Anda di halaman 1dari 25

JULAI 2008

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah membaca
dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperoleh melalui
amalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa amalan membaca sebagai jambatan ilmu.
Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya lebih bercapah, di samping menyuburkan
perkembangan jiwa seseorang. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang membaca akan
ketinggalan dalam segala bidang. Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang
tinggi berdasarkan buku yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita ini
yang mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya dapat
dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di sekolah sahaja.
Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik
huruf di negara ini ialah 93 peratus. Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat
Malaysia kini hanya membaca dua bush buku setahun. Keadaan ini masih tidak memaaskan
walaupun tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu, rakyat
Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.
Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di
negara ini. Antaranya, harga buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini
menyebabkan pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku
dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat yang tidak
menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada kadar pembacaan yang
rendah. Persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa proses menuntut ilmu
harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu, beberapa tindakan waj ar diambil secara
berperingkat-peringkat dan berterusan. Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkan
kesedaran bahawa orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang
hayatnya dan akan sentiasa dihormati oleh orang lain.
Amalan membaca ialah usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan
dalam diri individu berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat
meningkatkan penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.
Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung oleh
sesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk
memastikan bahawa amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini segala ilmu dan
maklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu, hasrat kita untuk menjadi bangsa
yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai sekiranya kita tahu menghargai dan
memartabatkan ilmu melalui pembacaan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Membaca Santapan Rohani dan Minda' oleh Huzaimi
Baharudin, Dewan Masyarakat, Januari 2006)
NOV. 2007
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi
masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan
pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara.
Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan
kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat mumi kementerian ini menghadapi beberapa kekangan,
antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.
Untuk mengatasi masalah ini(kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas
Khas Menangani Gejala Disiplin) Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam
ditenma di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan
lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel
untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini. Kementerian Pelajaran akan
mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. lbu bapa dan orang aware boleh
membuat aduan tentang masalah disiplin mund. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi
sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.
Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk
mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan
murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelaj aran telah
mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib j ika
menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana
Kementerian Pelaj aran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya
sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.
Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang
sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun
demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu.
Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang
melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenamya
bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan
kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan
Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat
negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Realiti Semasa Masalah Disiplin Pelajar' oleh Noor
Khairiyati Mohd. Ali, Dewan Masyarakat, April 2005)
JULAI 2007.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu
karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Batu karang merupakan haiwan kecil yang ada kaitan dengan anemone laut. Setiap
haiwan batu karang dinamai polip. Badannya berisi: bendalir dan kelihatan seperti plastik.
Hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat yang digunakan untuk menangkap haiwan air
yang lalu di hadapannya. Polip menghasilkan satu rangka batu kapur keras yang
mengelilinginya dalam bentuk cawan. Apabila polip itu mati, rangka yang keras itu akan terus
kekal.
Kejadian batu karang yang mcmbentuk terumbu karang seperti yang dapat dilihat
sekarang bukan tercipta dalam masa sehari dua tetapi mengambil masa beratus-ratus tahun.
Terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Hidunan laut ini diangkap
perhiasan `lantai laut' atau ‘pelangi laut'. Kira-kira 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia
bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan kehilangan
habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Akibatnya, pendapatan nelayan terjejas dan manusia
kekurangan satu sumber protein yang terbesar.
Pemuliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk
melemahkan kekuatan ombak selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh
memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90 peratus tenaga ombak. Secara tidak
langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan pantai yang serius. Dari
sudut pelancongan pula, terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang
yang cantik menjadi tumpuan penyelam seperti di beberapa kawasan perairan Terengganu,
Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak
menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan usaha ini membantu
pembangunan di kawasan tersebut.
Selain itu, suatu hal yang menarik tentang batu karang ialah penemuan terkini oleh
para saintis. Mereka mendapati batu karang boleh menjadi pengganti tulang manusia kerana
strukturnya yang seakan-akan tulang manusia. Tulang tiruan yang diperbuat daripada batu
karang yang telah mati itu dinamakan coragraph. Penemuan ini memberikan harapan baru
kepada para doktor dalam usaha menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengganti
tulang manusia.
Walau bagaimanapun, terumbu karang juga tidak terlepas daripada ancaman
kepupusan. Antara ancaman yang dihadapi ialah pencemaran air dan aktiviti manusia seperti
pengambilan batu karang dari dasar laut dan kaedah penangkapan ikan yang merosakkannya.
Oleh itu, kita pcrlu melindungi terumbu karang untuk mengelakkannya daripada musnah dan
pupus. Jika kita membiarkan terumbu karang yang menjadi sebahagian daripada ekosistem
maritim itu musnah, kita bukan sahaja kehilangan khazanah berharga malah turut terdedah
kepada ancaman bencana alam dalam hidup kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Memulihara Terumbu Karang' oleh Anida Salwani,
Berita Harian, 13 November 2001)
NOV 2006

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa
dalam masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang
menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa
meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya
merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk
menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan
Nilai Murni. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua
pihak untuk melahirkan warganegara yang berhemah tinggi.
Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah
eloknya tradisi dalam masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-mana
sahaja pada setiap masa. Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-
menolong tidak boleh diabaikan. Amalan ini akan menyemai perasaan hormat-
menghormati di samping mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Antara
amalan harian yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu
termasuklah budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia.
lbu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak
supaya membesar dengan akhlak yang terpuji. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini
terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing. Pada peringkat sekolah pula, guru-guru
perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni
kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah. Satu langkah drastik yang dilakukan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa
wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah. Malahan amalan ini perlu dihayati
dan diamalkan oleh seluruh rakyat. Dengan perkataan lain, setiap orang bertanggungjawab
dalam mengekalkan nilai budi bahasa itu.
Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju
menjelang tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada
ukuran kemajuan bangsa dan negara. Budi bahasa dan amalan murni tidak dapat bercambah
tanpa usaha untuk memupuknya. Rakyat dan kerajaan mesti berusaha beruama-sama untuk
mewujudkan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. Untuk tujuan itu, kita
perlu ingat-mengingatkan supaya amalan murni yang kian terhakis itu menjadi amalan
pada setiap masa. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan
kerjaan untuk menerapkan amalan mulia ini dalam fikiran, perilaku dan hati budi
warganegara Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat. Kempen ini diharapkan dapat
meneguhkan keperibadian dan mempamerkan jati diri dan imej rakyat Malaysia yang
positif kepada masyarakat antarabangsa.
JULAI 2006

