Anda di halaman 1dari 28

1.

Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan


Sebelum Kurun ke 19,Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei.

Sultan Brunei membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah yang diketuai oleh ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan Dayak yang digelar Menteri Darat,Temenggung atau Orang Kaya yang bertanggungjawab melaksanakan arahan dan mengutip cukai.

Kurun ke 19,Sultan Brunei telah melantik Pangeran Indera Mahkota bagi mentadbir Sarawak.

Bagi mengukuhkan kekuasaannya Pangeran Indera Mahkota telah mengambil alih perlombongan Antimoni dan Emas. Keadaan itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Bidayuh dan berlakunya penentangan oleh orang Bidayuh dan Melayu.

Pangeran gagal memberhentikan kebangkitan itu dan Sultan Brunei pun menghantar Pangeran Raja Muda Hashim bagi menyekat penentangan Pangeran Raja Muda Hashim meminta bantuan daripada James Brooke .

Pangeran Raja Muda Hashim berjanji untuk melantik James Brooke untuk menjadi Gobenor Sarawak sekiranya dapat menyekat kebangkitan tersebut.

James Brooke

Pangeran Raja Muda Hashim melengah lengahkan perlantikan tersebut.

Tindakan tersebut menyebabkan JamesBrooke marah lalu James Brooke membedil bandar Kuching.
Pangeran Raja Muda Hashim terpaksa melantik James Brooke menjadi Gobenor Sarawak yang pertama pada tahun 1841.

Perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dan dengan James Brooke pada tahun 1841

James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya.


James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu.

James Brooke menhadap Sultan Omar Ali Saifudin(Sultan Brunei) untuk mengesahkan kedudukannya. Beliau datang bersama sama tentera laut British dari Singapura yang diketuai oleh Edward Belcher.

Termeterainya perjanjian antara James Brooke dan Sultan Omar

Perjanjian ini ditandatangani antara Sultan Omar Ali


Saifuddin dengan James Brooke

Antara syarat perjanjian ialah: Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya. James Brooke akan membayar 2,500 dolar setiap tahun kepada baginda. Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu. Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.

1853

1853, berlakunya penentangan di Saribas dan Batang Lupar Sultan Abdul Mumein tidak dapat mengawal penentangan Lalu menyerahkan tanah antara sungai Samarahan dengan Sungai Rajang dengan bayaran 1500 dolar setahun

1861

Berlakunya masalah kekacauan di sepanjang Sungai Rajang Sultan Mumein menyerahkan Sungai Rajang dan menerima bayaran 4500 dolar setahun

1883

Berlakunya pembunuhan beberapa orang Murut di Lembangan Sungai Trusan. Hal ini menyebabkan kawasan tersebut diserahkan dengan bayaran 4500 dolar setahun

1905

Charles Brooke telah membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal (1885-1906)

Keluarga Brooke memantapkan pentadbiran.


Sistem Pentadbiran Beraja diperkenalkan. Datu Patinggi,Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik. Bertanggungjawab dalam bahagian undang undang dan adat tempatan. Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Sarawak dibahagi kepada lima bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.

Jabatan Kehakiman,Polis,Kastam Cukai serta Jabatan Pos

Pasukan Sarawak Rangers ditubuhkan


Mahkamah Keadilan ditubuhkan. Kes Sivil dalam kalangan orang Melayu,Dayak,Cina diadili oleh ketua ketua mereka. Kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu kaum diadili olah Raja Sarawak,Residen atau Timbalannya.

Majlis Tertinggi
Residen Bahagian pertama dan 4 orang Datu Melayu Berperanan menasihati Brooke

Melaksanakan semua dasar


Meluluskan undang undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Sarawak.

Majlis Negeri & Bahagian


Majlis Negeri terdiri daripada ketua kaum bumiputera manakala Majlis bahagian terdiri daripada Residen,Penolong Residen,Penolong Pegawai Daerah,Pegawai anak negeri, dan ketua kampung Majlis negeri berperanan memberi peluang pemimpin bumiputera bersidang 3 tahun sekali bagi menyuarakan pendapat serta mengambil tempat dalam pentadbiran Majlis Bahagian berperanan menasihati residen,mengetuai operasi ketenteraan,menjaga keamanan dan mengutip cukai.

