Anda di halaman 1dari 12

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Tajuk Novel : Sungai Mengalir Lesu Penulis : A. Samad Said Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun Penerbitan : 1997 ISBN : 9836233687 166 mukasurat

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

1.0

Sinopsis :

Sungai Mengalir Lesu adalah antara segelintir karya sastera yang sempat merakamkan satu fasa dekad terpenting dalam kehidupan bangsa kita. Pengalaman getir kehidupan sekumpulan manusia di sebatang sungai turut menjadi lambang kesengsaraan umum rakyat Malaya pada zaman Perang Dunia Kedua. Kisah lara sekumpulan insan ini menunjukkan betapa durjananya kesan dan bencana perang terhadap manusia, dan betapa wajarnya kita menghindarinya daripada berulang semula. Di samping sebuah karya sastera, Sungai Mengalir Lesu juga sebenarnya adalah satu himpunan dokumentasi sejarah sosial yang amat berharga.

1.1

Translation of Synopsis :

Sungai Mengalir Lesu is a rare literature that records one of the most important phases of our nation. The bitter life experience of a group of people living by the river becomes the symbol of suffering to the citizens of Malaya during the World War II. This grief-stricken tale shows how devastating are the effects of war on mankind, and we must prevent history from repeating itself. Besides being a literary piece, Sungai Mengalir Lesu is, in fact, a priceless documentation of the social history.)

2.0

Pengenalan :
2

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Novel bertemakan peperangan ini dianggap sebagai bercorak sejarah. Ia mengisahkan kehidupan manusia-manusia di Zaman Perang Dunia Kedua di sepanjang sebatang sungai di Singapura. Mereka mengalami pelbagai kesulitan dan penderitaan, tragedi, kebuluran, penyiksaan dan diambang maut. Harga nyawa manusia terlalu murah pada masa itu. Akibat dari kekejaman pihak Jepun, penduduk pelbagai kaum yang tinggal di sepanjang sungai itu hidup penuh penderitaan dan kesengsaraan. Kisah ketika perang yang jarang diperkatakan pengarang, bagaimana penduduk kampung berlari-lari kearah shelter menyelamat diri dari terkena bom atau di bom, kebuluran akibat kekurangan makanan sehingga memaksa mereka berkeliaran mencari apa sahaja yang boleh dimakan sehinggalah mencuri, pertukaran barang makanan dengan harga diri demi menyelamatkan perut adik-beradik, kejujuran, kecurangan dan kesetiaan. Semua cerita bercampur dalam satu berakar dari keinginan manusia menguasai manusia yang lain dengan cara berperang. Sungai Mengalir Lesu boleh dianggap gambaran perang terbaik dalam karya SN A. Samad Said yang boleh digambarkan sebagai mengerikan. Sehingga saya menghabiskan novel ini, saya berasa amat bersyukur kerana telah tinggal disebuah negara yang aman dan telah sedia merdeka. Tidak dapat saya bayangkan jika berada di dalam situasi yang amat perit dan tersiksa sepertimana digambarkan dalam novel ini.

3.0

Watak dan Perwatakan :

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Novel A. Samad Said menggambarkan watak-watak sebagai mangsa peperangan yang melata setelah jadi miskin dan tertindas. Soal protagonis dan antagonis tidak wujud dalam fiksyen bentuk ini. Yang penting ialah survival, bagaimana hidup mesti diteruskan untuk mengelakkan dari kematian yang tidak diingini. Watak-watak yang terdapat di dalam novel ini adalah watak Tuminah, seorang janda muda berusia 24 tahun yang kelihatan amat remaja, mukanya yang kecil, dengan bulu matanya yang lebat, ditambah pula dengan bibir tipisnya yang seperti tersembul mengejek, menjadikannya semanis-manis wanita dalam kampong yang kotor itu. Dia sanggup menukarkan tubuhnya dengan beberapa tin makanan serta beras demi menjamin dia dan adik yang dibelanya terus bernafas dalam kancah perang yang tidak mengenal kasih sayang atau tidak tahu menghargai nyawa manusia. Mak Buruk yang tua dan uzur, Dalim adik Tuminah, Zainab gadis berusia belasan tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tiga kali usianya, Tompang yang buta, Basir yang bertanggungjawab membawa makanan kepada Tuminah dan menidurinya sebagai balasan, merupakan beberapa watak yang terpaut dalam fikiran saya walaupun telah lama habis dibaca buku ini.

