Anda di halaman 1dari 12

BAB 5 KERJA KONKRIT

5.1

Pengenalan Konkrti merupakan suatu elemen struktur yang dihasilkan daripada gabungan simen

(cement), batu baur halus (fine aggregate), batu baur kasar (coarse aggregate) dan air mengikut nisbah tertentu.Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis konkrit adalah seperti berikut :i. ii. iii. Konkrit simen (plain cement concrete) Konkrit bertetulang (reinforcement cement concrete) Konkrit kapur (lime concrete)

5.2

Bahan Bahan Konkrit

Dalam kerja kerja konkrit, bahan bahan yang digunakan adalah seperti berikut :a) Simen Simen yang hendak digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen Portland dari pembuat yang diluluskan.Simen Portland haruslah mematuhi kehendak kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13.jenis jenis simen Portland yang biasa digunakan adalah seperti berikut : i. Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) simen jenis ini mesti menepati Piawaian M.S 522. Bahan bahan mentah yang biasa digunakan adalah kalsium karbonat, silika, alumina dan besi oksida. ii. Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland Cement) simen jenis ini mesti menepati Piawaian Malaysia M.S 522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan simen Portland biasa akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat mengeras dengan lebih cepat.

iii.

Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland Cement) simen jenis ini haruslah menepati Piawaian British B.S 4027 sebelum ia boleh digunakan. Ia adalah merupakan simen Portland yang mempunyai kandungan trikalsium aluminat yang rendah dan kandungantetrakalsium aluminoferrit yang tinggi berbanding simen Portland lain. Dengan adanya kandungan trikalsium aluminat terhidrat yang akan bertindak balas dengan sulfat, maka konkrit yang dihasilkan akan mampu menahan kandugan sulfat yang wujud. Simen jenis ini sesuai digunakan untuk struktur bawah tanah serta kawasan yang terdedah kepada air laut dan bahan kimia. Simen yang akan digunakan haruslah disimpan ditempat yang kering dan bebas daripada

kelembapan bagi mengelakkan proses pembekuan pada simen. Simen yang didapati rosak disebabkan usianya, kerosakan pada kampit, penyimpanan yang tidak sempurna, isinya keras atau didapati cacat dalam apa jua bentuknya mesti dikeluarkan daripada tapak bina serta merta san digantikan dengan yang baharu.

b) Batu Baur Terdapat pelbagai jenis dang red batu baur di pasaran.Namun begitu untuk kerja kerja pembinaan, batu baur yang hendak digunakan mestilah mematuhi Piawaian Malaysia iaitu M.S 74. Semua batu baur yang hendak digunakan mestilah dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak diselaputi kotoran serta tidak mengandungi bahan bahan perosak yang akan membawa kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan dengan baik. Pada umumnya, batu baur dibahagikan kepada dua jenis mengikut saiz yang berbeza iaitu :i. Batu Baur Halus ia mestilah dari pasir semulajadi yang terdapat di kawasan air tawar. Batu baur halus dipastikan tidak mengandungi selut atau bahan bahan halus laun melebihi 3% mengikut isipadu apabila diuji mengikut Piawaian M.S 7.5.penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak dibenarkan. Manakala pasir yang didapati dari kawasan lombong dan laut haruslah dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

ii.

Batu Baur Kasar batu baur jenis ini mestilah menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti jenis yang bebas daripada segala kotoran. Ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu batu igneus, batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz maksimum batu baur mesti berada dalam lingkungan 19mm.

c) Air Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit haruslah mematuhi Piawaian M.S 28.Ia mestilah bebas daripada segala kotoran yang boleh memberi kesan kepada bancuhan konkrit. Air

mempunyai pengaruh besar dalam proses tindakbalas kimia di dalam bancuhan konkrit. Nisbah bancuhan air dalah 0.4 hingga 0.7 mengikut berat simen yang digunakan.

d) Bahan Tambah Bahan tambah mestilah menepati Piawaian M.S 922, dimana ia merupakan sejenis bahan yang dicampur ke dalam bancuhan konkrit semasa bancuhan dijalankan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan sifat sifat konkrit kepada keadaan yang diperlukan. Jenis jenis bahan tanbah adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. Pencepat (Accelerators) Pelambat (Retarders) Bahan Tambah Perangkap Udara (Air Entraining Agent) Bahan Penangkis Air (Water Repelling Agent)

5.3

Membancuh Konkrit

Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara iaitu :i. ii. iii. Membancuh secara manual menggunakan penyodok. Membancuh menggunakan mesin penggaul (mixer) Konkrit bancuhan siap dari kilang

Bancuhan secara manual dan menggunakan mesin penggaul biasanya untuk kerja kerja yang memerlukan kuantiti konkrit yang sedikit.Sukatan simen perlu ditambah 10% lagi untuk memudahkan kerja kerja membancuh. Bahan campuran akan digaul kering dahulu sebelum air dicampurkan. Air dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatannya mencukupi.Kerja menggaul dilakukan sehingga bahan campuran menjadi sekata. Bagi kerja kerja berskala besar, konkrit bancuhan siap digunakan.Konkrit ini boleh didapati daripada pembekal konkrit siap tuang yang mendapat pengiktirafan serta menepati nisbah bancuhan yang dikehendaki bagi menghasilkan konkrit yang berkualiti.

Nisbah Konkrit

Anggaran Berat Pasir Kering Bagi 50kg Simen

1 :1 :2 1:1:3 1:2:4 *1 : 3 : 6

Liter N/mm2 0.45 22.5 20 0.50 25 17 0.55 0.60 27.5 14 Sepertimana Diluluskan Oleh P.P Jadual 5.1 : Nisbah campuran nominal konkrit (spesifikasi JKR 344) Kg 110 135 155 222

Jarak Turun (mm) Faktor Pemadatan Kg 65 80 90 155

Anggaran Berat BatuBaur Kasar bagi 50kg Simen Saiz maksimum 19mm 25 50 0.88 0.94

Air termasuk air Dalam Batu-Baur

Kekuatan Mampatan Minimum Bagi Kiub Kerja

Nisbah Air/Simen

Kuantiti Air

Hari ke - 7

Hari ke - 28 N/mm2 20 25.5 21 -

5.4

Jenis Jenis Gred Konkrit Terdapat pelbagai variasi nisbah bancuhan konkrit.Kepelbagaian nisbah bancuhan ini

adalah untuk menjelaskan tahap kekuatannya mengikut keseuaian kegunaannya di tapak bina. Campuran konkrit akan digredkan mengikut gred gred seperti berikut :i. ii. iii. iv. G15 (1:3:6) G20 (1:2:4) G25 (1:1 :3) G30 (1:1:2)

Gred gred ini didefinisikan sebagai satu nombor yang membayangkan characteristic Compressive Strength dan unitnya adalah N/mm2.

5.4.1 i.

Jenis Jenis Campuran Campuran 1:2:4 1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4 bahagian batu baur. Campuran 1:2:4 ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertetulang dan juga kerja konkrit tuang dulu. ( pre-cast concrete).

ii.

Campuran 1:3:6 1 bagian simen : 3 bahagian pasir : 6 bahagian batu baur. Campuran ini digunakan dalam kerja konkrit yang banyak seperti papak lantai konkrit.

iii.

Campuran 1:9 1 bahagian simen : 9 bahagian pasir. Campuran ini biasanya digunakan sebagai screed konkrit. Kegunaan screed adalah seperti berikut :y Memberikan permukaan yang lebih bersih dalam kerja contohnya untuk membuat tetulang. y Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air.

5.5

Ujian Ke atas Bancuhan Konkrit Tujuan utama ujian dilakukan ke atas konkrit adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu

konkrit. Dengan ini kekuatan konkrit sebelum dan selepas digunakan dapat ditentukan supaya mencapai kehendak yang diperlukan. Konkrit adalah sejenis bahan yang mempunyai kekuatan mampatan untuk menanggung daya bebanan. Jenis jenis ujian konkrit adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. Ujian Runtuh (Slump Test) Ujian kiub (Cube Test) Ujian Vebe Consistometer Ujian Faktor Mampatan

5.5.1

Ujian Kiub (Cube Test) Ujian kiub merupakan ujian yang penting bagi konkrit.Tujuan ujian ini dijalankan

adalah untuk menentukan kekuatan mampatan yang mampu ditanggung oleh konkrit apabila dikenakan beban ke atasnya. Keputusan ujian juga akan menunjukan kesebatian campuran konkrit dalam menghasilkan kekuatan yang dikehendaki.

5.5.1.1 y y y

Peralatan yang Digunakan Kiub keluli berdimensi 150mm panjang x 150mm lebar x 150mm tinggi Rod besi berdiameter 16mm dan 600mm panjang Minyak gris untuk mengelakan konkrit melekat didalam mould.

Gambarajah 5.1 : Acuan kiub keluli dan rod besi

5.5.1.2 Prosedur Ujian Kiub 1. Minyak gris disapukan di permukaan dinding acuan untuk mengelakkan konkrit melekat apabila mengeras. 2. Konkrit dituangkan ke dalam acuan secara berperingkat. Mengandungi tiga lapisan yang hamper sama ketebalannya. 3. Tiap tiap lapisan hendaklah dipadatkan dengan menggunakan rod besi sebanyak 35 kali hentakan. 4. Konkrit yang telah memenuhi ruang acuan dikemaskan permukaanya, dan kerja kerja melabel dijalankan. Kiub dilabelkan mengikut jenis strukturnya dan tarikh ia dibuat. Kemudian, konkrit dibiarkan mengeras. 5. Konkrit yang telah mengeras dikeluarkan dari acuan dan direndamkan didalam air. Kiub ujian dibahagikan kepada dua fasa iaitu tempoh matang 7 hari dan 28 hari. 6. Ujian fasa pertama (7 hari) haruslah mencapai kekuatan 75%. Jika kekuatannya kurang dari 75%, ujian peringkat kedua perlu dijalankan iaitu untuk fasa 28 hari tempoh matang.

