Anda di halaman 1dari 3

Dasar Pembangunan Nasional Pada 17 Jun 1991, Dasar Pembangunan Nasiona (DPN) telah dilancarkan oleh Tun Mahathir

Mohamad setelah berakhirnya Rancangan Rangka Panjang 1 (RRJP1) bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ini menandakan bermula satu era baru dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimana pun, DPN sebenarnya merupakan lanjutan dari perlaksanaan DEB namun telah diperbaiki kelemahan dan kekurangan berdasarkan pengalaman kejayaan yang telah dicapai oleh DEB. Oleh itu, walaupun negara diperkenalkan dengan dasar yang baru iaitu DPN, namun, matlamat utama DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula sosio tetap diteruskan. Objektif DPN ialah menjadikan perpaduan Negara sebagai matlamat terakhir kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosio-politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan suatu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai etika dan moral, kestabilan politik, taraf kualiti hidup, kecekapan pentadbiran dan kecemerlangan ekonomi. DPN merupakan dasar ekonomi Malaysia yang diaplikasikan sehingga sekarang. Selain itu, DPN merupakan asas bagi permulaan ke arah mencapai objektif Wawasan 2020 (1991-2020). DPN mengandungi beberapa dimensi baru bagi usaha pembangunan terutamanya dalam pembasmian kemiskinan serta penyusunan masyarakat. Pertama, DPN memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin (hardcore poor) di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak RM370.00 sebulan bagi saiz isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin. Kedua, DPN menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkat dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Ketiga, meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat dan keempat, DPN memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Dasar Pembangunan Nasional turut menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektorsektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan selain daripada memberi perhatian khusus kepada penyertaan Bumiputera dalam industri kecil dan sederhana melalui sub-kontrak dan francais. Sedikit sebanyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan memberi peluang pekerjaan yang luas kepada Bumiputera di samping memperbaiki serta
1

meningkatkan taraf kehidupan masing-masing. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai contohnya merupakan platform yang sesuai bagi bakal usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Hal ini dilaksanakan dengan cara mengenal pasti, membangun, membiaya, melaksana dan memberi apa juga bentuk bantuan yang diperlukan melalui beberapa agensi yang telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab sepenuhnya seperti Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA). SMIDEC merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS serta menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri manakala MARA pula merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing serta melatih penduduk Bumiputera khususnya penduduk luar bandar menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Semasa pelaksanaan DEB, kerajaan membantu meningkatkan pendapatan serta membuka peluang pekerjaan rakyat melalui pembukaan tanah-tanah serta pemberian subsidi besar-besaran terutama kepada para petani. Walau bagaimanapun, pembiayaan pembangunan tanah seperti FELDA menelan kos yang tinggi berbanding kos pengendalian yang dijalankan oleh sektor swasta seperti estet. Tambahan lagi, kebanyakan anakanak peneroka atau petani yang lebih berpendidikan tinggi cenderung untuk mencari pekerjaan di bandar daripada melakukan pekerjaan di luar yang pada anggapan mereka tidak mendatangkan hasil yang berbaloi. Oleh itu, usaha untuk mengurangkan masalah pengangguran melalui pembukaan tanah yang dikendalikan oleh estet-estet komersial atau komoditi pertanian industri seperti kelapa sawit lebih sesuai diaplikasikan. Sektor pertanian bukan sahaja dapat diusahakan dengan lebih efektif melalui penggunaan teknologi yang canggih, malahan masyarakat turut berpeluang menikmati hasil lebih lumayan dan menguntungkan. Walaupun pada awalnya kadar pertumbuhan di sektor pertanian pada tahun 1991 sehingga tahun 1995 menurun, namun, jumlah keluaran pada tahun dijangka meningkat iaitu daripada RM14.829 juta pada tahun 1990 kepada RM20.820 juta pada tahun 2000. Salah satu pelaksanaan yang dilakukan oleh DPN iaitu meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan juga merupakaan satu permulaan bagi masyarakat untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Oleh itu, penubuhan agensi-agensi kerajaan seperti Giatmara atau Institut Kemahiran Belia Negara dapat membantu beliabelia sama ada di bandar dan luar bandar memperoleh latihan dalam sesuatu bidang. Ini memudahkan mereka untuk mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan mempunyai pendapatan yang berbaloi selain daripada menceburi bidang-bidang pekerjaan yang memerlukan kelayakan akademik yang tinggi. Ini sejajar dengan falsafah Giatmara dalam Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) iaitu untuk memberi latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa. Selain itu, agensi kerajaan seperti Giatmara turut memberi galakan serta bantuan kepada pelatih-pelatih yang telah menamatkan program yang disertai agar menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator. merupakan langkah asas bagi para pelatih untuk mendalami ilmu perniagaan.
2

Program yang dilaksanakan ini

Sepanjang tempoh pelaksanaan DPN, pembangunan terhadap penggunaan teknologi turut dipergiatkan lagi dalam usaha untuk meningkatkan tahap pengeluaran dalam sektor perindustrian. Ini diperkukuhkan lagi dengan pembentukan Pelan Induk Perindustrian (PIP) dalam 1986-1995 yang meletakkan asas pertumbuhan sektor dalam tempoh 1986-1995 di mana salah satu matlamat utama ialah untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor perkilangan bagi menjamin perkembangan ekonomi di samping menyediakan satu asas untuk memenuhi matlamat sosial. Pembangunan terhadap penggunaan teknologi telah membawa kepada peningkatan permintaan terhadap pekerja yang berkemahiran tinggi dan berpelajaran. Oleh itu, jenis pekerjaan daripada kategori profesional dan teknikal serta kategori pengurusan dan pentadbiran telah berkembang pesat pada ketika itu yang meliputi 28.8 peratus daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan. Selain daripada sektor awam, sektor swasta turut memainkan peranan penting terutama dalam pembangunan ekonomi negara. Sepertimana yang terkandung dalam salah satu dimensi DPN iaitu meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat, kerjasama antara kedua-dua sektor bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beban kerajaan malahan meningkatkan lagi pendapatan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini dapat dilihat melalui kewujudan sektor swasta yang kebiasaannya terdiri daripada syarikat atau kilang-kilang yang mengusahakan perniagaan dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan. Sektor pembuatan sebagainya contohnya, telah memberi sumbangan yang penting dalam pembangunan ekonomi dan kewujudan peluang pekerjaan dengan peningkatan permintaan terhadap guna tenaga buruh yang berkemahiran. Ini diperkukuhkan lagi berdasarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang mana sektor ini dijangka menyediakan kira-kira 853,700 pekerjaan baru atau kira-kira 36 peratus daripada keseluruhan guna tenaga baru. Kesimpulannya, walaupun tujuan pelaksanaan DPN ini diasaskan untuk RRJP-2 iaitu pada tahun 1991 hingga tahun 2000, namun usaha-usaha ini merupakan asas bagi menjadikan sebuah negara yang maju menjelang Wawasan 2020 malahan strategi-strategi untuk mewujudkan pembangunan seimbang masih diteruskan sehingga sekarang. Selain daripada pembangunan yang seimbang, DPN juga merupakan asas penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju serta dapat berdaya saing dalam pelbagai sektor dan mengambil kira secara khusus keperluan masyarakat sekaligus dapat memperkukuhkan perpaduan nasional.

Anda mungkin juga menyukai