Anda di halaman 1dari 13

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan rumusan hasil kajian, perbincangan tentang dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian selanjutnya. Perbincangan adalah berdasarkan hasil daripada analisis data yang diperolehi daripada Bab 4 iaitu dapatan hasil kajian yang dikemukakan sebelum ini.

5.1

Rumusan Hasil Kajian

Kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti beberapa faktor seperti kecerdasan fizikal, mental dan sikap yang dihadapi oleh murid-murid tahun dua dalam menguasai kemahiran menggunakan imbuhan apitan khususnya yang melibatkan penulisan karangan mereka. Ia juga bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk kesalahan atau kelemahan yang selalu dilakukan oleh murid-murid tahun dua dalam penulisan. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah permainan bahasa dapat membantu meningkatkan penggunaan imbuhan apitan dalam penulisan murid khususnya dalam kalangan murid tahun dua di samping melihat penguasaan murid sebelum dan selepas permainan bahasa digunakan dalam penulisan karangan.

Dapatan kajian ini juga membuktikan teknik permainan bahasa berkesan digunakan dalam usaha meningkatkan pemggunaan imbuhan apitan dalam kalangan murid tahun dua. Ini dapat dilihat perubahan yang ketara yang dikesan dari pencapaian

responden menerusi ujian pra, ujian pos dan menerusi permainan bahasa yang dijalankan oleh guru mata pelajaran berkenaan. Menerusi pemerhatian yang dijalankan juga mendapati penguasaan penggunaan imbuhan apitan dalam kalangan responden dipengaruhi oleh sikap responden itu sendiri yang menganggap penguasaan penggunaan imbuhan apitan adalah suatu perkara yang kurang penting. Justeru itu mereka menganggap pelajaran juga tidak berapa penting dalam kehidupan mereka. 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan soalan kajian yang diperolehi daripada analisis yang dibuat dalam bab 4. Perbincangan tersebut dijalankan berdasarkan kepada empat soalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini. 5.2.1 Bentuk kesalahan atau kelemahan imbuhan yang selalu dilakukan oleh murid tahun dua dalam penulisan Perbincangan ini adalah bagi menjawab soalan kajian yang pertama iaitu bentuk

kesalahan atau kelemahan imbuhan yang selalu dilakukan oleh murid tahun dua dalam penulisan mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat banyak kesalahan penggunaan imbuhan khususnya imbuhan apitan yang dilakukan oleh murid tahun dua dalam penulisan karangan. Ini jelas dapat dinilai menerusi ujian pra yang dijalankan dalam kalangan 20 responden kajian ini di mana seramai 14 orang responden gagal dalam penulisan karangan berpandu yang mengkehendaki mereka menggunakan imbuhan apitan. 45

Dapatan kajian ini disokong oleh Seman Saleh (2005) yang menyatakan bahawa punca kelemahan pengguhaan imbuhan ialah kerana guru-guru banyak menggunakan format peperiksaan semasa menjalankan aktiviti pengajaran ataupun semasa menyediakan latihan kepada murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada peperiksaan akan memberi implikasi kepada murid-murid yang lemah. Mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran seperti mana murid-murid yang mempunyai tahap keupayaan yang tinggi. Sementara itu, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1993) dalam laporannya bertajuk Laporan dan Analisis Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapati berlakunya unsur-unsur kelemahan dalam kalangan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dikaitkan dengan kesalahan penggunaan imbuhan dalam penulisan mereka. Rumusannya adalah, semua pihak iaitu ibu bapa, peranan guru dan pentadbiran sekolah adalah begitu penting dalam memastikan masalah penguasaan imbuhan apitan dalam kalangan murid tahun dua dapat diatasi. Semua pihak harus bertindak dan memberikan galakan dan bimbingan kepada anak-anak dan murid-murid mereka untuk mengatasi masalah ini. 5.2.2 Sejauh mana permainan bahasa membantu meningkatkan penggunaan imbuhan dalam penulisan murid Perbincangan ini adalah bagi menjawab soalan kedua kajian ini iaitu sejauh mana permainan bahasa membantu meningkatkan penggunaan imbuhan dalam penulisan murid. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun dua masih lemah dalam menguasai imbuhan apitan dalam penulisan mereka. Jika mereka didapati lemah dalam penguasaan imbuhan apitan ini, maka kelemahan ini akan berterusan dalam penulisan mereka hingga menduduki peperiksaa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kelak. 46