5.5.1.3 Analisis Ujian Kiub

Gred konkrit yang digunakan = G25 N/mm2 Luas permukaan kiub yang dikenakan beban = 150 mm x 150 mm = 22 500 mm2 Katakana beban yang dikenakan ialah 500 KN = 500 000 N P = F/A = 500 000 N/ 22 500 mm2 = 22.22 N/mm2 Peratusan kekuatan konkrit : = 22.22 N/mm2 / 25 N/mm2x 100 = 88 % Maka, ujian ini lulus kerana memebihi 75% had kekuatan yang dibenarkan.

Nisbah Campuran Nominal

Kekuatan Kiub Pada Hari Ke - 7 Ujian Awal N/mm2 Ujian Kerja N/mm2 20 27 14

Kekuatan Kiub Pada Hari Ke - 28 Ujian Awal N/mm2 40 34 28 Ujian Kerja N/mm2 30 25.5 21

1:1:2 1:1:3 1:2:4

26.7 22.7 18.7

Jadual 5.2 : Jadual kekuatan kiub konkrit (berdasarkan spesifikasi JKR 344)

5.5.2 Ujian Runtuhan (Slump Test) Ujian runtuhan bukan suatu garis pengukur kepada kekuatan konkrit. Akan tetapi ia perlu untuk menentukan skala kesekataan bancuhan dalam menghasilkan konkrit yang terbaik. Ujian ini dilakukan sebelum konkrit boleh dituang kepada struktur bangunan. Ujian ini haruslah dijalankan pada setiap lori yang membawa bancuhan konkrit ke tapak bina.Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit.Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat.Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut: i. ii. iii. Kandungan air Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan Nisbah air/simen

Gambarajah 5.2 : Ujian Runtuhan (Slump Test)

5.5.2.1 Alat Alat yang Digunakan a) Kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas bersamaan 100mm, manakala muncung bawah bersamaan 200mm. tinggi kon ialah 300mm. b) Road besi, berdiameter 16mm dan 600mm panjang (standard tamping) c) Pita ukur (untuk mengukur kejatuhan konkrit)

5.5.2.2 Prosedur Ujian Runtuh a) Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam slump cone b) Konkrit dimasukkan secara berperingkat sebanyak 3 lapisan. Setiap lapisan hendaklah dimampatkan menggunakan rod. c) Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali hentakan dengan menggunakan rod. d) Selepas selesai 3 lapisan, slump cone diangkat secara perlahan-lahan daripada konkrit. Perhatikan runtuhan yang berlaku. e) Ketinggian runtuhan yang diukur haruslah tidak melebihi 75mm, tidak kurang 25mm, barulah konkrit dibenarkan untuk dibawa masuk ke tapak bina. Jika runtuhan melebihi 75mm, ujian dikira gagal dan konkrit perlu ditukar. Nota :Design Slump = 75mm (+/-) 25mm

Gambarajah 5.3 : Ujian Runtuhan Konkrit

5.5.2.3 Jenis - Jenis Pemendapan

Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja ( degree of workability) sesuatu campuran konkrit.

Pemendapan Ricih (shear slump) jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan ricih berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.

Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.

Konsistensi Terlalu Kering Sangat Keras Keras Plastik Keras Plastik Cair Sangat Cair

Runtuhan (Inci) O 0- -1 1-2 2-4 46 6-8

Runtuhan (Cm) 0 0 1.27 1.27 2.54 2.54 5.08 5.08 10.16 10.16 15.24 15.24 20.32

Jadual 5.1 : Konsistensi dan Taraf Kerja

5.6

Mengangkut dan Menuang Konkrit

Kerja kerja mengangkut dan menuang konkrit adalah seperti berikut :i. ii. Konkrit perlulah diangkut secepat mungkin dari alat pembancuhan. Cara penuangan yang betul hendaklah dipraktikkan untuk mengelakkan pengasingan bahan-bahan yang sedia ada atau kehilangan bahan-bahan bancuhan. iii. Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran. iv. Konkrit perlulah dituang ke tempat temapt yang dikehendaki secepat mungkin untuk mengelakkannya mengeras. v. vi. Konkrit yang telah dituangkan hendaklah dipadatkan menggunakan alat penggetar khas. Konkrit mestilah dipadatkan secukupnya sehingga ke sudut-sudut acuan dengan menggunakan papan pemadat. vii. Alat getar jentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan bukan untuk memadatkan konkrit ke bahagian-bahagian tertentu. viii. Konkrit diantara dinding dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis benam dan konkrit untuk papak papak yang tidak menggunakan acuan di sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar jenis permukaan atau alat getar jenis rasuk atau jenis jenis lain yang mana diluluskan.

Anda mungkin juga menyukai