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan kcrja
berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bcgitu banyak pcribahasa Melayu yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya
amalan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu kerja. Antaranya termasuklah berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing dan bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Konsep bekerjasama inilah yang
menjadi asas kepentingan kerja berpasukan dalam organisasi yang bermula pada awal abad kc-18,
selcpas berlakunya revolusi perusahaan dan berkembang sehingga sekarang. Sebclum revolusi
perusahaan, pengurusan dan pentadbiran organisasi dilakukan oleh pekerja yang mendapat arahan
daripada ketua mereka. Mereka tidak berpeluang untuk memberikan pendapat atau berbincang
tentang kerja yang hendak dilaksanakan. Sebaliknya, pekerja diarah seperti robot yang dikawal.
Lauza (1985) telah mendefinisikan kerja berpasukan sebagai kumpulan yang terdiri
daripada beberapa individu yang bekerja secara bersama-sama dan kejayaan seseorang pekerja
bergantung pada kejayaan kumpulan. Pemimpin atau pengurus yang berjaya membentuk dan
mengemudikan kerja berpasukan dengan berkesan akan dapat melahirkan organisasi atau institusi
yang produktif dan cemerlang. Antara kebaikan kerja berpasukan ialah kerja atau tugas yang
dipertanggungjawabkan akan menjadi lebih mudah dan berkesan, di samping dapat mewujudkan
suasana persekitaran kerja yang harmonis dan menyeronokkan. Kerja berpasukan juga
menyebabkan terbentuknya komunikasi berkesan antara ahli kumpulan. Apabila sesuatu tugas dan
tanggungjawab diamanahkan kepada sesebuah kumpulan, maka ahlinya akan memulakan
perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Langkah ini merupakan asas komunikasi
yang berkesan dalam kumpulan. Semasa perbincangan akan muncul lontaran idea di samping
pendapat pro dan kontra tentang sesuatu isu. Langkah ini akan menghasilkan satu keputusan yang
dipersetujui secara kolektif tentang cara untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan kepada mereka. Keputusan kolektif ini juga akan menjadi pemangkin kepada ahli
kumpulan untuk memberikan komitmen mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan
dilaksanakan.
Antara prinsip kcrja berpasukan ialah komunikasi yang kerap, berkesan dan berterusan.
Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan hubungan yang baik dan akrab dalam kalangan
ahli. Kekerapan berinteraksi sesama ahli akan memberikan peluang kepada mereka untuk saling
mengenali, mengetahui dan memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing. Akhirnya akan
tcrcctuslah perasaan hormat-menghormati dan bekerjasama sesama mereka. Apabila terdapat rakan
yang tidak dapat menyertai kumpulannya kerana masalah tertcntu, tugas yang ditetapkan masih
dapat dilaksanakan oleh ahli kumpulan yang lain. Kerjasama dalam kumpulan kerja juga dapat
mendorong ahli mencapai visi dan misi yang pasti akan membantu kecemerlangan organisasi
tcrsebut.
NOV 2005

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan


hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam
masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat
memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu,
jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa
bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang
pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita.
Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi
bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin
keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah
dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat
dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial
seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita
perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli
masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah,
`sediakan payung sebelum hujan'. Jiran yang hidup dalam suasana berkerjasama dan
mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang
menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak
pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan,
negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam
keadaaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran.
Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semngat toleransi, saling mempercayai
dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslab bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada
perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang
makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih
gemilang pada masa akan datang.
JULAI 2005
Baca petikan di bativah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menguruskan tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tekanan didefinisikan sebagai situ tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman
pahit atau sukar yang dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan
buruk terhadap mental, emosi dan jasmani.Oleh itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya
tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan dan
bukan tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu setiap individu perlu mengetahui cara-
cara menguruskan tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka.
Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu
mengelakkan gejala ini sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan
sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi pergaulan. Beriadah merupakan salah satu
amalan budaya hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang
berkualiti dan menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu
membuang segala perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan
dengan memberikan kata-kata perangsang yang dapat meredakan perasaan negatif supaya kita
berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang. Walau bagaimanapun, jika kita gagal
berbuat demikian, kita boleh memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara
buruk itu. Seseorang itu dapat menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun
sesuatu perkara itu menyakitkan hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya.
Kita hendaklah memahami bahawa kitalah yang bertanggungjawab menentukan emosi kita.
Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa perasaan marah tidak memberikan keuntungan,
sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih buruk.
Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang
menggembirakan kehidupan kita. Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaan-
kejayaan yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat demikian, dia berasa lebih yakin
dan mampu menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat
menghindarkan tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak
keseorangan dalam menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada
orang yang boleh dipercayai secara terus-terang dan tidak menyimpannya dalam hati kerana
masalah yang dipendam akan menjadi racun yang membunuh secara senyap.
Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat
melupakan masalah yang dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan
agama masing-masing supaya dapat menenangkan fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa
masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita lemah dalam penghayatan agama.
JULAI 2004 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah yang dihadapi
oleh sektor perubatan awam di Malaysia dan cara-cara mengatasinya.. Panjang rumusan
hendaklah ticlak melebihi 120 perkataan.

Pertumbuhan pesat pusat-pusat perubatan swasta di negara ini telah mewujudkan


fenomena penghijrahan kakitangan perubatan dan kesihatan dari sektor awam ke sektor swasta.
Penghijrahan ini bukan sahaja melibatkan doktor dan doktor pakar malah turut melibatkan
jururawat dan juruteknik. Keadaan yang berlaku ini sudah tentu menimbulkan masalah kekurangan
tenaga kerja di hospital kerajaan. Penghijrahan ini menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan untuk
rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan tidak mampu mendapatkan perkhidmatan di pusat
perubatan swasta.
Jika kita tinjau hospital-hospital di luar bandar khususnya, bilangan doktor di sini jauh
daripada cukup dan tidak dapat memenuhi keperluan orang ramai. Fenomena tidak cukup doktor
nampaknya sudah berlarutan sejak sekian lama walaupun setiap tahun ribuan doktor telah lulus dari
pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.
Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sebelum tahun 1980, kira-kira 45%
doktor berkhidmat di sektor swasta. Namun, semenjak tahun 1980 apabila kerajaan menggalakkan
penglibatan sektor swasta dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan, jumlah doktor yang
berhijrah semakin meningkat. Antara tahun 1983 hingga tahun 1997, bilangan hospital swasta, wad
ibu bersalin dan pusat latihan kejururawatan bertambah daripada 119 buah kepada 216 buah.
Kebanyakan pusat rawatan ini hanya terdapat di bandar besar dan menyediakan perkhidmatan untuk
penjagaan sekunder dan tertiari. Pada pertengahan tahun 90-an pula, terdapat 55% doktor yang
berdaftar telah berkhidmat di sektor swasta. Universiti Sains Malaysia telah kehilangan 19 orang
tenaga pengajar fakuiti perubatan pada tahun 1988. Pada tahun 1998, kekurangan tenaga dan kualiti
tenaga pengajar juga turut menjadi isu. Persatuan Perubatan Malaysia menganggarkan bahawa
terdapat kira-kira 30% jawatan doktor di hospital awam yang masih belum diisi. Malah terdapat
juga kekurangan kakitangan dalam bidang paramedik.
Perkembangan pesat pusat perubatan swasta telah menggalakkan perpindahan doktor
kanan dan doktor pakar dari hospital kerajaan. Perpindahan ini disebabkan oleh hasrat mereka
untuk mendapatkan gaji yang lebih baik dalam sektor swasta. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan sumber tenaga manusia dalam sektor perubatan awam. Perpindahan doktor
kanan dan doktor pakar ini turut menjejaskan latihan untuk bakal doktor pakar dan menjejaskan
perkhidmatan perubatan yang kebanyakannya dilaksanakan oleh doktor-doktor dalam perkhidmatan
awam.
NOV 2004

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan
badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu
simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka
mendapatkan rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan
sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik
dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang
memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu.
Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang
ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan
pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan
segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang
ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik
kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan
bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun,
terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai
melalui media.
Dengan cara ini, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif
dan komprehensif. Semua penghidap penyakit kronik akan memperoleh manfaat dan bukan hanya
pesakit kronik yang mempunyai kedudukan tertentu sahaja. Namun begitu, orang ramai yang ingin
menyumbangkan derma secara langsung kepada individu tertentu masih boleh berbuat demikian.
Sumbangan mereka ini haruslah digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan beban badan
yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak
berupaya untuk mendapat bantuan daripada pihak lain.
Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah wujud banyak badan kebajikan dan badan
amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus
bersyukur kerana badan-badan ini telah banyak memberikan sumbangan kepada kebajikan rakyat di
negara ini. Namun begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan, kita percaya lebih
banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan mendapat manfaat. Sememangnya
kerajaan dan badan-badan amal tidak akan dapat membantu semua orang yang memerlukan bantuan
tersebut. Kita berharap agar penyelarasan yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada
golongan yang berkenaan seluas-luasnya.
Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi
jenis, kos dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang
yang disumbangkan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat
penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu ciri
penting sesebuah negara penyayang.
JULAI 2003 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kekangan yang akan
dihadapi untuk memberi kuasa polis bantuan kepada pihak pentadbir sekolah dan faedah-
faedah memberi kuasa tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melehihi 120 patah perkataan.

