Anda di halaman 1dari 9

Terangkan mengapa komitmen untuk mengajar dan komitmen terhadap organisasi

boleh dijadikan salah satu faktor mementukan keberkesanan sesebuah

sekolah.Bincangkan bagaimana induksi,pembangunan staf ,penilaian prestasi dan iklim

sekolah mempengaruhi komitmen guru terhadap pengajaran dan sekolah.

1.0.PENDAHULUAN

Keberkesanan sesebuah sekolah boleh ditentukan oleh komitmen guru-guru dalam

melaksanakan tugas sebagai pendidik dan komitmen guru dalam organisasi.Komitmen

boleh didefinisikan berdasarkan tingkah laku dan sikap yang merujuk kepada

identifikasi,tahap kesetiaan dan penglibatan guru dalam organisasi sekolah.Menurut

pandangan Lachman dan Aranya (1986), komitmen adalah kesetiaan dan penerimaan

untuk matlamat dan nilai organisasi,dan kesediaan untuk berusaha bersungguh-sungguh

bagi pihak organisasi.Dengan demikian komitmen guru kepada pengajaran dan komitmen

guru kepada organisasi merupakan faktor sangat penting untuk mewujudkan

keberkesanan sesebuah sekolah.Beberapa faktor yang mempengaruhi komitmen ini

adalah induksi,pembangunan staf,penilaian prestasi dan iklim sekolah.


2.0.INDUKSI

Keperluan mengikuti kursus Induksi (PP 9 Tahun91, Para 67)

Bagi semua lantikan baru pada atau selepas 1 Januari 1992, anggota dikehendaki

mengikuti Kursus Induksi sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Objektif Kursus Induksi (SPP 2 Tahun 1992)

2.1. Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam Perkhidmatan

Awam mengenai sejarah negara, dasar utama kerajaan, rancangan dan program

pembangunan negara;

2.2. Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran. prosedur-prosedur utama, arahan-

arahan dan pekeliling serta panduan-panduan Kerajaan;

2.3. Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas

dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi.

2.4. Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam

Perkhidmatan Awam

3.0.PEMBANGUNAN STAF

4.0.PENILAIAN PRESTASI

Perkhidmatan pendidikan adalah satu industri berorientasikan pekerja atau

manusia iaitu guru. Penilaian prestasi merupakan fokus utama dalam usaha untuk menilai

hasil kerja seseorang guru berdasarkan standard piawaian yang telah ditetapkan. Justeru

itu, sistem ini digunakan bagi memastikan setiap guru memiliki kemahiran untuk
mendidik murid.Hasil laporan penilaian pretasi ini digunakan untuk pengesahan jawatan,

peningkatan kerjaya, dan penentuan gaji merit.Guru-guru yang mempunyai komitmen

tinggi berkhidmat dalam organisasi sekolah, sistem penilaian prestasi adalah satu proses

berterusan, pengembangan dan peningkatan profesionalisme keguruan .

Menurut Powney (1991), penilaian prestasi di United Kingdom mempunyai dua

tujuan utama iaitu :

i) Menggalakkan perkembangan profesional keguruan individu guru itu

sendiri.

ii) Meninggalkan kesan kepada peningkatan prestasi institusi pendidikan

terutamanya organisasi sekolah tempat guru itu bertugas.

Menurut hasil kajian oleh Kuligoski (1993) pula, penilaian prestasi berdasarkan

kepada kriteria-kriteria seperti pengurusan masa, pengurusan kelas, dan kemahiran

mempersembahkan pengajaran di dalam kelas.Selain itu, penilaian kemajuan pelajar,

penerangan pengajaran,penglibatan pelajar, hubungan interpersonal, ciri-ciri peribadi,

output pelajar, komunikasi asas, tanggung jawab profesional, perkembangan profesional,

dan kepemimpinan profesional adalah kriteria-kriteria sampingan penilaian prestasi .

