Anda di halaman 1dari 33

MINGGU 2 & 3

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

DUA PENDAPAT

Ahli-ahli empiris

Ahli-ahli rasionalis

Teori Behavourisme/ Mekanis

DUA TEORI BESAR

Teori Kognitif/ Mentalis

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behavourisme/Mekanis


Lebih cenderung membuat kajian. Menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa dengan menggunakan pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung. Memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behavourisme/Mekanis


Menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerak balas. Menekankan bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui otaknya. Penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behavourisme/Mekanis


Ia mementingkan kajian tentang data-data, iaitu kalimatkalimat yang dapat diamati dan diukur. Kemahiran bahasa dipandang sebagai satu kebiasaan maka satu tabiat mesti ditanam ke dalam diri pelajar-pelajar dengan memberi peluang berlatiih berulang kali.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

BAHASA

TEORI BEHAVIURISME Terbahagi kepada 4, iaitu: 1. Proses pengulangan 2. Tingkah laku manusia 3. Alat komunikasi 4. Ganjaran

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behaviurisme : Proses Pengulangan




Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Pengajaran menekankan pengulangan yang banyak kerana penguasaan adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behaviurisme : Tingkah Laku Manusia




Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia berpunca daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas. Bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behaviurisme : Alat Komunikasi




Bahasa sebagai alat komunikasi. Menekankan aspek lisan. Bahasa adalah sejumlah isyarat/tanda yang berupa unsurunsur bunyi yang dinamakan bentuk linguistik.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behaviurisme : Alat Komunikasi




Skinner menekankan bahasa adalah proses perilaku, hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada ciri-ciri naluri dan manusia mempunyai alat-alat biologis yang berfungsi melahirkan bahasa dan manusia menggunakannya untuk berhubung.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Behaviurisme : Ganjaran




Pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang pelajar memberikan gerakbalas yang betul. Skinner beranggapan bahawa ganjaran penting untuk mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan berlaku, maka wujudlah pembelajaran.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme




Teori ini menekankan :

Bahasa ialah perilaku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui otaknya.

Ia tidak mementingkan fungsi mental dan apa yang perlu dikaji ialah data-data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme




Golongan yang mengikut aliran ini berpendapat

Otak manusia merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang terjadi di dalamnya tidak dapat diamati. Mereka mengatakan apa sahaja yang ada dalam otak itu tidak berkaitan dengan penyelidikan linguistik dan apa yang dapat secara langsung diamati dan diselidiki.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme




Teori ini mengatakan :

Bahasa ialah proses perilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan.

Ia menganggap bahasa sebagai hasil operasi rangsangan dan gerak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme

Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu sebagai gerak balas. Teori ini menolak sebarang pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi mental.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme




Teori ini mementingkan penekanan :

Kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama daripada aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain penguasaan dalam bunyi.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme

Untuk memprolehi kemahiran bahasa :

Latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai satu kebiasaan. Oleh itu, pelajar perlu diberi peluang berlatih berulang kali untuk membentuk satu tabiat dalam diri mereka.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme

Ini bermakna bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tiada bersangkutan dengan permikiran atau daya mental.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme




Teori berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama kanakkanak :

Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibubapa atau ahli keluarga mereka. Mereka mnguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataanperkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat mengungkap ayat-ayat yang lengkap.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme

Antara ahli-ahli bahasa mengikut teori ini : Bloomfield, Sapir, Boas, Brooks Ahli psikologi :

B.F Skinner, Thomdike, Burhrus Frederic Skinner, Ivan Petrovich Pavlov, John Broadus Watson dan Edwin R. Guthrie.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme




Teori dari segi pemerolehan bahasa pula, golongan ini menekankan bahawa bahasa dapat dikuasai melalui pembelajaran secara tidak formal dan formal.

Cara tidak formal boleh berlaku pada peringkat awal sejak kanak-kanak itu dilahirkan sehingga sebelum mereka masuk sekolah.

Bagi golongan ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah yang menjadi faktor utama dalam pembelajaran bahasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ciri-ciri Teori Behaviurisme

Menganggap pembelajaran bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai itu. Menekankan bahagian luar bahasa yang merupakan kalimat-kalimat yang diperolehi menurut cara S.R dan dihasilkan secara mekanis.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Tokoh-tokoh Yang Menyokong Teori Behaviorisme


PROFESOR R. BROWN PROFESOR B.F. SKINNER

PROFESOR J.B. WATSON

PROFESOR LEONARD BLOOMFIELD

PROFESOR E.L. THORNDIKE

PROFESOR E.R. GUTHRIE

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

LATAR BELAKANG DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH ALIRAN BEHAVIORISME

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor B.F. Skinner


  

Profesor psikologi di Universiti Havard, Amerika Syarikat. Penulis kepada buku berjudul Verbal Behavior 1957 Berpendapat lakuan bahasa ialah suatu lakuan yang diperkukuhkan oleh seseorang pendengar dan berkembang menurut prinsip yang sama dengan lakuan operan yang lain. Iaitu penutur itu juga menjadi pendengarnya sendiri dan memperkukuhkan lakuan bahasanya sendiri.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor B.F. Skinner




Melihat pembelajaran bahasa merupakan penguasaan satu kebiasaan yang diperoleh dengan kaedah Latih Tubi mengulang-ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai. Melihat operasi pembelajaran bahasa dengan menggunakan unsur ransangan dan gerak balas.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor B.F. Skinner Memperkenalkan 2 jenis pembelajaran :


1.

LAKUAN RESPONDEN (gerak balas yang automatis dan tetap) Contoh : Lutut yang terangkat kalau diketuk oleh doktor. Satu lakuan yang ada ransangan (ketuk) dan ada gerak balas (kaki terangkat)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor B.F. Skinner


2.

LAKUAN OPERAN (berlaku mengikut lingkungan atau keadaan) Contoh : Lakuan menelan makanan bukan sahaja kerana ransangan terlihat makanan, tapi juga rasa lapar, lingkungan sosial, dan beberapa lingkungan atau suasana yang berlainan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor E.R. Guthrie




Profesor psikologi di Universiti Washington. Penulis The Pcycology Of Learning 1935. Berpendapat pembelajaran berlaku dengan adanya rangsangan dan diikuti dengan gerak balas. Sesuatu keadaan gerak balas itu berlaku dalam satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada dalam keadaan seperti itu pada masa yang lain, maka kita akan melakukan gerak balas yang sama.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor Leonard Bloomfield




Ahli psikologi Amerika Syarikat. Pelapor kepada huraian bahasa secara structural/ deskriptif. Terkenal dengan bukunya Language 1933 buku paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik pada zamannya. Menganggap pembelajaran bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan dilakukan melalui latihan dan pengulangan yang baik.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor Leonard Bloomfield




Beliau menyatakan : Pattern practice capitalizes on the minds capacity to perceive identity of structure where there is difference in content and in quickness to learn by analogy. (Brooks,N. 1964:146-7) Menurut beliau, penggunaan latih tubi pula untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menerangkan konsep-konsep tatabahasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

J.B. Watson (1878 1958)




Profesor psikologi di Universiti John Hopkins. (1919) Penulis sebuah buku Pschology from the stand point of behaviorist. Beliau mengkaji lakuan (Gerak-geri otot) dan tidak mementingkan pengalaman sedar. Beliau memberi sumbangan dalam penolakan terhadap perbezaan jasad dan fikiran.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor R. Brown


Penulis sebuah buku A first language The Early Stages 1974. Mengkaji bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa dan implikasinya terhadap pengajaran bahasa. Mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak dari segi pembentukan ayat.