Anda di halaman 1dari 18

SEJARAH PERKEMBANGAN AKIVITI KAYAK

Pengenalan Am Sebelum saya secara lebih lanjut menerangkan tentang kronologi aktiviti kayak, adalah lebih baik saya mentakrif dan menerangkan kepada anda tentang kenu dan kayak agar ia dapat memantapkan lagi kefahaman anda.

Definisi Kenu dan Kayak


Kenu merangkumi semua aktiviti air yang melibatkan penggunaan kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kenu. Rujuk gambarajah 1.

Perbezaan Antara Kayak dan Kenu Kayak


Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara melunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo. Rujuk gambarajah 2.

Kenu
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kenu ialah sampan yang digunakan oleh Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. Rujuk gambarajah 3.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK


Seawal peradaban manusia, aktiviti ini telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum, 75% kawasan dunia diliputi air. Oleh itu, bagi manusia zaman dahulu, air merupakan sumber pengangkutan utama mereka. Penggembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan petempatan manusia dahulu berpusat di pinggir sungai. Mereka yang tinggal di kawasan hutan yang kaya dengan sumber alam seperti pohon kayu, menebuk atau membakar teras kayu dan menjadikannya sebagai kenderaan air. Ia dinamakan kenu dugout ataupun kolek. Rujuk gambarajah 4. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kenu daripada kayu dan dindingnya dibuat dari kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan Kenu Canadian. Rujuk gambarajah 5. Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut yang mereka buru. Oleh itu, kenderaan mereka dibina kerangkanya dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan inuit atau kayak Eskimo. Rujuk gambarajah 6. Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan kenu yang pelbagai bentuk dan kegunaannya sehingga ke hari ini. Kebanyakan kayak dan kenu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz, dan berat serta bilangan pendayungnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DUNIA


Aktiviti kenu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Namun begitu, tokoh terkenal aktiviti kayak iaitu John Mac Gregor telah memberikan nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesengangan dan pendidikan. Beliau telah digelar sebagai Bapa Kayak Moden sebagai mengiktiraf sumbanganya dalam perkembangan aktiviti kayak. Beliau adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Pengembaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau dengan pelbagai pengalaman. Pengalaman utama beliau adalah teknik orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ini. Rujuk gambarajah 7. Pada tahun 1866, kelab kenu pertama di dunia telah ditubuhkan di Twickenham, England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kenu di seluruh England terutamanya dikalangan pelayara dan golongan atasan British. Tujuh tahun kemudian, kelab ini telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga ke hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai penggiat aktiviti kayak. Persatuan Kenu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam perkembangan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kenu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kenu yang terkenal dan terkukuh di dunia. W.Van B.Claussen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kenu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, International Representaten Shaft Des Kanusport (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah Negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila H.W.Pawlata dari Austria telah memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan Eskimo roll . Teknik ini beliau perolehi dari penduduk di Artik yang bertujuan untuk menaikkan semula kayak yang

terbalik tanpa perlu keluar darinya. Di sinilah bermulanya perkembangan-perkembangan teknik gulingan yang lain. Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawall tahun 1924 dimana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukkan Sukan Olimpik ke VII di Paris. Dua belas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva. Seawal tahun 60an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingan sukan kayak terus bercambah dari kenu polo, kenu surfing hinggalah ke acara rodeo. Cabang-cabang aktiviti ini akan diterangkan dengan lebih jelas lagi dibahagian akhir buku ini.

PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA


Di negara kita, kegiatan kayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan perdagangan. Antara kenu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular di kalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu di kalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Sekitar tahun 70an, Pulau Pinang telah mempelopori semula aktiviti berkayak. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang ke Butterworth. Dalam tahun 80an, Penang Canoe and Recreation Club telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Namun begitu, aktivitinya hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia.

Iltizam dan usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan keseluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya. Pada tahun 1988, tercatit di lembaran sejarah apabila buat pertama kalinya 2 orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Perjalanan mereka mengambil masa selama 63 hari dan sejauh 1846km. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan cabang ekspedisi kayak negara. Cabaran-cabaran telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi meredah lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor-Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa. Lihat gambarajah 8.