Cadangan memberikan kuasa polis bantuan kepada pengetua atau guru disiplin pernah
dibangkitkan ketika isu masalah sosial di kalangan pelajar hangat diperkatakan. Syor itu dibuat
kerana guru disiplin dikatakan takut bertindak terhadap pelajar nakal kerana bimbang akan
keselamatan diri mereka terancam. Dengan adanya kuasa polis bantuan itu, guru disiplin atau
pengetua boleh bertindak seperti anggota polis, termasuk menahan reman pelajar yang terbabit
dalam kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang sehingga selesai siasatan. Walau
bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan daripada ibu bapa atas alasan penggunaan kuasa
polis bukan jalan penyelesaian terhadap masalah disiplin pelajar. Mereka berasa tindakan
menakutkan pelajar tidak mendatangkan kesan yang mendalam, sebaliknya pelajar perlu diberi
kesedaran mcnerusi nasihat, rundingan dan kaunseling. lbu bapa jua bimbang akan berlakunya
penyalahgunaan kuasa oleh pengetua dan guru disiplin.
Persatuan guru pula beranggapan bahawa pengetua dan guru disiplin yang diberi
kuasa polis bantuan akan sentiasa terikat dengan undang-undang dan prosedur polis, sedangkan
pada masa yang sama mereka terikat pula dengan peraturan Kementerian Pendidikan. Kesannya
pengetua menghadapi dilema dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepengetuaan. Hal ini
bukan sahaja menambah beban tugas pengetua bahkan juga mencetuskan pelbagai kerumitan.
Walaupun langkah ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha mumi antara pihak polis
dan Kementerian Pendidikan untuk membendung masalah disiplin di sekolah namun pemilik kuasa
ini juga terdedah kepada tindakan undang-undang oleh ibu bapa dan penjaga yang kurang berpuas
hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap anak-anak mereka. Dalam pada itu, kedua-dua pihak
ini perlu mencari titik pertemuan yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, jenis kuasa
polis, had serta tanggungjawab pengetua dan guru disiplin ketika melaksanakan kuasa polis bantuan
itu.
Satu lagi persoalan yang timbul ialah bahawa kebanyakan guru disiplin dan pengetua
tidak mempunyai pengetahuan ilmu undang-undang yang mendalam sebelum boleh menerima
kuasa itu. Jadi adakah mereka mampu dan berani bertindak dalam keadaan yang sedemikian. Para
guru juga akan beranggapan bahawa langkah ini hanya akan menunjukkan kegagalan mereka dalam
mendidik para pelaiar menjadi insan yang sempuma sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Hal ini akan mencalar imej mereka sebagai pendidik menurut kaca mata
masyarakat. Walau apapun alasannya, cadangan ini haruslah dihalusi sebelum dilaksanakan agar
pelaksanaannya dapat diterima oleh semua pihak dan mencapai matlamat sebagaimana yang
diharapkan.
NOV 2003 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelabelan
makanan dan hak-hak pengguna. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Pelabelan makanan ialah keterangan tentang tahap kandungan nutrien yang terdapat
pada label makanan. Hal ini merupakan keterangan yang benar tentang kualiti pemakanan bahan
makanan tersebut. Peraturan makanan sekarang yang dikenal sebagai Peraturan Makanan Malaysia
1985 tidak mewajibkan pelabelan makanan pada setiap makanan. Perkara ini termasuklah makanan
yang bertujuan khusus seperti susu formula bayi dan makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan
kanak-kanak.
Pelabelan makanan memberikan keterangan tentang kandungan nutrien setiap
makanan yang dikeluarkan. Langkah ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih
bijak tentang makanan yang hendak dibeli. Pada masa yang sama, usaha ini merupakan cara untuk
memberitahu pengguna tentang kualiti sesuatu bahan makanan. Makanan yang diperkaya dengan
vitamin atau mineral tertentu perlu ada keterangan tentang jumlah nutrien pada labelnya. Bagi
makanan di pasaran yang didapati mempunyai pelabelan makanan, kebanyakan label berkenaan
diletakkan sendiri oleh pengeluar secara sukarela. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang
pelarasan dari segi format yang digunakan untuk menerangkan kandungan nutrien dalam makanan.
Adakala berlaku kesilapan pada pelabelan nutrien itu.
Di kebanyakan negara, pelabelan makanan tidak diwajibkan. Namun, kini banyak
negara yang sedang mengkaji keperluannya kerana pelabelan makanan memainkan peranan penting
dalam memajukan industri makanan. Pelabelan makanan dapat menyokong aktiviti pendidikan
pemakanan kerana langkah tersebut menggalakkan penggunaan prinsip makanan dalam pemilihan
makanan. Secara langsung, hal ini dapat membantu suri rumah menyediakan sajian yang bermutu
dan seimbang untuk keluarga.
Tindakan ini juga membolehkan pengeluar makanan dan peruncit mengutamakan
kandungan zat makanan dalam setiap produk yang dikeluarkan dan dijual kepada pengguna.
Kriteria dalam pemilihan makanan yang akan diwajibkan pelabelan ialah kekerapan produk
makanan itu digunakan, jumlah kuantiti yang dimakan dan pentingnya produk makanan tersebut.
Tenaga, protein, karbohidrat, dan lemak merupakan aspek penting dalam pelabelan makanan.
Maklumat tentang nilai tenaga perlu diberikan sebagai kilokalori setiap 100g atau setiap 100 ml
makanan atau setiap bungkus makanan jika bungkusan itu hanya terdiri daripada satu hidangan.
Maklumat tentang jumlah protein, karbohidrat, dan lemak dalam makanan perlu dinyatakan dalam
setiap 100g atau setiap 100 ml atau setiap bungkus jika bungkusan itu hanya terdiri daripada satu
hidangan. Secara tidak langsung, keadaan ini akan menggalakkan pengguna membeli makanan
yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan mereka.
JULAI 2002 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan Industri Kecil
dan Sederhana dalam pemhungunan ekonomi negara dan langkah-langkah memajukannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi
negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak inisiatif bagi
merancakkan lagi pertumbuhan industri ini selain memberi penekanan kepada pembangunan
industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam konteks pembangunan sesebuah
negara. Pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi membolehkan Malaysia
wujud sebagai negara perindustrian yang dinamik.
Selain menyediakan keperluan dalam negara, IKS juga boleh menumpukan
usahanya kepada mengeksport pelbagai jenis barangan industri. Orientasi kepada penggantian
import boleh mengurangkan pengaliran wang ke negara lain. Malaysia mengimport pelbagai jenis
barang industri dari luar negara termasuk alat ganti kenderaan, bahan makanan, alat-alat elektronik
dan alat-alat pertanian. Alat-alat ini boleh dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan
tempatan sekiranya IKS dapat dibangunkan. Langkah ini amat penting bagi menjadikan Malaysia
tidak terlampau bergantung kepada barangan import yang semakin membebankan negara dari segi
pertukaran mata wang.
Pembangunan industri berat yang berlaku di negara ini terutama industri besi dan
keluli, industri motor, petroleum. elektronik dan percetakan boleh mendorong perkembangan IKS.
Di samping itu, IKS juga dapat membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara.
Pemindahan kepakaran teknologi boleh berlaku sekiranya industri berat dapat meluaskan skim
latihannya kepada IKS. Sekiranya Konsep Payung dapat diwujudkan dalam konteks pembangunan
industri berat dengan IKS maka peranan industri berat akan lebih terserlah dari segi mengukuhkan
perkembangan IKS.
IKS terus berkembang dalam mencorakkan struktur ekonomi negara. Melalui Dasar
Perindustrian Negara, IKS telah melahirkan golongan industrialis yang berwibawa dan dapat
memainkan peranan positif dalam usaha Malaysia menjadi negara industri. IKS dalam tempoh
jangka panjang boleh berkembang dan beransur-ansur menjadi industri berat. Negara membangun
seperti Malaysia perlu menyediakan pelbagai insentif bagi membangunkan IKS tempatan. Dengan
perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-21 dan selaras dengan Wawasan 2020, Malaysia
telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri yang melibatkan pembangunan pelbagai bentuk
dan jenis industri agar setanding dengan negara-negara maju. Melalui Pelan Induk Pembangunan
Industri ini adalah diharapkan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian akan dapat
dicapai dengan lebih cepat sebelum tempoh yang ditetapkan.
NOV 2002