Mak Buruk menarik nafas dalam bilik bercahaya bulan itu. "Jumaat," katanya penuh perasaan, "di mana agaknya awak. Kenapakah Jepun ni kejam sangat? Kalau nak ambil pun ambillah orang yang tak ada tanggungan." Dengan tidak dipaksa-paksa, air mata pun mengalir dari kelopak matanya. Air sungai itu mengalir dengan malasnya. Sudah tiga hari airnya kuning teh susu, tetapi hari ini ia berbalik sehitam-hitamnya. Sesudah berkurung beberapa hari, beberapa orang budak antara tujuh hingga lima belas tahun, merasa terlepas semula dari penjara shelter, dan sedang berlumba-lumba mengejar tin-tin, botol-botol dan kulit kayu balak yang hanyut, menjadikan airnya kalau tak lesu saja itu beriak-riak sejenak. Air mata turut membasahi pipi apabila saya terkenang derita sekumpulan orang ini akibat peperangan. Saya asyik bertanya mengapa harus begini, sama seperti Mak

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Buruk yang bertanya soalan yang sama. Bukan saja Mak Buruk yang terseksa, malah ramai lain yang kehilangan suami, ibu bapa, dan orang kesayangan masing-masing. Saya bersyukur tidak perlu mengharungi pengalaman perit begini dan berharap agar dunia tidak perlu juga. Orang-orang yang tidak bersalah kerap buta-buta menjadi mangsa. Dalam buku Sungai Mengalir Lesu, penulis A. Samad Said menumpukan perhatian terhadap beberapa orang ini dan bagaimana mereka menjalani hidup penuh ketakutan dan kelaparan. Tetapi dalam keadaan sebegini, ada juga gelak-ketawa terutamanya budak-budak yang selalu bermain di sungai yang amat kotor itu. Setiap orang mempunyai kisahnya sendiri. Mereka berkongsi shelter yang sama sewaktu serangan udara berlaku. Mereka berlindung daripada bom-bom yang digugurkan oleh pesawat British B24 dan B29 yang cuba mengalahkan pihak Jepun dan merampas kembali Singapura. Serangan bom ini tidak bermata dan tidak mengenal mangsa. Saya juga berasa amat terharu membaca perbualan dua sahabat, Mulyadi dan Irwan. Mulyadi yang sakit tenat dengan tokaknya yang semakin membesar menyampaikan "wasiat" dan hasratnya kepada Irwan agar mencari isteri dan anak perempuannya serta memberitahu mereka sekiranya dia meninggal dunia.

4.0

Nilai Kemanusiaan & Teori Psikologi :

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

4.1

( Halaman 8 ) :

Semalam dia terpaksa menjumpai Basir untuk mendapatkan satu tin susu. Boleh aku beri susu tin ini, kata Basir yang bermuka bujur penuh berjerawat itu. Tapi...tapi kau mesti ganti dengan susu itu. Dan susu manusia dan susu binatang pun bertukar ganti. Orang sudah tidak memberi kerana kemanusiaan, fikir Tuminah. Sejak dia menjadi janda enam bulan dahulu, dia banyak mengenal tentang kebinatangan lelaki. Setiap yang dihulur minta diganti. Dalam perang-perang begitu, Tuminah tidak ada jalan lain. Baiklah, dia teringat begitulah jawabnya. Kau berilah susu tu. Aku beri susu ni... Dan susu manusia dan susu binatang bertukar ganti. (hlmn 8) Demikianlah allegory yang membayangkan betapa hodohnya wajah