PERALATAN

PERALATAN
Kayak
Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Setiap bidang kayak memerlukan kayak yang spesifik bentuk dan ukurannya. Sekiranya anda merujuk kepada catalog atau majalah untuk mencari jenis kayak yang sesuai untuk anda, anda pasti akan menemui berbagai-bagai jenis dan bentuk kayak yang pastinya akan menyukarkan anda membuat pilihan. Penerangan dalam bahagian ini diharapkan dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Bagaimana Memilih Kayak Yang Sesuai


Kayak yang anda pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan dan aktiviti yang akan anda jalankan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m 3.7m), berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkan memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m 5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi unutk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak. Rujuk gambarajah 10.

Jenis-jenis kayak
Secara amnya, kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya (hull).

i)

Mandesta (berbentuk V)

Bahagian bawah kayak ini berbentuk V. ini bertujuan untuk memudahkan memotong air dan bergerak dalam garisan lurus dengan pergerakan yang amat laju. Namun begitu, ia memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Antara kayak ini ialah kayak yang digunakan di arena pertandingan pecut iaitu K1, K2 dan K4. Rujuk gambarajah 11.

ii)

Ottersport (berbentuk U)

Bahagian bawah kayak ini pula berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di semua situasi air dan amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti kayak. Walau bagaimanapun, pergerakannya amat perlahan dan mudah tersasar haluannya kerana bahagian bawahnya lebih mudah menampan ombak berbanding kayak lain. Antara contoh kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK (Touring Kayak). Rujuk gambarajah 12.

iii)

Slalom (berbentuk O)

Keratin rentas bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O ataupun bulat. Ia selalunya digunakan untuk aktiviti arus deras. Bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Ia lebih laju daripada Ottersport. Kemahiran imbangan yang diperlukan pula sederhana. Kayak ini lebih mudah berpusing kerana darjah kenaikan bahagian bawahnya (rocker) lebih tinggi berbanding kayak jenis lain. Contoh kayak jenis ini ialah kayak slalom, kayak polo dan kayak rodeo. Rujuk gambarajah 13.

PENGENDALIAN KAYAK
Am Pengendalian kayak adalah satu kemahiran yang dimestikan bagi setiap pengguna kayak.pelajaran ini membimbing anda ke arah cara-cara praktikal bagi mengendalikan kayak supaya kayak dapat dipergunakan sebagai kenderaan bagi tujuan bergerak di air.

Membawa Kayak Bagi mengendalikan aktiviti, kayak boleh dibawa ke mana-mana sahaja yang anda suka. Bagi tujuan itu, anda boleh menggunakan cara-cara berikut: 1. Pikulan di Bahu Kayak diangkat ke atas bahu. Ubahsuaikan posisi kayak anda di bahu supaya terasa selesa sewaktu mengangkat tadi, tentukan anda bekerjasama dan serentak melakukannya dengan rakan. Supaya kayak tidak terjunam dan seterusnya menggelunsur ke dalam lebih-lebih lagi apabila kayak ber ada di dalam keadaan basah (kayak yang basah adalah licin). Selepas berada di bahu, bawalah kayak ke tempat yang ia hendak diletakkan sambil menggunakan tangan anda bagi mengunci kayak itu di bahu anda. Apabila meletakkannya semula, anda hendaklah berhati-hati supaya kayak tidak terlepas dari tangan dan seterusnya ia terhempas.

2. Kelekan di Pinggang Kayak dianggkat hingga ke paras pinggang dan segera dirapatkan hingga selesa. Dengan menggunakan pautan tangan, kayak akan dikunci dipinggang bagi mengampu atau menahan kayak dari melurut ke bawah. Selepas itu barulah anda boleh berjalan bagi membawa kayak itu dan seterusnya meletakkannya di tempat yang sesuai. Sewaktu meletakkan kayak, anda hendaklah berhati-hati membawa kayak. Cara ini adalah sedikit sukar apabila kayak berkeadaan basah di mana kelicinan kayak akan menyebabkan ianya mudah melurut ke bawah.

3. Menggunakan Kenderaan Bagi tujuan pengangkutan jauh, kayak adalah dibawa dengan kenderaan seperti lori, van atau trailer. Dalam hal ini, kayak mestilah disusun dengan baik dan jika perlu hendaklah diikat supaya mengurangkan kesan geseran dan hentakkan ke atasnya sewaktu dalam perjalanan. Posisi kayak di dalam kenderaan seelok-eloknya biarlah di dalam keadaan melentang bagi menjaga ketahanan deck dan coaming . Catitan : Perbuatan membawa kayak dengan tenaga manusia dipanggil portage .