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk
meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan kerajaan dan
masalah-masalah yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kini terdapat pendedahan oleh beberapa pihak bahawa ada kakitangan kerajaan yang
enggan menggunakan kemudahan teknologi maklumat di jabatan masing-masing. Perkara
seumpama ini tidak harus dibiarkan berterusan dan kakitangan kerajaan yang terlibat harus
memandang serius pendedahan tersebut..
Menyedari hakikat ini, kerajaan bertindak mengadakan pelbagai kempen kesedaran di
kalangan kakitangan. Kesannya, sebahagian kakitangan kerajaan mulai sedar akan kepentingan
teknologi maklumat dan telah berjinak-jinak menggunakan komputer. Mereka mula mengubah
sikap dan menganggap penggunaan teknologi maklumat bukan lagi membebankan sebaliknya
membantu mereka menghadapi cabaran dan perubahan. Sementara itu, ketua-ketua jabatan pula
mula mengenal pasti kakitangan di jabatan masing-masing yang belum menguasai kemahiran
komputer ini dan merangka program untuk mendekatkan mereka dengan alat-alat ini melalui
pelbagai kursus.
Kita faham bahawa terdapat sebahagian kakitangan kerajaan yang tidak begitu positif
pandangannya terhadap teknologi maklumat ini. Mereka lebih selesa menggunakan alat-alat dan
cara lama. Menyedari hal ini, kerajaan bertindak menggantikan peralatan lama dengan peralatan
canggih dan mereka terpaksa belajar menguasainya supaya dapat melaksanakan kerja dengan
mudah seperti orang lain. Di samping itu, kerajaan menggalakkan penggunaan e-mail dalam urusan
pentadbiran. Urusan pendaftaran, pembayaran dan sebagainya yang dilakukan secara e-mail dapat
menjimatkan masa dan kos. Tindakan ini mendorong kakitangan kerajaan memahirkan diri dengan
internet.. Perkara ini perlulah dipandang serius kerana keperluan teknologi maklumat dalam
pentadbiran sudah banyak dan lama dihebahkan oleh kerajaan. Sesiapa yang tidak menyertainya
sudah pasti akan ketinggalan.
Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan daya saing negara dan menggagalkan usaha
untuk mewujudkan kerajaan elektronik. Dengan itu, tidak patut mana-mana kakitangan kerajaan
ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat. Bagi mengatasinya, kerajaan telah mula
mengambil kakitangan baru yang mempunyai kemahiran komputer.
Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha besar untuk menyemai budaya teknologi
maklumat. Pada peringkat negara, usaha ini merangkumi penubuhan Koridor Raya Multi Media dan
menggalakkan pemilikan komputer peribadi melalui kelonggaran mengeluarkan simpanan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tersebut. Negara sedar bahawa masa
depan dunia terletak pada pengurusan maklumat, lebih-lebih lagi gagasan k-ekonomi menghendaki
peningkatan keupayaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat dan rakyat di negara ini. Selain
itu, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) telah merangka program
yang sesuai supaya kakitangan kerajaan menguasai teknologi maklumat. Sesungguhnya
kemakmuran masa depan negara terletak pada keupayaan rakyatnya termasuk kakitangan kerajaan
menguasai teknologi maklumat..
NOV 2001

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab penulis
dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Penulis sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dalam mencorakkan


cara berfikir dan bertindak anggota masyarakat. Ini kerana hasil tulisannya sama ada yang
diterbitkan dalam media cetak atau media elektronik, secara langsung atau tidak langsung
memberikan kesedaran, bimbingan dan tunjuk ajar kepada masyarakat. Untuk mencetuskan
perubahan dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, penulis perlulah terlebih dahulu memupuk
dan menjiwai kebaikan dalam kehidupannya. Jika penulis sendiri mengalami penjajahan fikiran dan
jiwa, maka tulisannya tidak akan dapat menjurus ke arah kebaikan. Mustahil penulis boleh
mendidik jiwa dan pemikiran masyarakat jika dia sendiri tidak terdidik. Masyarakat akan hilang
keyakinan kepada mereka dan proses pembangunan negara akan terencat kerana masyarakat
mengalami krisis nilai yang gagal ditangani oleh penulis.
Mesej kebenaran dan kebaikan dapat disampaikan melalui seruan yang berhikmah
dan pengajaran yang baik. Oleh sebab itu, penulis mestilah terlebih dahulu berubah kepada
kebaikan atau berusaha ke arah itu. Jika tidak, kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan
bayang-bayang yang lurus. Penulis bukanlah peniaga yang sangat terikat oleh kehendak komersial
untuk melariskan jualannya. Justeru itu, penulis sekali-kali tidak boleh merosakkan masyarakat
dengan menghidupkan sesuatu yang diminati dan ada nilai komersial sehingga menghancurkan
akhlak dan budi pekerti.
Tulisan berunsur gosip-gosip liar, lucah dan skandal memang laris tetapi hakikatnya
boleh merosakkan jiwa dan pemikiran. Wajarkah penulis 'mencari makan' dengan cara ini? Sebagai
pemimpin tidak rasmi, mereka mestilah berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
masyarakat dengan buah fikirannya yang bernas dan memberikan formula penyelesaian melalui
tulisan mereka dengan perantaraan media massa yang ada.
Tanpa usaha bersungguh-sungguh oleh penulis, sudah pasti krisis nilai yang berlaku
dalam masyarakat akan berterusan. Malang sekali sekiranya penulis bukan sahaja tidak boleh
memberikan formula penyelesaian masalah, malah mereka mencipta masalah baru. Tulisannya
penuh dengan fitnah, caci maki, adu domba, umpat keji, penghinaan dan seupamanya. Akhirnya,
berleluasalah permusuhan, pertelingkahan dan krisis. Media sudah dijadikan gelanggang silat,
bukan permaidani penyelamat.
Sehubungan dengan itu, penulis dianggap gagal jika tulisannya tidak mampu
menyelesaikan masalah masyarakat. Tulisannya walaupun indah dan sedap dibaca umpama pisau
perhiasan, sungguhpun cantik tetapi tumpul untuk memotong. Oleh sebab itu, penulis mestilah
mempunyai maruah hidup untuk tidak mengorbankan prinsip kerana harga diri seseorang, termasuk
penulis terletak pada prinsip hidupnya.
NOV 2000 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
penghalang kemajuan sektor pertanian di Malaysia. dan langkah-langkah mengatasinya.
Rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebelakangan ini sektor pertanian mendapat perhatian lebih istimewa, mungkin


