untuk menyalurkan keperluan air minuman, didapati semakin tercemar. Secara umum, sistem semulajadi mampu membersihkan air sungai yang tercemar, bagaimanpun ini tidak lagi mungkin kerana kadar pencemaran yang kian meningkat hasil daripada aktiviti manusia.
Justeru, isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke tahap yang paling minimum. Sekiranya sumber ini dicemari sehingga ke tahap yang tidak dapat lagi digunakan oleh manusia; ini secara tidak langsung akan mengurangkan sumber air bersih, meningkatkan pencemaran dan secara sedar atau tidak menjejaskan kesihatan.
Namun siapakah yang patut dipersalahkan di atas keadaan sungai kita hari ini? Ia akan tertuding kepada diri kita sendiri - masyarakat, pengilang, penternak dan yang lain - kerana gagal untuk menghargai sungai sebagai sumber.
fokus dalam perancangan serta perlaksanaan program pengurusan sungai mengikut bidang tugas agensi masing-masing dalam lembangan berkaitan. Katanya program ini adalah perjanjian bersama kerajaan negeri di mana setiap negeri perlu memilih satu sungai tercemar untuk dipulihkan. "Sungai yang sebelumnya kotor, mati dan sepi dipulihkan hingga menjadi sungai yang bersih, hidup dan vibran. Kualiti air sungai diklasifikasikan kepada lima kelas iaitu kelas I-bersih untuk terus minum, kelas II-bersih tetapi perlu dirawat sebelum diminum, kelas III-tidak bersih dan memerlukan rawatan yang rapi sebelum diminum, kelas IV-hanya sesuai untuk pengairan pertanian dan kelas V-tidak sesuai untuk sebarang kegunaan," kata Ong. Katanya rangka kerja untuk program pemulihan ini telah dijalankan oleh semua negeri seperti pemasangan perangkap sampah di sungai, penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam oleh (PBT) bagi semua pembangunan tanah dan penguatkuasaan sistem rawatan sungai. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu melaksanakan 'fog-food oil grease trap' dan 'GPT-Gross Pollutant Trap' di gerai makanan, pasar sebelum disalirkan ke longkang seterusnya ke sungai. Sungai dan rezab sungai perlu diwartakan sebagai zon riparian untuk pelbagai habitat Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) bagi semua pembangunan dengan menyediakan ESCP-Pelan Pengawalan Hakisan dan Kelodak dan memperketatkan syaratsyarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang pengambilan pasir.
Katanya, Sungai Temiang sepanjang 9 kilometer di mana luas kawasan tadahan ialah 11.26 kilometer persegi. Sungai ini juga adalah sungai yang mengalir terus ke dalam Sungai Linggi yang menjadi punca air minuman. Mogan berkata perangai buruk manusia menyaksikan tilam usang pernah dicampakkan ke dalam Sungai Temiang sebagai jalan mudah membuang sampah sehingga ia tercemar teruk dan diletakkan di bawah program 1N1S. Katanya, hari ini sudah nampak kemajuan dalam usaha itu meski pun masih banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan sebelum program itu benar-benar membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Bagi mempercepatkan usaha itu, kerajaan negeri telah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) pada awal tahun lepas bagi menjadikan Sungai Temiang benarbenar bersih. "Menjelang 2015, kerajaan negeri berharap Sungai Temiang akan mencapai kelas II, berbanding kelas III dan IV yang dicatatkan pada masa ini. Kita tidak mengharapkan peningkatan drastik, memadai perubahan yang biasa kerana banyak cabaran yang terpaksa kita hadapi memandangkan sungai ini melalui kawasan bandar yang padat dengan penduduk dan kegiatan ekonomi. "Namun secara umumnya, sampah sarap di sungai ini sudah berkurangan dan tidak seperti dulu lagi," katanya selepas merasmikan Pusat Informasi Sungai Temiang di Jalan Tun Dr Ismail, di sini, baru-baru ini.
Fikirkan
Firman Allah dalam surat al-Baqarah ayat 30-31: