Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAY/MEI 2011

HBSC3103

TEACHING SCIENCE FOR UPPER PRIMARY I

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

ROMEO AK AUGUSTINE SIPER 781013135313002 781013-13-5313 0138486874 chuk@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH SARAWAK

ISI KANDUNGAN Kandungan 1.0 Pendahuluan 2.0 Rancangan Pengajaran Harian 3.0 Laporan Temubual 3.1 Laporan soal selidik bagi pelajar cemerlang. 3.1 Laporan soal selidik bagi pelajar sederhana. 3.1 Laporan soal selidik bagi pelajar lemah. 4.0 Penutup Rujukan Lampiran Muka surat 1 29 10 -11 11 12 13 - 14 14 15 16 - 19

1.0 PENDAHALUAN Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang telah memperkenalkan teori perkembangan kognitif. Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain. Selain itu, menurut Piaget, kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman kita, tetapi kita juga mengadaptasikan pemikiran kita dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Piaget(1954) percaya proses adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains, teori perkembangan kognitif Piaget telah membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa aspek iaitu : i. Penyesuaian peringkat kognitif Konsep pembelajaran haruslah disusun berdasarkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu konkrit ke abstrak, situasi dekat ke situasi yang jauh, daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan yang baru dan daripada senang ke susah berdasarkan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. ii. Pembelajaran baru dan kompleks disesuaikan dengan struktur perkembangan kognitif kanak-kanak supaya mereka dapat mengimbangi proses akomodasi. Proses akomodasi bergantung dengan motivasi intrinsik kanak-kanak dan guru seharusnya memotivasikan mereka supaya penglibatan dalam aktiviti pembelajaran lebih aktif.

iii.

Murid-murid dapat memahami konsep sains melalui pengalaman konkrit. Justeru itu, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik minat murid akan memotivasikan mereka dan merangsang penglibatan aktif dalam pembelajaran sains.

iv.

Aktiviti hands-on dan minds-on akan meningkatkan proses pembelajaran sains di kalangan kanak-kanak. Mereka akan berasa lebih seronok apabila melakukan sendiri aktiviti yang dirancang.

Bagi menjelaskan lagi teori perkembangan kognitif Piaget, maka rancangan pengajaran harian yang dirangka ini lebih bersifatkan pemusatan murid. Pendekatan kognitif yang diaplikasikan dalam aktiviti ini dijangka mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran sains di mana mereka akan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru secara handson dan minds-on. Rancangan pengajaran harian ini juga menekankan kemahiran proses sains yang telah dipelajari dan akan diaplikasikan oleh murid-murid semasa melakukan aktiviti.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: Masa: Kelas: Bil. Murid: Mata Pelajaran: Tema: Tajuk: Sub-tajuk: Objektif Pembelajaran:

22.06.2011 0830-0930 4 Melur 40 orang Sains Menyiasat Alam Fizikal Isipadu Isipadu pepejal (kuboid) i. Mengira isipadu kuboid berdasarkan unit piawai dalam sistem metrik. ii. Menggunakan alat pengukuran yang sesuai untuk mengukur isipadu kuboid. iii. Mengukur isipadu kuboid berdasarkan teknik yang betul serta merekod maklumat dalam unit standard. Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i. Menyatakan cara untuk mengukur isipadu kuboid. ii. Menyatakan unit standard yang digunakan untuk mengukur isipadu kuboid dalam sistem metrik.

iii. Menggunakan alat yang sesuai untuk mengukur isipadu kuboid. iv. Merekod isipadu yang diukur dalam unit standard. Pendekatan/strategi: Pendekatan Kognitif (penerangan, kerja kumpulan,pembentangan) KPS : Meramal, mengukur dan menggunakan nombor, memerhati KBKK : Alat Bantu Mengajar: Mengumpul maklumat, menyelesaikan masalah Pembaris panjang, pita pengukur, kotak,lembaran kerja, lembaran aktiviti Pengalaman Sedia ada: Murid telah mengenalpasti bahawa kuboid merupakan objek yang berbentuk 3D. Sikap saintifik dan Nilai murni: Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data, Bekerjasama

Langkah/Masa Set Induksi (5 minit)

Isi kandungan Contoh kuboid -

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Guru menunjukkan dua buah kotak yang berlainan saiz kepada murid. Guru bertanyakan soalan kepada murid. a. Kotak yang manakah yang lebih besar?