kemanusiaan yang mengambil kesempatan di waktu sempit dan melarat. Perlakuan di atas menunjukkan budaya nilai tidak perikemanusiaan. Nilai didefinisikan sebagai Value embodies what is important to us and act as fundamental principles to live by. They are polar opposites and tend to be expressed as nominalizations.(Katan, 2004:55). Berdasarkan petikan oleh Katan, nilai dianggap merangkumi perkara penting bagi kita dan pada masa yang sama berperanan sebagai prinsip asas dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007:1185), perikemanusiaan ditakrifkan sebagai sifat-sifat yang wajar bagi manusia, seperti bertimbang rasa, ada belas kasihan, dapat memaafkan kesalahan orang, dan tolong-menolong. Nilai tidak berperikemanusiaan dilihat pada perlakuan Basir yang memberikan susu tin dan meminta balasan susu Tuminah yang sebenarnya merujuk pada layanan seks. Basir dilihat sebagai individu yang mengambil kesempatan terhadap diri Tuminah yang tidak mempunyai tempat bergantung seperti dijelaskan, iaitu menjadi janda enam bulan dahulu. Disebabkan Tuminah tidak mempunyai suami untuk melindungi dirinya, Basir telah bertindak dengan menawarkan makanan, iaitu satu tin susu kepada Tuminah yang terdesak dalam kepayahan mencari makanan pada masa peperangan. Kebinatangan Basir terserlah melalui tindakannya meminta habuan layanan seks sebagai pengganti makanan yang diberikan kepada Tuminah. Asasnya, dalam budaya
6

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Melayu, kebinatangan membawa idea bahawa nilai-nilai kemanusiaan itu tiada dan perlakuan sebegini merupakan sesuatu yang tidak baik. Perlakuan Basir yang rakus tanpa kawalan diibaratkan seperti binatang kerana dia sanggup meminta layanan seks daripada seorang wanita yang diketahui terdesak dalam kehidupannya. Oleh yang demikian, nilai kemanusiaan yang sudah runtuh akibat nafsu dan kepentingan diri sendiri. Di sebalik perlakuan Basir yang telah mengambil kesempatan atas kesempitan dan kesukaran hidup Tuminah pada waktu itu, tindakan Tuminah yang terpaksa menggadai maruah diri untuk terus hidup pula memberikan gambaran nilai kemanusiaan dalam dirinya. Hal ini boleh dilihat pada tindak balas Tuminah terhadap tawaran Basir mengenai satu tin susu diganti dengan layanan seks. Tuminah akur dengan keadaan dirinya dan sanggup melacurkan diri dan bersetuju dengan tawaran Basir itu dengan memberikan alasan bahawa keadaan perang memaksa dia berbuat sedemikian melalui pemerian Dalam masa perang-perang begitu, Tuminah tidak ada jalan lain. Tindakan Tuminah dan Basir ini telah menolak nilai halal dan haram yang menjadi prinsip asas kehidupan orang Melayu. Dan ini menunjukkan terdapat konflik yang telah berlaku iaitu yang biasanya diklasifikasikan dalam bentuk nilai ganjaran atau hukuman pada pilihan-pilihan yang dihadapi oleh seseorang itu. Menurut Lauzun (1964), terdapat empat jenis konflik yang kerap dihadapi oleh manusia. Salahsatu daripadanya, merujuk kepada watak Tuminah ialah konflik mendekat-menghindar ( + - ). Dimana Tuminah berhadapan dengan sesuatu yang amat diperlukannya iaitu makanan tetapi dalam masa yang sama ia juga berhadapan dengan sesuatu yang ingin dijauhi iaitu melakukan hubungan seksual dengan Basir. Di sini Tuminah tiada pilihan lain selain dari mengikut kehendak Basir bagi memenuhi tuntutan keperluan dirinya. Dari sudut psikologi pula, Abraham Maslow (1968) melihat dari sudut Teori Humanistik, manusia sebagai insan yang baik dan mulia yang mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang kearah kesempurnaan diri dan kehendak ini wujud dalam bentuk hierarki yang mempunyai keutamaan tertentu. Tahap-tahap keperluan fisiologi harus dipenuhi sebelum bergerak keperluan-keperluan yang lain. Keperluan paling asas
7

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat berlindung. Melihat dari watak Tuminah yang sanggup menyerahkan tubuh badannya semata-mata untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan kehidupan. Ini jelas menunjukkan, keperluan makanan adalah sangat penting dari memikirkan soal maruah dan sebagainya.

