Anda di halaman 1dari 9

Kepentingan guru memahami Teori Perkembangan Gesell dan Havighurst 4.

1 Memilih kaedah yang sesuai


Menurut Teori Perkembangan Gesell, terdapat 5 peringkat perkembangan motor kanak-kanak iaitu dari kanakkanak yang baru dilahirkan sehingga mereka mula bersekolah.(Suppiah Nachiappan, 2008). Dalam tugasan ini, saya hanya akan menyentuh tentang peringkat kelima iaitu kanak-kanak yang berusia 4 hingga 5 tahun. Ini disebabkan pada peringkat ini, mereka sudah mula memasuki prasekolah. Manakala menurut Teori Perkembangan Havighurst pula, terdapat 10 peringkat perkembangan bagi seseorang individu. (Suppiah Nachiappan, 2008) Namun, dalam tugasan ini saya hanya akan membincangkan 4 tahap utama sahaja iaitu peringkat prasekolah (4-6 tahun), peringkat sekolah rendah ( 6-12 tahun), awal remaja ( 12-18 tahun) dan akhir remaja ( 18-22 tahun). Ini disebabkan keempat-empat aspek ini ialah aspek yang perlu dilalui oleh seseorang individu iaitu peringkat belajar. Pada peringkat ini, guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, adalah amat mustahak jika guru memahami perkembangan sosial dan emosi pada setiap peringkat umur. Ini disebabkan seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekiranya individu tersebut tidak mempunyai kesediaan pelajar. Hal paksaan ini tidak akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya. 4.1.1 Peringkat prasekolah ( 4-6 tahun) Pada peringkat prasekolah iaitu dari umur 4 hingga 6 tahun, kanak-kanak mula memasuki prasekolah ataupun dikenali sebagai tadika atau pusat asuhan kanak-kanak. Menurut teori Gesell, kanak-kanak yang berada pada peringkat kelima iaitu beruia 4 hingga 5 tahun akan mula bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat dan bersedia untuk ke kelas prasekolah.(Suppiah Nachiappan, 2008) Ini bermakna pada peringkat prasekolah, mereka suka berkomunikasi sesama rakan yang seumur dengan mereka. Selain itu, mereka juga suka bertanya soalan dengan perasaan hairan umpamanya mengapa wujudnya perbezaan jantina antara dirinya dengan orang lain? Pada masa ini, guru prasekolah harus mengamalkan sifat kesabaran, sanggup mendengar dan menjawab pertanyaan kanak-kanak. Mereka tidak patut memarahi mereka dan mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menyakiti hati kanak-kanak. Menurut teori Havighurst pula, kanak-kanak pada peringkat ini suka berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain.(Suppiah Nachiappan, 2008) Selain itu, kanak-kanak juga suka terlibat dalam permainan kumpulan. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak mula melalui perkembangan moral peringkat awal iaitu mereka akan berkelakuan baik untuk mengelakkan hukuman. Oleh itu, pada peringkat umur ini, mereka akan mendengar percakapan ibu bapa dan nasihat guru. Dengan kata lain, guru akan menjadi teladan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan sikap dan nilai murni yang positif.

