Anda di halaman 1dari 10

KATEGORI MAIN

Permainan Sosial
Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

KATEGORI MAIN SOSIAL


Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour)
tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya beradadalam kawasan permainan

Main sendirian (solitary play)


kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya atau keadaan sekeliling

Main pemerhatian (onlooker play)


kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan

Main selari (parallel play)


bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang samadengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri

Main asosiatif (associative play)


bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya danmeminjam alatan dengan rakan

Main koperatif (cooperative play)


kanak-kanak ini bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan

PERMAINAN KOGNITIF
Piaget (1962) telah mengemukakan 3 peringkat dan kategori main iaitu:
Main latihan (practice play) melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti sosial (6 bulan 2 tahun) Main simbolik (symbolic play) termasuk fantasi, sosiodrama, main olok-olok yang melibatkan penggunaan perwakilan mental (2 6 tahun) Main yang melibatkan aplikasi peraturan (7 tahun dan seterusnya)

JENIS PERMAINAN KOGNITIF


Main simbolik
menggunakan imaginasi dan main peranan gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral danbudaya

Main berfungsi
melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bolamempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

Main konstruktif
melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli tetapi untuk membina sesuatu yanglain

Main berperaturan
permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama- peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi seperti mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai