Anda di halaman 1dari 8

TANDA-TANDA HARI KIAMAT

Terdapat banyak tanda-tanda hari kiamat, di antaranya hal-hal yang disebutkan di dalam al-
Quran dan hadis, yang dikumpulkan menjadi tanda-tanda kecil (sughra), menengah (wustha) dan
besar (kubra). Al-Quran al Karim menceritakan tanda-tanda besar (kubra) akan mendahului
sebelum berlakunya hari kiamat dalam waktu yang terdekat, seperti terbitnya matahari di sebelah
barat, serta yakjuj dan makjuj. Allah berfirman:
.. X0 ) 6b.
`).:
158. .pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu
Sementara itu di dalam beberapa hadis Rasulullah (s.a.w.) membicarakan dan
menerangkan tanda-tanda kecil (sughra), menengah (wustha) dan besar (kubra). Semua itu
dibicarakan berdasarkan wahyu allah (s.w.t), bukanlah berdasarkan hawa nafsu atau kemahuan
sendiri. Oleh demikian, baginda mengucapkan sesuatu berdasarkan wahyu yang diterima oleh
allah (s.w.t) melalui malakaikat jibril. Allah berfirman:
Bv. C1 b.=1Bb f
. Nf . P =.oL
MMA N.fBb
3. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri.4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.5. Wahyu itu (disampaikan dan)
diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) Yang amat kuat gagah, -
Jadi yang disampaikan rasulullah kepada kita adalah benar dan harus diterima tanpa was-
was. Segala yang dibicarakan oleh orang yang jujur iaitu nabi Muhammad (s.a.w) tentang hari
kiamat dan tanda-tandanya adalah benar. Allah subhanahu wa taala menerangkan sebahagian
perkara ghaib kepada baginda agar yang hak dan benar itu menjadi jelas dan dipercayai oleh
umatnya sehingga mereka tahu bahawa baginda adalah utusan Allah yang dikuatkan dengan
wahyu. Bahkan Allah (s.w.t.) memperlihatkan apa yang akan terjadi di dunia ini, sejak baginda
menjadi rasul. Kemudian Rasulullah (s.a.w.) kepada para sahabat apa yang telah diajarkan
Tuhannya melalui malaikat jibril a.s. agar semua umatnya dapat bersiap sedia menghadapi
kehidupan terakhir di atas muka bumi dan hari kiamat.
PEMBAHAGIAN TANDA-TANDA HARI KIAMAT.
Tanda-Tanda Kecil (Sughra).
Tanda-tanda kecil adalah peristiwa pertama atau awal yang akan muncul dan tidak
berulang untuk kedua kalinya, seperti wafatnya Nabi (s.a.w.), bulan terbelah dua, wafatnya
Ustman bin Affan r.a. dan lain lagi. Dinmakan sughra adalah kerana peristiwanya jauh dengan
zaman kita, bukan kerana ertinya yang membawa maksud kecil. Peristiwa itu telah terjadi pada
masa Rasulullah (s.a.w.) dan para sahabat serta pada masa pertengahan Islam yang pertama.
Tanda-Tanda Menengah (Wustha).
Tanda-tanda ini muncul setelah masa pertengahan islam yang pertama sehinggalah zaman
globalisasi sekarang. Sebahagian tanda-tandanya telah terjadi, bahkan sedang terjadi, seperti
fitnah, munculnya api di bumi Hijjaz, keluarnya dua dajal yang mengaku nabi, gerhana, dan
harta benda yang melimpah ruah. Orang yang memerhatikan tanda-tanda ini mengetahui bahawa
ianya sudah terjadi, dan sedang berlangsung, bahkan akan terjadi sekali lagi. Tanda-tanda
pertengahan ini terbahagi tiga bahagian:
a. Tanda-tanda yang telah terjadi beberapa abad yang lalu dan mungkin sebahagian akan
berulang kembali.
b. Tanda-tanda yang sedang berlangsung dan kita menyaksikannya.
c. Tanda-tanda yang akan terjadi setelah zaman kita atau pada masa generasi akan datang
sehingga munculnya tanda-tanda besar kiamat.
Tanda-Tanda Besar (Kubra).
Tanda-tanda ini terpisah dari tanda-tanda sebelumnya, tidak diragukan dan tidak
ditentang oleh para ulama atau orang awam sekalipun. Menurut para ilmuwan, tanda-tanda itu
benar kerana sebahagian disebutkan dalam al-Quran dan kebenarannya dikuatkan oleh
Rasulullah (s.a.w.) dalam hadis yang diriwayatkan oleh para ulama besar seperti Bukhari,
Muslim, serta pemilik kitab empat mazhab dan lainnya dari ahli hadis tsiqat. Tanda-tanda besar
ini terbahagi pula kepada dua.
a. Tanda-tanda yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis nabi (s.a.w.), seperti binatang melata
yang keluar dari bumi, asap tebal, serta yakjuj dan makjuj.
. Tanda-tanda yang disebutkan oleh Rasulullah (s.a.w.) seperti al-Mahdi, turunnya Isa a.s. dan
dajjal sehinggalah tanda-tanda besar yang terakhir.
1


