Anda di halaman 1dari 5

MAKSUD KEHIDUPAN DALAM ISLAM.

Kehidupan boleh didefinisikan sebagai bermulanya kehidupan seseorang


manusia di dunia ini. Selain itu, kehidupan di dunia ini juga hanyalah sementara
dan semua manusia akan mati dan tidak ada yang akan hidup kekal abadi.
Hal ini dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quranul Karim pada surah Ali
‘Imran:185;

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan
dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

MAKSUD KEMATIAN.
Kematian ini merupakan salah satu bahasan ilmu Eskatologi yang
termasuk cabang Teologi. Menurut Eliade, Eskatalogi termasuk bagian dari
agama dan filsafat yang menguraikan secara runtut semua persoalan dan
pengetahuan tentang akhir zaman, seperti kematian, alam barzah, kehidupan
surga dan neraka, hukuman bagi yang berdosa, pahala bagi yang berbuat baik,
hari bangkit, pengadilan pada hari itu, dan sebagainya. Secara ringkas Barnhart
menjelaskan Eskatologi ialah ajaran tentang akhir segala sesuatu, khususnya
kematian, pembalasan, syurga, dan neraka.
Kematian itu sesuatu yang mesti terjadi pada seseorang, walaupun ia berusaha
menghindari kematian atau berusaha bersembunyi dan berlindung di tempat
yang dikira aman. Seseorang tidak dapat lari dan menjauhi kematian. Hal ini
secara tegas dikemukakan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya, S. An-Nisa: 78;

"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, kendatipun


kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."
ALAM ROH.
Alam roh ialah satu alam dimana sebelum manusia memasuki alam janin.
Disinilah tiap-tiap roh itu berjanji pada tuhan mereka akan beriman kepadaNya
lalu roh-roh yang telah berjanji itu telah ditiupkan kedalam rahim ibu.

ALAM JANIN.
Semua manusia melalui alam ini selama 9 bulan. Pada usia 1 bulan ia
dipanggil zigot. Selepas beberapa bulan ia akan menjadi sedikit sempurna yang
dinamakan embrio.sebelum dilahirkan, ia dipanggil fetus.

ALAM KEHIDUPAN.
Kehidupan manusia bermula dari dilahirkan daripada perut ibu. Selepas
itu, manusia di didik dan diberi kasih sayang oleh ibu bapa mereka. Dalam
proses pembesaran itu, manusia mengalami pelbagai cabaran dan
dugaan. Apabila manusia semakin membesar akan bertambahlah
tanggungjawab yang patut mereka pikul. Contohnya:
 tanggungjawab menunaikan perintah Allah
 tanggungjawab menjadi manusia yang berguna.
 Tanggungjawab untuk menggembirakan hati kedua ibu-bapa.

ALAM KUBUR.

Alam kubur bermula apabila seseorang itu meninggal dunia dan akan
diazab dalam kubur jika mereka tidak beriman kepada Allah. Dan jika mereka
beriman kepada Allah, mereka akan dikecualikan daripada azab kubur
contohnya kubur mereka akan menjadi lebih aman.

ALAM AKHIRAT.

Semua manusia dibangkitkan dari alam kubur dan dikumpulkan untuk


dihisab di satu tempat iaitu Padang Mashyar. Di sini manusia dibangkitkan
dengan tidak memakai seurat benang pun. Kemudian manusia dihitung
amalannya dan akan ditentukan akan masuk ke syurga atau neraka.
Tanggungjawab manusia meliputi bidang-bidang berikut:

 IBADAH.

Mengabdikan diri kepada Allah.meliputi ibadat umum seperti belajar


dan ibadat khusus seperti solat 5 waktu.

 KHILAFAH.

Membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah


allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada
Allah.

 AL-IMARAH

Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual


dan material untuk membentuk negara maju , hidup dalam
kemakmuran dan selamat.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI.

 Menjaga kesihatan diri untuk beribadat kepada Allah


 Menjaga kebersihan diri
 Belajar bersungguh sungguh.
 Menjaga nama baik diri sendiri.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA.


Menjaga nama baik keluarga.
Menaggung keluarga.
Membantu ibu bapa yang telah tua.
Menjaga mereka jika mereka sakit.
Sentiasa mengambil berat tentang keluarga.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA.


Memartabatkan agama
Menjadikan agama islam sebagai agama yang mulia.
Menunjukkan bahawa islam bukan agama paksaan.
Menunjukkan islam bukan agama yang membebankankan umatnya.
Memelihara agama

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT.


 Menjaga kebajikan bersama.
 Menjaga silaturahim antara satu sama lain.
 Sentiasa ziarah menziarahi.
 Membantu masyarakat yang kurang upaya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA


Menjaga keamanan negara daripada ancaman luar
Menjaga kestabilan dan keharmonian sejagat.
Berusaha memartabatkan maruah bangsa dan negara di persada
antarabangsa
Berusaha modal insan kepada negara negara lain.
Mengeratkan perpaduan negara.
kita jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia ini sehingga lalai dan lupa akan akhirat,
sedangkan akhirat itulah tempat kekal abadi. Di sinilah perlunya kepada peringatan,
tetapi apakah manusia sedar akan peringatan-peringatan Allah Subhanahu Wataala itu
atau senghaja tidak mahu sedar. Di antara peringatan Allah Subhanahu Wataala itu ialah
seperti umur tua, beruban, kurang penglihatan, kurang pendengaran dan bermacam-
macam lagi.

Tetapi berapa banyakkah manusia yang mengambil peringatan daripadanya? Kerana ada
juga yang masih lalai dan alpa dengan kehidupan dunia ini, sedangkan sepatutnya kita
melazimkan diri melakukan amal ibadat dan perkara berkebajikan.

Di antara langkah-langkah untuk menjaga diri kita dari terus lalai dengan dunia, kita
digalakkan untuk sentiasa mengingati mati kerana dengan jalan demikian, hati akan
sentiasa merasa takut akan azab seksa, baik ketika ajal tiba, ketika di dalam kubur
mahupun di Hari Kiamat kelak. Jika perasaan takut akan azab Allah Subhanahu Wataala
ada pada diri seseorang sudah tentu akan menggerakkan hati kita untuk mentaati perintah
Allah Subhanahu Wataala dengan sentiasa beramal ibadat. Kerana itu Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam menggalakkan umatnya untuk ingat pada kematian
sebagaimana sabda Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu


Alaihi Wasallam : Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kematian
(mati).”Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah.