Anda di halaman 1dari 6

CONTOH KARANGAN IMAGINATIF/CEREKA

Soalan : Tulis sebuah karangan yang bertajuk


“Mimpi Yang Menakutkan”
Azman dan kawan-kawan pergi ke hutan untuk
melastik burung.Tiba-tiba Azman terjatuh ke dalam
telaga buruk. Azman menjerit meminta tolong tetapi
kawan-kawannya sudah tiada di situ

Puas dia mencuba untuk keluar dari telaga itu,


akhirnya dia berjaya. Dia berlari untuk mengejar kawan-
kawannya. Oleh kerana kepenatan dia berhenti sekejap
di bawah pokok besar. Tiba-tiba dia terdengar suara
budak menangis.

Azman menghampiri bayi itu.Bayi itu dalam


keletihan. Azman kasihan melihat bayi tersebut lalu
mendukungnya. Azman membawa bayi itu bersamanya
dan cuba semula untuk mencari kawan-kawannya.
Semasa Azman mencari kawan-kawannya, dia
terdengar suara perempuan mengilai. Dia amat
terkejut. Di hadapannya berdiri seorang perempuan tua
dengan wajah yang amat mengerikan. Perempuan itu
cuba merampas bayi itu daripada dukungan Azman.

Azman terus berlari.Tiba-tiba kakinya tersepak


seketul batu lalu terjatuh.Bayi yang didukunnya hilang
entah ke mana. Azman menjerit apabila perempuan tua
tadi menggoncang bahunya.

Azman tersedar. Rupa-rupanya ibunya berdiri di


sisinya. Barulah Azman sedar dia terjatuh dari katil.
Rupa-rupanya dia bermimpi.
CONTOH KARANGAN LAPORAN
Laporan Lawatan ke Kuala Lumpur

Pada cuti penggal yang lalu, sekolah kami telah


mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring
mengikuti lawatan tersebut.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium


Negara. Di sana, terdapat banyak bahan bersejarah.
Antara bahan tersebut ialah keris,tombak, pinggan-
mangkuk dan lain-lain lagi

Selepas itu, kami mengunjungi Petrosains. Di sini


terdapat banyak galeri sains yang menarik. Antara yang
menarik ialah simulasi menaiki helikopter.
Selain itu, kami juga melawat Zoo Negara. Terdapat
banyak haiwan dari luar negara seperti kuda belang,
singa dan unta. Haiwan dari dalam negara pula adalah
seperti harimau belang, rusa dan orang utan.

Selepas ke zoo, kami singgah sebentar ke Tugu


Negara. Di sini terdapat arca askar yang memegang
bendera. Ia dibina untuk mengenang jasa perajurit yang
mempertahankan negara.

Lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan dan


pengalaman kepada kami. Pengetahuan ini amat
bermakna bagi kami.

Disediakan oleh, 30 Mei 2002


Nurul Wahyu
(NURUL WAHYU BINTI MOHD YUNUS)
Setiausaha,
CONTOH KARANGAN FAKTA
“Punca Kemalangan Jalan Raya”
Hampir setiap hari kita mendengar tentang
kemalangan jalan raya. Kemalangan ini mengakibatkan
banyak nyawa terkorban.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan
kemalangan jalan raya. Salah satu puncanya adalah
memandu melebihi had kelajuan yang diteapkan.
Biasanya pihak kerajaan akan menetapkan had laju di
kawasan-kawasan tertentu seperti di bandar. Apabila
had laju ini tidak dipatuhi, kemalangan akan berlaku.
Selain itu, pemilik kenderaan tidak memeriksa
kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan. Jika
kerosakan berlaku ketika dalam perjalanan, ini akan
membahayakan nyawa pemilik kenderaan itu dan
pengguna jalan raya lain.
Sikap sesetengah pemandu menjadikan jalan raya
sebagai tempat berlumba juga amat membahayakan.
Mereka tidak mempedulikan pengguna jalan-raya yang
lain. Tindakan ini mungkin akan mengakibatkan
berlakunya kemalangan.
Sesetengan pemandu pula menggunakan telefon
bimbit ketika memandu. Ini menyebabkan pemandu
kurang memberi tumpuan sepenuhnya semasa
memandu. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan
berlakunya kemalangan.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya berpunca
daripada sikap manusia dan pengguna jalan raya itu
sendiri.Kerajaan patut mengetatkan undang-undang
jalan raya untuk kepentungan kita bersama.