Anda di halaman 1dari 4

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Menurut Kamus Dewan: DEFINISI Pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh

Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan

Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah pembelajaran Contoh Masalah Pembelajaran Utama: Sindrom Down Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanakkanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Autisme Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD) Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Disleksia Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali.

Jenis-jenis Masalah Pembelajaran yang dapat dilihat:

Belajar secara lambat selalu gagal. Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah. Kerencatan akal meyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh.
Kekurangan sosial mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak

suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai