Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya, permainan Menuju Angkasa ini juga menyediakan platform bagi murid murid untuk membudayakan proses pembelajaran.

Selain dapat membantu menguji kefahaman murid-murid dalam sesuatu tajuk yang dikhususkan, mereka juga dapat membuat ulangkaji pelajaran dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Suasana sebegini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk mengula ngkaji pelajaran dalam usaha un tuk memenangi permainan tersebut. Apa yang lebih menarik mengenai permainan ini iala h kami turut mengambil kira elemen -elemen penting dalam teori pembelajaran iaitu peneguhan positif seperti yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam peneguhan positif, frekuensi atau kekuatan gerak balas ditingkatkan dengan pemberian suatu ransangan yang menyeronokkan apabila gerak balas yang diingini dibuat. Contohnya dalam permainan ini, murid akan terdorong untuk menghabiskan lompatan dengan cepat dan menjawab soalan dengan betul bag i mendapatkan markah. Pemberian markah di sini dil ihat sebagai rangsangan yag menyeronokkan. Dengan jumlah markah yang banyak, murid tersebut akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi permainan tersebut. Disamping itu, permainan ini juga membantu dalam pemupukan nilai murni dalam kalangan murid-murid. Mereka dapat membina keyakinan dalam diri sendiri dengan cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan pengetahuan yang telah mereka perolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sikap berani mencuba dan tidak takut dalam menghadapi kegagalan juga dapat dipupuk dan dalam masa yang sama guru juga dapat membantu menyemai sifat tidak mudah berputus asa dalam kalangan murid-murid disamping belajar daripada kesilapan. Hal ini kerana kesilapan itu lah yang akhirnya akan mematangkan seseoran g dan member pengalaman yang cukup bermakna kepada mereka. Melalui permainan ini juga, murid diberi kebebasan dalam memilih nombor soalan dan elemen yang cuba kami terapkan di sini ialah kebebasan kepada murid -murid dalam membuat keputusan dan mereka juga akan belajar untuk bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang diiambil iaitu berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan yang dipilih dengan betul dan tepat. Sikap bertolak ansur antara satu sama lain juga merupakan antara unsur tersirat penting yang c uba kami sampaikan. Murid-murid perlu bertoleransi dalam menentukan giliran masing -masing dalam kumpulan untuk menjawab soalan dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Kagan (1994) menyatakan mengenai konsep pembelajaran koperatif iaitu semangat berp asukan dan keinginan untuk bekerjasama.

Kesemua unsur ini dapat dilihat dengan jelas melalui permainan Menuju Angkasa ini, di mana tujuan utama penggunaan kaedah permainan ini dalam pembelajaran bukan untuk tujuan peningkatan pencapaian akademik semata -mata, malah ianya juga merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk membina sahsiah murid yang lebih baik. -Atie-