Guru harus memberi pujian dan galakan kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik. Secara logiknya, jika diberi penghargaan, kanak-kanak akan menganggap itu adalah betul. Peringkat prasekolah merupakan alam persekolahan pertama bagi kanak-kanak. Oleh itu, alam persekolahan mesti menimbulkan perasaan seronok di kalangan kanak- kanak. Pada peringkat ini, guru hanya perlu mengajar benda yang asas dan tidak begitu mementingkan aspek menulis. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil, mereka tidak suka belajar benda atau angka yang susah dan memerlukan pemikiran yang panjang. Oleh itu, guru cuma perlu mengajar benda yang asas. Contohnya guru boleh memperkenalkan semua kanak-kanak yang berada dalam satu kelas. Ini membolehkan mereka saling mengenali dan berkominikasi antara satu sama lain. Kanak-kanak pada peringkat ini memang suka mengenali kawan baru. Selepas itu, guru boleh membawa semua kanak-kanak ke padang permainan untuk bermain bersama-sama. Dalam aspek ini, guru perlu mementingkan aspek keselamatan kanak-kanak. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil dan tidak tahu cara menjaga keselamatan diri. Guru harus memperhatikan tingkah laku kanak-kanak dari semasa ke semasa. Permainan yang boleh bermain pada peringkat umur ini termasuklah helang menangkap anak ayam, tingting, bermain papan gelongsor, jongkang-jongket dan sebagainya. Yang penting, kanak-kanak mendapat keseronokan dan tidak benci memasuki sekolah prasekolah untuk belajar. Ekoran itu, kanak-kanak harus diberi pendedahan tentang huruf abjab dari A hingga Z. Ini merupakan asas pembelajaran pada peringkat awal. Selain itu, huruf vokal umpamanya a, e, i,o ,u harus diperkenalkan kepada pelajar. Sehubungan itu, guru harus menunjukkan gambar yang asas kepada pelajar contohnya gambar anjing, rumah, epal, kereta dan sebagainya. Kemudian, guru akan mengajar kanak-kanak menyebut huruf vokal. Guru perlu mengulang beberapa kali sesuatu perkataan dalam beberapa sesi pembelajaran agar kanak-kanak dapat mengingat dengan sepenuhnya. Kanakkanak lebih mudah mengingati sesuatu perkataan melalui gambar berbanding dengan menulis perkataan tersebut di papan tulis. Apa yang paling penting ialah guru tidak patut menghukum kanak-kanak sekiranya mereka tidak mengingati sesuatu perkataan yang telah dipelajari. Ini akan menyebabkan kanak-kanak benci kepada alam persekolahan. Di samping itu, guru harus mengajar kanak-kanak tentang tatatertib dan adat bersusila. Contohnya beratur sebelum mengambil makanan dan minuman, mengucapkan terima kasih ketika menerima hadiah, memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan dan sebagainya. Jika tidak, apabila mereka memasuki sekolah rendah, mereka akan menjadi pelajar yang kurang berdisplin. Guru juga boleh mengajar nyanyian dan tarian asas. Contohnya lagu yang mudah dan senang didengar. Selain itu, guru harus menghias bilik darjah dengan gambar-gambar yang menarik. Ini dapat memberi suasana pembelajaran yang selesa kepada kanak-kanak. Ekoran itu, kanak-kanak pada peringkat umur ini suka bertanya soalan. Ini disebabkan mereka hairan dengan kewujudan objek dalam alam semester. Oleh sedemikian, guru seharusnya

