Anda di halaman 1dari 1

SIRIM TERENGGANU Lot 1929P Kawasan Perindustrian Chendering 21080 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman Malaysia (609)

6175031 / 6175030 Assalaimualaikum. Saya pelajar semester akhir Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Sebagai pelajar semester akhir, kami dikehendaki menyiapkan satu kajian sebagai tesis untuk mendapatkan diploma. Tajuk kajian yang akan kami jalankan adalah Kesan penggunaan dan campuran abu kelapa sawit terhadap kekuatan mampatan dan peratusan kadar resapan air bagi bata simen dengan nisbah 1: 8 . Masalah yang kami hadapi di sini adalah untuk mengetahui kekuatan ciri bagi bata simen yang dihasilkan dengan nisbah 1:8 iaitu had kekuatan menanggung beban (N/mm2) bagi bata simen 1:8 yang dibenarkan oleh sirim dan mengikut piawaian Malaysia Standard (M.S) yang membolehkan sesuatu produk yang dihasilkan diluluskan untuk diguna pakai dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Maklumat ini amat kami perlukan untuk membandingkan had menanggung beban (Kekuatan Mampatan) bagi bata simen normal yang dibenarkan oleh sirim dengan bata simen yang kami hasilkan dalam kajian untuk dilampirkan di dalam laporan tesis kami. Kami amat berharap pihak tuan dapat membantu kami menyelesaikan masalah yang kami hadapi ini.

Anda mungkin juga menyukai