kerana menyedari risiko melaksanakan projek dalam sektor tersebut tidak sebesar yang dihadapi
dalam industri pembuatan. Apa yang kita nampak, risiko dalam industri pertanian disebabkan
pergantungannya yang begitu besar kepada keadaan alam khususnya faktor hujan dan panas
matahari.
Sektor ini juga kurang diberi penekanan pada masa lalu, terutama dari segi pemasaran
yang banyak membantutkan usaha pertanian untuk digerakkan secara agresif dan masalah penyakit
yang boleh memusnahkan tanaman dan ternakan. Bagaimanapun, hari ini kita terpaksa menerima
hakikat bahawa sektor pertanian adalah penyelamat kepada ekonomi negara jika negara diancam
kejatuhan nilai mata wang dan nilai pasaran saham yang merudum.
Menyedari hakikat ini, kita berpendapat bahawa kerajaan perlu membuka ruang untuk
menghidupkan sernula sektor ini secara bersungguh-sungguh. Ini tidak bermakna bahawa kita
mengalih perhatian daripada sektor perindustrian ke sektor pertanian semula kerana tidak dapat
dinafikan sektor perindustrian membawa hasil yang lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dan pendapatan negara, Dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu menggalakkan
petani bergiat cergas memajukan industri pertanian kerana pada realitinya sektor ini merupakan
sektor yang paling selamat. .Kesempatan ini juga perlu digunakan untuk mengerakkan golongan
muda merebut peluang dalam sektor pertanian dan tidak semestinya berhijrah semata-mata untuk
bekerja makan gaji.
Tarikan untuk rakyat bergiat dalam sektor ini adalah menerusi kemudahan yang
disediakan oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan, bank, institusi atau agensi terbabit. Sebelum ini
ramai yang merungut kerana kesukaran mendapat dana untuk mengusahakan tanah. Bank dan
institusi kewangan tidak begitu melayan permohonan mengusahakan projek pertanian kerana pihak
berkenaan menganggap sektor ini kurang menguntungkan berbanding dengan projek industri
pembuatan atau perkilangan. Bank dan institusi kewangan juga mengenakan pelbagai syarat yang
ketat kepada petani untuk mengusahakan tanah mereka. Semua ini menyebabkan sektor pertanian
hilang tarikannya.
Keadaan bertambah serins apabila petani bersikap dingin untuk mendapatkan nasihat
pakar daripada pelbagai institusi yang berasaskan pertanian seperti Universiti Putra Malaysia
(UPM), FELDA, RISDA dan Persatuan Peladang Kawasan (PPK). Kita tidak wajar disogok dengan
alasan bahawa sektor pertanian tidak dapat memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara.
JULAI 1999 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat pembakaran
hutan secara terbuka dan cara-cara mengawalnya.. Rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan

Kebakaran hutan secara terbuka yang berlaku di negara ini sudah mencapai tahap
serius lebih-lebih lagi apabila kebakaran itu beriaku pada musim kemarau. Oleh sebab kekurangan
air maka kebakaran itu akan merebak dengan pantas dan sukar di kawal. Tragedi itu memburukkan
keadaan cuaca di negara ini.

Oleh yang demikian, amaran keras tentang pengawalan kualiti alam sekitar yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam kes pembakaran hutan tidak boleh dipandang ringan. Pihak
yang ingkar, hendaklah didakwa di mahkamah. Di samping itu, kerajaan negeri hendaklah bertindak
tegas terhadap pembakar hutan di negeri masing-maauig. Kebanyakan negeri mempunyai kawasan
hutan yang luas dan kemungkinan berlaku kebakaran hutan adalah tinggi Apabila hutan terbakar,
api sukar dipadamkan kerana tiupan angin yang kencang, kesukaran perhubungan dan kekurangan
peralatan. Tambahan pula, kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan memerlukan tenaga pekerja
dan wang bukan sedikit Sehubungan ini, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengambil langkah-
langkah pencegahan untuk mengelakkan kerugian dan pembaztran.

Kabinet telah meluluskan dan memberi kuasa kepada polis, bomba, jabatan kesihatan
dan pihak berkuasa tempatan untuk menahan, menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak yang
melakukan pembakaran hutan secara terbuka. Menerusi langkah ini, diharapkan perbuatan
membakar hutan boleh dibendung kerana selama ini tugas itu hanya dilakukan oleh pegawai-
pegawai Jabatan Alam Sekitar sahaja. Keempat-empat agensi ini wajar mernbuat penyelarasan bagt
mengelakkan pertindihan kerja. Pembahagian kawasan pemantauan mesti disusun secara sistematik.
Kerja-kerja pemantauan mesti dilaksanakan segera bagi mengelakkan kemungkinan ada pihak yang
tidak bertanggungjawab meneruskan perbuatan ini. Kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan
persekitaran yang tidak sihat malah tindakan tersebut membunuh pelbagai spesies binatang yang
terdapat di kawasan berkenaan. Selain itu, kebakaran juga memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan
akar kayu yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

Pembakaran hutan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengusahakan kawasan itu
secara haram sama ada untuk bercucuk tanam atau tujuan lain. Oleh itu, pihak: berkuasa mestilah
sennasa meninjau kawasan hutan yang berkemungkinan diteroka secara haram.. Rakyat pula mesti
prihatin untuk menghalang tindakan tidak bertanggungjawab ini kerana kebakaran hutan bukan
sahaja menimbulkan masalah debu tetapi juga mencemarkan alam sekitar. Lagipun tindakan
memusnahkan tumbuhan hijau samalah dengan kita merelakan alam ini terdedah kepada pelbagai
bencana
NOV 1999

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang kekangan dalam
penerbitan buku ilmiah di negara kita dan langkah-langkah memajukannya. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Banyak penerbit swasta kurang berminat untuk menerbitkan buku-buku ilmiah


yang mempunyai pasaran yang terhad sedangkan kos pengeluarannya pula tinggi. Ini adalah ekoran
daripada peningkatan kos pengimportan kertas dan bahan-bahan cetak. Keadaan ini dialami bukan
sahaja oleh negara kita malah oleh negara-negara membangun yang lain. Para penerbit tidak berani
menanggung risiko kerugian kerana penerbitan ilmiah ialah penerbitan yang tidak berorientasikan
keuntungan. Jika dibandingkan dengan penerbitan bahan-bahan bacaan ringan seperti majalah
hiburan, humor dan novel, kadar keuntungannya bukan sahaja sedikit malah untuk mendapatkannya
mengambil masa yang agak lama. Walaupun dari aspek perniagaan penerbit-penerbit tidak
mendapat keuntungan tetapi mereka berjaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada pembaca.

Pada keseluruhannya, pengembangan penerbitan ilmiah di negara ini, khasnya


jurnal masih di peringkat awal. Hampir keseluruhan jurnal ilmiah yang sedia ada berusia antara 15
hingga 25 tahun sahaja. Penerbitan ilmiah mula berkembang setelah penerbitan jurnal terawal iaitu
'Malaysian Nature' pada tahun 1925. Perkembangan dan peri pentingnya jurnal sebagai media
wacana ilmiah di kalangan penyelidik dan ahli akademik adalah sealiran dengan hala tuju
penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bersandarkan kepada tiga elemen iaitu
pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Tanpa kehadiran pelbagai bahan bacaan ilmiah ini, para
penyelidik, penyampai ilmu dan penerima pengetahuan itu juga tidak mempunyai bahan sokongan
untuk memperdalam ilmu yang diperkatakan.

Kegigihan menerbitkan wacana ilmiah di negara ini hanya dilakukan oleh penerbit
yang memperoleh sumbangan kewangan atau tajaan seperti IPT, DBP atau institut-institut
penyelidikan. Hasil kajian UNESCO yang diterbitkan pada tahun 1988 turut mengenal pasti
kekurangan tenaga kerja yang terlatih sebagai halangan pembangunan buku ilmiah di Malaysia.
UNESCO juga mendapati bahawa Malaysia tidak mempunyai sistem pengedaran dan promosi yang
mantap terutama di kawasan luar bandar. Penerbitan ilmiah, sama ada diterbitkan secara komersil
atau tidak, terpaksa bekerja secara rapat dengan penulis berwibawa yang sangat-sangat diperlukan.
Negara kita ketandusan penulis-penulis seperti ini. Kesannya, kebanyakan artikel yang diterbitkan
kurang bermutu. Ini menjadi faktor yang menyebabkan penjualan hasil tulisan ilmiah terjejas dan
edarannya di pasaran terhad. Tambahan pula pengguna hari ini bijak memilih dan menilai kualiti
bahan bacaan mereka. Bahan bacaan ilmiah yang lebih berkualiti dari luar negeri akan menjadi
pilihan mereka walaupun harganya lebih tinggi berbanding bahan ilmiah tempatan.

