Anda di halaman 1dari 10

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor,

dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat 2 Hadis tentang Solat Jumaat 3 Syarat wajib solat Jumaat 4 Syarat sah solat Jumaat 5 Haram tinggalkan solat Jumaat 6 Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat 7 Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat 8 Rujukan

Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat


Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Hadis tentang Solat Jumaat


Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib solat Jumaat


1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat


1. Didirikan di dalam waktu Zuhur. 2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya. 3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. 4. Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).

Haram tinggalkan solat Jumaat


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringanringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat


Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa: 1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya. 2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. 3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. 4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi. 5. Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat


1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. 2. Memotong kuku. 3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. 4. Bersugi. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. 7. Bersegera pergi ke masjid. 8. Berniat Iktikaf. 9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. 10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Rujukan

http://jaipk.perak.gov.my/index.php/Solat/Solat-Jumaat.html http://www.mykhilafah.com/fikih/1797-tidak-solat-jumaat-kerana-bekerja http://soaljawab.jais.gov.my/index.php? option=com_content&task=view&id=229&Itemid=84 http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id113.html http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jumaat.htm

Sabda Rasulullah SAW: Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit. - Riwayat Abu Dawud & Hakim. KEUNGGULAN ISLAM

BILANGAN JEMAAH SOLAT JUMAAT


Home

| HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK
AL-QURAN

Sembahyang Jumaat Jama'ah mestilah berada bersama imam sejak dari awal khutbah hingga selesai memberi salam pada akhir sembahyang. Oleh itu jika terbatal sembahyang salah seorang daripada mereka, walaupun setelah imam beri salam pada akhir sembahyang, maka terbatallah juga sembahyang Jumaat itu. Ini menunjukkan bahawa kewujudan jama'ah hingga sembahyang adalah syarat menurut pendapat

yang masyhur. Ulama' Syafi'i dan Hanbali mengatakan, hendaklah dilakukan sembahyang Jumaat bersama imam dengan kehadiran 40 orang atau lebih. Bilangan 40 itu hendaklah daripada kalangan penduduk tempat itu (ahl al qaryah ) yang mukallaf, merdeka dan lelaki yang tinggal menetap di situ - mana tiada seorang pun daripada mereka berpindah daripada tempat itu sama ada pada musim sejuk atau musim panas kecuali kerana keperluan, sekalipun mereka ini daripada orang-orang sakit atau bisu atau tetapi bukan daripada kalangan orang musafir. Sekiranya bilangan jamaah melebihi daripada 40 orang, maka imam bolehlah dilantik atau daripada orang musafir. Tidak dikira sembahyang Jumaat jika jama'ah kurang daripada 40 orang. Ini berdasarkan Hadith yang diriwayat oleh Ka'b yang antara isi Hadith itu bahawa bilangan orang yang menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama sekali di alMadinah sama As'ad bin Zurarah ialah seramai 40 orang. Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud: Terjemahan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. menunaikan sembahyang Jumaat di al-Madinah yang mana bilangan mereka seramai 40 orang; tiada bukti yang menunjukkan Nabi s.a.w. menunaikan sembahyang itu dengan bilangan yang kurang daripada 40 orang. Oleh itu tidak boleh dilakukannya dengan bilangan yang kurang. Jika kesemua 40 orang atau setengah daripadanya bersurai ketika dibaca khutbah, maka tidak sah sembahyang Jumaat itu kerana pendengaran 40 orang Jamaah terhadap semua rukun khutbah adalah dituntut. Tujuan khutbah untuk didengari oleh orang ramai, jika kurang daripada bilangan 40 sebelum selesai sembahyang Jumaat maka hendaklah dilakukan sembahyang Zuhur dan tidak payah disempurnakan sembahyang Jumaat. Bilangan adalah syarat, maka semuanya diambil kira sebagaimana juga dalam bahagian bersuci (al-Taharah). Ulamak Maliki mengatakan (berhubung dengan jama'ah): Disyaratkan hadir seramai 12 orang lelaki untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan mendengar khutbahnya. Ini berdasarkan riwayat daripada Jabir yang bermaksud, Bahawa Nabi s.a.w., pada suatu hari Jumaat, sedang membaca khutbah secara berdiri, tiba-tiba sampailah unta yang membawa barang perniagaan dari Syam, lalu orang ramai berkerumun kepadanya hingga tinggal 12 orang lelaki sahaja (yang mendengar khutbah), maka turunlah ayat ini mengenai sembahyang Jumaat yang bermaksud: "Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah).

Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan (jama'ah). Apabila tercapai jama'ah yang ramai mengikut kebiasaannya, maka diwajibkanlah sembahyang Jumaat dan hukumnya sah. Dan tidak terdapat nas yang jelas yang mensyaratkan bilangan tertentu, tetapi jama'ah adalah syarat yang disepakati semua ulama' bagi sembahyang Jumaat kerana sudah maklum di dalam syara` bahawa jama'ah itu terdapat ketika sembahyang. Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam : Dr. Wahbah Al Zuhaili BILANGAN PENGIKUT SHALAT JUM'AT Tidak ada perselisihan di antara para ulama bahawa berjama'ah adalah salah satu syarat sahnya Jumaat, berdasarkan hadits Tharik bin Syihab bahwa Nabi s.a.w. bersabda: Jumaat itu adalah hak kewAjipan setiap orang islam dengan berjemaah Tetapi mereka berselisih mengenai jumlah pengikut yang menghadirinya, hingga ia dapat dikatakan sah. Mengenai ini ada lima belas pendapat sebagai disebutkan oleh, Hafizh dalam AIF'ath. Adapun pendapat yang kuat ialah bahwa Jum'at itu sah sekalipun hanya dengan dua orang pengikut atau lebih, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Dua orang atau lebih itu dianggap berjamaah. " Berkata Syaukani: Menurut ijma', shalat-shalat lainnya sudah cukup disebut berjama'ah dengan diikuti oleh dua orang saja. Dan Jum'at termasuk dalam shalat itu, maka tak dapat dikatakan ia mempunyai ketentuan tersendiri dan menyalahi yang lain-lain, kecuali bila ada dalil atau keterangan. Sedang dalam soal jumlah pengikut ini tak ada keterangan yang mengharuskannya lebih dari lainnya." Berkata pula Abdul Haq: "Tak ada keterangan dari hadits yang menyebutkan bilangan pengikutnya." Juga Sayuthi mengatakan bahwa mengenai jumlahnya, tidak dijumpai dalam sebuah hadits pun. Dan di antara ulama yang berpendapat seperti ini ialah Thabari, Daud, Nakha'i dan Ibnu Hazmin.

Rujukan : Fiqh Sunnah Syed Sabiq BAB IBADAT

Tazkirah : Ilmu tentang Solat Jumaat


April 16, 2011 sitihorizon Tinggalkan komen Go to comments

Artikel ini berkaitan dengan solat jumaat mengikut mazhab syafie untuk kefahaman kita bersama:
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya], (Surah Al-Jumuah: 9) Sabda Rasulullah SAW: Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit. (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). Berikut ialah syarat wajib solat Jumaat:

Islam tidak wajib bagi orang kafir. Baligh tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Berakal tidak wajib bagi orang yang gila. Merdeka tidak wajib ke atas hamba abdi. Lelaki tidak diwajibkan untuk orang perempuan. Sihat tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. Bermastautin atau bermukim tidak wajib bagi orang yang musafir.

Berikut pula syarat sah solat Jumaat:1. Didirikan di dalam waktu Zuhur. 2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya. 3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. 4. Didahului dengan dua khutbah rujuk (Khutbah Jumaat). Haram tinggalkan solat Jumaat Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringanringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk (Hadis riwayat Abu Daud) Ada beberapa pengecualian dari menunaikan solat Jumaat seperti berikut:Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

Sakit Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya. Hujan Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. Musafir Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. Takut dizalimi Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi. Perang Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat adalah:

Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke masjid. Memotong kuku. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].

