan tingkahlaku. Menurutnya, mempunyai anak yang
tidak tahu berterima kasih lebih sakit daripada digigit ular.
Justeru, pendidikan akal anak-anak mestilah menerus menjurus kearah akal yang
bijaksana. Anak-anak yang dididik dengan bijaksana akan dapat berfikir mengenai
tujuan kehidupan mereka didunia ini iaitu berbakti kepada Allah dan beriman kepada-
Nya. Akal yang waras dan bijaksana akan dapat membantu kearah kesejahteraan umat
manusia di dunia dan akhirat. Manakala pendidikan budi pula mestilah mendidik budi
kearah berbudi baik dan bersopan santun. Perlakuan melalui pertuturan dan bicara
akan memacarkan budi pekerti yang baik. Begitu juga tingkah laku dan akhlak yang
baik dan terpuji akan memantulkan keindahan budi seseorang. Kebijaksanaan dan budi
yang baik mampu mengubah dunia kepada kedamaian. Oleh itu, sebagai ibu bapa
seseorang itu wajar mengenali perangai dan tingkah laku ank-anaknya. Didiklah anak-
anak dengan akhlak, keimanan dan takwa supaya apabila besar, anaka itu tidak akan
menjadi beban dan menyusahkan ibu bapa.
Didiklah melalui teguran dan nasihat akan lebih memberi kesan kedalam jiwa anak-
anak. Selain itu melalui sentuhan fizikal, hubungan baik dengan anak-anak akan dapat
memperbaiki kesalahan mereka. Dalam hubungan ini, perasaan kasih sayang adalah
paling berkuasa, ia umpama kuasa spiritual yang dapat menyembuhkan jiwa anak-anak
yang dalam kegelisahan dan kemurungan. Selain itu, disiplinkan anak-anak kerana ia
bagaikan kunci yang membina anak-anak yang bertanggungjawab. Untuk membina
hubungan erat dengan anak-anak, ibu bapa mestilah mengetahuidan memahami
personaliti anak-anak. Ajar anak-anak mengambil tanggungjawab terhadap natijah atas
perbuatan mereka. Latih mereka berfikir dan melakukan kearah kebaikan untuk diri
sendiri dan orang lain.
Tokoh pendidik Islam, As-Sayid Sabiq menyatakan; Pentarbiahan (pendidikan) anak
adalah usaha untuk membentuk mereka dari segi jasmani, akal, rohani, perasaan dan
sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya.
Justeru, Allah mencipta alam dan manusia sebagai khalifah serta penghuninya.
Manusia belajar dan menaung dari alam untuk pembangunan fizikal, mental dan akal
budi. Islam sangat menitikberatkan mengenai kelahiran manusia dan membesarkannya.
Bermula sejak dilahirkan anak diazankan ditelinga, diberikan namayang baik, mencukur
rambut, melakukan belah mulut, berkhatan dan dididik dengan akhlak yang baik supaya
apabila besar nanti akan menjadi insan yang berakhlak mulia dan tidak menyusahkan
ibu bapa.
Ibubapa Penentu Peribadi, Akhlak Anak
Sikap ibu bapa menjadi paksi yang akan menentukan kualiti anak. Keikhlasan, sikap
positif, terbuka, sabar, prihatin, suka mendengar, tidak mudah menyanggah akan
menyediakan iklim yang sihat untuk mendidik anak.
Sikap prihatin terhadap perkembangan anak, penampilan diri, sentiasa mengambil
berat, selalu berbincang melahirkan hubungan yang mesra dan secara tidak langsung
meningkatkan kepercayaan anak kepada ibu bapa.
Kelainan peribadi anak, faktor usia, pengaruh luar akan menyulitkan tugas untuk
menjadi ibu bapa berkesan kerana berdepan dengan anak kecil tentulah tidak sama
apabila ibu bapa berhadapan kerenah remaja.
Ibu bapa perlu memahami sikap dan kemahuan anak yang inginkan perhatian dan