Dalam usaha membina korpus penerbitan ilmiah, semua pihak perlu memberikan
komitmen yang tinggi serta bersama-sama memikirkan dan menjayakan usaha melahirkan
penerbitan ilmiah yang berwibawa. Untuk itu, IPT awam dan swasta sebagai pusat kecemerlangan
ilmu seharusnya melipatgandakan usaha untuk mempertingkat bilangan pengeluaran buku ilmiah
yang bercorak tempatan di samping mengawal mutunya.
NOV 1998 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan belia menguasai isu antarabangsa. dan masalah-masalah dalam menguasainya.
Panjang Rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebelakangan ini Malaysia mengarnbil bahagian secara aktif dalam hampir semua
persidangan sama ada yang diadakan di dalam atau di luar negara. Penyertaan Malaysia ini sudah
membuktikan bahawa betapa soal hal-ehwal antarabangsa amat penting dalam konteks
melaksanakan dasar luar kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk keadilan dan kita
menentang setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Tetapi apalah ertinya
jika pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak
ambil peduli tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan
melibatkan diri dalam isu global ini. Jika mereka tidak mengikuti perkembangan itu, mereka akan
ketinggalan dan tercicir buat selama-lamanya.

Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenal soal
antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya mengambil tahu tentang isu
dan masalah globalisasi ini. Kita menganggap saranan ini mempunyai sinifikasinya yang tersendiri
kepada belia bukan sahaja untuk membolehkan mereka mengenali diri mereka, malah tahu
perkembangan semasa dunia.
Kita mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar menjalankan kempen
besar-besaran untuk mengenalkan belia dan remaja dengan isu antarabangsa. Program yang
dianjurkan bukanlah terbatas kepada peraduan kuiz dan pertandingan seperti syarahan dan
perdebatan tentang topik antarabangsa semata-mata , malah belia dan remaja hari ini mestilah
digalakkan berdebat menerusi Internet. Jika kita lihat dalam Internet hari ini, pelbagai isu sudah pun
diperdebatkan.

Mereka yang tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu menerusinya. Tentunya


kita tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang tentang perkara yang remeh-temeh
yang kurang memberi faedah kepada diri dan masyarakat.

Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia dan
remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu perisitiwa dan menterjemahkannya kepada
keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka dapat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan
negara dengan membandingkan peristiwa yang berlaku di serata dunia.

Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk


mengukur kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia perlu
ditingkatkan lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu di dada mereka perlu
diperluas bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu yang mereka pelajari semata-mata. Soal-soal
antarabangsa bukanlah sesuatu yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai.
JULAI 1997 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kesan penggunaan
internet di negara ini dan cara-cara mengawalnya.. Panjang rumusan hendaklah antara 100
hingga 120 perkataan sahaja.

Penggunaan internet atau rangkaian komputer antarabangsa mendedahkan


masyarakat kita kepada pelbagai maklumat termasuk nilai hidup yang negatif. Jika kita tidak
berhati-hati dalam hal ini, maka masalah keruntuhan moral di kalangan belia yang menghantui
Barat akan muncul di hadapan kita: Satu hal serius yang termuat dalam internet ialah bahan-bahan
lucah yang dapat diterima oleh sesiapa sahaja yang melangganinya sama ada di rumah atau di
pejabat.

Oleh sebab itu, kerajaan harus berbuat sesuatu untuk membendungnya atau kita
akan membiarkan golongan remaja menggugat nilai murni masyarakat. Namun demikian, sebagai
sebuah negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju, Malaysia tidak boleh terasing
dalam perkembangan ini. Jika hal ini dikesampingkan, sudah tentu negara akan ketinggalan dalam
sistem perhubungan yang canggih. Tambahan pula saluran maklumat seperti internet ini amat
diperlukan oleh negara terutama dalam bidang pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan hubungan
antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan menggunakan internet ini, kita tidak mahu
maklumat yang disalurkan itu tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Internet ialah satu fenomena baru dan undang-undang yang berkaitan dengannya
belum ada. Justeru itu, kerajaan harus mengambil langkah segera untuk menggubal undang-undang
yang berkaitan dengannya. Pada masa ini JARING yang menjadi penyalur internet di negara ini
bertindak sebagai penapis atau penyekat maklumat negatif daripada diperoleh orang ramai.

Tindakan seumpama ini juga dapat disifatkan sebagai usaha melindungi rakyat
daripada gejala buruk tetapi tindakan ini dilakukan tanpa sokongan perundangan. Ibu bapa harus
mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi anak-anak mereka daripada terdedah
kepada gejala tersebut. Selain itu, tindakan orang ramai diperlukan dengan memaklumkan perkara
itu kepada pihak berwajib jika mereka dapat mengesan bahan lucah dalam internet.

Sekalipun terpaksa menghadapi cabaran baru ini, kerajaan perlu


mengamalkan dasar langit terbuka supaya kita dapat bersaing dengan negara maju dalam era
globalisasi. Kita perlu memastikan bahawa internet harus selamat dibawa masuk ke rumah, institusi
pendidikan dan sebarang tempat yang memerlukan perkhidmatannya. Jika kita berpendapat bahawa
internet boleh menggugat sistem moral maka kita harus berhati-hati apabila melangganinya.
Dengan itu, langkah kerajaan untuk meluaskan perkhidmatan internet di negara ini akan mencapai
matlamatnya
NOV 1997 : Diubahsuai daripada aragan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang akibat aktiviti
pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan langkah-langkah memulihkannya. Panjang
rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 perkataan sahaja.

Tragedi keruntuhan Highland Tower dan tanah runtuh di jalan susur Karak,
laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Genting Highlands sepatutnya dijadikan iktibar
tentang kerakusan manusia mengejar kebendaan. Sebarang aktiviti manusia tanpa mempedulikan
kepentingan alam sekitar akan membawa padah kepada diri sendiri. Pengeksploitasian sumber alam
untuk kepentingan ekonomi semata-mata telah diwarisi sejak zaman penjajahan. Amalan
sedemikian terbawa-bawa sehingga ke hari ini, iaitu manusia sanggup menebang pokok dan
menarah bukit dengan sesuka hati untuk memenuhi matlamat ekonomi jangka pendek mereka.

Perubahan cita rasa penduduk dan kegiatan komersial yang semakin


meningkat menyebabkan permintaan terhadap pelbagai jenis bangunan terus bertambah. Terdapat
pula kecenderungan di kalangan pemaju perumahan untuk membina bangunan kediaman tinggi di
kawasan bandar disebabkan kekurangan tanah dan kegiatan mengambil untung yang berlebihan.
Sejajar dengan itu, para kontraktor mula gemar akan kawasan bukit-bukau sebagai tapak pembinaan
mereka. Akibatnya kawasan bukit-bukau yang selama ini menjadi sebagai kawasan tadahan hujan,
mulai ditarah dan digondolkan. Malah dua pusat peranginan utama, Genting Highlands dan
Cameron Highlands, yang dahulunya begitu terkenal dengan udaranya yang sejuk telah menjadi
semakin panas.

Perkembangan ekonomi yang bertambah pesat sejak akhir-akhir ini tidak


mungkin akan dapat menjamin pengekalan kawasan hutan yang sedia ada. Tambahan pula terdapat
laporan yang menyatakan bahawa kegiatan pembalakan telah menyebabkan seluas 800 ribu hektar
hutan telah dibersihkan dalam masa setahun, sedangkan kadar penanaman semula hutan jauh lebih
rendah daripada keluasan itu. Pemulihan hutan melalui aktiviti penanaman semula juga
memerlukan masa yang panjang.