TANDA-TANDA KECIL KIAMAT
1. Wafatnya Rasulullah S.A.W.
Rasulullah s.a.w. menganggap kematian sebagai salah satu tanda kiamat. Beliau bersabda kepada
Auf bin Malik, perhatikan yang enam datang sebelum hari kiamat:kematianku, penaklukan
Baitul Maqdis, wabah penyakit yang mengganas (bagaikan dua tanduk kambing), melimpahnya
harta benda sehingga seseorang memberikan seratus dinar tetapi yang diberi tidak suka,
kemudian fitnah yang tersebar di antara kalian dan Bani Ashfar. Mereka meniggalkan kalian,
lalu datang lagi kepada kalian dengan delapan puluh panji (bendera). Setiap panji
beranggotakan dua belas ribu. Kemudian fitnah yang akan mendatangi setiap rumah orang
arab.(HR Bukhari).
Kematian Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu musibah terbesar yang menimpa kaum
Muslimin.

2. Penaklukan Baitul Maqdis.
Seperti mana yang terkandung di dalam hadis di atas, kita menemukan bahawa
penaklukan Baitul Maqdis disebutkan pada urutan kedua. Baitul maqdis ditakluki pada tahun 16
Hijrah, lalu kuncinya diterima Khalifah Umar bin Khatab. Kemudian, ia membersihkannya dari
keberadaban kaum Yahudi dan Nasrani. Setelah itu, dibangunkan sebuah masjid yang
menghadap ke arah Baitul Maqdis. Selanjutnya, ia dikuasai oleh kaum Nasrani eropa, tetapi
ditaklukkan kembali oleh shalahuddin al-ayubi. Untuk yang ketiga kalinya.
2


1
Mahir Ahmad Ash-Shufy, Insiklopedia Akhirat Tanda-Tanda Kiamat, Jilid 2, 2007, Maktabah Al-Asyariyah,
Beirut Lebanon.
2
Mahir Ahmad Ash-Shufy, Insiklopedia Akhirat Tanda-Tanda Kiamat, Jilid 1, 2007, Maktabah Al-Asyariyah,
Beirut Lebanon.
3. Masa Berlalu Dengan Pantas

Antara tanda kiamat ialah peredaran masa berlalu dengan pantas. Seperti mana sabda
Nabi Muhammad s.a.w :
Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah ilmu dihilangkan, banyak berlaku gempa
bumi, masa terasa amat singkat, muncul pelbagai fitnah, pembunuhan terjadi di merata tempat,
sehinggalah harta melimpah ruah di kalangan kamu.
3


Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat,
sehinggalah setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari,
sehari bagaikan sejam, dan sejam bagaikan sekelip mata.

Ulama berbeza pandangan mengenai maksud sebenar perkataan itu. Namun pendapat
yang paling kuat bagi peredaran masa yang terlalu singkat terbahagi kepada dua, iaitu hissi
(tersurat) dan maknawi (tersirat). Dari segi maknawi bermaksud hilang keberkatan masa itu. Hal
ini sudah terjadi semenjak dahulu lagi. Antara contohnya seperti kemudahan dan kelajuan
komunikasi antara tempat yang sangat jauh sebab jarak perjalanan yang ditempuh selama
berbulan-bulan pada zaman dahulu hanya memerlukan beberapa jam sahaja pada masa ini. Ia
menunjukkan salah satu bentuk singkatnya masa.

