Anda di halaman 1dari 3

Diantara 10 wasiat beliau ialah: 1.

Segeralah tunaikan solat bila bila suadara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara. - Wasiat ini mengajak orang muslim supaya sentiasa menjaga dan memelihara solat dan mengerjakan pada waktunya. Kita hendaklah mendahulukan solat daripada kerja-kerja lain dan tidak ada halangan syarak yang membolehkannya solat diakhirkan. 2. Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah. - Dalam wasiat kedua ini, merangkumi empat perkara: a. Bacalah al-Quran. - Al-Quran adalah kalam suci dari Allah s.w.t untuk menjadi perlembagaan kepada manusia bagi mentadbir alam ini. Ia adalah kitab panduan yang memberi petunjuk dan hidayah yang benar..Firman Allah: "Sesungguhnya al-Quran itu memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus." (Al-Isra':9)

Ketahuilah saudaraku...perjuang Islam... Berpegang dengan ajaran Al-Quran akan membawa kekuatan dan kemenangan...jika saudaraku menyimpang dari ajarannya akan membawa kelemahan dan kehinaan!!!!!... b. Membuat Kajian (mentelaah) dan Mendengar Majlis Ilmu. - Setelah kita memperbanyakkan membaca Al-Quran, As-Shahid Hassan al-Banna menasihatkan supaya kita rajin metelaah (membaca) buku-buku dan mendengar majlis ilmu. Kedua-dua ini adalah kaedah untuk menambahkan ilmu pengetahuan agama. Ketahuilah sadaraku...bertemu dengan buku merupakan bertemu dengan "harta kekayaan". Seorang penyair pernah mengatakan " Teman manusia yang paling baik ialah buku". Saudara boleh menggantikan usia dunia yang pendek ini dengan mentelaah buku-buku yang bernilai tinggi atau melayari "blog-blog" dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan... Percayalah saudaraku...jika saudara pandai memilih buku-buku atau melayari blog-blog, dan suadara terus membaca....bererti umur saudara bertambah panjang dari sudut maknawi kerana saudara menambahnya dari "hasil umur orang lain"..Walaupun umur saudara pendek, tetapi saudara dapat melipatgandakannya dengan membaca hasilan orang lain....

Ketahuilah wahai saudaraku....mencari, menghadiri dan mendengar majlis Ilmu..amat digemari oleh para malaikat..Malaikat yang berterbangan di langgit akan berhenti dan menebarkan sayapnya jika terdapat tempat-tempat diadakan majlis ilmu...subhanallah!!!! Selain itu..wahai saudaraku..orang Islam, kesan ilmu tetap akan kekal, tidak dapat dihapuskan sehingga akhir hayat..Sabda Rasulullah s.a.w: " Apabila anak Adam mati, terputuslah (pahala) semua amalnya, kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang (sentiasa) berdoa kepadanya.".. C. Berzikirullah. - Wahai saudaraku..orang Islam, jika saudara terlalu sibuk atau tiada kepalangan waktu untuk membaca Al-Quran, atau memtelaah buku dan blog atau menghadiri majlis ilmu...masih terdapat cara lain saudara manfaat waktu saudara agar tidak terbuang begitu sahaja..Al-Shahid Hassan alBanna mengingatkan kita agar "berzikirullah" dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri, duduk atau berbaring...setiap waktu, sama ada siang atau malam, atau di masa sibuk atau lapang..agar kita tergolong orang yang sentiasa mengingati Allah ajalwajalla.. to be continued... 3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab Fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam. - Wasiat ketiga beliau ialah agar kita setiap orang muslim mengorbankan seluruh kemampuan dan tenaga untuk mempelajari Bahasa Arab Fusha (persuratan). Beliau berpendapat bercakap dalam Bahasa Arab Fusha merupakan salah satu syair yang dituntut. (Bacaan yang betul ketika membaca Al-Quran). Pendapat beliau ini disokong dengan firman Allah: " Sesungguhnya kami menurunkannya beruapa Al-Quran dengan Bahasa Arab agar kamu memahaminya." (Surah.12. Ayat :2)

4. Janganlah saudara banyakkan perdebatan (al-jadal) dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan. - Wasiat seterusnya, beliau melarang kaum muslim sengaja mengada-adakan perdebatan yang tidak memberi faedah, sebaliknya beliau menggalkkan kepada perdebatan yang membuahkan hasil sekiranya perlu. Ini kerana perdebatan( al-jidal) akan melahirkan penyakit-penyakit seperti: a. Menggalakkan manusia sentiasa dalam keadaan bergeseran/ bertelagah.

b. Kemudian penyakit ini akan memarakkan fitnah dan permusuhan antara sesama manusia kerana mencari kemenangan. c. Seterusnya ia akan memecah-belahkan umat manusia dan satu kelompok merasa gembira dengan kelompoknya. Jestru itu wahai saudaraku...orang Islam, Cukuplah bagi kita mengambil panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dalam menyelesaikan permasalahan al-Jidal ini..

Anda mungkin juga menyukai