Anda di halaman 1dari 1

TANAMAN ORGANIK

DEFINISI Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. Sistem ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai. KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK 1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik. 2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat. 3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja. 4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wangi tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.

Anda mungkin juga menyukai