Seorang pakar botani dari Universiti Malaya pernah menganggarkan


bahawa dalam masa sepuluh tahun, hasil balak akan berkurangan sebanyak separuh daripada yang
ada pada masa kini. Malahan kini saiz balak yang dibawa ke kilang lebih kecil daripada saiz balak
dahulu yang lebih besar. Dijangkakan beberapa tahun lagi industri berasaskan kayu negara akan
menghadapi kekurangan bekalan kayu yang meruncing. Sebagai alternatif, balak yang sebelum ini
dieskport terpaksa pula diimport. Akhirnya jika hasil pembuatan barangan kayu tidak dieksport
semula dengan nilai yang lebih besar, imbangan pembayaran negara akan turut terjejas.
JULAI 1996 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti., kemudian buat satu rumusan tentang peranan
telekomunikasi canggih di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 dan langkah-
langkah untuk memajukannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia sedang berlumba dengan negara lain dalam menjayakan teknologi


telekomunikasi canggih. Perlumbaan ini tercetus berikutan ledakan permintaan terhadap
perkhidmatan telekomunikasi yang menjadi fenomena baru dalam sektor pentadbiran dan
pengurusan. Malaysia membabitkan diri dalam industri maklumat kerana sedar akan kepentingan
perkhidmatan telekomunikasi dalam arus perkembangan negara. Kini Malaysia adalah antara
negara membangun yang giat membina ‘lebuh raya’ maklumat dalam sistem kepelbagaian media.
Di Barat, teknologi itu sudah lama bertapak.
Pembangunan teknologi maklumat ditekankan di negara ini kerana kerajaan
menagkui kepentingannya dalam proses membawa Malaysia mencapai wawasan 2020.
Perkhidmatan telekomunikasi bukan sekadar menjadi simbol kecemerlangan, tetapi yang lebih
penting memberi daya kompetetif untuk menarik pelaburan asing. Pewujudan rangkaian maklumat
secara bersepadu dalam semua sektor sudah menjadi kemestian, malah dijadikan sebahagian
daripada agenda utama
Pembangunan teknologi maklumat ditekankan di negara ini kerana kerajaan
menagkui kepentingannya dalam proses membawa Malaysia mencapai wawasan 2020.
Perkhidmatan telekomunikasi bukan sekadar menjadi simbol kecemerlangan, tetapi yang lebih
penting memberi daya kompetetif untuk menarik pelaburan asing. Pewujudan rangkaian maklumat
secara bersepadu dalam semua sektor sudah menjadi kemestian, malah dijadikan sebahagian
daripada agenda utama. Menerusinya akan wujud agihan yang tepat dan pantas. Ini sekali gus dapat
membentuk sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di samping meningkatkan daya saing
dengan dunia luar.
Bagi mencapai matlamat untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
maju menjelang 2020, Malaysia dijangka membelanjakan RM 140 bilion bagi pembangunan
industri telekomunikasi, termasuk RM 50 bilion dalam tujuh tahun akan datang mengikut Dasar
Telekomunikasi Negara. Selain Syarikat Telekom Malaysia sebagai pelopor pembangunan
teknologi telekomunikasi negara ini, banyak syarikat swasta ternama turut membangunkan
rangkaian masing-masing.
Perkhidmatan telefon ialah bidang yang paling ketara diberi penekanan. Dasar
Telekomunikasi Negara yang diperkenalkan pada 17 Mei tahun 1994 juga merupakan bukti jelas
kepekaan kerajaan ke arah memenuhi permintaan rakyat. Dasar itu dirangka bukan sahaja untuk
menentukan segenap lapisan rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan
tetapi pada masa yang sama menyediakan suasana pelaburan yang menarik. Ini adalah sebagai
tambahan kepada usaha kerajaan sebelum ini, menerusi Dasar Persyarikatan Malaysia dan
Penswastaan yang terbukti kejayaannya. Sebagai syarikat telekomunikasi kebangsaan, Syarikat
Telekom Malaysia adalah antara sektor yang memainkan fungsi penting dalam pembangunan
industri telekomunikasi. Satu lagi hakikat yang jelas selepas Syarikat Telekom Malaysia
diswastakan, pengurusannya ternyata lebih cekap manakala kesungguhan bekerja di kalangan
pegawai dan kakitangan juga menunjukkan peningkatan. Hasilnya, prestasi kewangannya sekarang
jauh lebih baik berbanding ketika masih menjadi agensi kebangsaan. Di samping itu, syarikat ini
juga menjadi pemangkin kepada merealisasikan wawasan negara.
NOV 1996

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan permainan video di kalangan belia dan kesan-kesan negatifnya.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permainan video terutama yang berasaskan perisian dan cakera padat semakin
mendapat sambutan di kalangan belia kita. Hiburan bentuk ini masih dianggap murah dan mudah
pula didapati. Permainan ini diperluas hasil daripada pertumbuhan pesat pelbagai media dalam
industri komputer, terutama bagi permainan video berasaskan Cakera Padat Ingatan Melalui
Bacaan. Konsep pelbagai media sudah menjadi satu kegiatan yang cepat berkembang di negara ini
berikutan peningkatan permintaan barang atau perisian mainan video. Dengan jaminan keuntungan
yang berlipat ganda, pengeluar dan pengedar semakin terdorong menyogokkan pelbagai permainan
video berciri kejam, judi dan lucah. Menyedari hakikat bahawa permainan ini tidak akan hilang
peminatnya dan mudah mendapai bekalan perisian daripada pengedar, operator pusat hiburan
terutama di tempat tumpuan remaja berusaha melambakkanya tanpa memikirkan kesan negatifnya.

Permainan video mempunyai rangsangan yang menyeronokkan kepada golongan


remaja walaupun sesetengahnya membawa kesan yang negatif. Serbuan ke pusat-pusat hiburan
yang menyediakan permainan ini jarang-jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Jika mereka diserbu
hari ini, keesokannya mereka sudah beroperasi seperti biasa. Operator pusat hiburan seolah-olah
sudah lali dengan episod ini. Denda yang dikenakan masih mampu dibayar berbanding keuntungan
yang diterima. Lantaran itu, kita sangat berharap langkah terbaru kerajaan mengharamkan
pengimportan permainan video berunsur perjudian, seks dan ganas serta larangan yang dikenakan di
pusat hiburan, akan menghapuskan sepenuhnya gejala buruk itu. Permainan video jenis ini bukan
sahaja mengganggu minda masyarakat terutama remaja malah memeningkan kepala ibu bapa yang
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk melayani kerenah anak-anak mereka. Tarikh
penguatkuasaan pengharaman itu masih belum ditetapkan. Ini bagi memberi peluang kepada
operator pusat permainan video menukar atau mengambil langkah tertentu berikutan pengumuman
itu.

Kita percaya bahawa generasi yang bermoral tinggi lebih mahal nilainya daripada
keuntungan besar yang diperoleh pusat hiburan itu. Walau bagaimanapun, kesempatan ini telah
diambil oleh pihak berkenaan untuk menarik labih ramai lagi belia berkujung ke pusat-pusat video.

Pengimport mainan video di negara ini masih tidak periu mendapatkan sebarang
permit untuk membawa masuk barang mereka ke Malaysia. Sewajamya syarat permit ini difikirkan
walaupun permainan ini disenaraikan dalam kategori bahan pendidikan. Meskipun kemasukan
permainan video ke Malaysia ditapis, tidak ada garis panduan yang ketat dan khusus untuk
mengklasifikasikan tahap unsur pendidikan, ganas dan seks yang dibenarkan.
JULAI 1995

Baca petikan di bawah dengan teliti dan buat satu rumusan tentang amalan perniagaan yang
kurang sihat dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan itu hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Amalan jualan yang menindas pengguna merupakan kaedah dan muslihat


sebilangan peniaga untuk mempengaruhi pengguna agar membeli jualannya sama ada barang atau
perkhidmatan secara tidak beretika. Peniaga atau penjual memang sentiasa mencari helah dan
muslihat untuk melariskan jualan mereka bagi mengaut keuntungan dengan mengeksploitasi
kelemahan pengguna dan ada pula yang melanggar undang-undang.

Kepenggunaan berusaha memastikan bahawa amalan jualan tidak memperdaya


pengguna dan tidak melanggar undang-undang atau etika perniagaan. Sebenarnya perkembangan
kepenggunaan amat berkaitan dengan amalan jualan curang yang berleluasa dalam masyarakat.