bersifat sabar dan sanggup menjawab pertanyaan mereka. Jika guru memarahi kanak-kanak disebabkan menanyakan soalan yang bukan-bukan, kanak-kanak tentu akan bersikap takut dan enggan bercakap banyak lagi. 4.1.2 Peringkat sekolah rendah ( 6-12 tahun) Remaja adalah satu zaman persediaan ke arah kedewasaan. Salah satu sifat orang dewasa ialah bertanggungjawab. Ini kerana keharmonian institusi sosial terletak di tangan orang dewasa. Tanggungjawab boleh dilatih melalui sekolah. (Mohd Isa Yuddin 1997). Misalnya seseorang itu dilantik sebagai ketua darjah, pengawas, pengerusi kelab atau persatuan, ahli jawatankuasa dan jawatan lain. Semua ini adalah cara tersirat menanamkan sifat bertanggungjawab. Oleh itu, pepatah ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul mestilah diamalkan oleh guru. Guru harus memberi peluang yang sama kepada pelajar untuk memikul tanggungjawab. Dalam aspek ini, guru harus percaya dengan kebolehan setiap pelajar. Mereka tidak patut mencuriga kebolehan dan kemampuan pelajar. Ini disebabkan remaja akan merasakan mereka tidak berguna dan merendahkan diri. Pada peringkat remaja, penggantungan emosi kepada ibu bapa akan bertambah kurang. Dengan kata lain, remaja akan bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka sendiri. Mereka tidak lagi mengaitkan ibu bapa dalam aktiviti kehidupan mereka. Kebebasan emosi ini dapat dicapai dengan mengalihkan pergantungan kepada rakan sebaya semasa usia remaja semakin meningkat. Pada peringkat ini, remaja akan cuba memberontak sekiranya kebebasan mereka disekat. Ini adalah salah satu langkah untuk ke alam kedewasaan. Oleh itu, guru haruslah bertindak sebagai agen pembentukan budaya pelajar. Ini disebabkan remaja pada peringkat ini suka mencabar, jika ada rakan lain mencabar mereka , mereka akan terdorong untuk melakukan kesilapan. Guru harus menginternalisasikan norma dan nilai dalam diri pelajar-pelajar supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak cocok dengan kemahuan budaya masyarakat. Guru boleh cuba mengubah cara hidup pelajar yang tidak baik termasuklah aktiviti pelajar di luar sekolah. Contohnya menasihati pelajar supaya memilih kawan yang baik, cara pengisian masa lapang yang berfaedah dan sebagainya. Untuk membentuk budaya di kalangan pelajar, terlebih dahulu guru harus cuba berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar supaya mengetahui apa yang difikir oleh pelajar. Justeru, guru boleh membentuk kawalan dalaman para pelajar. Selain itu, guru boleh berperanan sebagai rakan sebaya pelajar ketika berada di luar sekolah. Misalnya mengajak pelajar makan bersama pada hujung minggu, melakukan aktiviti sukan bersama-sama iaitu memancing, mendayung sampan, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti ini lebih baik berbanding dengan menghabiskan kebanyakan masa bersama rakan sebaya yang asyik minum arak, bersoronok tanpa matlamat. Melalui cara ini, diharapkan pelajar dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran. Selain itu, remaja yang berada pada peringkat ini berada di peringkat realistik. Mereka suka mendapatkan wang dengan usaha sendiri. Oleh itu, remaja perlu didedahkan kepada maklumat kerjaya sepanjang masa dan bukannya

