Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR Disediakan oleh: Muhamad Ikhram Bin Johari Aniza Binti Eazan Pensyarah : Pn Anis Salwa Binti Ahmed @Adnan

SOALAN
Analisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan model sosial dengan menggunakan teknik analisis SWOT. (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats).

MODEL SOSIAL

MODEL SOSIAL
Model yang berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerjasama dalam satu komuniti. Tujuan membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain. Melatih agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Pemikiran seseorang lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Model Sosial :I. Pembelajaran Koperatif II. Main Peranan III. Simulasi

PEMBELAJARAN KOPERATIF
Maksud pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Konsep utama Pembelajaran Koperatif :i. ii. iii. iv. v. vi. Pasukan Pengurusan pembelajaran koperatif Keinginan untuk bekerjasama Kemahiran untuk bekerjasama Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif Struktur pembelajaran koperatif

Lima contoh kaedah pembelajaran koperatif :1. 2. 3. 4. 5. STAD (Student Team Achievement Division) JIG-SAW 2 TGT (Team Games Tournament) Kumpulan Pasangan Individu (Team - Pair - Solo) Giliran Berbicara

MAIN PERANAN
Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan. Misalnya, murid perlu berlakon konflik yang timbul, dan memainkan peranan watak yabg berkenaan.

Tujuan :1. 2. 3. 4. Mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain. Membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan. Mengajar murid-murid menyelesaikan masalah. Mempelajari tingkah laku sosial.

Jenis-Jenis Main Peranan :1. 2. 3. 4. 5. Memerihal Demonstrasi Latihan Cerminan Kepekaan

SIMULASI
Satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Boleh dilakukan dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.

Contoh Simulasi : Permainan saidina Permainan Sim City Situasi menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan taman permainan kanak-kanak. Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan sesuatu penerbitan.

Soalan

Apa itu analisis SWOT?


Singkatan kepada strength, weakness, opportunities dan threat. Kegunaan SWOT : untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan yang ada, kelemahan, peluang dan juga halangan (ancaman) dalam menganalisis pasaran, peluang perniagaan dan juga pengurusan perniagaan.

Objektif : Bertujuan untuk menilai faktor luaran dan dalaman yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan.

Strengths dan Weaknesses adalah merupakan faktor dari dalaman manakala Opportunities dan juga Threats adalah faktor dari luaran.

ANALISIS SWOT MODEL SOSIAL

STRENGTHS (KEKUATAN)
Meransang murid-murid bersosial dan berintelek. Membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembang idea. Dapat bertukar-tukar idea antara guru dengan murid dan murid dengan murid lain. Membawa manfaat kepada murid lemah.

Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan. Dapat menghayati nilai-nilai moral yang baik. Membina keyakinan diri pelajar.

WEAKNESS (KELEMAHAN)
Peranan guru sedikit berkurangan. Berlaku percanggahan idea. Pelajar yang pendiam kurang mendapat manfaat. Perasaan gelisah yang timbul dalam kalangan murid yang tiada pengalaman berlakon.

Hanya murid yang terlibat sahaja mendapat faedah. Prestasi pelakon yang kurang baik menimbulkan rasa bosan dalam kalangan penonton.

OPPORTUNITIES (PELUANG)
Mengasah bakat pelajar. Guru dapat mengenalpasti tahap sosial murid. Hubungan etnik bertambah baik. Kepelbagaian aktiviti dalam aktiviti main peranan. Meningkatkan kemahiran pertuturan murid.

THREATS (ANCAMAN)
Ketidaksediaan murid untuk melakukan sebarang aktiviti. Guru tidak dapat melaksanakan pendekatan model sosial secara menyeluruh. Mengambil masa yang lama untuk memupuk murid dengan model sosial. Faktor persekitaran yang berlainan-melangkau sesuatu topik, luar kawalan.

Anda mungkin juga menyukai