Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan Humanistik

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalamanyang diterima dan dilalui dalam hidupnya.

Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penek anan tingkatan harga kendiri yang positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya penekanan aspek komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi pe nyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja.

Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalanyang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibub (Morgan apa dan Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu .

Anda mungkin juga menyukai