Yang dimaksudkan dengan singkatnya masa secara hissi adalah peredaran masa dalam
satu hari begitu cepat. Jadi, waktu siang dan malam berjalan dengan begitu pantas. Perkara ini
belum terjadi lagi dan ia tidak mustahil akan terjadi di masa hadapan.
4









3
H.R al-Bukhari, 1036
4
Muhammad bin Soleh al-Munajjid, 2008, 128
TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT
1. Yakjuj Dan Makjuj.
Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari
keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka
mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh
dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

bBC bAH MfBb f
=0 =0v. Mv
:J.Bb V VN
CM. b`V 0 Vv Bo.1)
o). bM
94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa
melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di
antara Kami Dengan mereka?"
Tembok itu tidak dapat ditembusi mahupun dipanjat oleh golongan yakjuj dan makjuj.
Dan ianya tidak ditebuk sehinggalah tiba perintah Allah. Sepertimana firman Allah s.w.t.:

B bBb 0 `M
Bv. bJBb = BoPf
XBC bAH .o.: .v `V:
bT .C M. `V.: 0b
.CHT CAH. M. `V.: Bf=

97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat
menebuknya.98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku;
Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur,
dan adalah janji Tuhanku itu benar".
Golongan ini musnah sma sekali setelah Nabi Isa a.s. berdoa kepada Allah Taala. Yakjuj
dan makjuj ini mati dengan kiriman ulat yang menyerang leher unta. (menjelang isa turun ke
bumi, alamuddin darus, 25)

2. Kemunculan Dajjal.
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta
sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat
yang ia sampai. Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti
dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang
yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang
yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya
akan berkata kamulah Dajjal.
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan
disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk
dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan
Subhanallah. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni
memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan
Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di
menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang
bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan
pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal
oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.
Pada masa itu juga berlaku zalzalah (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah
yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal yang memerintah
selama 40 hari.( menjelang isa turun ke bumi, alamuddin darus,16)
3. Imam Mahdi
Nama sebenar Imam Mahdi adalah Muhammad Bin Abdullah seperti nama Nabi
Muhammad s.a.w. Imam Mahdi berketurunan nabi melalui cucunya Sayyidina Hassan, anak
kepada Saidatina Aisyah bersama Ali.
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya, rasulullah s.a.w. bersabda: Mahdi itu dari
keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya(mancung). Ia akan memerintah bumi dengan penuh
kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan
kecurangan. Ia memerintah selama 7 tahun.

Riwayat Abu Daud. Imam Mahdi akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di
sekeliling Kaabah. Di situ beliau akan dikenali (sebelum itu semasa diperjalanan beliau tidak
dikenali). Orang ramai di Mekah dan Madinah akan berbaiah dengannya. Beliau akan berjuang
di Syria memimpin Islam melawan Kristian. Kristian mengatakan Nabi Isa yang benar
manakala Islam mengatakan Nabi Muhammad yang benar. Imam Mahdi akan keluar dari
Khurasan (samada di Iran atau di Afghan) manakala Dajjal keluar dari Iraq. Dajjal akan keluar
setelah keluarnya Yajuj dan Majuj. Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula
akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas
berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi
s.a.w. ( http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/27/imam-mahdi-saat-kiamat/)

4. Turunnya Nabi Isa.

Nabi kita Muhammad saw telah memberitahukan kepada kita bahwa keberadaan Isa di
muka bumi selama 40 tahun. Setelah itu dia wafat dan kaum muslimin menshalatkannya,
sebagaimana termaktub dalam hadis shahih dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw
bersabda, Kemudian dia tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum
muslimin menshalatkannya. (HR. Abu Dawud 324, dishahihkan oleh as. Suyuthi dalam al.
Jami ash. Shaghir no.5265).

Adapun peristiwa. peristiwa yang terjadi di zaman Isa dan tugas. tugas yang
ditunaikannya, maka ia sebagai berikut:
1. Memadamkan Dajjal dan fitnahnya.
2. Binasanya Yajuj Majuj berkat doa Isa.
3. Memadamkan semua syariat dan berhukum kepada Islam.
4. Menghapus kebencian dan permusuhan di antara manusia dan meratanya rasa aman dan
kemakmuran di antara manusia.

Sebagaimana dalil-dalil tentang turunnya Isa baik dari al-Quran maupun sunnah telah mencapai
tingkatan mutawatir dan bahwa ini adalah kesepakatan umat dari mulai zaman Nabi saw sampai
hari ini, merujuk kepada tafsir dari firman Allah SWT:

f. .v V0 1JNBb Nf
vH =) VPC =Vv
. .TfBb N
M`1 boMH
159. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman
kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi
terhadap mereka.
Berikutan sebegitulah sedikit sebanyak kejadian atau tanda-tanda kiamat yang pasti akan
kebenarannya.( menjelang isa turun ke bumi, alamuddin darus,5)