Catatan KPS : Memerhati, Meramal ,

Membanding beza. ABM : Kotak

A B
b. Kotak yang manakah yang boleh diisi dengan objek yang banyak? Langkah 1 (15 minit) Formula pengiraan isipadu kuboid. Panjang x lebar x tinggi Guru memperkenalkan tajuk pelajaran. Guru menerangkan tentang bentuk kuboid dan bersoal-jawab dengan murid. a. Apakah perbezaan di antara kedua-dua buah kotak yang ditunjukkan tadi? b. Berikan contoh-contoh objek yang KPS : Memerhati, Membanding beza, Meramal ABM: Kotak KBKK: Menyelesaikan masalah

berbentuk kuboid di dalam kelas? Guru menerangkan tentang maksud isipadu (besar sesuatu ruang yang boleh diisi oleh objek) Guru bertanyakan kepada murid. a. Bagaimanakah caranya untuk mengukur isipadu kuboid? Guru memurnikan semula jawapan murid dengan menerangkan tentang formula untuk mengira isipadu kuboid. Langkah 2 (20 minit) Mengukur isipadu kuboid Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang. Guru menerangkan secara terperinci tentang aktiviti yang akan dijalankan. ABM: Pembaris meter, pita KPS: Memerhati, mengukur dan menggunakan nombor

a. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mendapatkan objek yang berbentuk kuboid dan mengira isipadu objek tersebut. b. Murid-murid dikehendaki untuk mencari objek yang berbentuk kuboid di kawasan bangunan sekeliling sekolah. Sikap saintifik dan Nilai murni: c. Setiap kumpulan dibekalkan dengan pembaris meter, pita pengukur dan lembaran kerja. Murid-murid melaksanakan aktiviti dan merekod pada jadual yang disediakan dalam lembaran aktiviti. Pembentangan hasil aktiviti oleh setiap kumpulan. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data Bekerjasama KBKK: Menyelesaikan masalah Mengumpul maklumat pengukur lembaran kerja

Langkah 3 (15 minit)

Mengukuhkan pengetahuan baru murid mengenai pengukuran

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid untuk disiapkan.

KPS: Mengukur dan menggunakan nombor ABM: Lembaran kerja KBKK: Menyelesaikan masalah

isipadu kuboid.

Perbincangan kelas mengenai jawapan soalan.

Penutup (5 minit)

Kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan

Guru menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan tentang aktiviti yang telah dilakukan. KPS : Meramal KBKK : Menyelesaikan masalah

Guru bertanyakan soalan kepada murid? a. Apakah yang telah kamu pelajari hari ini? b. Tuliskan formula untuk mengira isipadu kuboid di papan tulis. (guru memanggil salah seorang murid)

Refleksi : Murid-murid dapat melaksanakan aktiviti tanpa bantuan guru tetapi bentuk lembaran kerja perlu diubahsuai berdasarkan tahap pemikiran murid. Murid-murid yang pintar haruslah diberi lembaran kerja yang lebih mencabar berbanding muridmurid tahap sederhana dan lemah. Bagi membuktikan objektif pembelajaran tercapai sepenuhnya maka temubual akan dilakukan dengan menggunakan boring soal selidik.