Justeru itu, maka teknik permainan bahasa dijalankan dengan bimbingan guru serta menerusi pertandingan-pertandingan berkumpulan bagi melihat apakah teknik ini dapat membantu mengubah tahap pencapaian murid dalam menguasai imbuhan apitan dalam penulisan mereka. Setelah dilaksanakan teknik ini, maka diperhatikan banyak perubahan telah berlaku terhadap pencapaian murid. Ramli Yahya (2009) dalam kajiannya menyatakan bahawa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan murid dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ini menyamai kajian yang dijalankan ini berdasarkan pemerhatian terhadap responden yang cergas dan aktif semasa aktiviti berjalan. Hala tuju permainan bahasa ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal murid menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran dan bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dalam kalangan murid.
Selain daripada itu, tokoh yang banyak membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel. Menurutnya, (dalam Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin Hashim, 2007),aktiviti bermain dapat mengembangkan banyak kemahiran belajar dalam kalangan pelajar. Di peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial seperti interaksi dan komunikasi dan juga kemahiran-kemahiran berbahasa. Di peringkat tinggi, pelajar-pelajar juga perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah.

47

Rumusannya, berdasarkan dapatan data permainan bahasa menunjukkan bahawa responden yang terdiri dari murid tahun dua memerlukan perhatian yang lebih dari guru serta kepelbagaian teknik pengajaran. Guru-guru harus mencari jalan bagaimana masalah kelemahan penggunaan dan penguasaan imbuhan apitan dapat diatasi. Ini jelas menunjukkan melalui permainan bahasa yang bersesuaian dan berkaitan dengan kemahiran tertentu dapat membantu meningkatkan penggunaan imbuhan apitan dalam penulisan murid.

5.2.3 Sejauh manakah penguasaan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid sebelum teknik permainan bahasa digunakan Seterusnya menerusi perbincangan ini, kita melihat jawapan kepada soalan ketiga dalam kajian ini iaitu sejauh mana penguasaan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid sebelum teknik permainan bahasa digunakan. Data yang dianalisis dari dapatan kajian ini menunjukkan terdapat kelemahan yang ketara dalam penguasaan imbuhan apitan dalam kalangan responden terutamanya dalam penulisan. Ini diperolehi dari ujian pra yang dijalankan sebelum teknik permainan bahasa digunakan. Ishak Haron (1988), telah membuat perbandingan mengenai dua pendekatan pengajaran dalam penguasaan imbuhan iaitu menerusi pendekatan penerangan dan ujian dan melaksanakan aktiviti menggembirakan murid khususnya permainan sebelum ujian dijalankan. Beliau merumuskan bahawa, pendekatan secara terus memberikan pencapaian yang tidak boleh dibanggakan dalam kalangan murid. Kenyataan ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

48

Abd.Aziz Abd.Talib (2000) dalam penulisannya menyatakan masalah murid dalam menguasai imbuhan adalah berkaitan dengan kecerdasan otak murid dan pengetahuan sedia ada mereka. Menurut beliau lagi, kecerdasan otak seseorang murid adalah kebolehan seseorang murid ini memahami tentang imbuhan. Bagi murid yang kurang cerdas kebiasaannya memerlukan masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran. Tanpa rangsangan yang lain, murid yang kurang cerdas akan terus lemah. Pengkaji mendapati ada persamaannya kenyataan ini dari dapatan yang diperolehi. Rumusan dari dapatan ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran dalam bahasa Melayu adalah bertitik tolak dari kecerdasan minda mereka. Guru harus peka tentang tahap kecerdasan minda murid kerana pengukuran dapat dijalankan di sini. Teknik pengajaran juga harus dipelbagaikan untuk melihat murid yang kurang cerdas akhirnya akan dapat menyamai rakan mereka yang lain dalam menguasai sesuatu kemahiran.

