Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI SDS BERSAMA DR. ZAIDA NUR 12 p.m-1p.m Selepas berakhir aktiviti ice breaking bersama Dr.

. Zaida, menyusul pula aktiviti SDS yang turut dikendalikan oleh beliau. Aktiviti SDS bertujuan untuk mengenali potensi diri dan megetahui kecenderungan diri dalam kerjaya. Aktiviti ini berlangsung selama sejam bermula daripada pukul 12 tengah hari dan berakhir pada pukul 1 petang. Sebenarnya aktiviti tersebut berlangsung di Teluk Kemang kerana kami masih belum bertolak ke kem seperti yang dijadualkan. Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut tidak tamat di situ sahaja tetapi bersambung apabila kami memasuki kem tersebut. Hal ini kerana kami dijadualkan akan bergerak ke kem pada pukul 2. Jadi kami diberikan masa untuk makan tengah hari sebelum bertolak ke sana. Sebagai permulaan, Dr. Zaida telah memberi pengenalan mengenai aktiviti tersebut dan tujuan aktiviti ini dilaksanakan. Seterusnya, beliau menerangkan betapa pentingnya untuk mengenali potensi dan kecenderungan diri agar dapat memilih kerjaya yang bersesuaian di kemudian hari. Menurut beliau lagi, jika pilihan kerjaya bertepatan dengan personaliti seseorang, maka minat individu tersebut terhadap kerjaya yang dipilih akan menyebabkan seseorang itu melakukakan pekerjaaannya dengan bersungguh- sungguh, seterusnya meningkatkan prestasi dirinya dalam kerjaya yang dipilih. Tambahan pula, kegagalan seseorang untuk memilih kerjaya yang tepat dengan minat seseorang akan menyebabkannya tidak bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan tersebut. Jadi, menurut beliau pemilihan kerjaya yang tepat adalah penting dalam menentukan kecemerlangan seseorang dalam prestasi kerjayanya. Untuk menguji dan mengetahui potensi dan kecenderungan diri kami dalam kerjaya, kami dikehendaki untuk mengisi borang soal-selidik yang dapat menunjukkan potensi diri masing masing. Tedapat lebih daripada 100 soalan yang dikemukakan dan semuanya berkaitan denagn minat dan kerjaya yang diminati. Kami diberikan masa selama kira-kira 15 minit untuk menjawab soalan-soalan tersebut yang mengkehendaki kami menandakan perkara-perkara yang disukai dan diminati yng berkaitan dengan kerjaya. Aktiviti kami berakhir dengan sesi menjawab soal selidik tersebut dan analisis dan keputusannya dibincangkan pada sesi sebelah petangnya.

Anda mungkin juga menyukai