3.0 Soalan (b) 3.1 Laporan soal selidik bagi pelajar cemerlang. Daripada 15 orang pelajar cemerlang dalam kelas tahun4, 3 orang telah dipilih untuk melengkapkan borang soal selidik selama 5 minit sebagai salah satu proses temubual terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil daripada temubual direkodkan seperti dalam jadual di bawah: No. Soalan Wilfred 1 2 3 4 5 6 7 8 YA YA YA YA YA YA YA YA Respon Pelajar Anna YA YA YA YA YA YA YA YA Devri YA YA YA YA YA YA YA YA

Rumusan: Berdasarkan hasil temubual terhadap pelajar cemerlang, didapati bahawa golongan ini mampu untuk menguasai sesuatu pembelajaran dengan cepat tanpa menghadapi sebarang masalah. Mereka dapat menyiapkan lembaran aktiviti dan lembaran kerja dengan cepat tanpa mendapatkan bantuan daripada rakan mahupun guru. Pelajarpelajar ini juga dapat mengaitkan isi pelajaran dengan aktiviti yang telah dilakukan dan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Mereka juga berpendapat

bahawa aktiviti yang dilakukan ini senang dan tidak member impak terhadap pengetahuan mereka. Justeru itu, aktiviti yang lebih mencabar harus diberikan kepada golongan pelajar ini. Kandungan aktiviti lembaran kerja harus diubah bagi pelajarpelajar ini. Aktiviti berbentuk pengayaan seperti pembinaan model bangunan atau rumah yang berbentuk kuboid dapat dilaksanakan supaya mereka tidak mudah bosan. Aktiviti seperti ini mampu meningkatkan daya kreativiti para pelajar dan membuatkan mereka bersaing secara positif antara satu sama lain. 3.2 Laporan soal selidik bagi pelajar sederhana

Terdapat 20 orang pelajar mempunyai tahap pembelajaran yang sederhana berbanding pelajar cemerlang. 3 orang telah dipilih untuk melengkapkan sesi temubual melalui borang soal selidik yang telah dirangka oleh guru. Hasil temubual ditunjukkan dalam jadual di bawah: No. Soalan Alvin 1 2 3 4 5 6 7 8 YA YA TIDAK TIDAK TIDAK YA TIDAK TIDAK Respon Pelajar Michael YA YA TIDAK TIDAK TIDAK YA TIDAK TIDAK Shenny YA YA TIDAK TIDAK YA YA YA TIDAK

Laporan : Berdasarkan keputusan yang diperolehi, didapati bahawa ketiga-tiga pelajar ini perlu diberi perhatian. Mereka berasa seronok dan tidak mudah berasa bosan apabila melakukan aktiviti di luar bilik darjah. Permasalahan yang timbul ialah ketiga-tiga pelajar ini tidak dapat menguasai kemahiran proses sains yang telah diajar oleh guru. Mereka telah melakukan aktiviti yang dicadangkan oleh guru tetapi mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka telah mengaplikasikan proses sains yang telah dipelajari. Alvin dan Michael tidak begitu yakin apabila melakukan aktiviti tetapi boleh

diperbaiki apabila kawan-kawan yang pandai membantu mereka dalam kerja kumpulan. Shenny ini boleh dianggap lebih aktif apabila melaksanakan aktiviti dan mempunyai sifat ingin tahu apabila melakukan sesuatu tugasan. Melalui pemerhatian yang dibuat semasa murid-murid melakukan aktiviti, didapati Shenny sentiasa bertanya kepada kawan-kawan dalam kumpulan jika menghadapi masalah. Perkaitan pengetahuan yang baru diperolehi dan pengetahuan yang akan datang mungkin mengambil masa yang agak lama bagi ketiga-tiga pelajar ini. Justeru itu, guru perlu melakukan aktiviti pengukuhan terhadap para pelajar ini bagi membantu mereka memahami konsep atau fakta sains yang telah dipelajari dan mengaitkan dengan apa yang akan dipelajari dalam proses pembelajaran seterusnya.