hanya selepas menduduki peperiksaan. Remaja pada peringkat ini suka menggunakan wang untuk tujuan tertentu contohnya ke pusat hiburan, minum arak, merokok dan sebagainya. Ada di kalangan mereka sanggup mencuri sematamata hendak mendapatkan wang untuk membeli rokok. Masalah sosial pelajar akan kian bertambah. Masalah sosial termasuklah ponteng, merokok, vandalisme, buli, gengsterime dan sebagainya. Ada segelintir daripada remaja suka melanggar peraturan sekolah untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sehubungan itu, guru harus bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan dan didikan kepada pelajar. Pada peringkat awal remaja, mereka juga mula tertarik kepada rakan sebaya daripada jantina yang berlainan. Ada di kalangan remaja akan mula bercinta dan mencari pasangan masing-masing. Biasanya remaja mengamalkan sikap tidak serius pada peringkat awal percintaan. Apa yang lebih membimbangkan, ada di kalangan remaja mengamalkan hubungan seks secara rambang dan akhirnya menyebabkan berlakunya kes penguguran dan pembuangan bayi. Jika hal ini berlaku, sudah tentu akan memberi kesan terhadap pembangunan negara. Oleh itu, pengajaran seks wajar dilaksanakan disebabkan niat ingin tahu terhadap seksual amat kuat di kalangan remaja. Pada zaman remaja, informasi tentang seksual seharusnya mula diberikan agar remaja tidak mencari informasi dari orang lain atau dari sumber-sumber yang tidak jelas dan keliru. Contohnya dengan melayari internet. Kadang-kadang maklumat dari internet adalah tidak tepat dan membawa ajaran sesat kepada remaja. Pemberian informasi seksual penting dalam mengingatkan remaja yang berada dalam potensi seksual yang aktif. Adalah berbahaya untuk perkembangan jiwa remaja jika mereka tidak memiliki pengetahuan dan informasi yang tepat. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar remaja tidak mengetahui dampak dari perilaku seksual yang mereka lakukan, seringkali remaja tidak matang melakukan hubungan seksual tanpa memikirkan risiko yang akan mereka alami. Dengan adanya pendidikan seksual, sekurangkurangnya pelajar akan diberi tunjuk ajar dan didikan daripada guru. Gurulah orang yang bertanggungjawab memimpin pelajar ke landasan yang betul. Di samping itu, pengajaran seksual akan menimbulkan kesedaran di kalangan remaja tentang risiko melakukan hubungan seks tanpa perancangan yang rapi. Selain itu, guru tidak harus segan menunjukkan kondom dan cara menggunakannya kepada pelajar. Remaja yang berada pada tahap ini tidak suka mengongkang. Oleh itu, guru tidak boleh memaksa pelajar melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh mereka. Dengan kata lain, cara mengajar pelajar sekolah menengah adalah berbeza dengan sekolah rendah. Cara pengajaran guru haruslah berfokus kepada mendengar dan menerima pandangan pelajar. Contohnya dalam penulisan karangan, guru boleh memberi satu topik dan meminta pelajar mencari bahan terlebih dahulu. Kemudian, barulah melakukan sesi perbincangan di kelas. Ini membolehkan pelajar berfikir terlebih dahulu idea atau pandangan tersendiri. Jika guru tidak memberi masa kepada pelajar untuk membuat persediaaan, sudah tentu pelajar akan berasa bosan dan tidak ada idea untuk menulis karangan. Sebagai guru sekolah menengah, teknik dan kemahiran

yang digunakan hendaklah kreatif. Contohnya menggunakan teknik menyoal, pembincangan, pembentangan, menggunakan audio visual, menggunakan powerpoint, OHB, penerangan, bercerita, lakonan dan sebagainya. Dengan kata lain, guru perlu menyediakan rancangan pengajaran yang sistematik dan tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Ini termasuklah set induksi yang menarik misalnya tayangan viedo, gambar, sesi soal jawab dan sebagainya. Pada akhir pembelajaran, guru harus memberi aktiviti kemahiran asas yang cukup sebagai aktiviti pengukuhan.

4.1.4 Peringkat remaja akhir ( 18-22 tahun) Pada tahap akhir remaja iaitu dari umur 18 hingga 22 tahun, biasanya pelajar akan belajar di tingkatan 6 ( bawah dan atas), kolej, maktab dan universiti. Pada peringkat ini remaja akan cuba mendapat autonomi daripada ibu bapa. Remaja yang berada pada peringkat ini dikatakan sudah bebas daripada kawalan ibu bapa. Mereka akan berusaha membentuk identiti mengikut jantina. Contohnya kaum lelaki akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang lelaki. buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya semua tahap perkembangan telah dilalui maka tidak wujud masalah untuk membina satu kehidupan norma yang sempurna.

4.3 Memahami emosi pelajar pada peringkat yang berbeza Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang. The Oxford Dictionary Of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih; adakalanya ia berbentuk negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang individu adalah semula jadi. Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta supaya ibu memeluknya. Menurut Havighurst pula, emosi seseorang adalah dipengaruhi oleh alam sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008) Guru-guru perlu memahami teori Gesell dan Teori Havighurst supaya boleh mengetahui bahawa kanak-kanak reaksi yang berlainan semasa memasuki zaman persekolahan. Contohnya, kanak-kanak mungkin berasa gembira atau takut pada hari pertama bersekolah. Menurut teori Gesell, kanak-kanak akan berasa takut dan menangis apabila berada situasi asing. Manakala menurut teori Havighurst, kanak-kanak akan berasa gembira apabila bersekolah kerana mereka ingin berkawan dan bermain dengan kanak-kanak yang lain yang berada di sekitar tadikanya. Jika guru tidak memahami kedua-dua teori, maka guru akan berkelang-kabut apabila menghadapi keadaan ini. Sebaliknya jika guru memahami keduadua teori, mereka mengetahui cara yang sesuai dan tepat untuk mengatasi keadaan ini dengan hati yang tenang.