Pengukuhan Pengaruh British di Sarawak Melalui Perjanjian


British menandatangani perjanjian dengan Brooke bagi menjadikan Sarawak naungannya Perjanjian ini ditandatangani antara kerajaan British dengan Charles Brooke.

Antara syarat perjanjian ialah: British melindungi Sarawak dari serangan musuh
Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas Hal ehwal luar negeri adalah dibawah kawalan British

enjadika Sarawak naungannya.

24 September 1941 Charles Vyner Brooke mengisytiharkan perlembagaan Sarawak bersempena 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak.Perlembagaan ini menyatakan tentang pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.

Perlembagaan Sarawak 1941


Antara isi kandungannya ialah: Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya

kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan Raja mempunyai kuasa untuk membatalkan undangundang yang diluluskan oleh Majlis Negeri Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri

Perubahan Ekonomi di Bawah pemerintahan Keluarga Brooke


Keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur bagi menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak. Mereka menggiatkan kegiatan meneroka hasil hutan,tanaman baru serta tradisional dan perlombongan. Pembangunan ekonomi dan sosial di Sarawak tidak seimbang kerana kebanyakan tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua.

Hutan dan Pertanian


Sarang burung di gua batu kapur seperti di Gua Niah Rotan yang dieksport ke Eropah

Getah jelutung dieksport ke Amerika Syarikat


Pembalakan dijalankan oleh Syarikat Borneo oleh orang Cina di sekitar Sungai Rajang.

Pertanian Getah,Gambir,Kelapa,Lada Hitam,Sagu dan Tembakau diperkenalkan.

Perlombongan
Emas di Bau Arang Batu

Antimoni
Petroleum yang digali oleh The Aglo-Saxon Oil Company pada tahun 1909.Telaga pertama ditemui di Miri dan kemudiannya di Lutong

Perubahan sosial di bawah Pentadbiran Keluaga Brooke


Dasar Pecah dan Perintah Setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi dan petempatan yang berbeza. Melayu-Pentadbiran Iban-Bidang ketenteraan Orang Cina-pertanian,perlombongan dan perdagangan India-perniagaan kain di Kuching Sikh-Polis Dasar pcah dan perintah menghalang perpaduan.

Perkembangan Bandar,kemudahan asas dan pengangkutan


Bandar Kuching,Miri dan Sibu menjadi pusat pentadbiran

dan perdagangan.Kuching sebagai ibu negeri Sarawak pada tahun 1841. Kemudahan asas seperti jalan raya,bekalan air dan elektri terhad di bandar besar sahaja. Sistem pengangkutan di Sarawak bergantung kepada pengankutan air.Landasan kereta api dibina menghubungkan Kuching dan Bau dan terpaksa dihentikan pada 1932 akibat kemelesetan ekonomi. Perkhidmatan perkapalan oleh Singapore and Sarawak Steamship Company dan motosikal,bas diperkenalkan diikuti perkhidmatan kapal terbang air.

Sistem Perhubungan dan perkhidmatan kesihatan.


Perkhidmatan pos(1931),telegraf(1897,menghubungkan Kuching dengan Singapura) dan telefon diperkenalkan di Sarawak.

Pembinaan hospital dan klinik oleh mubaligh Kristian di bandar besar sahaja seperti Kuching dan Sibu serta Jabatan Hospital juga dikenali sebagai pavillion diwujudkan di Sarawak pada tahun 1909.

Perkembangan Pendidikan
Perkembangan pendidikan kurang diberi tumpuan oleh keluarga Brooke.Charles Brooke membina sekolah untuk kaum Melayu dan Cina serta sebaliknya bagi kaum Iban bagi mengekalkan cara hidup tradisional mereka.

Pendidikan di Sarawak
Sekolah Rendah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar.

Sekolah Inggeris didirikan oleh mubaligh Kristian


Sekolah Cina dibiyai dan diuruskan oleh orang Cina serta guru dan sukatan pelajaran,buku buku dibawa dari China. Sekolah Melanau dan Dayak didirikan. Jabatan pelajaran didirikan di Kuching pada 1924.Tahun 1936 terdapat 25 buah sekolah kerajaan sahaja.

Duit syiling yang digunakan zaman pemerintahan Brooke

Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu
Y.A.B Dato Seri Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia 1992

Anda mungkin juga menyukai