MELANCAR DAN MENDARATKAN KAYAK


Melancar
Untuk melancarkan kayak, perhatikan perkara-perkara berikut:i) Apabila meletakkan kayak untuk berdayung, tentukan ianya berada dalam air di tepi pantai. Elakkan mana-mana bahagian kayak dari bersentuhan dengan pasir atau tanah. Kalau bersentuhan, kayak akan terlekat di dasar air apabila ianya dinaiki. Ini menyukarkan berdayung. Bahagian bow kayak mestilah bersudut tepat menghala ke laut. Tujuan posisi begini ialah bagi mengelakkan ombak dari menghempas bahagian rusuk kayak. Jika ombak memukul rusuk kayak, kayak akan mudah terpesong ke kiri atau ke kanan hinga menyukarkan tindakan untuk menaiki kayak atau berdayung. Bahagian bow yang menghala ke laut dalam posisi bersudut tepat akan membelah ombak yang mar ake pantai. Ia memudahkan supaya kayak dapat segera dinaiki dan seterusnya didayung

ii)

supaya kayak dapat segera dibawa keluar dari kawasan pantai yang sentiasa diitimpa oleh ombak.

Mendarat Bagi tujuan mendarat, perhatika perkara-perkara berikut pula:i) Apabila hampir sampai ke pantai kira-kira dalam jarak 10 meter atau mengikut keadaan ombak dan kedalaman air, kayak hendaklah dipusingkan supaya menghadap semula ke laut di dalam posisi bersudut tepat. Tujuan posisi ini adalah supaya hanya bahagian bow yang dipengaruhi oleh ombak. Setelah kayak menghadap ke laut, dayunglah ke belakang (mengundur) sehingga sampai ke bibir pantai yang mengizinkan bagi tindakan turun dari kayak.

ii)

Melancar dan mendarat di Sungai dan Tasik Bagi maksud melancarkan kayak dan mendarat di tebing sungai dan tasik di mana ombak tidak terdapat, maka kedudukan bow mestilah bersudut tepat dengan kemaraan arus. Jika tidak, kayak akan dilencongkan oleh arus menyebabkan kesukaran bagi mengawal kayak.

NAIK DAN TURUN KAYAK


Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan yang kecil, ianyak tidak boleh dinaiki dan dituruni dengan sewenang-wenangnya sebagaimana kenderaan laut yang lebih besar seperti bot dan kapal. Pijakan kaki yang tidak boleh sewaktu menaiki dan menuruninya akan menyebabkan kayak mudah tersenget sehingga memunginkan kayak terbalik. Oleh itu, tindakan yang betul hendaklah dilakukan apabila anda naik dan turun dari kayak.

Naik kayak

Untuk menaiki kayak, bowman akan mendahuluinya. Ini bagi membolehkan sternman untuk mengawal kayak dengan memegangnya samada bagi maksud imbangan atau mengelakkan kayak dari melencong ke sebelah. Bowman akan melakukan tindakan-tindakan berikut:i) ii) iii) iv) v) vi) Ia akan berdiri di sebelah kiri kayak sambil memegang dayung di tangan kanan (dayung boleh juga diserahkan kepada sternman ). Bowman akan membengkok dan langsung memegang bahagian coaming di kiri dan kanan sambil tangan kanan terus memegang dayung. Setelah itu, ia akan segera memasukkan kaki kanan ke dalam kayak melalui cockpit . Apabila kaki kanan telah mencecah lantai kayak, maka badan hendaklah segera dibawa masuk ke dalam kayak dan menempatkan punggung di atas tempat duduk. Kemudian segeralah memasukkan kaki kiri ke dalam kayak supaya dapat duduk dengan selesa dimana kaki akan diluruskan di lantai kayak. Selepas itu, ia akan menggunakan badan bagi mengimbang kayak dan menggunakan dayung bagi mengawal kayak. Jika dayung diberikan pada sternman sewaktu mula naik tadi, maka bowman hendaklah menghulurkan tangan kebelakang sebagai isyarat meminta dayung dari sternman . Setelah mendapat isyarat dari bowman , maka sternman akan menaiki kayak dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh bowman . Setelah selesai, maka tindakan berdayung hendaklah segera dilakukan. Jika kayak di tebing yang lebih kurang sama paras dengan kayak tetapi airnya dalam, anda boleh menaiki atau menuruni kayak dengan cara menggunakan dayung yang dipalangkan bagi menghubungkan kayak dengan tebing. Jika tebing lebih tinggi dari paras kayak, anda bolehlah menaikinya dengan mengangkat sebelah kaki supaya dapat memijak lantai kayak kemudian terus duduk sambil menarik kaki yang sebelah lagi ke dalam kayak. Kedua-dua belah kaki kemudiannya hendaklah diluruskan.

vii) viii) ix)

x)

Turun kayak Untuk turun dari kayak, maka mestilah berada dalam posisi untuk mendarat. Orang yang akan turun dahulu ialah sternman kerana ia saling berhampiran dengan pantai. Ketika sternman turun dari kayak, bowman akan mengimbang dan mengawal kayak. Tindakan untuk turun adalah seperti berikut:i) Sternman akan memegang tangannya, sambil mengepit coaming ). Tarikkan kaki ke belakang mengangkat punggung dari cockpit . bahagian kiri dan kanan coaming dengan kedua belah dayung di tangan kanan (tangan kanan juga memegang sehingga kaki bengkok dan rapat ke badan. Dengan tempat duduk, ia akan membuang kaki keluar melalui

ii)

iii)

iv) v)

Apabila kaki kiri telah berpijak, maka ia akan mengangkat badan-badan ke atas dengan menggunakan kekuatan tangan yang bertahan pada coaming sehingga berada di dalam posisi berdiri dan seterusnya membawa kaki kanan keluar dari kayak. Satu cara lagi ialah dengan sekali gus membuang kedua-dua kaki dan badan keluar kayak. Setelah keluar dari kayak, sternman akan memasukkan dayung ke dalam kayak dan sambil memegang kayak bagi tujuan mengimbang dan mengawal kayak. Selepas itu, bowman akan turun dari kayak dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh sternman (dayung bowman boleh diserahkan kepada sternman sebelum bertindak turun dari kayak).

Catitan : Samada bagi maksud turun dan naik, mana-mana kaki boleh didahulukan. Berikan koordinasi melalui isyarat supaya rakan anda dapat naik atau turun kayak setelah anda selesai melakukannya.

BERDAYUNG
Berdayung adalah satu gerak laku yang dilakukan oleh anggota kayak (canoeist) bagi menggerakkan kayak samada dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu posisi ke satu posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang dimestikan kepada setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan kegiatan kayak.

Cara memegang Dayung/Berdayung Sebelum anda mula belajar mendayung, terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayung dengan cara yang betul. i) Ketika memegang batang dayung, hendaklah dengan kedua-dua belah tangan. Pegangan ini janganlah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk digerakgerakkan ketika mendayung. Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu. Posisi badan anda hendaklah dibawa kebelakang seberapa yang boleh supaya bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada di dalam keadaan yang selesa (relaxed). Apabila berdayung, kedudukan papan dayung (blades) mestilah keseluruhannya berada di daam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak diperolehi. Kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.

ii) iii)

iv)

v)

vi)

Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu, janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang, selalulah berehat sewaktu berdayung. Beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah-ubah dari satu pegangan ke satu pegangan yang lain supaya otot-otot boleh direhatkan. Jangan sekali-kali berdayung dengan menggunakan kedua belah tangan sekali gus. Dan ketika sedang berdayung, elakkan dair perbuatan memukul air atau naik radang apabila kayak anda segera mematuhi kehendak dayungan ini. Perbuatan ini tidak akan membantu malah ianya akan melengahkan anda.

Jenis-jenis Dayungan dan Teknik Berdayung


Terdapat beberapa jenis dayungan seperti berikut yang boleh digunakan dan setiap dayungan itu akan memberi bantuan untuk mengendalikan kayak dengan betul:Dayungan Junam untuk bergerak ke hadapan dan ke belakang Setelah berada di dalam kayak dan memegang dayung dengan betul i) ii) Tegakkan badan dengan sedikit condong ke hadapan. Hulurkan dayung ke hadapan dengan membawa tangan ke hadapan (maka papan dayung hendaklah mengadap ke belakang).