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula membentuk penilaian terhadap diri sendiri. Ini juga merupakan perkembangan moral peringkat awal kanak-kanak. Jika ibu bapa atau guru tidak mendidik kanak-kanak tersebut dengan baik, akibatnya dia akan menjadi insan yang tidak berakhlak pada masa akan datang. Menurut teori Havighurst, kanak-kanak berkelakuan baik untuk mengelakkan hukuman atau denda daripada ibu bapanya. (Suppiah Nachiappan, 2008) Jika kanak-kanak tidak berkelakuan baik, ini menunjukan ibu bapanya tidak mendidik anak mereka dengan sewajarnya. Sebagai contohnya, ibu bapa tidak pernah menghukum atau denda anak mereka walaupun mereka melakukan kesalahan yang besar. Secara tidak langsungnya, ini telah menyebabkan perangai kanak- kanak menjadi tidak baik. Dengan ini, guru tidak boleh menegur atau menghukum kanak- kanak tersebut apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan. Jika guru menbuat demikian, kanak-kanak akan merajuk dan tidak mahu hadir ke sekolah. Untuk melicinkan proses pelajaran kanak-kanak, guru harus memberi nasihat kepada ibu bapa supaya mendidik anak mereka dengan sewajarnya. Dengan ini, dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Pada peringkat sekolah, kanak-kanak akan menonjolkan reaksi mereka sendiri dalam sesuatu masa melalui riak muka seperti ketawa, menangis, senyum, bermasaam muka dan langsung tidak berkata apa-apa. Daripada situasi yang kita lihat, di sini dapat kita rumuskan bahawa kanak-kanak memiliki emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Mereka sangat sensitif dan mudah menangis apabila ditegur dengan nada yang kasar seperti dimarahi oleh bapa. Seterusnya, emosi mereka turut berubah apabila diberi pujian setelah berjaya menyelesaikan sesuatu perkara lebihlebih lagi dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan tahap ekstim kendiri dalam diri kanak-kanak tersebut. Perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian guru atau rakan rakan sebaya. Menurut teori Havighurst, kanak-kanak mula memasuki sekolah dan belajar bersahabat pada peringkat sekolah rendah.(Suppiah Nachiappan, 2008) Kanak-kanak mula bergaul dengan kawannya. Untuk mandapat persahatan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar bekerjasama, toleransi, prihatin dan bertangguangjawab. Sebagai contohnya, kanak- kanak akan bersama dengan rakannya membuat sesuatu tugas yang diberi oleh guru. Sebagai guru yang bestari harus mejalankan mejalankan aktiviti berkumpulan untuk membantu kanakkanak belajar bersosialisasi.

Menurut teori Gesell, kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu tentang segala yang terdapat dalam alam sekitarnya pada peringkat ini. Oleh itu, kanak-kanak peringkat