3.3 Laporan soal selidik bagi pelajar lemah Jumlah pelajar bagi tahun 4 ialah seramai 40 orang. Daripada jumlah tersebut terdapat 5 orang pelajar yang dikategorikan dalam konteks pelajar lemah. 3 orang telah dipilih untuk melengkapkan temubual dan hasilnya dapat dilihat pada jadual di bawah: No. Soalan Lester 1 2 3 4 5 6 7 8 YA YA TIDAK TIDAK TIDAK YA TIDAK TIDAK Respon Pelajar Donny YA YA TIDAK TIDAK TIDAK YA TIDAK TIDAK Alban YA YA TIDAK TIDAK TIDAK YA TIDAK TIDAK

Laporan : Pelajar-pelajar ini perlu diberi perhatian yang serius oleh guru bagi meningkatkan pembelajaran dalam matapelajaran sains. Berdasarkan keputusan soal selidik (temubual) yang dibuat, didapati bahawa pelajar-pelajar ini cuma berasa seronok apabila melakukan aktivi kerana mereka hanya ingin bermain daripada belajar. Tetapi, mereka dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian kerana kemungkinan mereka pernah melihat bapa atau orang lain melakukan kerja-kerja pengukuran terhadap sesuatu objek. Cara atau kaedah yang paling sesuai untuk pelajar-pelajar yang lemah ialah mengadakan aktiviti pemulihan dengan memberikan

aktiviti yang lebih bersifatkan bermain sambil belajar. Aktiviti yang dicadangkan haruslah lebih mudah tetapi menjurus kepada kemahiran proses sains yang ingin diterapkan secara berperingkat. Latihan dan lembaran kerja yang diberikan juga mestilah daripada konkrit ke abstrak atau senang ke susah supaya pelajar-pelajar ini dapat menguasai isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

4.0 Penutup Dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sains, guru mestilah lebih kreatif dalam merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Setiap aktiviti yang dirancang haruslah mengambil kira tahap pemikiran murid-murid supaya yang pintar tidak mudah berasa bosan dan yang lemah akan berasa terasing kerana tidak dapat mengikuti pembelajaran. Melalui temubual yang telah dilakukan berdasarkan aktiviti yang telah dirancang, maka guru boleh membantu murid-murid yang lemah ini dengan menjadikan murid yang pandai sebagai rakan taulan. Murid-murid yang pintar ini akan berasa lebih mencabar apabila diberi tanggungjawab untuk membantu rakan-rakan mereka. Selain daripada itu, semua murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti kerana guru menerapkan kaedah inkuiripenemuan iaitu murid-murid dikehendaki meneroka sendiri untuk mendapatkan jawapan. Pendekatan kognitif sangat sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran sains kerana dapat menggabungkan pengalaman sedia ada murid dan membina pengetahuan baru untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran yang akan datang.

Rujukan Dr. Arbaat H, M.Ali Samsudin, ( 2010 ).HBSC2203 Teaching Science For Upper Meteor Doc. Sdn. Bhd. Dr. Nagalingam Karuppiah,Ramachandran Vengrasalam, ( 2009 ).HBSC1103 Introduction to Science Education. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Raja Sarimah Binti Raja Alias, Sopia Binti MD. Yassin,Toh Kim Kau, Abdul Rashid Bin Johar, (2005). Science Year 4 Teachers Guidebook (DBP). Tihani Cetak Sdn. Bhd. Assessment Guide : Science practical Work Assessment (PEKA) . Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (2009) Curiculum Development Centre (2006). Curiculum Spesifications;Year 4. Ministry of Education Malaysia Primary I.

LEMBARAN AKTIVITI
Lengkapkan jadual berikut berdasarkan maklumat yang anda perolehi.

Nama kumpulan : _____________________________ Bil. Nama Objek Isipadu objek Jumlah keseluruhan isipadu Panjang Lebar Tinggi

LEMBARAN KERJA

Nama : ________________________ Tarikh : _________________________

1. Lengkapkan semua soalan dengan menghitung isipadu kuboid yang diberikan dengan menunjukkan cara pengiraan.

Soalan A

8 cm

20 cm

5 cm 20 cm

Jawapan : ______________________________

Soalan B

10 m

35 m

5m

Jawapan : _____________________________________

Soalan C

30 m

5m

10 m

Jawapan : _________________________________

2. Lukiskan bentuk kuboid yang mempunyai ukuran seperti berikut.

Panjang = 20 m Lebar = 10 m Tinggi = 15 m