Anda di halaman 1dari 3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

DALIL :
l." XBC ).H N`1o1O
l VC H1.Bb 1AM1. P
PbOBC V""0 BM
P BM ."
.BBBb N." A=
AqPom Pl." O P XBC
l `1"0 B N o`1V
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
Surah Al-Baqarah (2:30)
Bl BoM B1.Bb `V
../OBb H1.Bb." XBPOBb."
)"0 "0 B81o
.lA"0." B8 B`1.oA."
6YBb P =l CAH Bo1
1N
72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak
patut dikerjakan.
Surah Al-Ahzab (33:72)
B." 6l`1. 6Bb Y6YBb." Nl
"P.MO
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.
Surah Al-Dzariaat (51:56)
1"0 Bo"0 Nol`1.
B1d N"0." B.1TOl N
MV
115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada)
sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan
kepada kami?"
Surah Al-Mukminun (23:115)
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
Definisi Bahasa : 1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu
menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.
Definisi Istilah : generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya
untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan
menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa.
TUGAS-TUGAS KHALIFAH DI MUKA BUMI :
a) Memakmurkan bumi (Al-Imarah)
- Manusia mempunyai kewajipan yang ditugaskan oleh Allah SWT. Manusia harus
mengeksplorasi kekayaan bumi bagi dimanfaatkan oleh umat manusia. Maka
sepatutnyalah hasil eksplorasi itu dapat dinikmati secara adil dan saksama, dengan
tetap menjaga kekayaan agar tidak punah. Sehingga generasi selanjutnya dapat
mengembangkan eksplorasi itu.
b) Memelihara bumi (Al-Riayah)
- Memelihara bumi dalam erti kata lain termasuk juga memelihara akidah dan akhlak
manusianya. Memelihara diri daripada aspek jahiliyah, iaitu merosak dan
menghancurkan alam demi kepentingan sendiri.
__________________________________________________________ _____________
TANGGUNGJAWAB MANUSIA :

a) Tanggungjawab kepada diri sendiri
- Manusia juga menerima tanggungjawab kepada dirinya sendiri. Seperti contoh, mahu
menjadi suami atau isteri dengan sukarela, maka dia telah menerima tanggungjawab
tersebut kepada dirinya sendiri. Seorang pekerja, majikan dan sebagainya juga
menerima tanggungjawab kepada dirinya ketika menerima jawatan tersebut.
- Jika kita berpotensi untuk itu namun tidak mengambil tanggungjawab maka akan
ditanya di akhirat nanti, mengapa dia tidak mengambil tugas tersebut. Apabila kita
tidak mampu tapi terus menerima tanggungjwab tersebut,maka tanggungjawab terus
mengikutinya.
- Ketidakmampuan manusia harus dapat diatasi oleh dirinya sendiri sehingga menjadi
mampu mengembangkan tugas kerana telah menerima tugas tersebut. Dosa apabila
kita menerima tanggungjawab tapi sebenarnya kita tidak mampu, seperti dosa kita
ingin berkahwin tapi ternyata kita tidak mampu untuk memberikan nafkah kepada
isteri dan keluarga.

Tanggungjawab kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Tanggung jawab ada yang bersifat tanggung jawab perseorangan dan juga ada tanggungjawab
masyarakat. Di akhirat nanti, setiap orang akan menerima catatan / kitab amalan dan hasil
tanggungjawabnya masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat, tiap-tiap umat mempunyai dan
akan menerima kitabnya masing-masing. Contoh tanggungjawab kita sebagai umat/masyarakat
adalah, apabila ada orang yang mampu untuk menyandang jawatan dalam pentadbiran Negara
mahupun peringkat negeri namun orang tersebut tidak menerima jabatan tersebut disebabkan
tidak ada yang memilihnya, maka masyarakat akan ditanya oleh Allah mengapa tidak memilihnya ?
Tanggungjawab mempunyai impak yang baik secara langsung dan juga tidak langsung apabila
dilaksanakan dengan baik. Seperti tanggungjawab sebagai suami jika dijalankan dengan baik, akan
menciptakan keluarga yang bahagia.
Begitu juga dengan tanggungjawab masyarakat, yang sebagai saksi di dunia. Misalnya
tanggungjawab kita terhadap para pedagang yang menggunakan jalan raya sebagai tempat
dagangannya, tentunya saksinya terhadap masyarakat adalah untuk memastikan mereka
menggunakan jalan raya sebagai medium penghantaran barang, atau ke destinasi lain, bukan
untuk mereka yang lain, berlumba haram, di tengah malam menyusahkan orang lain menjadi
masalah sosial yang sangat serius.
Dengan sebab ini, Allah menegaskan di dalam Quran
PblVBb." 1.11 N MV
CBb Pbo`1 No 1C. P
Pbo`1Bb." ."0 Bb PPA
LBlOBb
25. dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan
menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).
dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Surat Al-Anfaal (8:25)
Sebab itulah, kejahatan dan keburukan perlu diperbaiki, perlu ada pengawalan sosial pada
masyarakat. Namun dalam mengubahnya tersebut kita perlu mengikuti prosedur-prosedur atau
ketentuan-ketentuan yang berlaku. Hadits Nabi yang mengatakan ubahlah kejahatan tersebut
dengan tanganmu apabila mampu, jika tidak mampu maka gunakan lidahmu, tidak mampu juga maka
cukuplah dengan hatimu, (selemah-lemah iman).

Anda mungkin juga menyukai