5.2.4 Adakah teknik permainan bahasa berkesan digunakan untuk meningkatkan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid Perbincangan dalam bahagian ini pula membincangkan soalan kajian ini yang keempat iaitu adakah teknik permainan bahasa berkesan digunakan untuk meningkatkan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa apabila pengkaji menggunakan teknik permainan bahasa dalam kalangan responden, terdapat perubahan yang positif terhadap pencapaian penguasaan murid. Ini dapat dilihat menerusi ujian pos, ujian pra dan juga pertandingan antara kumpulan menerusi permainan bahasa tersebut.

49

Hal ini menyamai pendapat Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Ini juga dapat mengubah minda mereka menjadi lebih baik Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah KBSM (1998) juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, untuk membolehkan murid menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan mereka di samping untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa yang diajar. Apa yang penting lagi adalah untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang bahasa dan juga berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain selain memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa permainan bahasa berkesan digunakan untuk meningkatkan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan. 50

Menerusi

kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepada

murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.

5.3 Implikasi Dapatan Kajian Dapatan dari kajian ini membawa kepada implikasi penting khususnya kepada pihakpihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan dalam aspek-aspek yang tertentu. Pihak-pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut : 5.3.1 Guru dan Panitia Bahasa Melayu Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar tatabahasa bahasa Melayu khususnya yang melibatkan penggunaan imbuhan apitan. Kaedah yang digunapakai hendaklah sesuai dengan tahap dan kemampuan murid bagi memudahkan mereka mengikuti pembelajaran. Panitia Bahasa Melayu sudah semestinya mengambil peranan dalam mengatasi masalah penguasaan penggunaan imbuhan apitan dalam kalangan murid tahun dua dengan merancang tindakan dan melaksanakan program-program tertentu seperti kelas tambahan, kuiz mingguan, anak angkat dan lain-lain lagi. Menerusi kaedah ini diharapkan kelemahan penggunaan imbuhan apitan dalam kalangan murid tahun dua akan dapat diatasi.

51 5.3.2 Pentadbiran Sekolah

Pentadbiran sekolah yang terdiri dari Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan khususnya Guru Penolong Kanan Akademik perlu menjalankan peranan masingmasing dalam memastikan murid tahun dua dapat mencapai kemahiran menguasai imbuhan dengan baik dan berkesan. Pihak pentadbiran sekolah boleh juga merancang program-program tertentu untuk dilaksanakan oleh guru-guru khususnya Panitia Bahasa Melayu. Pentadbiran sekolah juga harus menjalankan pemantauan terhadap permasalahan yang timbul dan seterusnya mengambil tindakan perlu.

5.3.3

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan perlu menganjurkan atau menjalankan kursuskursus pedagogi yang terbaru umpamanya secara kerap dan berkala agar guruguru dapat menguasai pelbagai ilmu dan kaedah tentang pengajaran dan pembelajaran bagaimana mengatasi kemahiran tatabahasa dalam kalangan murid tahun dua. Dasar Memartabat Bahasa Melayu (MBM) dan Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBI) harus dijalankan sepertimana perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu dengan bermotifkan sifar kesalahan akan dapat diterjemahkan. Selain dari itu, Pejabat Pelajaran Daerah menerusi Unit Bahasa harus juga sering membuat pemantauan ke sekolahsekolah dan memberikan bimbingan kepada guru-guru terhadap permasalahan dalam penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid sekolah.

52

5.3.4

Bahagian Perkembangan Kurikulum Bahagian Perkembangan Kurikulum harus menggubal sukatan pelajaran tahun dua mengikut tahap kemampuan murid bagi memudahkan guru mencapai objektif dalam pengajaran mereka khususnya penguasaan imbuhan apitan dalam konteks tatabahasa. Murid yang telah menguasai dalam sesuatu kemahiran bolehlah aktiviti pengayaan dijalankan oleh guru, justeru guru-guru juga akan mempunyai masa untuk memulihkan murid yang lemah dan tidak menguasai imbuhan tersebut.

