Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami: JPM.MSKPPM-Boling/(03) Tarikh: 8 DISEMBER 2010 Kepada, Pengetua, SMK Dema, Kangar, Perlis.

Melalui, Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, Kangar, Perlis. (u.p: Encik Jamaludin Doyah, Penyelia Asrama) Tuan, MOHON IZIN UNTUK MENGINAP DI ASRAMA SEKOLAH SEMPENA PESTA SUKAN DAN KEBAJIKAN PEGAWAI PENDIDIKAN DI PERLIS (17 22 DISEMBER 2010) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Boling Tenpin Negeri Melaka akan menyertai pesta di atas dan akan berada di Perlis pada 18 Disember 2010 (10.00 pagi). Memandangkan MSKPPM Negeri Melaka sedang melaksanakan perbelanjaan berhemah, maka Pasukan Tenpin Boling Negeri Melaka diarah mencari penginapan yang mampu bayar. Oleh itu, kami dengan rendah hati memohon jasa baik tuan agar dapat mengizinkan kami menginap di asrama sekolah sepanjang pesta ini berlangsung. 3. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan mendiami asrama yang ditetapkan oleh pihak tuan dan sedikit bayaran saguhati akan kami hulurkan sebagai ucapan terima kasih kami. Sebarang masalah sila hubungi saya di talian 019-3849459. Segala kerjasama dan jasa baik tuan dalam hal ini saya ucapkan berbanyak terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

.. (AHMAD KAMAL BIN RAMTAN) PENGURUS TENPIN BOLING, NEGERI MELAKA.

s.k. Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, - Fail Setiausaha Agong MSKPPM