Anda di halaman 1dari 6

Nur Shafieqhah Amira Bt. Shaari Syahirah Binti Zainal Abidin Nur Asyikin Bt. Md.

Najib Amira Najwa Bt. Ismail

METAFIZIK (ONTOLOGI)
Maksud Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Metafizik cuba menjawab persoalanpersoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik. Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

AXIOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud nilai. Merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika. Mempersoalkan tentang baik/buruk, benar/salah, cantik/hodoh.

Etika
y Memberi perhatian kepada kualiti moral dan

tingkah laku manusia. y Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu :


Meta ethics Kajian tentang konsep etika. Normative ethics Kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika. Applied ethics Kajian tentang penggunaan etika.

Estetika
y Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam

kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. y Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

EPISTEMOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud ilmu atau sains dan logos yang bermakna keterangan. Mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu. Sumber-sumber ilmu : y Wahyu y Berasaskan pengalaman pancaindera y Intuisi y Pandangan pakar y Logik y Kaedah saintifik

LOGIK

Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan. Logik Induktif : y Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya. Logik Deduktif : y Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

Anda mungkin juga menyukai