Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Perkembangan Teknologi Pendidikan Bah Tek Pend Kuala Lumpur. Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum penghidang tamu Mesra berdakap kasih terpaut Persilakan tamu sambut dipintu Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis penutupan program Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian pada petang ini. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke majlis ini. Majlis juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua para hadirin yang ada di dewan ini. UCAPAN PEMBUKAAN Tetak buluh panjang sepuluh Mari jolok sarang penyengat Angkat tangan jari sepuluh Mohon selamat dunia akhirat Dengan itu majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu

UCAPAN PROTOKOL Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said Timbalan Pengarah Pengurusan Perkembangan Teknologi Pendidikan Bah Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur Yang Berbahagia Ketua Sektor Yang Berusaha En Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Negeri, Negeri Sembilan En Mohd Nor bin Abu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Negeri Melaka Ketua-ketua sektor Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelejaran Malaysia Kuala Lumpur Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Melaka Rakan-rakan pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Para guru, hadirin dan hadirat sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN Hadirat hadirat sekalian, Dinihari pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Assalamualaikum pembuka bicara Mohon hadirin beri perhatian. Minta daun diberi daun Dalam daun ada bidara, Minta pantun diberi pantun, Dalam pantun ada bicara. Dinihari pergi lautan Untuk menjala si ikan bilis Assalamualaikum tuan dan puan Mohon saya meneruskan majlis Erat dedalu tepian sukma Keladi dihutan tulis berpaksi Rakyat didahulu capaian diutama Jadi pegangan cetusan inspirasi Hadirin dan hadirat yang dihormati, Untuk menerus majlis dengan ini saya membuka sessi ini kepada guru-guru yang mengikuti bengkel ini untuk bertanyakan soalan kepada Yang Berbahagia Timbalan Pengarah. Majlis mempersilakan.

UCAPAN OLEH TIMBALAN PENGARAH Pengurusan Perkembangan Teknologi


Pendidikan BAH TEK Pendidikan Kuala Lumpur

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang Berbahagia Puan Hawa binti Said (TIMBALAN PENGARAH Pengurusan Perkembangan Teknologi Pendidikan BAH TEK Pendidikan Kuala Lumpur) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup program Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yaang Berbahagia Puan Hawa untuk menyampaikan ucapan. Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi puan kami tak lupa Sudah tersemat di dalam hati Majlis mengucapkan jutaan terima kasih diatas ucapan tersebut PENYAMPAIAN SIJIL Seterusnya ialah penyampaian sijil kepada para peserta. Dengan ini dijemput En Abdullah bin Yusuff Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi menjemput dan mengiringi Puan Hawa Timbalan Pengarah Pengurusan Perkembangan Teknologi Pendidikan BTP KL untuk menyampai sijil kepada para peserta. Dijemput wakil daripada Guru Penyelaras Media Pn Khamisah binti Baba untuk menerima sijil EN Halili bin Harun wakil daripada Guru Penyelaras Bestari untuk menerima sijil. Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Puan Hawa menyampaikan sijil sebentar tadi.

PENUTUPAN Hadirin, hadirat sekalian :


Ucapan salam pengakhir kata Segala yang ada dikongsi bersama Apa yang kurang maaf dipinta Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka..... Selesailah sudah Majlis penutupan Bengkel Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ....................................................... ..........................................................................yang diadakan pada petang ini. Selepas ini para hadirin dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan di cafe BTPNNS Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai. wassalamualaikum warahmatullah hi