Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bahagian A (ii) Pemahaman 1. Berikan maksud tidak mahu mengambil tahu dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini? [4markah]
1. Berikan maksud rangkai kata mengambil langkah dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah matlamat-matlamat program kitar semula? [4 markah] 3. Program kitar semula di negara tidak mendapat sambutan daripada seluruh masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah] Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: PMR, Ringkasan dan pemahaman, Tingkatan 1, Tingkatan 2 | Leave a Comment
2. Apakah kebaikan-kebaikannya jika kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedaran arak di seluruh negara? [4 markah] 3. Masih ramai rakyat Malaysia yang gemar minum minuman beralkohol walaupun mereka mengetahui bahawa minum minuman beralkohol memberi kesan buruk kepada kesihatan. Pada pandangan anda mengapakah keadaan ini berlaku? Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: Ringkasan dan pemahaman | Leave a Comment
Banyak kelebihan apabila seseorang bayi menyusu susu ibu berbanding dengan susu tepung. Antara kelebihan bayi yang menyusu susu ibu ialah bayi dapat bernafas dengan baik semasa menyusu. Oleh itu, otot muka bayi akan lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu tepung dengan botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk puting botol susu. Kesannya, tulang pipi akan menonjol keluar dan muka bayi akan kelihatan tidak seimbang. Ada juga sesetengah bayi yang alergi kepada susu lembu tepung sehingga boleh menimbulkan masalah kesihatan, perkembangan terbantut dan alahan berbanding dengan kandungan susu ibu yang terbaik untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan emosi bayi. Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif terhadap perkembangan rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu wajah bayi akan kelihatan lebih cantik dan menawan. Dari sudut psikologi pula, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan yang erat antara ibu dengan anak. Selain itu, risiko ibu tidak untuk menghidap penyakit serius seperti barah payu dara dan barah ovari adalah tipis, tambahan pula ibu yang menyusukan bayi juga akan kembali langsing kerana ibu tersebut dapat mengurangkan berat badan dengan lebih mudah selepas bersalin. Sebenarnya susu ibu sangat berharga dan tidak ada galang ganti. Ibu yang menyusukan bayi sudah tentu dapat menjimatkan wang. Oleh sebab itu, ibu-ibu digalakkan supaya menyusukan bayi masing-masing tanpa ragu-ragu.
Bahagian A (ii): Pemahaman 1. Berikan maksud anugerah yang paling berharga dalam petikan. [2 markah] 2. Mengapakah menyusu susu tepung menggunakan susu botol tidak baik bagi bayi? [4 markah] 3. Kini semakin kurang ibu-ibu yang menyusukan bayi. Pada pendapat anda Mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]
Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: Ringkasan dan pemahaman | Leave a Comment
Sebagai negara yang sedang menuju tahap negara maju dan berpendapatan tinggi Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang berminat membaca kerana kemajuan negara banyak bergantung kepada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya supaya kita tidak akan terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan pada era globalisasi yang sedang kita tempuh. Proses memajukan negara harus seimbang dengan darjah kemampuan rakyatnya berfikir. Bahagian A (ii) 1. Berikan maksud mampu menempa kemajuan dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah kesan-kesannya sekiranya remaja kita hanya berminat membaca bahan bacaan yang tidak bermutu? [4 markah] 3. Kebanyakan remaja kita kini kurang gemar membaca. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah] Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: Ringkasan dan pemahaman, Tingkatan 1, Tingkatan 2 | Leave a Comment
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan remaja. Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan mereka. Segala jenayah ini dapat dibendung melalui pendekatan yang lebih berkesan, misalnya ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan remaja hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula di rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara yang baik dan yang buruk. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka, tetapi kini kebanyakan ibu bapa tidak mengambil peduli dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh hiburan melalui media massa juga hendaklah dibendung. Pihak sekolah pula perlu memantapkan lagi kawalan disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, mengambil dadah, atau membuli pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Masalah ini sukar dibendung kerana ibu bapa tidak mahu meluangkan masa datang ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal sebelum masalah anak-anak mereka menjadi semakin serius. Malahan, ada juga antara ibu bapa yang sanggup mengambil
tindakan undang-undang terhadap guru-guru jika pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Masalah ini dapat dibendung jika penguatkuasaan undang-undang hendaklah diperketat, tamsilannya remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori sama seperti pesalah dewasa. Golongan remaja adalah aset negara pada masa depan. Kita tidak mahu mereka yang mewarisi negara ini terlibat dengan jenayah. Oleh itu, mereka haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa melalui kempen-kempen dan perkhemah motivasi supaya mereka mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.
Bahagian A (ii) Pemahaman 1. Berikan maksud mudah terpengaruh dalam petikan? [2 markah] 2. Mengapakah masalah jenayah dalam kalangan pelajar sukar dibendung? [4 markah] 3. Kebanyakan masyarakat kita pada masa tidak mahu mengambil peduli tentang masalah remaja di sekitar mereka. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]
Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: PMR, Ringkasan dan pemahaman, Tingkatan 1, Tingkatan 2 | Leave a Comment
Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-pelajar dilatih untuk memegang beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang dirancang. Melalui aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-prinsip asas alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila mereka berada dalam dunia pekerjaaan dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melalui aktiviti kokurikulum membolehkan mereka bertindak dan membuat keputusan yang amat diperlukan oleh seorang pekerja yang berwawasan.
Melalui aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yang menyentuh soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang sentiasa diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pengelibatan yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang amat berbeza dengan corank pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini, pelajar yang tidak aktif dalam kokurikulum berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi dan lemah dalam membuat persembahan, sedangkan kemahiran tersebut amat diperlukan dalam sistem pembelajaran institusi pengajian tinggi. Seseorang pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi pelajar yang pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, apabila mereka berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian tinggi nanti mereka akan terperangkap kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang mereka perolehi di sekolah dahulu tidak lagi menjadi ukuran, tetapi pelajar yang aktif menyertai aktiviti kokurikulum semasa di sekolah akan lebih mudah belajar kerana mereka sudah belajar menyiapkan sesuatu tugasan, memahami pentingnya perpaduan, mudah bertoleransi dan ada kemahiran berfikir dan berhujah. Justeru, pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum, kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi akedemik, mudah berkomunikasi dan mudah bergaul. 1. Berikan maksud mudah bertoleransi dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah keburukannya jika seseorang pelajar itu kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah? [4 markah] 3. Segelintir pelajar malas menyertai kegiatan kokurikulum? Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku [4 markah]
Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: Ringkasan dan pemahaman | Leave a Comment
Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia
ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan. Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi. Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin. Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat. Bahagian A (ii): Pemahaman 1. Berikan maksud menjaga tatasusila dalam petikan? [2 markah] 2. Apakah tindakan yang patut dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi? [4 markah] 3. Pelajar sekolah juga antara remaja yang terlibat dalam kes membuang bayi. Pada pendapat anda mengapakan keadaan ini berlaku? [4 markah]
Dikirim dalam Tingkatan 1 dan 2 | Di tag: PMR, Ringkasan dan pemahaman | 2 Komen