Dayungan Tusukan untuk membelok dan memberhentikan kayak Jika hendak membelokkan kayak yang sedang bergerak supaya pergi ke kanan, maka tangan kanan hendaklah melakukan tusukan dayung ke belakang. Tindakan ini hanya dilakukan oleh orang belakang. Lebih ke belakang tusukan dibuat, lebih kuat dan besar belokan yang akan terjadi hingga boleh berpusing 3600 darjah. Tindakan ini berkesan pada kayak yang tidak bergerak. Dayungan Sapu (sweep) untuk membelok atau memusing kayak Tindakan ini berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak. Untuk membelok ke kanan, perhatikan pergerakan perikut:i) ii) iii) iv) Dayung dihulurkan ke depan melalui sebelah kiri sehingga tanan kiri menjadi lurus dan bahu kiri ke hadapan. Tangan kanan dibengkokkan. Letakkan papan dayung dalam posisi separuh terbenam Tarik dayung kebelakang seberapa keluar yang boleh hingga menyentuhi buritan kayak dengan tangan mengikuti hingga berada disebelah kiri cockpit .

Catitan : Jika kayak untuk dua orang, tindakan ini akan dilakukan oleh sternman . Bowman hendaklah merehatkan diri. Dayungan Tarikan (draw) untuk merapatkan kayak ke sesuatu objek secara mengiring. Untuk merapatkan kayak selari dengan objek seperti untuk tujuan berkumpul (raft-up), maka dayungan tarikan (draw) hendaklah digunakan. Katakana anda ingin merapatkan kayak ke kiri maka tindakan-tindakan berikut hendaklah diperhatikan:i) ii) Peganglah dayung sebagaimana biasa. Tegakkan dayung di sebelah kiri kayak dengan papan dayung berada di atas air. Keseluruhan dayung mestilah bersudut tepat dengan permukaan air. Kedudukan tangan kanan ialah di atas dalam posisi lurus dan tangan kiri di bawah pada batang dayung. Benamkan papan dayung ke dalam air seberapa tegak yang boleh dan tarik tangan kiri hingga ke paras bahu. Pusingkan badan ke kanan dengan bahu kiri ke depan dan bahu kanan ke belakang. Tolakkan tangan kiri kearah yang dikehendaki. Anda akan merasakan bahawa kini papan dayung sedang berada di bawah kayak. Posisi ini mendedahkan anda dengan bahaya terbalik. Pusingkan papan dayung kira-kira 900 dan bawalah papan dayung keluar semula ke tempat permulaan tadi. Ulangi proses ini sehingga anda sampai ke tempat yang dikehendaki. Untuk merapatkan kesebelah kanan, maka lakukanlah tindakan yang serupa di sebelah kanan kayak.

iii) iv) v) vi)

Catitan : Awas kayak anda dari terbalik jika dayungan ini dilakukan oleh kedua-dua pendayung. Untuk lebih selamat, sternman hendaklah melakukan dayungan tolakan (push-over) jika bowman melakukan tarikan ini. Dayungan Tolakan (push over) untuk menjauhkan kayak dari sesuatu objek Dayungan jenis ini adalah kembalikan kepada dayungan tarikan. Dayungan ini akan menyebabkan kayak anda menjauhi objek/sasaran jika objek/sasaran itu berada disebelah yang sama dengan kayak. Sebaliknya kayak akan merapatkan kepada objek/sasaran jika anda berdayung di sebelah luar. Dayungan J untuk meluruskan haluan kayak ketika sedang berdayung

Dayungan ini bertujuan bagi mengemudikan kayak supaya tidak terpesong dari arah perjalanan yang dituju. Ia boleh dilakukan samada anda di sebelah kiri atau kanan dengan menghasilkan tujuan yang sama. Selepas sahaja dayungan junam dibuat (dayungan kehadapan), apabila papan dayung sudah hampir ke belakang, maka papan dayung hendaklah dipusingkan hingga 900. Dayungan ini seakan-akan dayungan tusukan. Jika waktu berdayung kayak anda sedikit membelok ke kanan, maka dayungan J hendaklah dilakukan di sebelah kiri. Papan dayung dibiarkan pada posisi tadi sehingga kayak anda kembali kea rah perjalanan yang asal. Dayungan Goyangan (sculling) untuk merapatkan kayak secara mengiring

Dayungan jenis ini akan memberikan kesan yang sama kepada pergerakan kayak anda sebagaimana dayungan tarikan. Dengan dayungan goyangan ini, kayak anda adalah lebih terjamin dari bahaya terbalik. Papan dayung dibenamkan ke dalam air dengan mukanya menghadap ke arah kayak. Goyangkan dayung anda ke hadapan dan ke belakang. Jika dayungan ini dibuat di sebelah kanan, maka kayak anda akan merapatkan ke sebelah kanan. Catitan : Untuk merapatkan kesasaran, maka dayungan goyangan ini lebih selamat dari dayungan tarikan.