Bersugi. Memakai wangi-wangian. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. Bersegera pergi ke masjid. Berniat Iktikaf. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Mengenai Solat Sunat Jumaat pula, ia adalah solat sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum) dan Rawatib Badiyyah (selepas) yang didirikan selepas mengerjakan solat Jumaat, iaitu sebanyak dua rakaat. Menurut fatwa Mazhab Syafie, adalah sunat hukumnya sembahyang Rawatib Qobliyah Jumaat. Bukannya harus atau perlu diniatkan sunat mutlak. Antara lain ini berdasarkan hadis :Sulaik al-Ghotafani sampai ke Masjid padahal Nabi s.a.w sedang berkhutbah (jumaat) . Maka bersabda Nabi s.a.w kepada Sulaik : Adakah sudah engkau sembahyang dua rakat sebelum engkau datang hai Sulaik ?. Menjawab Sulaik: Tidak lagi. Sabda Nabi : sembahyang lah dua rakat dan ringkaskan.. .. hadis riwayat Ibnu Majah. Mulla Ali al-Qoori mengulas: Sabdanya Nabi s.a.w ( Sebelum Engkau datang) menunjukkan atas bahwa dua rakaat sembahyang tersebut adalah sembahyang sunat Qobliyah jumaat , bukannya Tahiyyat masjid . Selain itu mengenai solat sunat Rawatib Badiyyah (selepas) yang didirikan selepas mengerjakan solat Jumaat, terdapat beberapa riwayat mengenainya. Antaranya adalah:Saidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi sembahyang dua rakaat setelah menunaikan Jumaat. Hadis dari Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa baginda melakukan sembahyang sunat Jumaat empat rakaat, manakala Saidina Ali dan Saidina Abdulah ibn Abbas menyatakan bahawa baginda mendirikan sembahyang sebanyak enam rakaat. Kesemua riwayat mengenai perlakukan baginda itu adalah sahih, yang dilakukan dalam keadaan yang berbeza dan yang paling sempurna lagi afdal itu ialah enam rakaat. Mengenai solat sunat Rawatib Qabliyyah yang dilakukan semasa imam membaca khutbah, mazhab Syafie dan Hanbali menggesa orang yang datang lewat untuk tetap

mengerjakan sembahyang sunat sungguhpun imam sedang membaca khutbah, sementara mazhab Hanafi dan Maliki tidak menggalakkannya. BERIKUT NUKILAN FATWA DARI JAIS MENGENAI KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT Pekerja dilarang solat jumaat Soalan 25 Saya pekerja Indonesia beragama Islam. Masalahnya, sejak bekerja di sini, saya jarang dapat mengerjakan solat Jumaat dan selalunya melebihi tiga minggu berturut-turut. Saya pernah meminta izin untuk mengerjakan solat Jumaat, tetapi tidak mendapat kebenaran majikan kerana kawan sekerja lain bukan beragama Islam. Solat lima waktu insya-Allah setakat ini masih boleh dikerjakan, walaupun kerap sembahyang Zuhur menghampiri waktu Asar. Soalan saya, adakah benar lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dianggap keluar daripada Islam? Adakah saya masih dianggap musafir? Adakah solat lima waktu saya diterima Allah sedangkan pada masa sama saya tidak dapat menunaikan solat Jumaat? Jawapan Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudahmudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik. Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda: Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanakkanak dan orang sakit. (Riwayat Abu Daud) Demikian pentingnya kefarduan Jumaat. Jika kebetulan di tempat kerja anda sukar melaksanakannya lantaran pihak atasan anda lebih mementingkan pekerjaan, ada baiknya diadakan perbincangan. Adakanlah pertemuan dan mesyuarat dengan pihak atasan, nyatakan betapa pentingnya seorang Islam menjalankan fardu Jumaat. Susun dan atur waktu kerja supaya dari satu sisi syarikat tidak rugi dan pada masa sama seluruh umat Islam yang bekerja di syarikat itu dapat menunaikan kewajipan kepada Allah.

Janganlah kita menggadai dan memusnahkan keuntungan dan ganjaran yang besar di akhirat lantaran mengejar keuntungan yang sedikit di dunia. Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah. Sebaliknya, jika manusia mengingkari nikmat itu, azab Allah akan datang dengan tidak diduga. Bahkan dalam al-Quran dijelaskan, jika selesai mengerjakan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat yang Allah buka kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepada-Nya. Firman Allah maksudnya: Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan. (Al Jumaah ayat 10) Seorang yang bermusafir juga digesa menunaikan Jumaat. Tambahan, Nabi tidak mengecualikan seorang musafir daripada solat Jumaat, sebaliknya hanya wanita, budak belum baligh, orang sakit dan hamba sahaya. Sabda Nabi, Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan hamba sahaya, wanita, anak atau orang sakit. ============================================ dipetik daripada : http://www.facebook.com/topic.php? uid=176609035682738&topic=394 P/s : Saya sangat sedih apabila waktu solat jumaat, para LELAKI MUSLIM berkeliaran di shopping kompleks seperti tidak bersalah kerana tidak menunaikan SOLAT FARDHU yang WAJIB ini..huuu Categories: Tazkirah Label:beribadah, dalil, fadhu, hukum, islam, lelaki, mazhab syafie, muslim, solat jumaat, Tazkirah, waji http://lukisanduniaku.wordpress.com/2011/04/16/tazkirah-ilmu-tentang-solat-jumaat/

Anda mungkin juga menyukai