Tinjauan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan


Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan mendapati bahawa kebanyakan amalan
jualan lebih bersifat memperdaya pengguna, terutamanya di kalangan pcngguna berpendapatan
rendah dan yang kurang berpendidikan. Ini bermakna sebahagian besar amalan jualan yang
menindas pengguna terdapat di desa dan kawasan setinggan di bandar.

Pengguna miskin dan berpendidikan rendah lebih mudah dipengaruhi oleh


amalan jualan yang memperdaya disebabkan oleh batasan kewangan dan terhadnya pengalaman
serta kurangnya pendedahan di kalangan mereka. Batasan ini telah mengehadkan mereka untuk
mendapatkan pilihan atau membuat tinjauan perbandingan harga yang menyeluruh. Mereka yang
kekurangan wang terpaksa membeli secara ansuran pada harga yang mungkin dua kali lebih mahal
bcrbanding dengan barang yang dibeli secara tunai. Oleh sebab itu , mereka dengan mudah sahaja
menjadi mangsa amalan jualan yang tidak beretika. Pihak peniaga pula sengaja menggalakkan
mereka membeli secara ansuran yang lazimnya tidak mematuhi Akta Sewa Beli. Ini tidak bcrmakna
bahawa pengguna berpendapatan tinggi dan berpendidikan di kawasan mewah tidak tertipu. Hanya
jumlah mereka yang tertipu tidak sebanyak pengguna miskin dan yang kurang berpendidikan.

Beberapa amalan jualan yang menindas yang telah diharamkan di Malaysia


termasuklah iklan umpan, jualan murah yang memperdaya serta skim piramid. Bagaimanapun,
akibat kejahilan pengguna terhadap undang-undang berkenaan, mereka terus ditindas. Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan FOMCA telah mengadakan beberapa
rancangan bagi melindungi pengguna daripada seharang penindasan. Pihak pengguna juga harus
mengambil daya usaha untuk mengenali muslihat atau cara yang digunakan dalam sesuatu amalan
jualan untuk mengelak daripada terpedaya dengan muslihat jualan peniaga.
NOV 1995 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawab dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan pembangunan
terhadap institusi keluarga dan langkah-langkah memulihkannya. Panjang rumusan bendaklah
antara 100 bingga 120 patah perkataan.

Kemunculan pusat-pusat bandar dan industri baru telah menyebabkan desa dan
kampung cuma menunggu rnasa untuk pupus seperti dinasour. Taman-taman perumahan yang
tumbuh bagai cendawan selepas bujan membantu menyuburkan budaya bandar. Perpindahan
penduduk untuk rnemulakan penghidupan baru di bandar-bandar menyebabkan kampung menjadi
lengang dengan kesan yang bukan sedikit terbadap institusi kekeluargaan itu sendiri.

Keluarga besar yang dianggap sebagai sistem sokongan untuk mengikat dan
mengeratkan kemesraan keluarga mula melalui zaman suram. Adik-adik dan saudara-mara berpisah
dan terpaksa tinggal berjauhan. Sekalipun mereka tinggal di bandar dan kota yang sama, mereka
jarang bersua muka dan bertanya khabar.

Tempat keluarga besar telab diambil alih oleh keluarga kecil yang paksinya ialah
individualistik. Jiran kurang mengambil berat antara satu dengan lain. Apabila anak berdepan
dengan masalah, jalan keluar ialab lari dari rumah. Mereka mengadu hal kepada teman sebaya yang
mungkin juga mengbadapi masalab yang sama. Akibatnya, para remaja tidak dapat merasai
kemesraan berkeluarga. Setelab gagal mendapat kebahagiaan di rumah sendiri atau di rumah
saudara-mara, akhirnya mereka beralih kepada budaya lepak atau menagih dadah. Tidak kurang
juga ada yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayab. Bagi mereka yang berkeluarga pula,
apabila tidak tahan menghadapi tekanan bidup di bandar, berleluasalah perbuatan mendera anak dan
isteri.

Masalab yang dihadapi jelas dan terang bagai siang; industrialisasi dan urbanisasi
tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun pada waktu yang sama, seluruh proses itu
meninggalkan kesan parah terhadap institusi keluarga besar. Lantaran itu, apa yang boleb dibuat
adalah untuk membentuk semula nilai bidup keluarga besar di bandar. Tetapi, bagaimana caranya?
Di bandar tidak ada kawasan yang membolehkan saudara-mara membina rumab sebelab-
menyebelab. Apa yang ada hanya taman-taman perumahan.

Ahli sesuatu keluarga tidak semuanya mampu untuk membeli rumah di taman
perumahan yang sama. Faktor kos, selera yang berbeza dan kemampuan perlu diambil kira.
Kecenderungan pemaju perumahan ialab sama ada untuk membangunkan kediaman yang eksklusif
dengan harga yang melambung atau rumah kos rendab. Keadaan itu juga tidak membantu
pemupukan nilai hidup keluarga besar. Oleb itu, suatu langkah yang drastik perlu dilakukan untuk
menangani masalah ini.
NOV 1994 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha anggota Jabatan
Perkhidmatan Bomba mengatasi masalah kebakaran dan masalah-masalah yang dihadapi.
Rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Hampir setiap hari, berlaku kebakaran di seluruh negara. Kebakaran ini bukan
sahaja mengakibatkan kerugian harta benda, malah mengorbankan nyawa. Dalam hal ini, bukan
sahaja kakitangan bomba yang berasa kecewa tetapi orang ramai juga turut berperasaan sedemikian.
Kekecewaan kakitangan bomba berpunca daripada kegagalan mereka menyeiamatkan harta dan
nyawa manakala kelewatan anggota bomba tiba di tempat kebakaran pula sungguh mengecewakan
orang ramai. Oleh itu, menjadi harapan orang ramai agar anggota bomba dapat muncul dengan
segera di tempat kebakaran untuk menyeiamatkan mangsa yang terperangkap di dalam rumah atau
bangunan.

Setiap balai bomba pula perlu mempunyai kakitangan yang 'mencukupi untuk
mengendalikan kejadian kebakaran yang berlaku serentak. Pihak bomba juga perlu mempunyai
peralatan dan kelengkapan yang sesuai dengan keperluan tugasnya. Tidaklah masuk akal sekiranya
dinyatakan bahawa usaha penyeiamatan tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau
ketiadaan air atau kekangan lain yang melunturkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi
anggota bomba tempatan yang diketahui umum sentiasa menerima latihan yang terbaik, sama ada di
dalam mahupun di luar negara.

Orang ramai akan hilang keyakinan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba sekiranya
setiap kegagalannya disogok dengan alasan yang tidak munasabah. Sekalipun dalam ketika tertentu,
ada panggilan palsu melaporkan kebakaran, pihak bomba perlu pergi dan menyiasat panggilan itu.
Walau bagaimanapun, bagi mcmantapkan usaha pihak bomba menjalankan tugasnya dcngan
berkesan, orang ramai tidak sepatutnya membuat panggilan palsu kerana perbuatan ini boleh
mengelirukan pihak bomba dan menimbulkan malapetaka sekiranya pihak bomba menganggap
panggilan itu sebagai olok-olok sahaja.

Pada musim kemarau, cabaran terhadap tugas anggota bomba lebih hebat kerana
kebakaran kecil amat mudah menjalar. Oleh yang demikian, pihak bomba perlu menyegerakan
tindakan bagi menyekat penjalaran api untuk mengurangkan risiko dan kemalangan yang
mengerikan. Apabila berlaku kebakaran bcsar dan meragut nyawa, orang ramai akan
mempertikaikan kemampuan kakitangan bomba melaksanakan tugas memadamkan api. Oleh itu,
amat penting bagi kakitangan bomba mempcrlihatkan bukan sahaja keiltizaman mereka dalam
melaksanakan tugas, malah menonjolkan kewibawaan mereka sebagai golongan profesional.

Anda mungkin juga menyukai