Formasi i) Pergerakan semasa berkayak adalah pergerakan berkumpulan. Bagi maksud kawalan maka beberapa bentuk atau fromasi boleh dibuat sewaktu berdayung. a. Formasi Sebaris (Single File) b. Formasi Dua Baris (Double File) c. Formasi Berbentuk Panah (Diamond Formation) d. Formasi Melintang (Abbrest) Formasi sebaris adalah sesuai bagi kumpulan kecil atau bagi melalui lorong yang sempit seperti anak sungai. Formasi baris berbentuk panah dan melintang adalah sesuai bagi kawasan perairan yang luas seperti di laut. Raft-up ialah satu formasi di mana semua kayak berkumpul rapat-rapat dengan posisi kelompok dan selari antara satu sama lain.

ii)

iii)

KAWAD TERBALIK Kawad terbalik adalah satu latihan bagi memahirkan kedua-dua canoeist supaya dapat membetulkan semula posisi kayak yang terbalik dan seterusnya naik ke kayak dan berdayung semula. Kawad terbalik ini terbahagi kepada empat peringkat:i) ii) iii) iv) Membebaskan diri dari kayak Membetulkan semula posisi kayak Menimba air dari kayak Menaiki semula kayak

Membebaskan diri dari kayak Apabila kayak sudah terbalik, jangan sekali-kali anda tinggal di dalam kayak. Anda hendaklah segera keluar darinya dengan cara menolak diri anda keluar dengan menggunakan kaki dan tangan anda. Jika spray skirt terpasang pada kayak, bukalah spray skirt itu dahulu supaya tindakan anda menolak keluar dari kayak tidak terhalang. Setelah keluar dari kayak, tentukan rakan anda berada di dalam keadaan selamat. Ambillah dayung yang telah terkeluar dari kayak atau barang-barang lain yang mungkin akan hanyut jika dibiarkan. Kemudian, anda periksalah kayak anda supaya ianya benarbenar terbalik dengan bahagian keel nya berada di atas. Kalau kayak anda separuh terbalik, air akan masuk ke dalam kayak dan ini akan menghalang usaha anda seterusnya.

Membetulkan semula posisi kayak Apabila kayak berada di dalam posisi terbalik, udara yang terperangkap di dalam kayak akan menghalang kemasukan air. Di sini apa yang perlu diperhatikan ialah supaya kayak dibalikkan ke atas supaya kembali ke posisi asal tanpa air meredah masuk ke dalam kayak dengan banyak. Jika air dapat masuk, maka kayak akan mudah bergolek ke kir atau ke kanan apabila ianya dinaiki semula. Cara yang betul untuk membetulkan semula posisi kayak ialah seperti berikut:i) Elakkan kayak dari senget ke kiri dan ke kanan apabila ianya di dalam keadaan terbalik. Kalau ianya berkeadaan senget, udara yang terperangkap akan meredah keluar dan menyebabkan air merempuh masuk ke dalam kayak. Jika menggunakan spray sirkit , pasanglah semula spray sirkit tersebut (anda tentu telah menanggalkannya sewaktu keluar dari kayak apabila kayak terbalik tadi). Cara untuk memasang spray sirkit ialah dengan menyelam di situ terdapat ruangan yang membolehkan anda bernafas seperti biasa. Setelah berada di dalam keadaan ini, pasanglah spray sirkit itu di tempatnya. Kemudian kedua-dua anggota hendaklah berada di sebelah yang samam di sisi kayak. Posisi masing-masing janganlah terlalu di hujung kayak. Hulurkan tangan ke atas hingga melewati bahagian keel sehingga seberapa jauh yang boleh. Setelah mendapat isyarat dari salah seorang anggota kayak, maka kedua-duanya akan menaiki sambil memutar. Perbuatan ini akan menyebabkan kayak yang terbalik itu akan berpusing dan kembali kepada posisi asal. Awasilah ketika ini supaya anda tidak ditimpa kayak atau lain-lain barang yang mungkin akan tercampak keluar dari kayak. Satu cara lain untuk membalikkan kayak ke atas kepada posisi asalnya ialah dengan menolak deck kayak ke

ii)

iii)

atas. Tolakan ini akan membuat kayak naik ke atas dan akhirnya kembali kepada posisi yang betul.