ini berminat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling. Lazimnya, kanak-kanak ini akan menghadapi konflik dalam diri seandainya mereka gagal dalam melakukan sebarang bentuk tugas yang diberikan dan keadaan ini akan menimbulkan perasaan rendah diri dan wujud kekecewaan dalam diri sendiri. Namun begitu, rangsangan daripada individu yang berkenaan terutama guru dan sahabat dapat memadamkan spekulasi yang mereka lemparkan terhadap diri mereka sendiri. Sebagai guru yang prihatin harus memberi bimbingan yang sewajarnya kepada mereka supaya mereka tidak putus asa. Pada peringkat ini, mereka akan mula memahami perasaan orang lain dan belajar menstabilkan emosi melalui intekrasi dan pengalaman. Kanak-kanak juga lebih cenderung untuk menarik perhatian orang lain. Mereka melakukan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau pengiktirafan. Dengan ini, guru harus memuji atau memberi ganjaran kepada kanak-kanak jika mereka berprestasi baik. Hal ini kerana teori Havighurst menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini boleh menilai diri sendiri dan orang lain. (Suppiah Nachiappan, 2008) Oleh itu, guru tidak boleh berat sebelah terhadap kanak-kanak. Jika guru membuat demikian akan menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir kanak- kanak yang begitu sensitif terhadap cemuhan. Ini menyebabkan mereka berasa jauh diri dan memisahkan diri daripada persekitaran mereka. Guru harus memberi bimbingan yang sesuai kepada kanak-kanak tersebut. Dengan ini, kanak-kanak boleh mencapaikan tugas- tugas yang ditetapkan oleh masyarakat. Pada awal peringkat remaja, mereka akan mengalami lonjakan pertumbuhan, sudah pasti mereka tidak menerima perubahan bentuk badan yang mendadak. Selain itu, sebilangan remaja tidak berpuas hati dengan perubahan pertumbahannya. Mereka akan menghabiskan masa dan tenaga untuk menjadikan bentuk badan mereka seperti yang diidamkan. Akhirnya merka tidak memberi tumpuan terhadap pelajarannya. Ejekan dan cemuhan perlu dielakkan pada masa ini. Hal ini kerana jiwa remaja sangat sensitif dan mudah tersentuh. Mereka akan merajuk dan menyembunyikan diri di dalam bilik berharihari jika perasaan tersentuh. Oleh itu, percakapan guru harus berhati-hati dan bertimbang sebelum mengkirtik mereka. Selain itu, perasaan ingin menang semakin bertambah pada jiwa remaja. Mereka suka menunjukkan kebolahan mereka supaya dapat penghargaan atau ganjaran. Dengan ini, guru harus memberi peluang bagi mereka memperkembangkan bakat mereka. Di samping itu, mereka juga akan menonjolkan diri untuk mandapat pengiktirafan rakan- rakannya. Hal ini kerana teori Havighurst menyatakan bahawa remaja akan membentuk kumpulan rakan sebaya pada peringkat ini. (Suppiah Nachiappan, 2008) Guru-guru harus memberi perhatian terhadap remaja untuk mengelakkan mereka bergaul dengan rakan sebaya yang tidak berdisiplin dan menjadi insan yang sombong.