Pada pandangan Omardin Ashaari (1996), penilaian prestasi guru dapat

memperbaiki prestasi dan mengukur kejayaan sendiri, menyediakan peluang untuk

pembangunan diri, menyedari kejayaan yang mereka perolehi, dan menyediakan suasana

perhubungan yang mesra dengan Pengetua atau Guru Besar dari mula mereka bekerja

hingga mencapai umur bersara mandatori.

Mengikut pengurusan organisasi sekolah di Malaysia ,tujuan utama sistem

penilaian prestasi ini adalah untuk pembangunan manusia di sekolah dan usaha mencapai
integrasi antara minat guru dengan organisasi sekolah.Selain itu, penilaian prestasi dapat

meningkatkan kualiti pendidikan di samping menyumbangkan kemahiran pengajaran

dengan lebih efektif. Pengetua atau Guru Besar dan pemegang kepentingan sekolah

“stakeholders” bertanggungjawab menilai prestasi kerja guru agar tidak terkeluar

daripada sasaran kerja yang telah ditetapkan.

Ini kerana sesetengah guru bekerja atas dasar kepentingan dan ganjaran untuk

dirinya sendiri. Manakala sesetengah guru yang lain pula, berusaha untuk maju dan

berkemampuan dalam mengendalikan kerjaya demi mencapai aspirasi organisasi

sekolah.Oleh yang demikian, impikasi yang kita perolehi daripada sistem penilaian

prestasi ialah:

i) Sumbangan daripada individu guru dalam sistem pendidikan.

ii) Ganjaran dalam bentuk moral dan kebendaan yang diberikan kepada guru

oleh sistem pendidikan .

Kesimpulannya, Pengetua atau Guru Besar menilai hasil kerja guru berterusan

untuk menjaga hubungan guru dengan organisasi sekolah dan mewujudkan pengurusan

sekolah yang berkesan dalam usaha mencapai matlamat dasar pendidikan iaitu Pelan

Induk Pembangunan Negara(PIPP) .

5.0.IKLIM SEKOLAH

Iklim Sekolah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di pengaruhi oleh budaya dan iklim

pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim yang bersesuaian dengan

matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.

Iklim sekolah bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh

dibahagikan kepada 4 faktor :

Perhubungan Interpersonal

Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, di sekolah yang berkesan , guru-guru dan

pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai

semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut.

Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan

profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah

itu.

Pengajaran dan Pembelajaran

Di sekolah yang berkesan pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh

guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang

digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti

semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-

masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian

mereka.

Kepimpinan Pentadbiran
Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada

guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam

pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap

amalan pengajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja

seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk

menggalakkan perkembangan profesional dalam kalangan mereka. Pelajar di sekolah

berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..

Kemudahan Fizikal

Pelajar dan guru disekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di

perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan

teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada

dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan

yang sehabis baik.

Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada

keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan

perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu

berada di sekolah tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1962), di sekolah yang dapat

memberikan rasa suasana yang selesa, dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan

dapat diperhatikan :

1. Guru merasa selesa, yakin dan puas.


2. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru.

3. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil.

4. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka.

5. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing

kakitangannya serta memperkembang potensi mereka.

6. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah

mereka.

Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran

berkesan. Namun begitu untuk mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan

gambaran yang lebih lengkap mengenai sekolah tersebut dan juga pemerhatian jangka

panjang serta pemantauan yang kerap terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor

yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara yang tidak tetap dan berubah-ubah

bergantung kepada keadaan semasa.

6.0.KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

Lachman R. dan Aranya N. (1986). Evaluation of alternative models of commitments and

job attitudes of professionals.Journal of occupational behaviour, Vol 7, ms. 228-

242.

Kuligoski, B.,Holdzkom, D.& French, R.L. (1993). Teacher performance evaluation in

Southeastern States: forms and functions, Journal of Personnel Evaluation in

Education, 6:335-358.

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan sekolah: suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Powney, J.(1991),Teacher appraisal:the case for a developmental approach, educational

research, 33(2): 83-92.

Anda mungkin juga menyukai