5.3.5

Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan latihan perguruan bagi bakal-bakal guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia perlu melatih guru-guru pelatih yang bakal mengajar Bahasa Melayu dengan segala kemahiran dan ilmu pengetahuan. Pada masa kini, apa yang berlaku di sekolah-sekolah adalah ramai guru yang bukannya dari opsyen Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa Melayu. Ini juga ada kalanya mendatangkan masalah kerana guru ini tidak mahir dalam pengajaran khususnya murid tahap rendah. Justeru itu, Institut Pendidikan Guru perlu menambah syarat tambahan kemasukan guru pelatih mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perguruan dan sanggup menimba ilmu demi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak didik mereka nanti.

53

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian tentang permainan bahasa yang melibatkan penggunaan imbuhan apitan dalam karangan murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (FELDA), Jempol, Negeri Sembilan merupakan satu kajian yang melibatkan seramai 20 orang responden yang berlatarbelakang berbeza antara satu sama lain yang mernpunyai kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan imbuhan apitan dalam kalangan mereka. Kajian ini dijalankan hanya untuk satu sekolah sahaja dan mungkin juga imbuhan-imbuhan lain turut bermasalah dalam kalangan mereka yang lain. Oleh yang demikian dicadangkan satu lagi kajian dijalankan dalam kalangan murid tahap satu yang lain berdasarkan penggunaan imbuhan juga seperti imbuhan akhiran atau imbuhan awalan dengan populasi yang lebih ramai dari responden sebelum ini agar hasil dapatan lebih menyeluruh dan lebih nyata. Kajian yang dijalankan hanyalah berfokus kepada murid tahun dua sahaja. Adalah lebih bermakna lagi sekiranya kajian dapat dilaksanakan terhadap murid tahap satu yang lain pula di sekolah yang sama supaya lebih ramai responden terlibat. Melalui cara ini, akan dapat memberikan gambaran dan juga mengenal pasti murid-murid lain yang mungkin menghadapi masalah yang hampir sama dalam menguasai imbuhan dalam konteks tatabahasa Bahasa Melayu. Ini akan dapat membantu dengan lebih mendalam lagi dalam penguasaan imbuhan awalan atau akhiran ini. Ia juga akan dapat membantu guru-guru mencari kaedah dan pendekatan yang lebih sesuai untuk digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam kajian yang dijalankan ini, guru yang berkenaan telah menggunakan dua jenis permainan bahasa menerusi pertandingan antara kumpulan yang menunjukkan responden memberikan tindak balas yang membanggakan. Dalan kajian yang dicadangkan, adalah lebih baik guru yang berkenaan menggunakan permainan atau kaedah yang lebih menarik agar dapat menarik lebih minat murid untuk menguasai aspek tatabahasa yang lebih khusus terhadap imbuhan awalan atau akhiran. Sudah tentu akan member lebih keseronokan belajar terhadap murid. 54

5.5 Rumusan Dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan perkara-perkara berkaitan ringkasan kajian, rumusan hasil kajian yang telah dibuat, membincangkan tentang dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan juga mencadangkan kajian lain dlaam cadangan kajian lanjutan. Didapati secara amnya, daripada analisis dan dapatan kajian ini menunjukkan murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan imbuhan apitan perlukan langkah pengajaran yang lebih menarik dan kreatif bagi membangunkan minda mereka dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka juga perlukan perhatian ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah. Melalui kajian ini juga, didapati ada responden yang masih gagal dalam menguasai imbuhan apitan namun mereka berfikiran positif dan menunjukkan kerjasama yang baik dalam aktiviti berkumpulan. Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka ini lemah dalam menguasai imbuhan apitan tapi mereka masih mempunyai semangat untuk terus belajar dengan dorongan yang diberikan oleh guru dan pentadbir sekolah. Pemilihan isu permainan bahasa dalam penguasaan imbuhan apitan adalah merupakan satu tanggungjawab pengkaji sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha memenuhi dan memikul tanggung jawab ini, masalah yang dikemukakan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Banyak usaha dijalankan untuk mengatasi masalah ini melalui pelbagai kaedah dalam memastikan penguasaan imbuhan dalam kalangan murid berada pada tahap yang baik. Dengan sokongan pentadbir, ibu bapa, guru-guru, badan-badan berkanun dan lain-lain pihak lagi, semua program yang dijalankan akan dapat menyelesaikan masalah ini pada tahap terbaik.

55