Menurut teori Havighurst, remaja mula tertarik kepada rakan sebaya daripada janitina yang berbeza pada peringkat ini. (Suppiah Nachiappan, 2008)Remaja lelaki akan menunjukkan tanda-tanda seperti mengambil berat, menghantar hadiah atau surat cinta untuk menyatakan hasrat menjadi teman dating. Guru harus menjelaskan kepada pelajar- pelajar tentang cinta sejati, cinta monyet, dan cinta bodoh untuk mengelakkan remaja perempuan dan lelaki kecundang oleh nafsu dan melakukan perbuatan yang dilarang oleh undang-undang dan untuk mengelakkan kemahiran luar nikah. Selain itu, percintaan akan menjejaskan pelajaran seseorang remaja. Guru harus menjelaskan betapa penting pelajaran pada masa depan mereka. Pada peringkat akhir remaja, terdapat remaja yang belajar di kolej atau universiti. Terdapat juga telah menamatkan pelajaran dan dalam proses memilih kerjaya sesuai. Keadan ini menyebabkan pasangan kekasih berpisah di tempat berlainan. Oleh itu, boleh dikatakan perasaan rindu dan cemburu menguasai remaja pada peringkat ini. Rindu adalah perasaan mendalam yang lahir apabila seseorang remaja berjauhan daripada orang yang dikasihi. Oleh itu, terdapat pepatah Melayu mengatakan ungkapandemi cinta, lautan api sunggup ku harungi, yang bermaksud orang yang berada dalam percintaan sunggup membuat apa-apa perkara sekira perlu menempuh bahaya juga tidak takut asalkan dapat menemui kekasihnya. Cemburu juga lahir daripada perasaan kecewa atau marah sebab orang yang dikasihi menunjukkan kemesraan terhadap orang asing. Perasaan cemburu akan menyebabkan remaja lelaki dan perempuan melakukan tingkah laku yang boleh membawa akibat buruk kepada diri mereka. Sebagai contohnya, remaja lelaki akan bergaduh dengan remaja lelaki yang lain yang dianggapnya merampas kekasihnya. Kadangkala pergaduhan ini akan membawa kecederaan ataupun kematian. Remaja yang tidak mengawal emosinya, bermakna dia mungkin tidak mencapai sesuatu tugas perkembangan yang dinyatakan oleh Havighurst. Oleh itu, remaja tersebut harus memberi bimbingan kauseling yang sesuai supaya dapat mengawal emosinya. Secara kesimpulannya, Guru-guru harus memahami kedua-dua teori sebelum menjalankan sesuatu pengajian. Hal ini kerana guru-guru mesti dapat menentukan tahap emosi pelajar-pelajar sebelum memulakan perancangan atau pengajaran. Dengan kesedaran guru-guru terhadap desakan-desakan dan dorongan emosi boleh mempengaruhi kesemua pemikiran dan tingkah laku pelajar-pelajar. Ini dapat membantu guru menjalankan atau merancang aktiviti yang menarik dengan situasi dalam bilik darjah. Penutup Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa sebagai seorang guru perlulah memahami perkembangan sosial dan emosi diperingkat tertentu untuk membantu dirinya menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah. Bagi tugasan kami, kami telah menggunakan tiga faktor utama yang mengikut teori perkembangan Gesell dan Havighurst iaitu, memilih kaedah yang sesuai, perbezaan sosialisasi dan juga emosi pelajar. Bagi faktor memilih kaedah yang sesuai. Sebagai seorang guru harus menentukan cara pengajaran yang sesuai bagi pelajar supaya objektif pengajaran kita tercapai. Oleh

itu, kita perlulah mengetahui pelajar di peringkat umur mana sebelum menentukan kaedah pengajaran. Selain daripada umur, unsur lain seperti kepantasan pelajar menerima pengajaran guru juga perlu diambil kira. Seterusnya bagi perbezaan sosialisasi pula, boleh dikatakan bahawa pelajar adalah datang dari latar belakang yang berlainan dan juga memiliki taraf sosial yang berlainan iaitu sama ada golongan atasan, golongan pertengahan dan juga golongan bawahan. Oleh itu, guru perlu mengambil serba sedikit mengenai latar belakang pelajar bagi memudahkan guru mengendali kerenah-kereneh pelajar yang berlainan. Emosi pelajar juga adalah mengikut pringkat umur tertentu. Bagi peringkat umur baru masuk persekolahan, mungkin pelajar risau dengan suasana sekolah. Manakala bagi pelajar yang memasuki sekolah menengah, emosinya bertukar pula iaitu mungkin iri hati terhadap pencapaian rakannya yang mendapat keputusan yang lebih baik daripadanya. Oleh itu, guru juga perlu mengambil kira emosi pelajar pada peringkat tertentu supaya dapat mengendalikan pelajar dengan lebih berkesan. Akhir kata, diharap guru dapat mengkaji dan memahami kedua-dua teori perkembangan Gesell dan Havighurst dengan lebih mendalam dan aplikasi dalam proses pengajaran seharian.