saling berhubung (berkomunikasi). Ada kalanya anak menunjukkan sikap memberontak
dan ibu bapa perlu mahir dalam tindak balas mereka.
Masalah anak menjadi kronik disebabkan ibu bapa tidak memahami sikap anak dan
suka melabel anak dengan nilai negatif. Kemahiran berkomunikasi iaitu boleh
menyampaikan dan mendengar dengan berkesan.
Dalam proses interaksi, ibu bapa adalah pemimpin yang patut mengemudi supaya
suasana menjadi gembira, aman dan tiada tekanan. Tingkatkan empati dan kesabaran
dalam berkomunikasi, lebih lagi apabila berlaku konflik antara ibu bapa dan anak.
Anak mempunyai ragam dan perangai berbeza. Apabila timbul konflik, cara
penyelesaian terbaik ialah duduk berbincang kerana kedua pihak tidak boleh
mengharap pihak satu lagi memahami kehendak mereka. Beri peluang anak meluahkan
perasaan dan jadilah pendengar yang baik.
Ibu bapa perlu selalu mengukur diri bagi membentuk imej yang boleh menjadi teladan
kepada anak kerana imej itu akan mempengaruhi perkembangan mereka.
Contohnya, apabila kita bertanggapan bahawa kita seorang ibu atau bapa yang tenang,
sabar dan sentiasa cuba mengawal diri, sudah pastilah perkara ini akan mencorakkan
tindakan anak.
Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk anak membuat penilaian
terhadap imej ibu bapa mereka. Jika imej terpancar itu positif, anak akan mudah
mendekati ibu bapa dan hubungan mereka terpelihara.
Sentiasa memberikan anak motivasi. Ini bermakna ibu bapa perlu mempunyai motif,
matlamat, niat dan niat untuk bertindak. Ibu bapa perlu memiliki hasrat dan matlamat
yang tinggi untuk menjadi ibu bapa yang berkesan. Perkara inilah yang akan
mendorong ibu bapa berusaha untuk mencapai cita-cita.
Terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi ibu bapa seperti menjadikan
kejayaan anak sebagai matlamat, iktiraf kejayaan yang dicapai, walaupun tidak sebesar
mana dan bersedia berkongsi masalah.
Kesan globalisasi dan arus kemajuan masa kini boleh membawa padah kepada anak
jika tiada kawalan. Keruntuhan akhlak generasi masa kini amaran yang akan terus
menjadi buruk jika ibu bapa, tidak mampu mendidik mereka melawan ancaman yang
boleh merosakkan anak.
Kesimpulannya, ibu bapa kini harus bersedia dan menyiapkan diri untuk menjadi ibu
bapa yang berkesan. Sentuhan mahir ibu bapa mampu mengubah dunia. Mereka perlu
sentiasa bersedia berhadapan dengan apa juga masalah dan kemungkinan.
Ibu bapa perlu merenung ungkapan hikmat ini: Bukanlah anak yatim itu anak yang
kematian ayah bondanya dan yang melarat dalam kemiskinan. Tetapi yang dipanggil
anak yatim itu adalah anak yang ibunya tidak mempedulikannya dan ayahnya sibuk
dengan urusan.
Sikap anak faktor utama jamin kecemerlangan
IBU bapa mahukan anak cemerlang. Islam sangat menekankan supaya umatnya
menjadi insan dan masyarakat cemerlang. Justeru, sunat diperdengarkan azan pada
telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri kepada setiap anak yang baru lahir. Ia
bertujuan memperdengarkan kalimah tauhid yang suci dan menjadikan seruan serta inti
pati azan itu suara pertama yang didengari dalam hidup mereka. Inti pati azan, seruan
tauhid dan ucapan `hayya ala falah', konsep kecemerlangan sering digandingkan agar
setiap individu mentauhidkan Allah dulu, kemudian memburu kecemerlangan serta
kejayaan.

