Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar SMKDK dan juga guru-guru. Antara peranan penting pusat sumber adalah membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama, membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. Selain itu, pusat sumber juga prihatin terhadap persekitaran sekolah. Atas dasar tanggungjawab terhadap persekitaran sekolah, adalah wajar agar pusat sumber mempunyai laman angkatnya sendiri supaya kaedah untuk membudayakan ilmu bukan sahaja tertakluk di dalam pusat sumber sahaja malah boleh disebarkan di luar terutamanya di persekitaran sekolah. Oleh itu, pusat sumber telah memutuskan untuk menjadi salah satu kawasan sekolah iaitu laman yang berhadapan dengan bangunan pusat sumber sebagai laman angkat.

RASIONAL
Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SMKDK, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik mereka untuk datang ke pusat sumber dengan lebih kerap. Keadaan laman angkat yang cantik juga penting untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah kepada para pelajar terutamanya.

OBJEKTIF
Mendekatkan para pengawas dengan perpustakaan serta menjadikan khidmat bakti

kepada perpustakaan sebagai satu rutin asas amalan kehidupan sepanjang hayat. Pusat Sumber
o

Mengoptimunkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan warga SMKDK


o

Mengubah pandangan warga SMKDK terhadap peranan pusat sumber


o

Membentuk wajah pusat sumber yang lebih baik dan selesa


o

Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian


Laman Angkat
o

Menjadi tempat santai yang berilmu dalam kalangan pelajar


o

Membentuk Taman Mini Sekolah bagi memperlengkapkan suasana sekolah


o

Membentuk budaya kerja seperti bekerjasama, berdaya-saing dan semangat berpasukan di kalangan guru pusat sumber, pengawas pusat sumber, ahli kelab pusat sumber dan tukang kebun sekolah.

Tema
Pusat Sumber Ceria Menjana Kejayaan Minda Cemerlang.

Tempat
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Kamaruddin,34500 Batu Kurau, Perak.

Tarikh /masa Jan November Penutup

Anda mungkin juga menyukai