Menimba air dari kayak Apabila kayak telah kembali ke dalam posisi yang betul, maka air yang telah masuk ke dalam kayak hendaklah ditimba dahulu. Sekiranya tiada air atau air terlalu sedikit di dalam kayak, maka tindakan menimba iar ini tidak perlu dilakukan. Jika anda menaiki kayak yang banyak air, kayak itu mudah bergolek dan ini akan menyebabkan ia akan terbalik semula. Orang yang akan menimba air ialah bowman sementara sternman akan bergantung pada kayak dibahagian stern dengan menyepitkan kaki pada kayak.

Menaiki kayak semula Bowman setelah selesai menimba air akan bergantung pada kayak di bahagian bow dengan menyepitkan kaki di situ. Kedua-dua tangan akan memegang bow , setelah bowman berada di dalam posisi yang selesa, ia akan memberikan isyarat pada sternman untuk naik ke dalam kayak. Sternman akan menolak dirinya ke atas dengan menendang air dan dengan pantas menggunakan tangan bagi membantu sehingga badannya berada di atas deck (bahagian badan yang mesti berada di atas deck ialah antara dada dan perut). Sebelah tangan akan dihulurkan supaya dapat berpegang pada coaming . Apabila coaming telah dipegang maka ia akan menaikkan kedua-dua belah kakinya ke atas sementara tangan yang satu lagi terus memegang deck . Posisi ini membolehkan sternman untuk menarik badannya ke hadapan ke arah cockpit . Apabila sampai ke cockpit , ia akan mengubah kedudukan tangan lebih ke hadapan lalu menegakkan badan dan menguruskannya memasuki kayak dengan didahului oleh bahagian kaki. Bila sudah berada di dalam kayak, sternman akan mengambil dayung untuk mengawal dan mengimbangi kayak. Setelah mendapat isyarat dari sternman , maka bowman akan menaiki kayak dengan cara yang sama. Ketika sampai di cockpit , dia akan memusingkan badan untuk masuk ke dalam kayak supaya ia dapat mengadap ke hadapan semula. Setelah itu, bolehlah kayak didayung semula.

PERSIAPAN KAYAK

Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan air yang sempit, maka persiapan yang betul hendaklah dibuat ke atasnya sebelum anda bergerak dengannya. Persiapan kayak yang betul akan menghasilkan pergerakan yang selesa dan selamat.

Persiapan Bagi mempersiapkan kayak, maka langkah-langkah berikut hendaklah diperhatikan:i) ii) Periksalah ketahanan kayak dan alat-alatnya. Mana-mana yang tidak selamat digunakan hendaklah digantikan. Barang-barang yang hendak dimuatkan ke dalam kayak hendaklah dimuatkan ketika kayak berada di tepi pantai atau di tebing. Ini ialah bagi mengelakkan supaya and atidak terpaksa memikul kayak yang berat dengan muatan. Ini juga bagi mengelakkan kayak dari rosak. Barang yang berat hendaklah dimuatkan ketika kayak sudah berada di dalam air. Barang-barang yang hendak dimuatkan ke dalam kayak hendaklah diisikan ke dalam beg plastik dan diikat pada kayak (bahagian dalam). Ini dapat mengelakkan barang-barang tersebut dari basah atau hilang apabila kayak terbalik. Tentukan anda tidak terlupa dayung simpanan dan penimba air. Tentukan barang-barang yang memerlukan penggunaan segera hendaklah dimuatkan di tempat yang mudah bagi tujuan mengambilnya pada bila-bila masa. Bahagian-bahagian kayak yang dicadangkan bagi barang-barang muatan yang hendak dibawa adalah seperti berikut:a. Pakaian b. Dapur dll c. Peralatan tidur d. Air e. Makanan f. Khemah dan peti pertolongan cemas g. Alat membaiki kayak

iii) iv)

v) vi) vii)

Catitan : i) ii) iii) Dayung simpanan boleh disimpan atau diikat pada deck. Alat-alat seperti kompas, peta dan teropong boleh dibawa di badan sendiri. Kalau anda memuatkan barang-barang lebih berat kepada bahagian bow , maka kayak anada akan mudah berpaling mengadap kea rah angin dan akan membuat bow lebih membenam. Kalau muatan lebih berat ke arah stem , maka ayak akan mudah berpaling dari angin dan menyebabkan bow akan menampar air ketika kayak sedang didayung.

Anda mungkin juga menyukai