Anak adalah amanah Allah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Setiap bayi dilahirkan
dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi." ? (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibu bapa adalah pendidik dan rumah pula adalah madrasah pertama bagi anak-anak.
Pepatah ada menyatakan `jika hendak melentur buluh,biarlah dari rebungnya'.
Tanggungjawab ibu bapa sangat besar dalam mengasuh dan memberikan pendidikan
berkualiti kepada anak-anak sejak mereka lahir. Oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai
ilmu keibubapaan dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Ia penting
bagi memastikan anak-anak mendapat asuhan dan pendidikan seimbang.



Asuhan dan pendidikan awal adalah khusus kepada kanak-kanak di bawah umur enam
tahun. Pada umur ini ada dua perkara penting yang dilalui oleh setiap kanak-kanak iaitu
pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang boleh diukur
daripada satu peringkat ke satu peringkat dan dari suatu masa ke suatu masa seperti
perubahan tinggi, berat dan bilangan gigi.

Perkembangan pula adalah perubahan yang melihatkan sifat berlainan daripada sifat
terdahulu seperti kebolehan seorang bayi untuk merangkak, berjalan, dan seterusnya
berlari. Perkembangan kanak-kanak mestilah digalak dan disokong secara menyeluruh.
Ia dinamakan perkembangan menyeluruh dan dibahagikan kepada aspek
perkembangan rohani, fizikal, emosi, akal (kognitif) dan bahasa.

Perkembangan rohani adalah perkara asas dalam pengasuhan dan pendidikan awal
kanak-kanak. Perkara ini kerap diabaikan dalam banyak teori pendidikan Barat. Tugas
ibu bapa untuk melahirkan anak yang memiliki sahsiah soleh dan mampu melakukan
amal soleh bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. Anak-anak perlu diasuh dan
dididik dengan akidah (iman), syariat (peraturan) dan akhlak mulia .

Keperibadian anak-anak mestilah dibina dengan asas Islam berdasarkan akidah dan
syariat yang ditetapkan Allah. Ini lebih jelas apabila merujuk kepada al-Quran. Firman-
Nya bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembahku." ? (Surah Az Zariat, ayat 56)

Ibu bapa wajib membiasakan anak mereka berakhlak Islam. Contohilah akhlak
Rasulullah dan cara baginda dalam memberikan pelajaran akhlak secara praktis. Di
antara akhlak penting untuk ibu bapa ajarkan kepada anak mereka adalah menghormati
ibu bapa, berlaku benar, sabar, kasih sayang, merendah diri dan menghormati jiran.

Untuk melahirkan anak cemerlang ibu bapa mesti mengetahui tahap perkembangan
menyeluruh kanak-kanak yang berubah dengan pesat pada peringkat awal berbanding
kehidupan mereka selepas ini. Mereka akan melalui tahap perkembangan mengikut
umur, kebolehan, pengalaman, minat dan keperluan masing-masing.

Semua kanak-kanak akan melalui corak perkembangan sama iaitu daripada satu tahap
ke satu tahap yang lain. Misalnya, kanak-kanak berdiri sebelum berjalan.
Bagaimanapun, kemampuan dan kecekapan mereka berbeza. Ada kalanya lambat dan
cepat. Perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan mempengaruhi tahap
seterusnya. Misalnya ketegangan emosi pada peringkat awal akan mengganggu
sahsiah kanak-kanak pada kemudian hari.

Mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa lebih sedar
dan fokus dalam menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai
dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka. Menurut kajian Harvard Business
School, faktor yang paling penting untuk menentukan kejayaan adalah sikap. Sikap
menyumbang 93 peratus kepada kejayaan seseorang. Ini berbanding ilmu
pengetahuan, maklumat serta kemahiran hanya tujuh peratus. Bermain adalah cara
paling berkesan untuk kita membangun dan memantapkan perkembangan menyeluruh
yang seimbang dalam diri anak- anak.

Justeru, ibu bapa seharusnya membuat anjakan paradigma dalam diri
mereka supaya suka bermain dengan anak-anak seperti yang dipesan oleh
Saidina Ali: "Bermain-mainlah dengan anakmu sehingga dia mencapai
tujuh tahun. Kemudian disiplinkan mereka selama tujuh tahun, kemudian
berkawan selama tujuh tahun dan selepas itu anggaplah mereka sebagai
seorang dewasa."

Kanak-kanak pada peringkat awal sangat mudah meniru apa saja di keliling mereka.
Mereka lebih banyak belajar dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Ibu bapa adalah 'role model' kepada anak mereka. Pastikan akhlak ibu bapa dan
persekitaran yang disediakan akan menggalak dan menyokong semua aspek
perkembangan yang positif dalam diri anak-anak.
TANGGUNGJAWAB IBUBAPA
Ibu bapa kekal menjadi ketua keluarga bertanggungjawab memimpin anak bertepatan
kehendak syariah sesuai sabda Nabi SAW bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin
dan kamu akan dipersoalkan setiap apa-apa yang kamu pimpin. (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)

Walaupun anak di IPT tidak lagi tinggal sebumbung, ibu bapa sebenarnya boleh terus
melaksanakan tanggungjawab didikan akhlak kepada mereka. Selain menyalurkan
dana kewangan dan keperluan pengajian mencukupi, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti
perkembangan hidup mereka.

Ini boleh dilakukan dengan sentiasa berhubungan dan bertanya khabar. Sekarang ini
pelbagai kemudahan teknologi boleh digunakan untuk menghubungkan yang jauh
termasuk sistem pengangkutan dengan kadar harga berpatutan.