4.2

( Halaman 13 ) :

Awak fikir berapa lama ini perang? tiba-tiba terdengar Kuldip Singh bertanya. Berapa lama? Tanya Syeed Ayuub pula. Dulu Jepun masuk kita susah, sekarang Orang Putih mahu masuk balik kita susah juga, kata Mak Buruk, meraba-raba siput sejemputnya, kemudian meraba-raba pula lehernya yang berketak-ketak. Kita jangan fikir berapa lama, kata Ahmad Jani yang selesai membaca Yassin itu bersuara. Kita fikir kita semua mesti mati. Orang-orang di dalam shelter itu semuanya terdiam, berpandangan sesama sendiri dan kelihatan gelisah dan khuatir. Mati mesti mati juga, kata Kuldip Singh, tapi kita tak mahu mati ini macam. Degungan B24 dan B29 sekali lagi semakin mendekat, masing-masing membisu, mendengarkan deruman kapal terbang maut itu dengan bersungguh-sungguh. Kemudian terdengan susulan siulan bom jatuh bertubitubi. Semuanya menekap telinga dan tunduk. Masing-masing berdoa.....(hlmn 13) Reaksi manusia yang normal pada situasi tegang di atas ialah perasaan takut, gelisah serta khuatir akan nyawa masing-masing yang dapat diumpamakan seperti berada dihujung tanduk. Di sini, akal kita merumuskan bahawa jikalau kita melihat atau berada dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa serta keselesaan hidup, maka kita akan mangalami perasaan takut dan harus untuk cuba lari bagi mengelakkan diri daripada ancaman tersebut. Menurut Teori James-Lange, fenomena emosi ini disebabkan oleh pengamatan manusia terhadap beberapa perubahan badan yang berlaku semasa kita memberi tindakbalas kepada sesuatu situasi atau peristiwa sama ada takut, cemas, khuatir, gelisah dan sebagainya. Emosi yang dilahirkan dalam petikan di atas merupakan suatu perasaan yang bercampur-baur dan di mana mereka
8

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

semua redha dengan nasib diri masing-masing yang akan mati pada bila-bila masa sahaja dibedil oleh bom yang tidak bermata dan mengenal erti kasih-sayang itu. Menurut Psikologi Perkembangan manusia, kita akan melalui pelbagai peringkat usia dan tahap di dalam kehidupan ini. Bermula dari zaman kanak-kanak, remaja dan zaman tua. Semua entiti yang hidup sudah tentu akan mati jika sampai masanya tidak mengira usia, pangkat serta bangsa. Di dalam petikan, kita fikir kita semua mesti mati merujuk kepada tiada harapan untuk mereka hidup lagi kerana mereka telah akur bahawa kematian akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dan mereka juga telah bersedia untuk menempuh segala dugaan yang datang, serta redha dengan ketentuanNya.

5.0

Kesimpulan :

Kesimpulannya, Novel Sungai Mengalir Lesu ini merupakan satu novel yang amat menyayat hati serta mencemaskan berikutan dengan penindasan terhadap mangsamangsa perang yang tidak bersalah. Terdapat pelbagai tingkahlaku yang ditonjolkan oleh setiap watak yang dimainkan. Begitu juga dengan nilai-nilai kemanusiaan dan teori-teori psikologi yang berkait rapat dengan situasi-situasi yang berlaku. Kesemua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian di dunia ini banyak membawa kepada kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun negara lain. Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan tetapi hanya menghancurkan sesebuah negara serta membunuh ramai nyawa insan-insan yang tidak berdosa seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah jadi abu, menang jadi arang. Ianya sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran serta pembelajaran kepada kita tentang betapa pentingnya perpaduan di dalam sesebuah negara.

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Bahan Rujukan.

1.

A. Samad Said. 1975. Sungai Mengalir Lesu. Singapura: Pustaka Nasional.

2.

Katan, D. 2004. Translating Cultures: An Intoduction for Translators, Interpreters and Mediators. Manchester: St. Jerome Publishing.

3.

Lauzun, G., 1964. Sigmund Freud: The Man and His Theories, (Terjemahan oleh P. Evans) Grennwich, Conn: Fawcett Publications Ins.

4.

Maslow, A. H., 1968. Towards a Psychology of Being, New York: Van Nostrand, (Edisi kedua).

5.

__________ Kamus Dewan Edisi Empat 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Biodata Penulis

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956). Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayers Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan

11

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782 SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999). Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah

dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003) Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

12

Anda mungkin juga menyukai