Manusia secara tabiatnya akan mudah terpengaruh jika terdedah kepada sesuatu
perkara dan ketiadaan pembimbing memudahkan pelajar tertarik dengan pergaulan
bebas, gaya hidup materialistik dan budaya hedonisme.

Jika tidak ada pihak yang prihatin dalam soal akhlak dan moral, golongan belia yang
asalnya terpilih untuk mengejar kecemerlangan akademik akhirnya boleh tersasar lalu
terjebak mengejar keseronokan hawa nafsu. Ibu bapa yang sentiasa mengambil tahu
hal anak di IPT dan pada masa yang sama menghormati kebebasan mereka
sebenarnya akan menimbulkan keinsafan dalam diri anak kerana terus dihargai, dibelai
dengan pimpinan, teladan serta kasih sayang.
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBUBAPA
Berbuat baik
Anak-anak dituntut supaya berbakti dan berkhidmat kepada kedua ibubapanya samada
mereka masih hidup ketika sihat ataupun sakit ataupun sudah meninggal dunia.
Diantara tanggungjawab anak-anak trhadap ibubapa ialah berbuat baik kepada kedua-
duanya. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat,






KESIMPULAN
Strategi untuk melahirkan akal budi anak-anak yang cemerlang memerlukan kombinasi
yang erat antara ibu bapa, pendidik dan anak-anak sendiri. Melalui pendidikan yang
berterusan dan berkesan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan dapat diterapkan dalam hati jiwa
anak-anak. Pengisian jiwa generasi muda dengan segala unsur dan nilai murni baik
melalui pendidikan di rumah, pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi
mampu menangkis segala gejala sosial yang merosakkan mereka. Hal ini boleh
dilakukan melalui pembacaan karya sastera yang baik dan bernilai, juga melalui
ceramah dan pembacaan buku-buku agama. Falsafah pendidikan akal budi mestilah
menekankan kearah ketinggian tamadun bangsa dan budaya bangsa yang dapat
ditegakkan menunjangi kehidupan masyarakat sejak dulu hingga sekarang. Akal budi
yang baik juga mampu menghadapi sebarang perubahan dan cabaran alaf baru.
Kesimpulannya, untuk membantu menangani kenalan remaja dan kemerosotan akhlak
yang terjadi kepada generasi muda masa kini akibat pengaruh barat dan dunia tanpa
sempadan. Pendidikan akal budi dan pembangunan insan dengan akhlak yang baik
yang seimbang mestilah dilakukan oleh semua pihak. Hanya melalui pendidikan akan
merubah bangsa kearah bangsa yang berbudi dan berakhlak sesuai dengan ajaran
Islam dan Al-Quran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan
melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang
daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan uuh dan janganlah
engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk
mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Israk ayat 23-24).

FirmanNya lagi yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh
bulan. (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan
paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda
bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang
pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan
Baginda. (Riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal
dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan
Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan
berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan
utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada
mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat
baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara
mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Said bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada
Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat
baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur
(kepada Nabi Muhammad saw). (Riwayat Muslim).

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: Dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya
maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan
demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah),
kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau dengan akal fikiranmu tidak mengetahui sungguh
adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan
turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada
Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.
(Surah Luqman ayat 14-15).

Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan
mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut
ungkapan uuh atau aah dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca,
memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa
besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku
seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya
lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain,
nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan
daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang
bermaksud: Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.
(Riwayat Muslim)

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa
menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan
kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu
cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah
perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan
kesalahan yang dilakukannya.

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia.
Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang.
Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa
amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan
melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

i- Azan dan iqamat

HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud: Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga
kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan.

(Hadis Riwayat Abu Yala )

ii- Membelah mulut (tahnik)

TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.



iii- Penyusuan

SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan
akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik
ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama

TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi
SAW yang bermaksud: Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama
anaknya dan juga adabnya

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)



v- Bercukur

MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut
tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin
mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah

HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud :
Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan
diberi nama.

(Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan

BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: Berkhatan itu
sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.

(Hadis Riwayat At- Tabrani)



Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan
kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang
diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-

i- Menanamkan asas-asas keimanan

ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan
sebagainya.

iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.

vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.

viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.

ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.

x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-
sekolah.

xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.

xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.



Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-
sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu
sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah
dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.



Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar
secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat
menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan
mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin
bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya agar
anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan
gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.
Note: Sumber JAKIM.

Anda mungkin juga menyukai